|
jangan stress zam...nanti cepat tua..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 16-3-2015 09:55 AM
IBU AYLANINS yang masih berada di rumah mula tidak senang duduk. Pesanan Malik tadi seperti Aylanins berada dalam bahaya. Dia segera menghubungi Conan kerana dia tahu Conan tentu boleh menolong Malik nanti. Bimbang juga Malik ke sana seorang diri. Dia mundar mandir di ruang tamu. Kakak sulongnya masih berada di rumah. Suasana cemas dari malam tadi masih belum reda.
"Idah..sudahlah. Berdoalah moga Ayla selamat. Kau tu dari malam tadi tak tidur, tak makan.." Pujuk Maklong. Adik bongsunya langsung tidak jamah makanan.
"Macam mana aku nak tidur, makan, kalau Ayla sampai sekarang tak tahu kat mana.."
Maklong memeluk erat tubuh adik bongsunya. Dia berharap sangat Malik jumpa Aylanins dan bawa pulang dengan selamat. Tadi, Malik sudah berpesan supaya tidak laporkan pada polis kerana Aylanins mungkin akan dibunuh jika pihak polis tahu hal ini.
"Ha..tu Nan dah sampai!" Maklong tuding ke arah sebuah kereta yang sudah memasuki laman rumah.
Meluru pula ibu Aylanins ke arah Conan lalu diceritakan apa yang sudah berlaku tadi. "Nan..cepat Nan. Makcik risau Aylanins diapa-apakan.."
"Yalah makcik..nanti saya call Malik.." Conan bergegas masuk semula ke dalam kereta setelah dia menghubungi Malik yang masih dalam perjalanan ke sana. Kereta dipecut laju. Tika ini benaknya tidak lekang dari memikirkan keselamatan Aylanins dan ketika dia memikirkan gadis itu, muncul wajah Arisha, dari malam tadi Arisha tidak bercakap dengannya. Pagi tadi pun Arisha hanya acuh tak acuh saja menjawab pertanyaannya. Cemburukah dia? Ah, biarlah dia begitu, yang penting sekarang ini dia perlu tolong Malik menyelamatkan Aylanins. Nantilah dia jelaskan pada Arisha.
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah si mawar hitam itu @Ipo? |
|
|
|
|
|
|
|
MALIK berhentikan keretanya di tepi jalan tidak jauh dari tempat yang dimaksudkan oleh Aylanins dia dihubungi tadi. Dari situ, dia melihat sebuah kereta sudah diparkir tetapi tiada seorang pun yang ada di situ. Perlahan Malik melangkah ke sana. Dia mencari kelibat isterinya. Tiada. Matanya tertancap pada kelopak bunga mawar hitam yang berselerak di atas rumput berdekatan dengan kereta. Kereta itu dijenguk sekali melalui cermin tingkap kereta. Juga tiada sesiapa.
"Mana dia orang ni?" Malik sudah cemas.
Dia melangkah pula ke arah semak kecil yang menuju ke arah jalan mati. Langkahnya terhenti, gaung yang agak curam itu diperhatikan lagi. Tidak mungkin Aylanins dibawa sampai ke situ. Dia melihat ke arah kiri, ada satu lorong kecil menuruni bukit menuju ke arah belukar. Agak curam. Melilau Malik mencari kelibat Aylanins. Masih tiada apa-apa. Dia kembali ke tempat tadi, di tepi kereta ada kesan darah melekat di pintu kereta.
"Ya Allah.." Malik meraup muka. Terus saja dia terbayang sesuatu yang buruk sudah berlaku pada Aylanins.
"Malik! Malik!"
Malik menoleh. Conan sudah berlari ke arahnya.
"Mana Ayla?" Terus saja Conan bertanya.
"Nan..aku tak tahu. Sampai saja, hanya kereta ni saja ada. Tu! Mawar hitam.." Malik tuding ke arah kelopak mawar hitam yang masih ada di situ.
Conan terdiam. Dia mendekati bunga mawar hitam itu. Pada duri batang bunga mawar hitam itu ada kesan darah. Terasa ada sesuatu yang buruk sudah berlaku pada Aylanins.
"Malik..aku rasa Ayla masih kat sini. Kita kena cari dia.." Conan melangkah pula ke arah tebing bukit. Dia jenguk. Jelas panorama Kuala Lumpur nampak indah dari situ dan gaung itu agak curam. Tiada tanda-tanda Aylanins berada di situ.
"Nan..aku rasa mereka lalu ikut lorong kecil tu." Malik tunjuk arah lorong kecil menuruni bukit.
