|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Edited by elia201 at 31-5-2015 07:52 AM
Rizal perasan kehadiran Jie dan seorang lelaki muda duduk dimeja persendirian. Agak tersorok dari pengunjung lain. Mata yakin lelaki yang dilihat bukan Rayyan. Prasangka terbit dihati. Namun Rizal berlagak selamba. Memandangkan Sheera yang mengajak ke sini untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka Rizal tidak mahu memikirkan perihal Jie. Mungkin Rizal akan merisik sendiri dari Rayyan kemudian. Tak mahu mengganggu masa yang ingin dihabiskan bersama isteri tersayang.
"You pandang apa Riz?" Sheera menyoal sebaik duduk dimeja yang ditempah untuk mereka berdua.
"Tak ada apa apalah !" Pantas saja berdalih untuk mengelakkan isterinya bertanya lebih. Kebetulan pelayan restoran datang untuk mengambil pesanan makanan. Soalan Sheera mati disitu. Mata khusyuk menghadap menu.
Sementara itu, disudut bertentangan Zulkarnain menarik nafas panjang. Resah memikirkan penerimaan Jie.Isyarat diberi kepada pelayan restoran untuk membawa 'pencuci mulut' yang ditempah dan juga kejutan yang dirancang buat Jie.
"Jiha.. I tertinggal barang dekat kereta.. I pergi ambil sekejap tau !" Zulkarnain bingkas bangun untuk pergi. Jie hanya angguk. Pandangan di hala ke arah tasik. Pohon pohon yang dihiasi lampu berwarna warni menambah keindahan suasana makan malam mereka. Zulkarnain memang arif dengan citarasa Jie.
"Mommy !!" Seorang anak kecil berlari mendapatkan Jie yang sedang duduk. Jie terpinga.
"Tasha !!" Mata bercahaya. Laju saja tangan merangkul mesra tubuh cilik Tasha. "Macam mana Tasha boleh ada dekat sini ?" Jie memandang sekeliling. Tak mungkin Tasha bersendirian.
"Tasha datang dengan Nek Umi dan Tok Abi.. Tu mereka ." Sebaik saja terpandang Tengku Rahimah, Jie tersentak. Wanita jelita itu sangat dikenalinya. Lantas tangan Tengku Rahimah atau mesra dipanggil Umi disalam tanda hormat. Mereka berpelukan. Persis ibu dan anak !
"Umi tak sangka Najihalah yang Zul selalu cerita dekat Umi !" Sungguh Tengku Rahimah memang sangat berkenan dengan Jie sejak kali pertama berjumpa di rumah yatim Ehsan. Tetapi waktu itu Umi dapat merasakan ada cinta antara Zack yang diasuh dari kecil terhadap Jie. Maka hasrat untuk memperkenalkan Jie pada Zulkarnain terbatal.
"Zul?" Jie pelik. "Zul dengan Umi ...?" Jie kehilangan kata kata. Setahu Jie, keluarga Zulkarnain memang kaya raya dan berpengaruh. Tetapi Tengku Rahimah dilihat merendah diri dan senang bergaul. Tidak sombong ! Malah Jie tak pernah tahu status Umi yang sebenar.
"Iskandar Zulkarnain itu anak tunggal Umi ! Ini suami Umi .." Tengku Rahimah memperkenalkan seorang lelaki berusia disisi.
"Apa khabar Dato' Sri ?" Jie menyapa hormat. Pernah bersua dengan Dato' Sri Izham sewaktu menemani Daddy.
"Tak payahlah nak formal sangat Najiha.." Memang Dato' Sri Izham lebih gemar panggilan santai. "Sebut Abi kan senang. Betul tak Umi?" Wajah isterinya ditenung meminta kepastian. Tengku Rahimah hanya angguk. Suka memikir Zulkarnain memilih Jie sebagai pendamping.
Mengerti kini mengapa anak terunanya jadi tak keruan kerana Jie. Sememangnya anak Dato' Hanafi yang merupakan temannya cantik dan menawan. Malah nampak mesra dengan isterinya. Dato' Sri Izham tiada halangan jika inilah pilihan hati anaknya. Status janda Jie bukan masalah. Tengku Rahimah juga berstatus sama seperti Jie sewaktu dikahwini dulu.
"Mommy.." Tasha menarik tangan Jie. "Hadiah untuk Mummy. Mommy buka tau !"Satu bungkusan cantik dihulur. Jie kaget.
"Umi dengan Abi balik dululah. Senang nanti kita jumpa lagi." Tengku Rahimah menarik tangan Tasha untuk mengikutinya. Malam ini anak cilik itu tinggal bersamanya. Sebagai pengasuh, Tengku Rahimah dibenarkan membawa anak yatim bermalam bersamanya. Kebetulan, Zulkarnain meminta tolong membawa Tasha sebagai kejutan.
"Jumpa lagi Najiha !" Dato' Sri Izham pamit sebelum berlalu. Jie hanya senyum.
