|
SELANGOR RED GIANTS - caya la...kepala Rangel (1) vs Pahang (0)
[Copy link]
|
|
tuh la termenang
steadyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe... esok lawan yop plak...
harap2 termenang lagii
steadyyyyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
steady giant... |
|
|
|
|
|
|
|
Selangor dapat bekalan selesa
Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
[email protected]
SAFEE (tengah) dikawal oleh tiga pemain Perak pada aksi di Ipoh malam tadi.
--------------------------------------------------------------------------------
SELANGOR mengotakan janji untuk membuktikan bahawa mereka adalah pasukan serba lengkap.
Walaupun penat menghadapi jadual perlawanan yang sangat padat, skuad yang mendapat jolokan Gergasi Merah itu masih mampu mempamerkan sengat.
Malam tadi, mereka tampil cemerlang untuk menewaskan Perak 2-1 pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Perak, Ipoh.
Kemenangan tersebut dilihat agak selesa sebagai bekalan menghadapi perlawanan kedua, Sabtu ini.
Kemenangan bergaya di gelanggang lawan itu menjadikan tugas mereka lebih mudah pada aksi kedua nanti kerana memiliki kelebihan beraksi di Stadium Shah Alam.
Pada perlawanan malam tadi, Selangor tidak memperlihatkan sebarang kelemahan malah setiap posisi berfungsi dengan cemerlang.
Serangan mereka menakjubkan sehingga memaksa pasukan tuan rumah bekerja keras untuk menyekat kemaraan anak didik K. Devan itu.
Pada awal permainan, Selangor dilihat hilang rentak dan hampir bolos seawal minit pertama.
Begitupun, penyerang utama Perak, Razali Umar Kandasamy gagal menyempurnakan peluang tersebut walaupun penjaga gol Selangor, Mohd. Hamsani Ahmad sudah tertewas.
Percubaan jarak jauh yang dilakukan oleh Razali terkena palang gol.
Selepas itu Perak terus mengasak, tetapi barisan Selangor tetap tenang mengawal situasi.
Malam cemerlang Selangor itu bermula pada minit ke-30 gara-gara tindakan melulu penjaga gol Perak, Kamarul Effandi Abdul Rahim yang mengasari pemain muda Selangor, C. Premnath.
Tindakan Kamarul itu membawa padah apabila pengadil, Ibrahim Mohamad menghadiahkan sepakan penalti kepada Selangor yang disempurnakan dengan baik oleh Mohd. Safee Sali.
Gol tersebut semakin melonjak semangat pemain Selangor yang terus menggandakan serangan daripada setiap penjuru padang.
Safee Sali semakin gagah melakukan percubaan namun berjaya dihalang oleh pertahanan lawan.
Kapten Amri Yahyah terus menerus melakukan percubaan sehingga memaksa penjaga gol lawan bekerja keras untuk menutup gawangnya daripada dibolosi.
Aksi pada babak kedua juga menghadirkan banyak gerakan bahaya daripada pasukan pelawat.
Serangan mereka semakin garang tetapi dinafikan dengan penyudah yang kurang berkesan.
Usaha mereka untuk menambah jaringan akhirnya dicapai pada minit ke-52.
Amri Yahyah muncul sebagai penjaring apabila mudah menanduk masuk sepakan penjuru daripada Amirul Hadi Zainal.
Ketika mendahului 2-0, Selangor mula memperlahankan rentak mereka tetapi gerakan mereka tetap berbahaya.
Perak yang semakin terdesak untuk mencari gol terus bekerja keras tetapi usaha mereka mudah dibawa oleh pertahanan lawan.
Begitupun, anak buah M. Karathu itu akhirnya berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan Razali pada minit ke-72, tetapi segala-galanya sudah terlambat buat Perak.
Dengan kemenangan itu, Selangor dilihat mudah untuk melangkah kaki ke pusingan separuh akhir kerana memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri, Sabtu ini. |
|
|
|
|
|
|
|
yer laaa termenang lagii
steadyyyyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
yeah steady..harap kat shah alam kita menten juara |
|
|
|
|
|
|
|
Waspada helah Perak: Amirulhadi
Oleh Mohd Fadzrie Hazis
[email protected]
AKSI Amirulhadi (kiri) pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA dengan Perak di Stadium Perak, Selasa lalu.
Akui laluan ke separuh akhir belum terjamin buat pasukan Merah Kuning
SUNGGUHPUN memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan, pemain sayap Selangor, Amirulhadi Zainal tetap mengambil sikap waspada menjelang pertemuan dengan Perak di suku akhir kedua Piala FA, esok.