"Kalau macam tu, jom kita cari!" Conan terus saja mengajak Malik menuruni bukit dan meredah semak belukar yang dipenuhi pokok resam dan juga senduduk. Dengan berpaut pada dahan dan ranting pokok tersebut, mereka berhati-hati melangkah. Kadang-kadang hampir tergolek jatuh kerana jalan yang agak curam.
"Nan!! Tu!!" Malik nampak baju pengantin yang dipakai Aylanins sudah tersangkut di dahan pokok tidak jauh dari tempat mereka berada.
Terus saja mereka berdua meredah tanpa hiraukan lagi keselamatan diri. Semakin menuruni bukit, semakin terasa jauh dari jalan utama di atas sana. Akhirnya mereka sampai di situ, cebisan baju pengantin Aylanins memang ada di atas ranting pokok senduduk. Malik sudah berubah riak mukanya. Cebisan baju pengantin Aylanins dipeluk.
"Malik..jangan fikir yang bukan-bukan. Aku pasti, Ayla masih hidup.." Conan tenangkan Malik yang sudah semakin sugul.
"Tu..banyak kesan darah atas daun tu.." Malik tunjuk pula pada darah yang melekat pada daun pokok.
"Jangan putus asa..jom, kita cari lagi."
Sekali lagi mereka berdua menyambung mencari Aylanins. Sampai di satu kawasan yang agak rata tanahnya, langkah mereka terhenti. Tergamam melihat Aylanins yang cedera di bahu dan paha sudah pengsan di situ. Muka Aylanins sudah pucat. Meluru Malik mendapatkan isterinya yang sudah tidak sedarkan diri.
"Malik..kau bawa Ayla dari sini. Biar aku yang cari mawar hitam tu.." Conan pandang Malik yang sudah memangku kepala Aylanins yang masih pengsan.
Tubuh Aylanins didukung dan dibawa naik ke atas bukit semula dengan dibantu Conan. Sampai saja di atas sana, keduanya terhenti langkah sekali lagi.
"Hani??" Malik dan Conan serentak bersuara.
"Macam mana Ayla?" Hani terus saja menerpa ke arah Aylanins yang masih dalam dukungan Malik.
Malik dan Conan masih terpinga-pinga. Mereka saling berpandangan. Macam mana Hani boleh berada di situ? Diakah mawar hitam itu?
"Aku tahu..korang ingat aku mawar hitam tu kan? Nanti aku cerita kat korang. Yang penting, Ayla perlu dibawa ke hospital. Darah banyak keluar tu." Hani pandang Malik dan Conan silih berganti. Dia tahu apa yang bermain di benak mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
hari ini rasa lega...alhamdulillah..
aku di pihak yang benar...harap tak ada lagi yang tak ada etika seperti blog yang ambil karya aku tu..
komen aku pun di deletenya...huhuhu..
terima kasih Kapasitor.net
syukur amin................
|
|
|
|
|
|
|
|
ingat satu je.. doa orang teraniaya itu makbul..
|
|
|
|
|
|
|
|
itulah...alhamdulillah...
aku tk kisah nak ambik tapi berilah link or kredit to penulis asal..
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 47
HANI pulang ke rumah dengan hati yang resah. Sebaik kereta diparkir, dia meluru masuk ke dalam bilik Linda. Pintu bilik Linda yang berkunci diketuk berkali-kali. Dia tahu Linda masih berada di dalam bilik itu. Tadi, dia sudah menyuruh Linda terus saja pulang ke rumah. Pintu diketuk lagi sambil melaung nama Linda.
"Hani..kenapa ni? Jerit macam nak pecah anak tekak?" Puan Zawiah mendekati Hani yang terjerit-jerit di depan pintu bilik Linda.
"Mak, Linda ada balik tak tadi?" Hani pandang pula ibunya.
"Entah..mak kat dapur tadi. Kenapa? Dia kan pergi hospital?"
"Linda!! Buka pintu ni!! Akak tahu Linda ada dalam bilik!! Buka pintu ni!!" Jerit Hani lagi. "Mak..ada kunci tak?"
Puan Zawiah mengangguk. Dia bergegas ke biliknya dan kembali bersama kunci pendua. Kunci dihulur pada Hani. Cepat saja Hani membuka pintu bilik Linda. Sebaik pintu terbuka, Linda sedang menggeletar atas katil dengan rambut kusut masai. Hani merapati adiknya yang seperti orang hilang akal.
"Linda..Linda.." Hani cuba pujuk Linda dengan suara lembut. Dia tahu dalam keadaan seperti ini, dia perlu berlembut dengan Linda.
"Kak..apa yang saya dah buat?" Linda dalam nada suara ketakutan terus memeluk Hani.
