|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 18-3-2015 02:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 13-5-2015 09:53 PM
Zack sempat terdengar perbualan Papa dan Jie tadi. Walau tak menduga Papa sanggup berbuat begitu namun buat masa ini fokus lebih pada menyelamatkan Zeeta dan Viana.
"I dah tau Azim dekat mana.." Jie terus saja keluar dari Villa Safiah tanpa mempedulikan kehadiran Zack.
Jangkaannya tepat. Tan Sri Isa memang sudah lama tahu Azim masih hidup berdasarkan rekod pesanan ringkas antara mereka. Melalui perbualan whatsapp antara Tan Sri Isa dan Azim juga Jie berjaya mendapatkan lokasi sebenar Azim.
Zulkarnain yang berada diluar gelisah menanti. Risau. Sebaik melihat Jie pantas saja wanita itu ditarik ke sisi.
"Jiha.. Please jangan buat macam tadi ! I risaukan you tau !" Tanpa menghiraukan kehadiran Rizal berserta isteri dan juga Zack, Zulkarnain terus merangkul tubuh Jie. Tak sanggup memikirkan Jie berada dalam bahaya. Syukur.
" Sorry Zul !" Jie tahu dirinya salah. Kunci kereta Zulkarnain dihulurkan. "You drivelah ! Daddy ajak jumpa dulu dekat rumah Ibu !" Jie mengisyaratkan sesuatu kepada Rizal.
"I dengan Sheera balik dulu Jie !" Rizal segera meminta diri. Ada kerja lain yang menanti.
Zack kaget melihat Rizal dan Sheera. Masih cam wajah kedua mereka yang pernah bersekutu dengan Azim dulu.
"Bukan you dengan Azim.." Bicara Zack terhenti. Tak mengerti bagaimana Jie boleh bersama Rizal dan Sheera.
Sheera segera menyampuk. "I tahu I dengan Rizal pernah tolong Azim dulu. Kami minta maaf." Wajah tunduk. Malu berdepan dengan Zack. Sheera tahu lelaki inilah mendakap Jie yang disangka mati malam itu.
"I tahu you mesti tak percaya kan kami." Rizal pula menyambung. "But trust me Azim tak ada niat nak bunuh Jie malam itu. Azim cuma termakan hasutan Tan Sri Isa !" Memang itulah hakikatnya. Sampai sekarang Rizal tak tahu kenapa Tan Sri Isa inginkan Azim berbuat demikian.
Ironinya, selepas tragedi itu Tan Sri Isa boleh pula menerima Jie sebagai isteri Rayyan. Buntu Rizal memikir.
"Papa?!" Walau sudah terdengar pengakuan Papa tadi akal logik Zack masih sukar menerima.
"It's ok Zack ! I pun still susah nak percaya sampai sekarang.." Jie menepuk bahu Zack. "I naik kereta dengan you. Nanti I cerita semua. Kita pergi rumah Ibu I dulu."
"You tak kisahkan Zul?" Jie merenung Zulkarnain meminta persetujuan.
"I rasa better you naik kereta I." Zulkarnain membuat keputusan kemudiannya. "I pun nak tahu cerita sebenar."
Jie cuma angguk mengikut sahaja kehendak Zulkarnain.
Zack terpaksa akur. Masuk ke dalam keretanya sambil mengikut rapat Audi R8 yang dipandu oleh Zulkarnain.
|
|
|
|
|
|
|
|
pening baca..plot sama je... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi tt...pls pls |
|
|
|
|
|
|
|
Azim terkedu menerima panggilan tadi. Nampaknya ada pertukaran dalam rancangan. Tak pasti bagaimana Jie boleh mengaitkan Tan Sri Isa sedangkan lelaki tua itu tidak tahu menahu langsung rancangan penculikan Viana dan Zeeta.
Azim terpaksa menculik Viana dan Zeeta hanya untuk memastikan Jie keluar dari persembunyian. Itu saja ! Tidak terfikir untuk membuat sesiapa cedera.