"Mommy bukalah hadiah sekarang !" Tasha mengingatkan Jie. Jie hanya menurut. Pembalut hadiah dibuka.
Satu nota dicapai dan dibaca.
Will you marry my Papa?
Tasha.
Takkanlah Tasha.. Hati Jie berbisik sendiri. Tersentak apabila pelayan menghampirinya meletak sebuah pinggan yang mengandungi nota dan sebuah kotak. Jie terpaku.
" Will you marry me?" Zulkarnain muncul sambil memegang sebentuk cincin.
Sekali lagi Jie terpaku. Namun tidak menolak apabila cincin disarung oleh Zulkarnain ke jari manisnya.
"I anggap you say 'yes'?" Zulkarnain inginkan kepastian. Takut lamaran tidak diterima.
Memikirkan kebaikan budi dan jasa yang ditabur Zulkarnain, tiada alasan untuk Jie menolak. Hanya mengangguk tanda setuju.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-3-2015 01:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kakZue replied at 14-3-2015 12:36 PM
dah macam sinetron seberang jah citer nie..
tula.. terlebih pjg |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-3-2015 01:24 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
yipun_78 replied at 14-3-2015 11:49 AM
berapa bab lagi ni Elia?watak antagonis sebenar lom keluar lagi ni.. siapa yg control Azim agaknya
orang terdekat jugak. dlm less than 5 bab abisla cte ni |
|
|
|
|
|
|
|
ok I cuba bersabar menunggu huhuhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-3-2015 11:44 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 16-3-2015 12:02 AM
Zeeta cemburu dengan keakraban Tengku Safiah dan Juwita. Kalau selama ini Mama akan mengajak Zeeta ke mana mana namun sekarang Mama lebih gemar ditemani Juwita. Safihah juga sudah lama tidak menjenguk muka. Mungkin sedar kehadirannya tidak mendapat tempat dihati Rayyan. Begitu juga dengan Tengku Safiah. Mama mertuanya terus saja menyingkirkan Safihah sebaik saja Rayyan memperkenalkan Juwita sebagai calon isteri.
Cuma satu yang Zeeta pelik dengan Juwita. Pernah sekali Zeeta nampak gadis itu berbicara seorang diri. Pada mulanya Zeeta fikir Juwita bercakap ditelefon bimbit namun kedua tangan Juwita kosong. Malah mata Juwita merenung ke suatu arah seolah ada orang yang ditatap. Bulu roma Zeeta meremang lantas pantas saja Zeeta masuk ke rumah. Sempat terdengar Juwita menyentuh soal perjanjian. Perjanjian apa Zeeta tak mahu ambil tahu. Takut.
Bila Zeeta bercerita perihal Juwita pada Zack, suaminya cuma endah tak endah. Menganggap Zeeta mengarut. Zack dengan penuh yakin mengatakan perasaan Zeeta sahaja. Tak mungkin dizaman teknologi ini wujud hantu. Mustahil Juwita yang tampak moden percayakan benda khurafat begitu.
Zeeta mengadu pada Khalid tetapi dirinya diketawakan. Penyudahnya Zeeta diam saja.
Acapkali Danish anaknya yang kini mencecah usia empat bulan pasti akan menangis kuat setiap kali Juwita ada berdekatan.
Bila Zeeta bercerita pada Datin Zilla, Mama kandungnya mengajak bertemu pakar perubatan Islam. Mungkin mereka boleh memberi nasihat
Jika keadaan berterusan begini, Zeeta akan pertimbangkan untuk membawa Danish ke sana. Entah kenapa Zeeta rasa Juwita seperti ada 'sesuatu'. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-3-2015 12:32 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 15-3-2015 01:09 AM
Sejak dari kejadian terserempak dengan Jie dan lelaki lain minggu lepas, Rizal tidak keruan. Bukan berniat mencampuri urusan orang akan tetapi banyak persoalan bermain diminda. Justeru Rizal mengajak Jie berjumpa untuk mencari tahu hal sebenar. Sheera juga turut menemani Rizal untuk mengelakkan fitnah jika ada yang terserempak dengan mereka berdua. Rizal yakin ada sesuatu menimpa perkahwinan Jie dan Rayyan.
"Hi babe.." Sheera pantas saja memeluk mesra teman baiknya.
"Apa khabar kau babe? Makin berseri aku tengok kau sekarang.." Jie bukan sekadar memuji tetapi memaksudkan kata katanya.
"Kau pun apa kurangnya.." Sheera segan menerima pujian Jie. "Suami kau apa khabar?" Soalan cepu emas ditanyakan.
Jie mengeluh. "Aku dah bercerai.." Biar saja kebenaran terbongkar. " Rayyan pun dah nak kahwin dengan PA dia." Kad jemputan perkahwinan Rayyan sudah diterima oleh Daddy melalui Khalid. Jie tidak keberatan untuk pergi jika Zulkarnain mengizinkan.