Puan Zawiah masih terpinga-pinga melihat apa yang sudah berlaku pada Linda. Dia turut melabuhkan punggung di sebelah Linda yang sedang berpelukan dengan Hani. "Linda..kenapa ni? Cuba beritahu mak.."
"Mak..boleh tinggalkan kami sendiri dulu.." Pinta Hani sambil memandang sayu pada ibunya yang sudah kelihatan bingung.
Tanpa banyak soal, Puan Zawiah keluar dari bilik itu. Dia percayakan Hani yang mudah memujuk Linda. Sejak kecil Hani pandai memujuk adiknya itu. Pintu ditutup rapat.
Hani pegang kedua pipi Linda yang sudah menangis. Wajah pucat Linda jelas terpamer. "Linda..kenapa Linda buat macam ni? Cakap dengan akak?"
Linda masih diam tapi menatap Hani dengan pandangan kebingungan. Dia keliru dan bingung dengan apa yang sudah berlaku.
"Kenapa Linda culik Aylanins? Kenapa Linda lakukan semua ni?" Pujuk Hani lagi, masih dengan nada perlahan. Mata Linda ditatap lembut. Sungguh, dia tidak menduga begini kesudahan Linda. Apa yang tidak kena pada Linda sebenarnya? Linda seolah bukan dirinya lagi.
"Kak...Malik..Malik patut jadi milik akak. Malik harus bertanggungjawab pada akak. Dia patut nikah dengan akak bukan Aylanins!!" Nada Linda semakin tinggi saat menutur.
"Linda..dengar sini. Akak dah terima ketentuan Allah. Akak terima dengan redha. Dengar sini, betul ke Linda yang jadi mawar hitam?" Pipi Linda masih dipegang kemas. Mata tidak lepas dari menatap anak mata Linda.
"Bukan Linda kak...bukan!!" Linda cengkam rambutnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
adehhhhhh.. berapa ekor penyangak ada dalam ini cerita???
dont tell me linda pon ada sakit mental mcm kakak die jugak? |
|
|
|
|
|
|
|
Mayb jgk linda ni pun sakit mental mcm hani n ada split personality..n mayb dia sendiri x sedar..mental ni sbb stress kan? Linda stress lepas nmpk kakak dia kena rape n sgt2 kecewa sbb x tolong kakak dia masa tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Recall
** Masa Ben mati, Alif terserempak ngn seorang perempuan yang berpakaian persis Hani. Dan dalam masa yang sama dia sempat melihat muka Hani.
** Masa Amir bertukar jadi makhluk jadian tu dia nampak Hani berubah watak dengan pisau di tangan, Linda ada dengan yang lain, Muzaffar muncul bersama Ayla.
** Ayla kena culik, Linda ada kat rumah tapi Hani tak ada. Lepas tu masa Linda masuk bilik Hani ubat2 tu berselerak. Then Hani balik dia pelik tengok bilik dia tunggang langgang...
** Kesimpulannya, mawar hitam bukan Hani ataupun Linda? Ataupun ada pihak ketiga yang hanya mempergunakan Hani dan Linda macam Ryan pergunakan Alif dan Amir untuk ujian Ujikaji makhluk jdian tu? So suspek berbalik pda Muzaffar? |
|
|
|
|
|
|
|
fuhhh dasat betul ingatan ko
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi bak kata doktor yg merawat hani..kalo pesakit ni berubah personality..dia x sedar..jadi kemungkinan another personality dlm diri linda yg buat semua ni..
- masa ben mati mmg high possibility mawar hitam adalah linda..
- masa amir nk bertukar tu..mayb sbnrnya dia nmpk linda tapi mistakenly kata hani..kot muka nk sama sbb adik beradik (yg ni mmg x sure)
- alya kena culik mmg linda ada kat rumah..sbb org suruhan dia yg lelaki tu yg buat kerja menculik
- sepahkan bilik hani..mayb jgk linda sbb dia yg di rumah..but masa dia jadi another personality tu dia sepahkan..bila she change back to her true self..dia mmg x ingt apa yg dia dh buat..
|
|
|
|
|
|
|
|
"Ok...cerita dengan akak...akak tak akan beritahu sesiapa.." Tanya Hani setelah melihat Linda sudah reda sikit.
