CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 10-3-2015 10:05 PM | Show all posts
"Kenapa Linda buat semua tu? Kenapa??" Hani goncang lagi bahu Linda.

"Entah..puas rasa hati bila dapat balas apa yang dia dah buat pada akak dulu. Linda puas kak! Linda tahu, lambat laun Linda akan ditahan polis dan percayalah Linda tak menyesal lakukan itu semua. Apa yang penting sekarang ni, semuanya sudah dapat balasan kecuali Malik. Akak kena rampas Malik dari Aylanins. Malik tu patut bertanggungjawab pada akak!!" Tajam Linda memandang kakaknya. Geram dengan sikap kak Hani yang hanya berserah pada takdir.

"Linda..kenapa Linda musnah hidup Linda sendiri? Linda tahu tak, akak berhempas pulas cari rezeki nak sara Linda dan mak, biayai pengajian Linda di univerisiti. Ini yang Linda balas??" Hani tidak dapat menahan sebak. Selama ini terasa hendak pecah otaknya memikirkan siapa yang menjadi pembunuh lelaki yang merosakkannya dulu. Rupanya, adiknya sendiri yang membunuh!

"Maaf kak. Linda tak macam akak. Masih terbayang wajah Fendi mengejek dan beri amaran pada Linda dulu. Linda benci!!" Linda menekup muka di kepala lututnya.

"Linda tak sedarkan masa Linda buat kerja tu?" Hani masih tidak mahu percaya perbuatan Linda yang sudah membunuh orang.

Linda diam. Dia pun tidak tahu kenapa dia harus bertindak sekejam itu pada Fendi. Mungkin perasaan benci yang meluap-luap pada Fendi yang tersenyum sinis dan ketawa terbahak-bahak ketika di ladang getah dulu yang membuatnya menyimpan dendam sehingga ke saat ini. Dengan mata kepalanya sendiri, dia melihat kak Hani diperlakukan tanpa rasa belas kasihan, tanpa rasa perikemanusiaan dan jelas juga dia melihat darah di tubuh kak Hani dan bersusah payah kak Hani cuba keluar dari situ. Saja dia diamkan diri. Saja dia tidak ungkit hal itu dan rasa benci semakin dalam bila kak Hani beritahu yang dia pernah mengandung dulu dan terlantar di hospital sebulan. Memang tidak ada hati perut lelaki itu semua!

"Linda..beritahu akak. Linda pun ada masalah tekanan kan? Linda tak sedar apa yang Linda dah buat masa tu kan? Cakap dengan akak Linda!!" Desak Hani. Dia berharap sangat Linda tidak sedar apa yang sudah dilakukan dan dengan itu hukuman penjara tidak akan jatuh pada Linda. Linda akan ditempatkan di wad pesakit gila sahaja.

"Ya! Linda stress!!! Stress sangat!! Akak ni kenapa? Sepatutnya akak yang bunuh mereka tu!!" Tengking Linda membuatkan Hani tergamam seketika.

"Linda!!!" Satu tamparan kuat singgah di pipi Linda. "Akak masih waras Linda! Kau bercakap macam orang tak ada agama!! Bertaubat Linda!! Ingat Allah!!"

Linda yang sudah terteleng itu mengusap pipinya yang terasa pedih. Rambutnya yang sudah menutupi muka ditolak ke belakang. "Akak..tolong Linda kak. Tolong jangan biarkan polis penjarakan Linda..Linda hanya nak pertahankan akak.."

Tubuh Hani dipeluk erat dan Linda menangis teresak-esak di bahu Hani.

"Tenang..akak akan usahakan agar Linda tak masuk penjara.." Dengan juraian air mata, Hani tenangkan adiknya. Kini baru dia tahu selama ini Linda hidup dalam dendam kesumat. Dia harus lakukan sesuatu demi selamatkan Linda. Linda menjadi mangsa keadaan. Dia perlu berjumpa Dr. Izani. Linda perlu dirawat sebelum pihak polis menahannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2015 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 10-3-2015 10:00 PM
Linda ngaku dia yg tikam Fendi. Rasanya mawar hitam yg sbnr masih terselindung

Apa yg nay upah esmiranda atau esmiranda upah nay buat ek? Rasa mcm berkait ngan mawar hitam gak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah terpekik terlolong mcm tu harus la mak dorg dgr kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2015 10:16 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 10-3-2015 10:11 PM
Apa yg nay upah esmiranda atau esmiranda upah nay buat ek? Rasa mcm berkait ngan mawar hitam gak.. ...