Sudah lama menerima hakikat jodoh mereka tiada. Jie kini bahagia kerana Umi dan Abi Zulkarnain menerima baik kehadirannya.
Malah, Zulkarnain juga melayan dirinya seperti permaisuri. Segala kehendaknya akan dituruti. Jie tidak menyesal menerima lamaran lelaki itu kerana Jie yakin Zulkarnain adalah pilihan yang tepat.
Daddy dan Ibu antara yang paling gembira apabila mendapat tahu Jie bersetuju mengahwini Zulkarnain. Maznah juga tiada halangan. Bahkan mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Jie berharap biarlah ini perkahwinan terakhir buatnya.
"PA Rayyan?" Rizal inginkan kepastian. "Juwita ke?" Terbayang wajah cantik Juwita dimata. Rizal sangat kenal gadis itu. Licik ! Pasti menggunakan taktik kotor untuk menagih cinta Rayyan.
Jie angguk. "Rizal... Azim masih hidup ! Malah dia berpakat dengan Juwita untuk kenakan I.." Lancar saja Jie bercerita tentang peristiwa hari Azim muncul bersama Juwita dikediaman yang diduduki bersama Rayyan. Kisah Rayyan memfitnah dirinya juga tidak ketinggalan.
Rizal menggenggam penumbuk. Geram dengan Azim dan juga Juwita ! "I rasa dah tiba masa you dedahkan siapa dalang sebenar. I rasa orang yang sama arahkan Azim bunuh you tiga tahun lepas jugak yang bantu Azim untuk buat semua ini." Kalau tidak masakan Azim boleh diisytiharkan mati dan terlepas dari tuduhan begitu saja !
Rizal yakin orang itu tidak akan puas selagi Jie masih bernyawa. Motif hanya Azim saja yang tahu.
"I akan tolong you kali ini Jie !" Rizal ada satu rancangan difikiran. Berharap Jie sudi bekerjasama. Senang untuk menghapuskan Azim dan dalang sebenar yang masih lagi berselindung identitinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-3-2015 10:34 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 15-3-2015 11:56 PM
Zulkarnain terpaksa membantah kehendak Jie kali ini. Idea gila ! Tak mungkin membiarkan Jie bergelumang bahaya. Zulkarnain ada cara lain untuk menghentikan kegilaan Azim. Semuanya dilakukan diluar pengetahuan Jie. Cukup dirinya dan Dato' Hanafi saja tahu. Keutamaan adalah keselamatan Jie. Zulkarnain tak mahu Jie ditimpa kecederaan.
"Jiha..." Tubuh bakal isterinya dirangkul ke erat. " I cintakan you ! I tahu macam mana nak lindungi you." Zulkarnain memberikan jaminan.
"You just fokus dekat perkahwinan kita lagi bagus !" Tak sampai dua minggu lagi mereka akan disatukan. Zulkarnain yang meminta dipercepatkan. Malas bertangguh.
Malah, keselamatan untuk majlis pernikahan mereka memang ketat. Selain pengawal yang diupah, tiada sesiapapun yang ada kaitan dengan Rayyan dijemput termasuklah sahabat baiknya Ku Iz. Zulkarnain tak mahu sebarang kekacauan berlaku. Sejarah Ku Iz dan Jie membuatkan Zulkarnain mengambil langkah selamat.
"Tapi you..." Jie serba salah. Mungkin Jie akan bertindak diluar pengetahuan Zulkarnain saja.
"No tapi tapi please.." Zulkarnain pantas membantah.
"Oklah you.." Jie malas panjang cerita. "Makanlah tadi you kata lapar sangat.. I on diet." Memang Jie jarang sekali makan lewat malam. Takut gemuk !
Zulkarnain senyum. Faham sangat. Uminya juga begitu. "Makanlah sikit.." Garfu dihulur untuk menyuapkan salmon panggang kesukaan Jie.
Jie hanya menggeleng. Zulkarnain masih lagi tak putus asa. "Please Jiha.." Gigih memujuk.
"Zul..Jiha.. korang buat apa dekat sini?" Satu suara menyapa. Sudah lama memerhati gelagat Zulkarnain dan Jie dari jauh. Tampak mesra.
"Saja nak dinner dekat sini. Kebetulan Jiha free aku ajak dia teman aku.." Zulkarnain berlagak selamba. Belum sampai masa untuk Ku Iz tahu hubungan mereka yang sebenar.
"Oh I see.." Mata Ku Iz terpaku menghadap Jie. Ku Iz baru dapat tahu Rayyan sudah menceraikan Jie. Itupun Mama Long yang bercerita kepada Mama ketika menjemput ke majlis perkahwinan Rayyan dengan Juwita.
"Sofea apa khabar? Lama I tak jumpa dia.." Jie sengaja menukar topik perbualan. Sedar mata Ku Iz asyik merenung wajahnya. Tak mahu Zulkarnain berprasangka.
"Dia ok." Ku Iz menjawab ringkas.