Tetapi Jie bertindak nekad. Mengarahkan orang menculik Tan Sri Isa yang sudah dianggap seperti ayah sendiri sebagai pertukaran dengan Viana dan Zeeta.
Berani pula mengugut Azim akan mencederakan Tan Sri Isa jika Viana dan Zeeta tidak dilepaskan.
Azim tersepit. Antara kemahuannya untuk membuat Jie tunduk atau membiarkan saja Tan Sri Isa dalam tahanan.
Terfikir kemungkinan Jie takkan tergamak melukai Tan Sri Isa. Namun Azim tak mahu ambil risiko. Masih terbayang Jie tega menarik picu pistol untuk menembak bahu Azim.
Macam mana pula kalau Jie memaksudkan kata katanya untuk membunuh Tan Sri Isa demi menyelamatkan Viana dan Zeeta? Serba salah.
Azim belum sanggup untuk melihat wanita yang dicintai bergelar pembunuh maupun penjenayah. Cukup saja Azim yang terlibat dalam permainan gila ini.
Sedar dendam dalam dirinyalah punca semua kekalutan. Nampaknya Azim perlu menghentikan Jie. Tan Sri Isa tidak bersalah !
Satu video diterima melalui aplikasi whatsapp. Durasi video selama 20 saat menunjukkan Tan Sri Isa sedang dalam keadaan terikat dengan pistol teracu dikepala. Satu mesej tertera.
Azim mendengus marah. Jie makin melampau ! Nampaknya Azim kena melibatkan Khalid dan Rayyan. Takut sesuatu menimpa Tan Sri Isa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2015 09:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 2-4-2015 07:34 PM
Khalid hilang sabar. Hampir saja menampar wajah Jie. Tergamak adik iparnya menjadikan Papa sebagai galang ganti. Zulkarnain pantas saja menepis tangan lelaki itu dari menyentuh Jie.
"Papa you selamat Karl !" Jie memberikan jaminan. " I tak bodoh nak cederakan dia !" Memang Jie yang menyuruh menculik Tan Sri Isa.
Memandangkan hubungan Azim dan Tan Sri Isa agak rapat, Jie pasti Azim akan mengalah sekaligus membebaskan Viana dan Zeeta.
"Jie !!" Dato'Hanafi tak menyangka Jie bertindak sejauh itu. "Daddy ada cara sendiri nak settlekan hal ini. Kenapa Jie ambil tindakan sendiri?" Kesal.
"Daddy...Jie buat semua ini semata mata nak selamatkan Vee dan Khalisha !" Jie sebak bila diri dipersalahkan. "Tan Sri Isa rapat dengan Azim ! Malah kawan baik Daddy yang provok Azim untuk bunuh Jie tiga tahun lepas.." Terluah jua rahsia yang selama ini tersimpan kemas
Khalid terkesima. "You dah kenapa Jie?! Papa takkan buat macam itu !" Sukar untuk percaya.
"Betul Karl ! I sempat dengar Papa mengaku terlepas cakap suruh Azim bunuh Najiha.." Walau pahit Zack terpaksa terima kenyataan. Anggap saja Papa tersalah cakap kerana terlampau marah !
Khalid terduduk. Pening untuk menghadam kebenaran yang baru didengarinya.
Cuma tadi hati diulit kemarahan lantaran menerima panggilan telefon dari seorang lelaki bersuara garau memberitahu Jie telah menculik Papa ! Khalid baru saja mendapat tahu dari Dato' Hanafi rupanya isteri dan bayi mereka telah diculik oleh Azim.
"Daddy minta maaf Jie ! Daddy tak tahu !" Sungguh Dato' Hanafi tak menduga kawan baiknya terlibat dalam komplot cubaan membunuh dan menculik Jie.