wah ..ko ni..Esmiranda tu dah ke US nun..
tapi mungkin jugak ini kerja Esmiranda..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2015 10:29 PM | Show all posts
Hani tenangkan Linda. Linda disuruh ambil wudhuk dan usai berwudhuk, Linda diselimutkan. Sayu melihat keadaaan Linda yang seperti orang hilang akal dan tidak tentu arah. Seperti keliru dengan hidupnya. Apa yang masih menjadi tanda tanya, bagaimana Linda sorokkan semua itu dengan begitu cekap sekali? Hari-hari Linda selama ini hanya dipenuhi dengan jadual kelas, praktikal di hospital dan langsung tiada tanda-tanda yang Linda mengalami tekanan, apa lagi untuk berubah watak. Lainlah dirinya yang sudah disahkan oleh doktor ketika dia terlantar di hospital dulu, doktor sudah berpesan agar dia sentiasa mengambil ubat untuk mengawal perasaan jika terasa dirinya dikuasai rasa tertekan dan berserabut akibat trauma dengan kejadian pahit itu.

Rambut Linda diusap lembut. Dia kemudian menapak ke meja belajar Linda. Penuh di atas meja buku rujukan perubatan. Sebak dan sayu melihat kesungguhan Linda belajar dan memenuhi cita-citanya sejak kecil itu. Dia tidak harus biarkan Linda diselubungi perasaan dendam lagi. Hani melihat sekitar bilik Linda. Tiada yang pelik dalam bilik itu. Semuanya seperti biasa. Matanya tertancap pada satu nota kecil yang terselit di celah buku rujukan di atas rak. Nota kecil itu diambil perlahan lalu dibaca. Tergamam menatap ayat-ayat yang melontarkan rasa sakit hati dan dendam. Jelas nama-nama semua lelaki itu ada tertulis dalam nota itu. Dia belek lagi. Perasaan ingin tahunya semakin membuak. Di mukasurat terakhir, ada beberapa keping nota kaki tersimpan di situ. Satu persatu nota kaki itu dibaca.

'Kau akan mati Joe!'
'Rizal, kau mangsa seterusnya!'
'Ben, aku dah beri amaran!!'

Tergamam Hani seketika, hampir terlepas nota kecil itu dari tangannya. Dia pandang Linda yang sudah lena di atas katil. Nota kaki itu dibaca lagi. Itu bukan tulisan Linda!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 10:45 PM | Show all posts
Itu bukan tulisan Linda!

Itu tulisan dia sendiri!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2015 10:55 PM | Show all posts
Tulisan muzaffar?? Sbb ayat - "ben..aku dh bagi amaran"..kan muzaffar penah warning ben dulu??
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:16 PM | Show all posts
sekret betul mawar hitam ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2015 11:27 PM | Show all posts
speku korang ada yang betul..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 11:56 PM | Show all posts
Ipo replied at 10-3-2015 03:27 PM
speku korang ada yang betul..

ritu..org tu kabo kat org2 sini..nk.bes doh novel ni.hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2015 12:00 AM | Show all posts
Esmiria replied at 10-3-2015 11:56 PM
ritu..org tu kabo kat org2 sini..nk.bes doh novel ni.hehe

ya Es..dah nak habis dah..
dah bab 47..bab 50 habis la kut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2015 12:10 AM | Show all posts
Hani terduduk di kerusi. Nota kecil itu diletakkan atas meja. Dia menekup muka. Apa yang sebenarnya sudah berlaku? Berkali-kali Hani beristighfar. Terasa kehidupannya dan keluarganya terlalu perit dan terlalu dipenuhi dendam yang tidak berkesudahan. Dia bangun malas dari kerusi dan melangkah lemah keluar dari bilik Linda. Nota kaki tadi turut dibawa bersama. Nota itu tidak boleh berada di dalam bilik Linda. Pihak polis bila-bila masa akan menahan Linda nanti. Sudah tentu Malik atau Aylanins akan melaporkan hal itu kepada pihak polis atas kes penculikan Aylanins dan sengaja mendatangkan kecederaan pada Aylanins. Sudah tentu Linda akan dituduh atas kesalahan itu walaupun tidak melibatkan mawar hitam.