Ada sesuatu yang bermain difikiran Ku Iz. Terselit jua perasaan cemburu jika benar Zulkarnain dan Jie berhubungan. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-3-2015 11:44 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 15-3-2015 11:58 PM
Nampaknya susah untuk Azim mengesan lokasi Jie. Jie bijak menyembunyikan diri. Sukar dijejak dan seperti sudah ghaib dari muka bumi.
Segala medium sosial yang membolehkan Azim mengesan Jie juga sudah dinyahaktifkan. Malah, nombor telefon juga sudah tiada dalam perkhidmatan.
Kerap juga Azim mengarahkan pengikutnya membuat pemantauan ke lokasi yang berkemungkinan dikunjungi wanita itu namun tetap tidak berhasil.
Bimbang rancangan yang diatur lambat dilaksanakan. Azim tak mahu melepas lagi.
Buat masa sekarang, Juwita telah menjalankan tugasnya dengan baik. Rayyan masih tunduk patuh dan berguna untuk Azim manfaatkan kelak.
Hanya tunggu masa saja untuk melaksanakan rancangan yang diatur.
Jika Jie gagal ditemui dalam masa terdekat, Azim ada cara untuk mengumpan Jie keluar dari persembunyiannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-3-2015 02:16 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Bab 53
Rizal berharap segala yang diusahakan berjalan lancar. Semoga Allah bukakan hijab yang menutupi akal dan fikiran Rayyan supaya lelaki itu sedar cinta pada Juwita hanya palsu. Rayyan sudah terkena sihir dan kini dikawal oleh Juwita.
Ustaz yang ditemui cuba berikhtiar mengubat dari jauh. Namun lebih afdal jika Rizal berjaya memujuk Rayyan untuk berubat. Takut terlambat sehingga Rayyan terlajak mengahwini Juwita.
Perkara pertama yang harus Rizal lakukan adalah menarik Rayyan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Semoga pintu hati Rayyan terbuka untuk melihat kebenaran yang terbentang luas.
"Saya solat dulu Encik Rayyan.. Waktu asar dah nak masuk.." Rizal terus membelok menuju ke kawasan masjid. Niat untuk mengajak Rayyan menunaikan solat bersama. Rayyan hanya angguk.
Sesampai di masjid kedengaran azan berkumandang diudara. Rayyan dilihat resah gelisah. Tidak keruan. Mengerti situasi yang dialami Rizal terus memberikan air yang sudah dibacakan ayat suci Al quran untuk menenangkan Rayyan.
"Jom kita solat dulu." Rizal mengajak. Rayyan hanya akur. Rasa berdosa kerana kerap mengabaikan solatnya.
Sejak kebelakangan ini, Rayyan jadi malas untuk bersolat. Malah, tafsir Al quran juga sudah jarang diselak. Masa banyak dihabiskan melayan kerenah Juwita.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rayyan dah disihir Juwita la ni..
err..aku dah lost track..siapa Azim ni sebenarnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
makin banyak konflik lak citer nie...demi JIE dan RAYYAN kena menanti n3 seterusnya... |
|
|
|
|
|
|
|
penjahat yang bersekongkol dengan Rizal |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 16-3-2015 10:26 PM
Rayyan hanya menurut kehendak Juwita untuk minum di O' Briens. Kebetulan kaki terasa lenguh berjalan. Pantas saja melabuhkan punggung disitu. Mata memandang manusia yang berjalan. Satu bayangan bermain diminda. Kabur.
Seorang kanak kanak cilik sedang berjalan laju tidak dapat mengawal diri terlajak lalu terlanggar meja yang diduduki Rayyan dan Juwita. Iced Chocolate tertumpah dan mengenai skirt yang dipakai oleh Juwita.
"Hey ! Sini you ! You buta ke?" Mata Juwita menjengil marah. Tangan anak kecil itu ditarik kasar. " Mana parent you?" Mata meliar pandang. Nada suara sengaja ditinggikan. Garang. Kanak kanak itu menangis ketakutan.
Rayyan tidak menegur pelakuan Juwita. Ralit diulit kenangan. Tempat ini seperti pernah mengukir satu peristiwa penting dalam hidupnya.
"Wait !" Seorang lelaki berpakaian kemas muncul mendekati Juwita. "I tahu anak I salah tapi you tak patut nak tinggi suara dengan dia." Pantas anak kecil itu didukung. Cuba memujuk si comel yang kesedihan.
Juwita tak mahu mengalah. " You jaga anak macam mana ni ha?! Biarkan berlari sesuka hati !" Kemarahan jelas terpancar di wajah.
Pandangan beralih ke Rayyan. " Ray you diam ini kenapa? You tak kesian ke tengok skirt I dah kotor ini?" Juwita merengek. Manja.
Rayyan tersentak. " Kenapa ini, Juwita?" Bayangan yang menerpa serta merta hilang. Rayyan tidak sedar segala yang telah terjadi sebentar tadi. Hanyut dalam khayalan.