"Tapi Jie tak boleh buat macam ini !" Dato' Hanafi tak mahu Jie melakukan sesuatu luar batasan. "Bagitahu Daddy mana Jie sorokkan Isa? Jangan buat sesuatu yang Jie kesal sayang !"
"Jie ada cara sendiri Daddy ! Selagi Azim tak lepaskan Viana dan Khalisha, selagi itulah Jie takkan bebaskan Tan Sri Isa." Jie masih berdegil. Tak terfikir Azim boleh melibatkan Khalid. Lelaki gila !
"So sekarang apa plan you Jiha?" Zulkarnain dapat membaca logik Jie berbuat demikian. "Macam mana kalau Azim tak kisah pun pasal keselamatan Tan Sri Isa ? You nak buat apa ?" Cuba menduga.
Jie senyum. "Sebab dia kisahlah dia bagitau Karl ! I yakin Azim akan bebaskan Vee !"
Khalid mengeluh. " I minta maaf Jie ! I...."
Belum sempat Khalid menghabiskan kata katanya Azim muncul dipintu bersama sepucuk pistol.
"Jangan sesiapa berani buat apa apa !" Azim memberi amaran.
" I nak you ikut I secara suka rela, Najiha ! Jangan degil sebab I akan arahkan orang bunuh kakak you kalau you melawan !" Azim berterima kasih kepada Khalid kerana menunjukkan tempat persembunyian Jie.
Jie terpaku. " I akan arahkan orang untuk bunuh Tan Sri Isa kalau you berani sentuh kakak I !" Tidak sesekali akan tunduk pada ugutan Azim.
"You.. " Khalid mula hilang arah mendengar kata kata Jie.
"Take it or leave it Azim.." Jie berundur setapak. Cuba mencari jalan untuk menghubungi Rizal dan Sheera.
Azim senyum sinis. " You takkan bunuh dia ! I kenal you Najiha !" Listen here, tak ada siapa perlu cedera ! You cuma perlu ikut cakap I ! Pernah tak I tipu you?" Wajah Jie ditenung.
"Sebelum you kenal lelaki tak guna ini..." Jari dituding ke arah Zack. " Apa yang I tak buat untuk you , Najiha ?!" Azimlah teman rapat Jie. Menemani Jie tak kira susah atau senang. Segala masa Azim dihabiskan hanya untuk membuat Jie bahagia. Namun Jie tetap tega memilih Zack sebagai kekasih berbanding dirinya.
" I mungkin pernah cuba bunuh you tapi itulah perkara yang paling I kesal ! I minta maaf Najiha.. Bagi I peluang sekali saja untuk buktikan I boleh berubah demi you.." Biarlah dendam antara mereka terlerai malam ini. Azim cuma mahukan Najiha dalam hidupnya.
"Apa bukti you akan lepaskan kakak I dan wife Zack kalau I ikut you?" Jie sengaja menguji. Benar tiada siapa harus cedera jika kehendak Azim dituruti.
"Jiha..." Zulkarnain tak sedap hati. " You tak perlu buat macam ini.."Takut Jie akan tunduk pada Azim.
"Kakak you dengan anak buah you ada dekat depan. Termasuklah wife Zack. I takkan teruskan niat I bunuh Zack. I sedar semua ini takkan menguntungkan sesiapa.." Azim tunduk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-3-2015 07:13 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 19-3-2015 07:24 AM
"Stop it Azim !" Zack tahu Azim cuma ingin bermain muslihat dengan Jie.
"Terimalah hakikat ! Najiha bukan jodoh kau ! Masa belajar dulu Najiha pilih aku , bukan kau ! Apa buat kau fikir dengan paksa dia ikut kau sekarang, dia akan jadi milik kau?! Lepaskan Najiha ! Lupakan dia ! Lupakan semua kegilaan ini Azim.." Mereka pernah berkawan rapat. Zack tak mahu Azim terus hanyut dalam keinginannya untuk mendapatkan Jie.