Langkah Hani terhenti. Ibunya dilihat sudah menangis di ruang tamu. Ya..air mata seorang ibu yang sarat dengan bebanan hal anak-anak yang sukar dikawal. Sebak melihat wajah ibu yang sudah begitu sugul menundukkan wajah di situ. Dia berharap sangat agar ibu tidak mendengar perbualannya dengan Linda dalam bilik tadi. Kaki diatur perlahan ke arah ibu lalu dia duduk di sebelah.

"Mak.."

"Mak dah dengar semuanya.." Serak suara Puan Zawiah ketika ini. Masih tunduk memandang lantai. Perlahan dia mendongak menatap wajah anak gadis sulongnya yang sudah memandang sayu ke arahnya.

"Mak...Linda bukan seperti yang mak fikirkan.." Hani cuba menenangkan ibunya pula.

"Salah mak..ini semua salah mak. Arwah ayah kamu tak pernah suruh mak manjakan kamu berdua sampai kamu jadi macam ni. Mak yang tak pandai jaga anak. Mak yang tak pandai didik anak..salah mak..." Puan Zawiah mengesat air mata.

"Mak..jangan macam ni mak.." Terus tubuh tua itu didakap erat. Hani tidak tega melihat ibunya bersedih hiba kerana sikap anak-anak.

"Selama ni mak gagal didik kamu berdua dengan baik. Mak gagal Hani..gagal.." Begitu lirih tuturkata Puan Zawiah. Benar, dia sudah gagal mendidik anak-anaknya menjadi insan berguna, menjadi insan yang taat pada agama, menjadi insan yang tahu membezakan buruk dan baik.

"Mak..jangan cakap macam ni mak. Mak adalah ratu hidup kami mak. Mak adalah segalanya bagi kami." Juraian air mata Hani semakin laju menitis ke pipi.

"Kalau mak ratu kamu, kalau mak segalanya bagi kamu, kenapa kamu jadi macam ni??" Geram Puan Zawiah dengan sikap anak-anaknya, seolah tiada batasan kehidupan.

Hani senyap. Hanya sedu yang kedengaran di ruang tamu itu.

"Mak tak pernah ajar anak-anak mak jadi orang jahat. Jadi pembunuh!"

"Mak!!" Hani pantas memeluk ibunya yang ternyata sudah begitu kecewa. Sekali lagi berderai air mata membasahi pipi. Berpelukan Hani dan ibunya di ruang tamu.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2015 12:25 AM | Show all posts
DI HOSPITAL, Aylanins masih dirawat di Unit kecemasan dan Trauma HUKM. Darah yang banyak keluar menyebabkan Aylanins masih pengsan tidak sedarkan diri. Malik mundar mandir di luar bilik kecemasan. Sesekali dia jenguk ke dalam, doktor sudah bertungkus lumus merawat Aylanins, sudah dua pain darah dimasukkan ke dalam tubuh Aylanins.

"Malik..sabarlah...Aylanins akan sembuh nanti." Conan tepuk lembut bahu Malik yang sudah mencengkam rambutnya di situ.

"Nan..aku risau..aku takut kehilangan Ayla.." Malik meraup muka pula.

"Sudahlah..berdoalah semoga dia selamat. Tak sangka, Hani yang culik.." Conan sandar kepalanya di dinding. Sejak tadi lagi dia asyik berfikir bagaimana Hani tiba-tiba ada di situ.

"Encik Malik! Boleh masuk sekarang, isteri encik dah sedar." Panggil seorang jururawat.

Malik segera bangun dan menapak ke bilik kecemasan. Conan yang masih duduk di situ hanya melihat Malik bergegas ke sana. Dia bangun malas dari situ. Dari cermin pintu bilik, dia melihat Malik memeluk erat Aylanins. Ada rasa sebak di dada. Perlahan dia berpatah semula dan meninggalkan kawasan hospital. Tidak sepatutnya dia berada di situ sedangkan dia sudah tiada apa-apa lagi dengan Aylanins.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 12:42 AM | Show all posts
Edited by cmf_conan at 11-3-2015 12:43 AM

dahhhhh.. balikk balikkkk.. kang majuk plak yg kat umah tuu
tapi sebelum tuh... duluuuuuu


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2015 12:53 AM | Show all posts
PULANG dari hospital, Conan berehat di ruang tamu. Dari halaman rumah lagi, dia tidak melihat kelibat Arisha. Kepalanya disandarkan di sofa. Kejadian tadi masih terbayang-bayang di ruang mata. Betapa Malik begitu sayangkan Aylanins. Kenapa dia harus rasa cemburu pada Malik sedangkan dia sendiri sudah beristeri dan  Aylanins sudah sah menjadi isteri Malik? Dadanya terasa berat.