Pandangan tiba tiba jatuh ke lelaki yang sedang mendukung seorang budak. Tak sangka bertemu disini. "You ?!" Rayyan kaget.
Zulkarnain yang sedang memujuk Tasha dalam dukungannya tersentak. "Rayyan ?!" Kemudian tersenyum sinis. "Nice to meet you ! I pergi dulu !" Malas mahu berlama disitu. Mula menapak untuk pergi. Gadis yang berada disisi Rayyan agak menjengkelkan.
"Lainkali you pegang tangan anak you elok elok ! Menyusahkan saja !!" Juwita merungut kasar. "Tak guna betullah !" Skirt yang kotor dikesat dengan tisu. "Dahlah mahal I beli ini !"
Langkah Zulkarnain terhenti. Mujur, Jie sudah berada disitu mendapatkan mereka. Pantas Tasha diserahkan kepada Jie.
"Tasha.. Kenapa ini?" Jie mendakap erat tubuh si kecil. Kasihan melihat Tasha yang beriya menangis.
Tadi Jie meminta tolong Zulkarnain menjaga Tasha sebentar kerana ingin membeli buah tangan untuk Umi dan Abi.
Jie sengaja membawa Tasha bersama. Sambil menunaikan janji untuk membawa anak itu keluar bersiar siar.
"You bawa Tasha keluar dulu !" Jie hanya menurut kata Zulkarnain. Malas menatap wajah Rayyan mau pun Juwita.
Rayyan seperti dejavu menatap wajah Jie. Terbayang samar kenangan silam. Namun bayangan hilang tatkala melihat Juwita.
Sebaik saja Jie berlalu, Zulkarnain terus saja mencapai Iced Mocha yang terletak dimeja lalu dicurah ke Juwita. Tepat mengenai rambut dan terpercik ke baju. Pengajaran untuk gadis itu kerana berkasar dengan budak kecil !
Juwita terpempan. Terpaku dengan tindakan Zulkarnain. "Hey, you ini gila ke apa?!" Air mata mengalir dipipi. Malu. Rambut dan badan melekit.
Rayyan bengang melihat Juwita dipelakukan begitu. Kolar baju Zulkarnain dicekak. "You memang suka cari pasal dengan I, kan?" Hati membara. Renungan mata tajam menusuk.
"You nasihatkan perempuan ini jaga mulut dan kelakuan ok !" Zulkarnain tidak gentar dengan pandangan Rayyan. Rayyan ditolak menjauhi dirinya.
"Oh ya sebelum I terlupa .. Sorry sebab bazirkan minuman you all ! Nah I ganti balik. Anggaplah I belanja !" Not 50 diletak atas meja. Zulkarnain terus berlalu tanpa berpaling lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
bila laaa Rayyan nak mati... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-3-2015 09:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 16-3-2015 10:52 PM
Jenuh memujuk Tasha. Puas juga Jie dan Zulkarnain membeli ais krim dan gula gula untuk menggembirakan hati si kecil namun tetap jua Tasha berair mata.
Kebetulan Zack turut berada dirumah anak yatim. Cuba membuat Tasha ceria. Usaha Zack tampak berjaya kerana Tasha mula mengukir senyum. Malah sudah boleh bermain riang bersama teman sebaya.
"Pandai you pujuk budak kecil.." Zulkarnain memuji. "I dengan Jiha dah nak give up dah." Zulkarnain tak dapat bayangkan jika ada anak sendiri nanti. Pasti tak betah memujuk !
Zack hanya senyum. " I pun belasah aja ! Tak reti." Rasa kekok untuk berborak dengan lelaki ini.
Mata masih memerhatikan gelagat Jie yang sedang leka bermain dengan anak anak kecil. Ada satu janji yang belum ditunaikan oleh wanita itu. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk Zack menuntut dari Jie.
"I rasa you better be careful !" Memandangkan Zack ada disini Zulkarnain fikir senang untuk berbincang terus dengan lelaki itu.
"Maksud you?" Zack tak mengerti. Pandangan beralih menghadap wajah Zulkarnain.
" I dapat info penting. You kenal Azim, kan?" Zack angguk. " Dialah yang cuba culik Najiha malam itu. Dia juga rancang nak bunuh you sebab you pernah tembak dia 3 tahun dulu." Zulkarnain terpaksa berterus terang.
"What?! Bukan dia dah mati ke?!" Zack pelik. Tangannya sendiri menembak Azim tepat dikepala. Tak mungkin lelaki itu masih hidup ! Malah, polis juga mengesahkan kematian Azim !
" Dia tak mati cuma koma ! Dekat 2 tahun lebih jugak. Dalam dunia ini, duit boleh beli keadilan..Undang undang ! I tak tahu berapa juta ayah Azim habiskan untuk rasuah polis, forensik , palsukan DNA dan sediakan mayat untuk buktikan Azim dah mati." Zulkarnain tahu ianya bukan satu kerja mudah dan tak masuk akal ! Akalnya sendiri sukar percaya.