Ini bukan cinta. Zack yakin Azim bukan betul betul cintakan Jie. Lebih kepada obses untuk memiliki saja.
Perhatian Azim beralih kepada Zack. " Kau suruh aku lupakan Najiha.. Fine ! Macam mana pula dengan kau? Jangan ingat aku tak tahu kau masih ada hati dengan dia.." Azim selalu memerhatikan pergerakan Zack dan Jie sebelum mengambil keputusan untuk 'memunculkan' diri secara terang terangan.
Ternyata Jie dan Zack masih berhubungan walau mereka sudah berkahwin. Bahkan merancang untuk hidup bersama. Azim tahu perjanjian antara Zack dan Jie. |
|
|
|
|
|
|
|
semua dh jadi psiko... bila semua ni nak berakhir TT... stress dgn watak lelaki2 dlm cerita ni... buat perempuan mcm bola... |
|
|
|
|
|
|
|
menanti n3... |
|
|
|
|
|
|
|
"Yup ! Aku memang masih cintakan dia sampai sekarang ! Puas hati kau?" Zack malas menipu lagi.
" Tapi aku tak gila nak rampas hak orang ! Even lepas putus dengan aku pun, Najiha tetap tak pilih kau ! Malah dia kahwin dengan Rayyan ! Sampai bila kau nak kejar sesuatu yang tak pasti ni?"Kadang Zack simpati dengan Azim yang masih mengejar cinta Jie walau sering ditolak.
Azim tertawa mendengar hujah Zack. " Tak rampas hak orang?! Come on Zack ! Kau lagi teruk ! Sah sah Najiha ini isteri Rayyan dan masih kakak ipar kau tapi kau sanggup jalinkan hubungan sulit dengan dia ! Adik jenis apa kau ini?!" Kalau saja Zack berani bersuara lagi Azim takkan teragak agak untuk membocorkan semua rahsia.
Khalid termangu mendengar kata kata Azim. " Jadi you dengan Jie...?!" Wajah Zack kelihatan serba salah untuk menjawab.
"Ini bukan macam yang you fikir, Karl !" Jie terus saja menyanggah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 20-3-2015 07:53 PM
"Azim..." Jie bersuara kemudiannya. "I tahu you memang lelaki yang baik ! I tak pernah lupa jasa you pada I.In fact, I sayangkan you ! Walau bukan dengan cara yang you nak but I do love you.. Kita still kawan kan? I minta maaf sebab tolak cinta you.." Berharap agar lelaki itu berubah fikiran dan menghentikan semua kerja gila ini.
Azim hanya menggeleng. "I tak nak jadi kawan you Najiha.. I nak hidup dengan you.." Usai Azim berkata begitu satu bunyi balingan kedengaran . Asap berkepul memenuhi sekitar rumah.
Jie segera menekup mulut dan hidung untuk mengelakkan dari terhidu asap yang boleh membuatkan penghidunya tidak sedarkan diri. Tidak sempat mengarahkan yang lain berbuat demikian. Kesemuanya pengsan !
" Thanks Juwita !" Azim senyum. Ternyata Juwita seorang gadis bijak. "And you too, Ray !" Seperti biasa, Rayyan masih lagi menurut telunjuk.
" No big deal Azim !" Juwita memeluk erat Rayyan. " I dah dapat apa yang I nak..Tu.. "Bibir dijuih ke arah Jie. "You kejarlah perempuan tu sebelum dia lari lagi.." Kelihatan Jie sedang menyusup keluar
Azim tahu Jie tak mungkin boleh lari lagi. Semua tempat sudah dikepung. Kali ini Jie pasti akan menyerah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Susah jd pompuan yg nama jie nih, |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 19-3-2015 07:47 PM
Jie mati kutu . Di setiap ruang ada pengikut Azim. Masih memikirkan cara terbaik untuk lari. Batu dibaling tepat ke arah pengikut Azim untuk mengalih perhatian. Kepala khayal angkara asap tadi namun Jie cuba bertahan. Target untuk sampai ke kereta yang diparkir didepan pagar.