Malas Conan bangun dari sofa. Asar sudah masuk waktu. Tadi dia sempat menunaikan solat Zuhur di surau hospital sebelum pulang. Lemah dia melangkah menaiki anak tangga menuju ke bilik. Langkahnya terhenti di depan pintu bilik Arisha. Bilik Arisha terkunci rapat. Tombol pintu dipulas perlahan. Tidak berkunci, daun pintu ditolak. Nampaknya Arisha tidak ada dalam bilik. Sekeping nota pelekat yang ditampal di cermin meja solek dibaca.

'Saya ke rumah nenek'

Conan menghela nafas. Tentu Arisha sudah merajuk. Tadi terkocoh-kocoh dia keluar dari rumah. Arisha pula tidak sempat diberitahu. Nota pelekat itu diletak semula di situ. Conan menghala pula ke meja kecil di tepi katil. Laci meja ditarik. Album  pernikahannya dengan Arisha diambil dari laci yang tidak berkunci itu. Album itu dibelek sepintas lalu. Memang tidak dinafikan Arisha cantik dalam busana pengantin. Walaupun dia dan Arisha seperti kaku bergambar berdua ketika itu. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Arisha ditatap lama. Cantik..kening lebat, mulut bak delima merekah, kulit putih mulus dan mata bundar. Sekali lagi Conan senyum. Gadis kacukan Arab seperti Arisha tidak mustahil memiliki rupa paras secantik itu. Entah kenapa dia tidak pula tertarik pada Arisha mahupun Nayla. Entah kenapa hatinya lebih tertarik pada Aylanins yang mempunyai seraut wajah seperti 'Chinese look'. Sayang...jodoh mereka berdua tidak kesampaian. Benarlah jodoh itu rahsia Allah. Tiada siapa yang dapat menghalang kehendak Allah dan sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk hambaNya.

"Arisha..aku akan pupuk hati aku untuk mencintai kau.." Foto Arisha diusap lembut. ALbum diletakkan semula di tempatnya.

Conan menapak keluar dari bilik Arisha dan dia perlu bersihkan diri. Usai solat Asar, Conan berehat di atas katil. Penat masih terasa meredah belukar dan menuruni bukit tadi. Terasa berat matanya ketika ini. Dia tidak perlu layan mata yang mengantuk bila sudah melebihi waktu asar. Tidak elok. Bergegas Conan mengenakan baju joging dan dia keluar semula untuk beriadah di taman tidak jauh dari rumahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2015 12:54 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 11-3-2015 12:42 AM
dahhhhh.. balikk balikkkk.. kang majuk plak yg kat umah tuu
tapi sebelum tuh... du ...

memang arisha dah majuk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2015 04:51 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 10-3-2015 10:45 PM
Itu bukan tulisan Linda!

Itu tulisan dia sendiri!

Bila Conan jawab begini, aku terbayang watak Detektif Conan dalam TV tu pulak




Suspek aku menjurus ke Mujapar.
Kasihanlah kalau Hani jadi mawar hitam. Dahlah Linda bunuh orang, lepas tu kalau Hani pulak jadi mawar hitam,
aku terfikir, mak mereka siapa yang jaga?

Dah dua-dua anak ada split personality.


Aku nak suspek Nicki, tapi muka Kpop mustahil nak jadi pembunuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 08:33 AM | Show all posts
Ipo replied at 10-3-2015 04:00 PM
ya Es..dah nak habis dah..
dah bab 47..bab 50 habis la kut

Hehe...lgi pnjang,blh kot syg.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2015 10:05 AM | Show all posts
aylanins replied at 11-3-2015 04:51 AM
Bila Conan jawab begini, aku terbayang watak Detektif Conan dalam TV tu pulak

sempat lagi ya...usha detektif conan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2015 10:06 AM | Show all posts
Esmiria replied at 11-3-2015 08:33 AM
Hehe...lgi pnjang,blh kot syg.

Es ni...lagi panjang karang...entah apa melalut plak citer ni..
ada masa sambung..
tak ada masa..emm...emm..emm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.075160 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list