Namun, yang tak logik itulah sedang berlaku sekarang. Azim yang disangka mati masih hidup bebas ! Ligat memburu Jie !
"Kalau macam itu Najiha dalam bahaya !" Zack gusar. Terbayang tragedi 3 tahun lepas. Jie terbaring lemah dalam pelukannya. Darah membasahi gaun yang dipakai Jie waktu itu. Paranoid.
Deringan Iphone 6 plus milik Zulkarnain mengganggu perbualan mereka. Zulkarnain terpana. Kehilangan kata kata. Telefon bimbit terlepas dari pegangan.
"You kenapa ?" Zack hairan melihat perubahan wajah Zulkarnain. Riak cemas.
"Viana dan baby dia kena kidnap !" Lutut terasa lemah. Zulkarnain terlupa satu perkara ! Tumpuan mereka hanya pada memastikan Jie selamat tanpa memikirkan Azim pasti menggunakan helah untuk mendapatkan segala yang dihajati. Zulkarnain pasti ini angkara Azim !
Terdengar lagi bunyi deringan telefon bimbit. Kali ini Iphone 6 milik Zack pula yang menerima panggilan masuk. Dada berdebar tidak semena. Zack lega melihat nombor yang tertera. Zeeta ! Pantas panggilan dijawab.
" What's up bro? Lama tak dengar khabar?" Kedengaran suara garau ditalian diiringi gelak ketawa mengejek.
Spontan Zack dapat mengecam pemilik suara kasar itu. " Isteri aku mana bodoh?!" Cemas dan marah bergabung. Zack takut Zeeta dicederakan.
Lelaki ditalian masih galak mentertawakan Zack "Chill bro ! Wife kau selamat, kalau kau ikut cakap aku.." Hembusan nafas kasar kedengaran ditalian.
" Aku nak kau bawa Najiha sebagai pertukaran. Kau ada masa 24 jam untuk penuhi permintaan aku atau isteri kau akan mati !!" Serentak itu talian diputuskan. Zack buntu.
"Azim..." Bicara Zack mati. Permintaan Azim terngiang dicuping telinganya.
"Dia nak apa?" Zulkarnain menyoal. Tidak sabar untuk tahu.
Zack bungkam. Soalan Zulkarnain dibiarkan sepi tanpa jawapan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-3-2015 10:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 27-3-2015 03:57 PM
"I ada plan ! We have to split.." Jie terus saja memberi cadangan sebaik saja mengetahui nyawa Viana dan Zeeta jadi taruhan dalam usaha Azim menjejakinya dan menghapuskan Zack.
"You dengan Daddy selamatkan Viana dan Khalisha. I dengan Zack akan cuba dapatkan wife dia." Nampaknya Jie terpaksa bermain kasar kali ini.
Satu wajah bermain difikirannya. Dah lama Jie tunggu saat ini. Membuka topeng yang mengelabui rupa sebenar musuh dalam selimut itu. Jika dibiarkan mungkin dendam ini akan berlarutan sampai kiamat !
"Please Jiha !" Seboleh mungkin Zulkarnain tak mahu Jie turut serta. Bahaya ! " Biar I dengan Daddy settlekan semua !"
"Zul.." Jie pantas mendakap lelaki itu. Faham kerisauan Zulkarnain.
Zulkarnain mengeratkan pelukan mereka. Takut kehilangan Jie buat selamanya.
" Azim berdendam sebab I tolak cinta dia. Semua berpunca dari I ! I takkan biarkan orang lain tanggung akibat perbuatan I ! I akan rasa bersalah seumur hidup kalau sesuatu terjadi pada wife Zack dan kakak I." Jie cuma harap Zulkarnain mengerti.
" Zul betul Najiha !" Zack menyampuk. " I tak nak you cedera !" Akal masih waras untuk meletakkan Jie dalam keadaan bahaya.
Pasti ada cara lain untuk menumpaskan Azim sekaligus menyelamatkan Zeeta dan Viana. Jie tak perlu tunduk pada Azim !
"Zack..." Jie berpaling. " Azim cuma nakkan I ! Kalau I surrender semua akan berakhir.. Trust me !" Masih tidak putus asa meyakinkan Zack dan Zulkarnain.
"Sorry Jiha.. I tak nak you buat kerja gila ini ! .. I sayangkan you.." Keputusan Zulkarnain muktamad.
"Ok fine !" Jie senyum. " I pun sayang kan you, Zul !" Pelukan terhadap Zulkarnain dileraikan.
"I pergi masuk dalam jumpa Umi kejap. You discusslah dengan Zack." Langkah diatur tertib menuju ke satu arah.
"Daddy dah hantar orang trace location Viana. Tengah pending reply." Zulkarnain memberitahu tanpa diminta Zack.
Zack tersentak. " Wait ! Kalau Azim yang culik Viana dengan wife I, maknanya mereka berada ditempat yang sama ! I boleh locate mereka guna signal phone wife I." Pantas Iphone 6 miliknya dikeluarkan. Cuba mengesan lokasi Zeeta disembunyikan. Jumpa ! Alamat yang tertera disimpan.
