CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syrzreen

[Penerbit] ** BUKU PRIMA **

[Copy link]
Post time 1-10-2010 02:48 PM | Show all posts
dah abes baca lara rindu - amanda aniqah

citer pasal kastia (tia) berkahwin dgn najwan tanpa cinta, tanpa tangkap basah, bkn kerana wasiat ataupun keluarga, bkn kerana kontrak...tia tak tahu macam mana dia blh terjebak ke alam perkahwinan..tak lama kendian, tia mengetahui rahsia bagaimana perkahwinannya terjadi, tia kecewa lalu membawa diri ke luar negara tuk mengubat diri...setelah abes belajar dia pulang semula dan bertemu semula dgn org yg telah melukakan dia...najwan pula sebenarnya jatuh cinta pd tia pd pandang pertama tidak melepaskan tia pergi tuk kali kedua...

-edisi susah letak...
-cuma kekadang terasa kekonpiusan sikit bila baca sbb kesinambungan citer ni mengelirukan aku..kena baca berulang kali baru dpt tangkap..
-3.5 bintang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 09:29 AM | Show all posts
buku prima yg aku tau nurul syahida je....soalnya hati,plain jane,akukan novelis....bila la dia nk kuar novel lagi...:re::re:
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 04:23 PM | Show all posts
buku prima yg aku tau nurul syahida je....soalnya hati,plain jane,akukan novelis....bila la dia nk k ...
qil Post at 6-10-2010 09:29



    aku pun tengah tunggu novel nurul syahida ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 08:06 PM | Show all posts
aku pun tengah tunggu novel nurul syahida ni...
cmf_wakanabe Post at 6-10-2010 16:23



    ada gak yg duk tnya kt blog dia...dia pn tatau bila mau siap itu novel...bz ngn job translate kt asteruk kot..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 08:36 PM | Show all posts
Baru habis baca buku Biarkan Ia Pergi - Liza Nur
buku ni ada macam2 rasa..sedih, geram, romantik, kelakar & yang paling penting puas hati lepas habis baca..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 12:19 PM | Show all posts
AKU KAN NOVELIS - nURUL SYAHIDA

aku nak komen novel kedua penulis ni. cuak nak beli mulanya coz selalu kalu novel kedua penulis2 baru mesti kurang menyengat.

tapi salah telahan ku...

novel ni memang best ...lain dari yang lain cara citer dan gaya penulisannya. aku ketawa, sedih dan tersenyum sendiri ngan jalan citer ni.

saper2 yg lom beli ...aku rekemen korang beli.

syabas kepada NS - keep up the good work.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2010 02:46 PM | Show all posts
Abang bukan macam Shah Jehan yang sanggup bina Taj Mahal untuk Mumtaznya
Abang bukan Majnun yg setia kepada Lailanya walau jasad dipisahkan dengan nyawa
Abang mungkin tidak mampu lakukan seperti Rose lakukan. Tetap menantikan  Jack walau tahu kekasihnya sudah meninggal dan bersemadi sama sepeti hancurnya kapal TITANIC


so sweet ... Buku LARA RINDU ni edisi susah nak letak jgk..
baru beli semalam...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 03:19 PM | Show all posts
biarkan ia pergi - liza nur

kisah alissa (lis) yg telah dirogol oleh org tidak dia kenali dan kemudian mengandung serta dihalau keluar dr rumahnya..zaquan (zaq) tersedar yg dia telah merogol anak dara org telah berusaha mencari lis tuk menebus kesilapannya..setelah beberapa tahu akhirnya zaq jumpa dgn lis yg dicarinya dan berusaha tuk ngorat lis...

-3 bintang
-pening bila baca sbb banyak sangat watak sampingan dan konflik
-nama watak ala2 susah nak sebut, susah nak ingat, panjang berjela telah menyumbangan sedikit perasaan malas tuk membaca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2010 11:50 PM | Show all posts
biarkan ia pergi - liza nur

-3 bintang
-pening bila baca sbb banyak sangat watak sampingan dan konflik
-nama watak ala2 susah nak sebut, susah nak ingat, panjang berjela telah menyumbangan sedikit perasaan malas tuk membaca
mijot Post at 28-11-2010 15:19


mijot,
betul tu... nama-nama watak yang susah disebut (terbelit lidah)
mengganggu konsentrasi untuk meneruskan pembacaan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 09:54 AM | Show all posts
mijot,
betul tu... nama-nama watak yang susah disebut (terbelit lidah)
mengganggu konsentrasi  ...
cmf_azure Post at 28-11-2010 23:50