Bagi Amirulhadi, dia dan rakan sepasukan yang lain sudah belajar daripada kesilapan lalu ketika terpaksa bergelut sebelum menundukkan Kuala Lumpur 2-1 menerusi agregat di peringkat 16 akhir.
Selangor mendahului Perak 2-1 selepas aksi pertama di Ipoh Selasa lalu dan Amirulhadi mengakui laluan ke separuh akhir masih belum terjamin buat pasukan Merah Kuning itu.
"Masih ada 90 minit perlawanan untuk ditempuhi dan kami tidak boleh memandang rendah keupayaan Perak kerana saya yakin mereka juga tidak akan memberi laluan mudah buat kami.
"Kuala Lumpur memberi pengajaran perit buat kami sebelum ini. Oleh itu, kami tidak akan mengulangi aksi hambar seperti itu apabila berdepan Perak kerana ia akan hanya mengundang padah buat kami.
"Kami akan lebih menghormati lawan kali ini tetapi kami juga bersedia untuk meneruskan aksi terbaik kerana mempunyai misi untuk melangkah jauh dalam saingan Piala FA musim ini, " kata Amirulhadi.
Pemain kelahiran Ampang itu turut menegaskan moral pasukan kini semakin baik selepas menewaskan Kelantan 3-0 pada aksi Liga Super 28 Februari lalu.
Walaupun bakal beraksi tanpa tonggak pertahanan, Khairul Anuar Baharom yang menjalani penggantungan perlawanan, Amirulhadi tidak melihatnya sebagai satu masalah besar buat Selangor.
"Memang Khairul adalah antara tonggak senior yang banyak bertindak sebagai pemimpin kepada pemain lain dalam padang musim ini, tetapi kami masih mempunyai pemain lain untuk memainkan tugas itu.
"Amri (Yahyah) selaku kapten juga adalah antara 'suara' kami di atas padang, begitu juga dengan Hardi (Jaafar) dan Razman (Roslan) yang turut mempunyai pengalaman bersama skuad kebangsaan sebelum ini, " katanya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
steadyyyyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
merah kuning itu selangor.........
steadyyyyyyyyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
semi final jumpa sapa... |
|
|
|
|
|
|
|
kambenggggg..... |
|
|
|
|
|
|
|
minggu nihh jgn lupa...
kita lwn anak syarikat negeri kedah...
Kuala Muda Naza vs Selangor |
|
|
|
|
|
|
|
tuan umah.. taukar la tajk tuuuu....
steadyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Liga Super: KM Naza 1 Selangor 2
Selangor terus berada di takhta liga apabila menewaskan Kuala Muda NAZA 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darulaman malam tadi.
Tanpa kelibat pemain yang semakin meningkat naik, C Premnath yang mengalami kecederaan dalam aksi Piala Presiden minggu lalu, jurulatih K Devan menurunkan Azrul Hafiq Mohd Amran untuk mengisi slot pemain bawah 20 manakala D Surendran mengambil tempat Amirul Hadi Zainal di posisi sayap.
Selangor bermula garang dan berpeluang mendahului dua kali namun percubaan Razman Roslan dan Mohd Amri Yahyah terkena palang masing-masing pada minit ke-5 dan m-31.
Rudie Ramli memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-68 apabila menyambar bola muntah hasil sepakan Safee Sali untuk menewaskan Suffian Abdul Rahman. Azrul Hafiq kemudiannya membalas kepercayaan jurulatihnya apabila tandukannya pada minit ke-79 melebarkan jurang jaringan.
Kuala Muda NAZA bagaimanapun merapatkan jurang hasil jaringan pemain gantian, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menerusi sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil Subkhiddin Mohd Salleh setelah bola terkena tangan Khairul Anuar Baharom pada minit ke-82.
Gol tersebut mencetus semangat pasukan tuan rumah yang hampir menghukum Selangor pada masa kecederaan apabila tandukan Akmal sekadar singgah di palang gol tatkala penjaga gol Hamsani Ahmad hanya mampu melihat.
Hasil dari kemenangan ini membolehkan Selangor kekal mendahului pencabar terdekat Kelantan yang membelasah Pulau Pinang 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV hasil perbezaan jaringan.
Selangor dijadualkan bakal menentang Terengganu 31 Mac nanti di Stadium Sultan Mizan.
termenang lagi....
steadyyyyyyyyyyyyyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
bukan pasal selangor kuat tapi team lain yang lemah |
|
|
|
|
|
|
| |
|