"I dah dapat location phone wife I." Zack menunjukkan skrin kepada Zulkarnain.
"Kita pergi naik kereta I lah !" Zulkarnain segera menyeluk saku mencari kunci keretanya . Tiada ! Dada berdebar. Otak ligat memikir. Terbayang Jie memeluk dirinya tadi dan....
"Damn it !" Zulkarnain hampir saja meluku kepala sendiri kerana kebodohannya. Tertipu ! Ternyata Jie bijak memperdayakan Zulkarnain.
"Kenapa ?" Zack tidak faham. Dahi berkerut.
"Kita kena naik kereta you ! Najiha ambil kunci kereta I ! I takut Najiha bertindak sendiri ! Mungkin dia on the way bersemuka dengan Azim !" Zulkarnain cemas.
Sempat menjejak keretanya menggunakan aplikasi GPS yang boleh dilihat melalui telefon bimbit.
"Nampaknya kita kena cari Najiha dulu !" Zulkarnain kesal dengan tindakan yang diambil Jie.
Benarlah kata Dato' Hanafi. Anak bongsunya memang degil dan suka ikut kepala sendiri !
Zack hanya menurut. Langkah diatur pantas ke kereta Peugeot 308 GTI miliknya. Risaukan keadaan Jie. Berdoa semoga semua berakhir dengan selamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-3-2015 03:22 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 17-3-2015 10:05 PM
Rizal merenung Jie. Segala yang Jie perlukan ada dalam beg yang diberi tadi. Sheera turut sama menemani mereka. Walaupun Rizal tidak membenarkan namun isterinya tetap berdegil. Mahu turut serta membantu Jie atas dasar setiakawan. Mungkin jua untuk menebus kesalahan terhadap Jie.
"I masuk dalam kejap.." You dengan Sheera cuma perlu tunggu dalam kereta. " Jie memberi arahan.
"Tak bahaya ke you seorang Jie?" Rizal gusar memikirkan rancangan gila Jie. Nampaknya wanita dihadapannya memang berani !
Jue cuma senyum. Mungkin ramai tidak mengetahui sedari kecil Daddy melatih Jie dan Viana seperti anak lelaki. Jie dan Viana dipaksa belajar ilmu mempertahankan diri dan survival ketika berhadapan dengan saat genting.
Malah, Jie dan Viana juga disuruh belajar memanah dan mengendalikan senjata. Justeru, Jie yakin tiada masalah untuk Viana melepaskan diri jika mendapat peluang. Jie tahu kebolehan Viana.
"I masuk dalam dulu." Jie membetulkan topi dan cermin mata hitamnya. Pantas melangkah masuk setelah berjaya membuat pengawal yang berjaga pengsan.
Walau ditegah, Rizal tetap menuruti langkah Jie. Ingin memastikan Jie selamat.
Jie terus saja membuka pintu bilik. Jumpa wajah yang dicarinya. Jie senyum sinis. Pistol ditangannya digenggam. Sempat Jie memusnahkan semua kamera litar tertutup untuk mengelakkan perbuatannya dirakam. Mahir dengan selok belok rumah ini. Jie tahu waktu begini lelaki itu akan menghabiskan masa didalam bilik yang terletak dihujung.
"Apa khabar Tan Sri?" Jie menyapa sinis. Cermin mata hitamnya dibuka. Sengaja ingin bertentang mata dengan manusia talam dua muka itu !
"How should I address you ?! Papa, uncle atau syaitan bertopengkan manusia?!" Jie berang. Hampir saja tangan menarik picu menembak mati bekas bapa mertuanya !
"Serius Papa tak faham ! Kenapa ini Najiha?" Tan Sri Isa tak mengerti tujuan Jie ke sini dengan cara yang sangat kasar.
"Jie yang patut tanya soalan tu pada Tan Sri ! Apa dosa Jie sampai tergamak Tan Sri suruh Azim tembak mati Jie tiga tahun lepas ?!" Sungguh Jie buntu memikir.
Selama ini, lelaki berusia dihadapannya melayan Jie sangat baik. Tak pernah menghalang hubungan cinta antara Jie dan Rayyan. Tetapi disebalik kebaikan yang dipamerkan terselit niat keji yang sukar dibaca.
"Papa tak kenal siapa Azim ! Apa semua ini Najiha?!" Tan Sri Isa gelisah.
" Stop pretending Tan Sri ! Jie ada bukti rakaman telefon Tan Srilah orang terakhir bercakap dengan Azim malam itu. Jelas Tan Sri provok Azim supaya bunuh saja Jie.. Apa salah Jie buat sampai Tan Sri mainkan hidup Jie ha?!" Kesabaran Jie mula menipis.
Selama ini Jie berdiam diri kerana ragu dengan pengakuan Rizal. Mana mungkin Tan Sri Isa tega berbuat begitu terhadap dirinya !