Kedua lelaki yang berjaga dipagar meluru masuk mencari kelibat Jie yang disangka menuju ke dalam. Walau keadaan mamai Jie berlari laju menuju ke Golf GTI miliknya. Menyelinap masuk pelahan lantas terus mengunci pintu kereta. Enjin dihidupkan. Masa untuk memecut ! Jie harus mendapatkan Rizal dan Sheera.
Tangan terketar ketar mendail nombor ditelefon bimbitnya. Menghubungi polis. Risaukan keselamatan mereka yang masih lagi terkandas di rumah Ibu. Jie tak mampu bertindak sendirian. Mengikut perkiraannya lebih 10 orang berkawal dirumah Ibu.
Namun belum sempat Jie menekan butang 'call' satu panggilan masuk. Tertera 'unknown number.' Jie pantas menjawab.
Kedengaran suara Sheera dicorong telefon, cemas. "Ok aku sampai sana !" Talian dimatikan.
Jie terus memecut laju. Tak kisah keselamatan nyawa sendiri. Misi utama adalah memastikan Tan Sri Isa kekal dalam tawanannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-3-2015 11:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 20-3-2015 04:32 PM
"Apa plan kau sekarang Jie?" Sheera menyoal wanita muda itu. Lega melihat tiada kecederaan menimpa sahabat baiknya.
Jie diam sejenak. " Ada update pasal Vee dengan Zeeta?" Soalan Sheera dibiarkan tak berjawab tetapi diganti dengan soalan lain. Jie resah memikirkan Rizal bersama beberapa orang kanan Daddy yang sedang berusaha menyelamatkan Viana dan Zeeta. Harap mereka berjaya kerana Jie tahu sekarang Azim sedang sibuk mencarinya.
Sheera hanya geleng. Sudah hampir sejam tiada khabar dari suaminya. Risau.
"Kau rehat dululah Sheera ! Aku tengok Tan Sri Isa kejap.." Jie terus menuju ke bilik tempat Tan Sri Isa dikurung meninggalkan Sheera bersendirian.
Sebaik saja daun pintu ditolak Tan Sri Isa menoleh. Debaran di dada hilang sebaik melihat wajah Jie.
"Jie minta maaf terpaksa buat Papa macam ini.." Jie mengambil tempat duduk berhadapan Tan Sri Isa. "Sekarang Azim tengah buat gila dekat rumah Ibu. Tak tahulah nasib Daddy, Ibu, Zul dan Zack.." Satu keluhan dilepaskan.
"Papa tahu Najiha cuma nak selamatkan Viana. " Tan Sri Isa faham maksud tindakan Jie. Hanya ingin memerangkap Azim.
Walau Jie bukan lagi isteri Rayyan namun Jie sudah dianggap seperti anak sendiri.
Mungkin pada awalnya Tan Sri Isa tersilap mengikut emosi meminta Azim menghapuskan saja Jie, tetapi selama dua tahun Jie bergelar menantunya ,Tan Sri Isa mula jatuh kasih pada Jie.
"Papa tak tahu Azim boleh jadi seganas ini.. Perwatakannya nampak baik.." Sungguh Tan Sri Isa tidak menyangka Azim tekad melakukan apa saja demi mendapatkan Jie.
Termasuklah menculik menantu dan cucunya ! Tertipu dengan penampilan luaran Azim yang tampak sopan dan pandai mengambil hati.
"Azim memang baik..." Jie tidak menyangkal hakikat itu.
Sewaktu di Ohio, Azim tidak pernah mengambil kesempatan atas dirinya. Bukan seperti lelaki lain. Azim cuma berubah setelah cintanya ditolak.