Leh tak azure letak 1 2 nama yang ada dalam novel tu???
Teringin nak tahu sbb star x de buku tu....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 01:42 PM | Show all posts
Reply 1130# silverstar333


antara nama watak yg terlibat dlm BIP :
alissa othman
zaquan zachery antasya
ameen zaquan
fara zaliqa
daniella iswana
zandra
medina
aidil aqasha

-bagi aku apa yg lebih mengelirukan ialah penulis mengunakan nama penuh dlm ayatnya...jd masa aku baca berbelit2 lidah nak sebut..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 01:43 PM | Show all posts
Reply 1129# cmf_azure


akak nanti masuk rumah kaki novel lak...saya ada buat perbandingan BIP dgn DS...
nak dgr pandangan akak pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 01:52 PM | Show all posts
baru je bce Diintai Rindu - Junie Octovian
buku ni kategori boleh laa bce kalo dah x tau nak bce ape ek
nak kate x best pon x.. nak kate best pon x.. 2.5 laa..
oreo beli sebab dah sangap nak bce novel so belasah je beli ape yg ada..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 04:12 PM | Show all posts
Akan datang HINGGA KE AKHIRNYA by Siti Nur Dhuha akan menemui anda di pasaran. Bagi peminat novel Akhir Sebuah Cinta pasti tertunggu-tunggu sambungannya. Jangan lepaskan peluang..kita tunggu!!

Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai se...perti dahulu. Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 10:06 PM | Show all posts
omg ada sambungan...
yg ASC tu tak larat nak abeskan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 11:43 AM | Show all posts
Akan datang HINGGA KE AKHIRNYA by Siti Nur Dhuha akan menemui anda di pasaran. Bagi peminat novel Ak ...
chit_ana Post at 6-12-2010 16:12



    dh cari buku ni kt jb...
x de pon lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2011 03:18 PM | Show all posts
Semalam pergi KLIBF beli Valentina Nervosa, Nurul Syahida. Dapat tandatangan, bergambar & strawbery coklat. Paling best bila dia kenal aku friend list dia dalam FB bila aku sebut nama aku
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 05:44 PM | Show all posts
BP skarg aku baca novelnya makin hebat! Termasuk cover2nya... skarag yg terbaru aku baca cucur bwg & kopi o, cinta ini milik kita, yg indah hanya sementara, hingga ke akhirnya,roti cicah susu, valentina nervosa dan skarg baca bisik2 gelora. Stiap novel BP mesti lain dr yg lain. Setiap cover pun ada maksud dan simboliknya..tu yg buat aku dah jatuh cinta pd BP. Syabas!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 09:06 PM | Show all posts
valentina  nervosa - nurul syahida
3 bintang

secara keseluruhan, aku rasa kurang berbanding 3 novel beliau yg lain..tapi masih dlm kategori boleh dibaca...aku paling suka dgn novel beliau iaitu akukan novelis...

cerita pasal mariyyah (maya), yg putus cinta pada hari valentine..jadi dia sgt fobia dan tak suka dgn VD ni...sepanjang perjalan hidup dia jumpa mcm2 peristiwa seperti terjumpa balik bekas pakwe, kawan serumah putus tunang, kawan sebilik bercinta dgn abg bekas pakwe, pekerja dia yg tah apa-apa...tapi akhirnya dia temui kebahagiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2011 07:56 PM | Show all posts
novel baru BP bulan JULAI



Takdir Fitrah Terindah
HANIS AZLA
RM : RM25.90
ISBN: 978-967-0184-76-0
~ 604 hlm
Bahasa Melayu

Lahirnya entah dari rahim siapa? Hadirnya ke dunia bukan suatu harapan lantaran tanpa belas kasihan dirinya ditinggalkan. Dia dibenci dan disisih hanya kerana dirinya anak terbuang yang dikutip orang. Entah apalah dosanya sehingga sesetengah orang merasa tidak senang untuk menerima kehadirannya dalam kehidupan mereka? Cinta dan kebahagiaan mungkin bukan miliknya.

Cinta pertamanya tercicir di tengah jalan lantaran kekasih hati beralih kasih setelah cinta mereka tidak mendapat restu. Cinta seterusnya yang ditentang membuatkan dia akur dengan suratan takdir. Biarlah jodoh datang sendiri.

Jodoh yang hadir bermula dengan episod duka. Pernikahan yang diatur oleh keluarga lelaki itu membuatkan hidupnya yang sebatang kara bertambah terluka. Kesan dari kisah hidupnya yang terbuang dan menumpang juga kisah cinta yang kecundang membuatkan dia sering merasakan dirinya serba kekurangan.Perasaannya terus huru hara bila cinta mula hadir dalam hatinya untuk sang suami yang langsung tiada hati padanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.144037 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list