Namun, setelah berjaya mendapatkan bukti barulah Jie tahu Papa mertuanya adalah dalang sebenar mempergunakan Azim untuk menghapuskan dirinya !
Jie sedih dan kecewa. Masih cuba berlagak selamba kerana tidak mahu Daddy dan Tan Sri Isa bermusuhan memandangkan mereka bersahabat baik. Tetapi kali ini Tan Sri Isa sudah melampau !
Sanggup melibatkan kakaknya dan darah daging sendiri iaitu cucunya Khalisha ! Apa erti semua ini? Hanya lelaki dihadapannya punya jawapan.
"Papa minta maaf Najiha !" Tan Sri Isa kesal.
"Papa marah sangat pada Najiha masa itu ! Yelah Najiha dah lukakan hati anak Papa ! Hati Papa sakit tengok keadaan Rayyan yang kecewa tak terurus bila dapat tahu Najiha dah kahwin dengan Iz masa dekat US ! Papa jadi hilang arah tengok anak yang Papa sayang menderita !" Tan Sri Isa emosi. Sebak mula terasa.
"Bila Papa terdengar Ray merancang sesuatu untuk buat Najiha dan Iz berpisah, Papa rasa anak Papa diperbodohkan sebab masih kejarkan Najiha walaupun Najiha dah remukkan hati dia." Nafas panjang dihela.
Seketika kemudian Tan Sri Isa menyambung. "Papa hire PI untuk ikut pergerakan Ray dan Papa dapat tahu pasal Zarith Sofea. Kemudian, maklumat lain mengatakan Azim dan Rizal pun terlibat sama." Memang Tan Sri Isa kenal dengan Azim dan Rizal.
Azim adalah anak kepada rakan kongsinya Tan Sri Azhari. Tan Sri Isa menganggap Azim seperti anak sendiri kerana Azim mengingatkan kepada anak bongsunya yang hilang diculik dari kecil memandangkan usia mereka sebaya.
Rizal pula pernah bekerja di ICB dan telah dipecat oleh Rayyan.
"Kemudian Tan Sri bocorkan rancangan Ray pada Azim supaya Azim dapat lagakan Rizal dan Zarith Sofea, kan ?!" Jie menyambung cerita Tan Sri Isa. "Tan Sri tak terfikir ke Ray dan Iz hampir terbunuh jugak?!" Tak faham dengan gaya pemikiran lelaki dihadapannya.
Tan Sri Isa tersentak. Tak tahu menahu."Papa cuma minta tolong Azim supaya hentikan rancangan gila Ray ! Halang Zarith Sofea dan Ray ! Papa tak nak anak Papa jadi bodoh sebab seorang perempuan !"
Jie senyum sinis. "Tan Sri boleh saja nasihatkan Ray sendiri ! Tak perlu beritahu kepada Azim. Tan Sri tahu tak Azim manipulate keadaan ini dan ambil kesempatan hasut Rizal supaya bunuh Ray dan Iz?" Jie cuma mahu Tan Sri Isa mengetahui situasi sebenar.
Tan Sri Isa pantas menggeleng. "Azim janji dengan Papa takkan apa apakan Ray atau Iz !" Sehingga kini Tan Sri Isa yakin Rizal yang sengaja menembak Rayyan dan Ku Iz ! Bukan Azim !
"Tan Sri mungkin bodoh !" Selamba sahaja Jie berkata begitu. Bengang dengan tindakan Tan Sri Isa yang dirasakan tidak masuk akal.
" Papa kenal Azim, Najiha !" Tan Sri Isa menegakkan pendapatnya. "Azim takkan bohong Papa ! Rancangan Azim cuma nak culik Najiha untuk jadikan Najiha isteri dia. Papa terlepas cakap suruh Azim bunuh saja Najiha kalau Azim gagal dapatkan Najiha.. Masa itu Papa ikutkan perasaan marah dan sakit hati Papa ! Papa tak sangka Azim betul betul ikut kata kata Papa malam itu." Tan Sri Isa masih ingat lagi usai bercakap begitu penyesalan bertubi tubi datang.
Berulang kali cuba menghubungi Azim semula untuk menarik balik kata katanya. Malangnya Azim tidak menjawab sehinggalah Tan Sri Isa dapat tahu Azim sudah mati ditembak Zack ! Perasaan bersalah menghantui hingga kini.
"Jie bukan budak budak untuk percaya kata kata bodoh Tan Sri !" Jie segera menghentak kepala Tan Sri Isa sehingga pengsan. Geram.
Pantas telefon bimbit Tan Sri Isa yang terletak atas meja dibelek. Senarai nama kenalan disemak. Jie yakin Tan Sri Isa masih berhubungan dengan Azim dan sudah lama tahu Azim masih hidup !
|
|
|
|
|
|
|
|
homaiii... unsakarangble |
|
|
|
|
|
|
|
lah..ku pikir kn mak nyer rayyan yg jahat...upenyer bapak nyer lg jahat..huk huk |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|