Kadang Jie rindu saat mereka bertiga masih berkawan dulu. Zack, Azim dan dirinya. Sayang persahabatan terlerai kerana cinta tiga segi antara mereka.
"Jie tahu Azim sayangkan Papa macam ayah sendiri.. Lepas Viana dengan Zeeta dah selamat Jie akan bebaskan Papa. " Jie memberi jaminan. "Dan Papa takkan jumpa Jie lagi lepas ini.." Mungkin ini kali terakhir mereka bersua muka.
"Maksud Najiha?" Tan Sri Isa pening untuk memahami.
"Jie sepatutnya mati tiga tahun lepas Papa.." Jie merenung jauh. "Kalau Jie mati malam ini, Papa cakap dengan Mama, Jie minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki... Ampunkan Jie sebab tak mampu jadi menantu yang baik.. "Satu lagi keluhan terluah. Tekanan yang dialami membuatkan bicara Jie merapu.
"Najiha..." Tan Sri Isa benar benar menyesal. Hati tersentuh mendengar Jie berkata begitu.
"Papa minta maaf sebab hampir hampir buat Najiha terbunuh malam itu.." Suara tersekat menahan sebak.
"Jie dah maafkan semua Papa !" Jie tahu pahit untuk diterima. Hanya percaya kemaafan saja penawar semua ini. Juga dendam yang terindah.
Telefon bimbitnya berbunyi. Mematikan perbualan antara Jie dan Tan Sri Isa.
Jie pantas menjawab. Suara Rizal kedengaran. Alhamdulillah ! Usaha lelaki itu berjaya. Viana dan Zeeta selamat ! Baby Khalisha juga sihat sejahtera ! Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi.
Usai bercakap dengan Rizal, satu lagi panggilan masuk. Nombor telefon Zack tertera. Jie yakin bukan Zack yang menghubungi. Jari menyentuh skrin untuk menjawab.
Terpana dengan berita yang didengar Jie terus bangkit. Tak mahu berlengah lagi !
"Kenapa ni Najiha?" Tan Sri Isa kaget melihat Jie terburu buru untuk keluar.
"Azim ugut nak bunuh Zack dan Zulkarnain kalau Jie tak jumpa dia dalam masa 30 minit.." Jie gundah memikirkan keselamatan diri Zulkarnain dan Zack. Boleh jadi gila !
"Papa ikut Najiha.." Tan Sri Isa dapat merasakan ini peluang baik untuk dirinya membetulkan kesilapan yang pernah dilakukan dulu.
Silap Tan Sri Isa kerana tidak memberitahu Rayyan atau pun Jie bahawa Azim masih hidup. Pada sangkaannya Azim sudah melupakan Jie !
"Mana tahu Azim dengar cakap Papa dan lupakan semua ini.." Yakin mampu membuatkan Azim berubah fikiran.
Jie terpaku seketika. Masih mempertimbangkan permintaan Tan Sri Isa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-3-2015 06:39 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 23-3-2015 06:23 PM
Azim geram ! Kali ini Jie memang mencabar kesabaran. Sudahlah berjaya melarikan diri kemudian boleh pula mengarahkan orang menyerbu tempat Viana dan Zeeta disorokkan. Sekarang Viana dan Zeeta sudah terlepas dari cengkamannya. Mujur Azim masih ada 'senjata' lain. Kalau terpaksa Azim akan gunakan Zack dan lelaki yang memandu Audi R8 ini.
Segala maklumat tentang lelaki berkulit sawo matang itu ada dalam genggaman Azim. Bernama Iskandar Zulkarnain. Tepat seperti sangkaan Azim, Iskandar Zulkarnain berasal dari keluarga kaya raya. Ayahnya Dato' Sri Izham adalah antara usahawan terkaya di Malaysia. Malah Zulkarnain juga mempunyai kerjaya stabil. Hubungan dengan Najiha masih menjadi persoalan.