Hani hanya pandang Linda yang masih diam dan tunduk. Rambut adiknya dielus dan diirai dengan jari supaya lebih nampak kemas sementara menunggu Linda menutur kata. Tadi, hatinya terasa tidak sedap. Dari malam tadi lagi dia merasa sikap Linda sangat pelik dan aneh. Balik dari majlis nikah Aylanins dan Malik, Linda berkurung dalam bilik sehinggalah dia keluar dengan rakan polis yang lain selepas waktu Isyak. Sempat jenguk bilik Linda sebelum keluar. Linda elok saja berada di dalam bilik dan pagi tadi, sebaik lepas sarapan, Linda keluar tergesa-gesa dari rumah selepas bertekak dengannya pasal kes ubat. Sedih juga bila adik sendiri menuduhnya sakit jiwa. Ya benar, dia mengambil ubat penenang setiap bulan dan dia tidak pernah gagal makan semua ubat itu sehinggalah doktor sahkan dia sudah sembuh sepenuhnya.
Linda masih diam dan tunduk. Masih kelihatan bingung dan keliru.
"Linda...beritahu akak.." Pujuk Hani lagi. Bahu Linda disentuh lembut. Rambut dielus perlahan.
"Linda tak sanggup tengok akak menderita. Sepuluh tahun akak menderita. Sepuluh tahun akak tanggung sakit seorang diri sampai sebulan terlantar di hospital. Apa yang lebih perit, apa yang Linda nampak kak! Fendi, dia memang patut dibunuh! Linda tengok sendiri dia rosakkan akak! Malik..Linda tahu, dia tak apa-apakan akak tapi dia juga terlibat sama kak!" Linda mula bersuara.
"Jadi..Linda yang bunuh Fendi?" Membuntang Hani saat ini. Matanya tepat memandang anak mata Linda yang sudah jelas kelihatan ada dendam membara.
"Ya! Dia yang beri amaran pada Linda supaya tidak lapor pada polis tapi dia silap! Sejak itu, Linda dendam dengan dia kak! Malam tu, Linda tunggu dia di tepi kereta. Linda tikam dia bertubi-tubi tapi dia sempat lari. Huh! Liat sungguh nyawa!" Muka merah Linda sudah terpamer di wajah. Mata luas dan bibir kuat mengetap.
Hani terdiam. Pengakuan Linda sudah terasa seperti batu menghempap di kepalanya. Sungguh dia juga sudah mula merasa keliru dan bingung. Linda dipandang lama. Cuba mencari apa sebenarnya yang Linda inginkan.
"Joe, Rizal dan Ben..Linda juga ke yang bunuh?" Hani sudah menelan liur. Riak Linda sudah berubah. Linda sudah tersenyum sinis.
"Padan muka! Sepatutnya akak gembira dengan kematian mereka tu kak! Sayang...mereka mati bukan di tangan Linda.." Sinis lagi nada Linda sambil tersenyum nipis.
Hani semakin bingung. "Beritahu akak perkara yang benar Linda!" Hani sudah mula geram.
Linda mula ketawa. " Benar kak..Linda nak sangat bunuh perogol tu semua tapi nampaknya mawar hitam tu dah bunuh. Ben tu, memang Linda ke kondominium tu untuk bunuh Ben. Linda tahu dia tinggal di situ pun masa nak jumpa Amir di kondo tu, rupanya perogol akak tu juga tinggal di tingkat yang sama dengan rumah Amir. Belum sempat Linda bunuh, Ben sudah mati!"
"Tadi Linda kata, Linda tikam Fendi. Ada bunga mawar hitam pada mayat Fendi, doktor jumpa dalam poket baju Fendi masa dirawat di hospital. Doktor yang beritahu akak. Linda kan mawar hitam tu???" Tubuh Linda digoncang kuat.
"Akak percaya? Linda letak mawar hitam tu sebab nak alihkan perhatian polis pada mawar hitam." Linda ketawa sinis.
Hani semakin bingung tapi dia perlu bijak menangani Linda. Ternyata Linda yang berdendam kuat dengan semua lelaki itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
menakutkan.. pegi jumpa doktor.. doktor pon sakit mental |
|
|
|
|
|
|
|
itu doktor gila namanya
|
|
|
|
|
|
|
|
haha..linda yang gila sekarang ni
|
|
|
|
|
|
|
|
forensik Nay pada watak2 dalam ni cukup baik
|
|
|
|
|
|
|
|
forensik yang ni ada benarnya..stress boleh akibatkan split personality..
boleh jadikan seseorang itu mudah menjadi 'orang lain' masa fikirannya bercelaru dan berkecamuk
also can cause multiple personality
wah..cikgu mengajar..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 10-3-2015 06:24 PM
"Ok...cerita dengan akak...akak tak akan beritahu sesiapa.." Tanya Hani setelah melihat Linda sudah ...
Linda ngaku dia yg tikam Fendi. Rasanya mawar hitam yg sbnr masih terselindung |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|