"Zack..." Pistol diacu ke kepala Zack yang terikat kaki dan tangan. "Ingat tak malam tiga tahun lepas kau tembak aku dekat sini ?! Kau buat macam itu sebab nak selamatkan Najiha, tapi kau rasa Najiha sanggup tak selamatkan kau hari ini?" Azim ketawa kemudiannya. "Aku tak rasa dia akan datang Zack ! Kesian kau !"
"Biarlah aku mati ! Aku tak kisah ! Asalkan Najiha tak tunduk dengan orang gila macam kau !!" Zack tak gentar walau nyawanya dihujung tanduk. Asal Jie selamat Zack rela berkorban.
" Kau memang sayangkan dia, kan?" Azim menyoal sinis. "Tak apa kau boleh bawa sayang kau tu sampai ke mati sebab aku akan habiskan nyawa kau sekejap saja lagi .." Jam tangan dibelek. Masa masih lagi berbaki 5 minit. Jika Najiha tetap jua tidak menunjuk muka nyawa Zack bakal melayang. Kemudian diikuti dengan Zulkarnain yang masih tidak sedarkan diri. Kalau terpaksa mungkin Khalid, Dato Hanafi maupun Faridah akan mati seterusnya.
Azim bosan menanti. Tinggal 1 minit. Azim terus mengarahkan orangnya menarik Zack. Kaki lelaki itu disepak supaya melutut. Yakin Jie takkan datang dan riwayat Zack harus ditamatkan.
"Selamat tinggal Zack !" Pisau diacu ke leher. Bersedia untuk mengelar. Azim lebih suka menggunakan pisau berbanding pistol. Gemar melihat mangsanya menderita sebelum nyawa dicabut seperti filem aksi yang biasa ditonton.
"Please don't do this, Azim !" Jie berlari masuk diiringi pengawal upahan Azim. Tangan diangkat ke udara. Tiada senjata dibawa.
"You cuma nakkan I, kan? I dah buat keputusan.. I pilih you Azim... I akan ikut you mana saja you pergi.. Please let him go !" Jie terpaksa merayu. Cuak melihat pisau yang bila bila masa boleh memenggal leher Zack.
"Finally..." Azim senyum kemenangan. "Kalau you ikut cakap I dari awal keadaan takkan jadi macam ini. Tapi you dah terlambat Najiha.. I terasa nak main 'permainan' lain pula dengan you. " Tunduk memikir sebentar.
"I dah puas main 'hide and seek' dengan you hari ini. Why not kita main game yang killing sikit kali ini?" Azim mencampak pistol ke arah Jie."I nak you tembak Zack !"
"What?!" Jie tersentak. Azim mungkin sudah gila !
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 22-3-2015 03:40 PM
Namun Jie tetap menyambut pistol yang dicampak oleh Azim sambil merenung sayu Zack yang terikat. "Zack .." Mata berkaca.
"I nak you tembak Zack.. Kalau you tak tembak Zack , I akan tembak you.." Pistol dihala ke arah Jie. "You pilih Najiha.. Nyawa you atau dia.." Azim sukakan keadan seperti sekarang.
Melihat Jie yang keresahan dan Zack yang pasrah mati di tangan cinta pertamanya. Kesudahan yang menarik bagi Azim. Senyum jahat terukir.
"Bie.." Zack bersuara melihat Jie yang masih lagi terpaku. Dibelakang Jie, berdiri Azim yang mengacu pistol tepat ke kepala.
"Just shoot me ! I tak kisah mati ditangan you.." Biarlah nyawa Zack jadi galang ganti. Itu lebih baik dari melihat Jie mati ditembak Azim.
"No Zack ! You takkan mati !" Jie segera menghala pistol ke arah kepalanya. Satu das tembakan kedengaran. Darah merah mengalir.
Suasana hinggar binggar.
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa ini ada silap sikit...
kena culik viana dan baby dia... >> wife khalid
tapi zack dpt panggilan....wife dia plak??
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|