|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
next la plssssssss..... asik refresh2 jek ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki tengah tenang pikiran... carik idea kat Pulau Sayakk... eh.. Kat Zurich.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
thanks.... tp ckit sgt...nak lg... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi.. banyak-banyak la nicki :@ |
|
|
|
|
|
|
|
hr ni besday nicki ke?...
heppy besday nicki .... |
|
|
|
|
|
|
|
hotmum posted on 5-9-2012 01:59 PM
hr ni besday nicki ke?...
heppy besday nicki ....
Haah mum.... Thanks
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 5-9-2012 04:46 PM
Dun worry! Esok pasti ada update kerana malam ini nicki akan mendapat suntikan nurani...
Bai ...
hahaha ...
betapa hambe mengharap!
ntah apa cerita fifi and fandi ...
sibuk duk benang org lain jek ....
|
|
|
|
|
|
|
|
nickiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii .....
hapdet laaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 5-9-2012 04:46 PM
Dun worry! Esok pasti ada update kerana malam ini nicki akan mendapat suntikan nurani...
Bai ...
Suntikan nurani katenyeeeee....
Dapat suntikan terus dapat idea....
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 53
Kawasan perkuburan ini tetap sunyi. Pada sesetengah orang, ianya mungkin menakutkan. Penghuni-penghuni yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar mungkin berada di mana-mana. Tetapi tidak pada dia. Rasa ketakutan sudah lama hilang dalam diri. Begitu juga dengan lain-lain rasa yang menjadikan dia seorang manusia. Semuanya sudah berkubur, di semadikan bersama jasad insan yang di sayangi.
Hari ini, dia berdiri lagi di sini. Mengadap batuan kuburan sepi tanpa suara. Mencurahkan rasa dan rahsia tanpa kata kepada penghuni kubur itu. Dia melutut berteleku, nafasnya di atur tenang. Menghirup udara ciptaan TUHAN. Kembali merasakan sesuatu dalam hati setelah sekian lama.
Sudah agak lama dia tidak merasakan perasaan ini. Perasaan yang sengaja di biarkan mati setelah perginya orang yang di cintai. Perasaan itu telah hidup semula. Dan dia merasakan adalah satu kemestian padanya untuk meluahkan rasa dan rahsia itu di sini.
Dia menghela nafas panjang. Matanya membaca nama yang terpahat pada batu kubur ini.
Sonia, aku datang lagi.
Maafkan aku kerana tidak dapat mengunjungimu seperti selalu. Tapi, aku tahu, pastinya kau sedang berbahagia di alam sana walaupun tanpa aku.
Dulu kau pernah kata, sekiranya kau mati, kau mahukan aku mencari pengganti. Aku tak mahu, kerana cintaku ini hanyalah untuk kau. Tapi sekarang, aku rasa aku telah jatuh cinta dengan dia.
Siapa dia? Dia juga seperti aku. Hidup dalam kesunyian.
Sekali lagi, maafkan aku Sonia. Aku pernah berjanji pada kau yang aku tak akan mengkhianati cinta kita walaupun kau telah mati. Kehadiran dia membuatkan aku terasa hidup aku mula bermakna setelah kau tiada.
Jangan kau tanya siapa yang lebih aku sayangi. Aku tiada jawapan itu.
Kenapa dia? Aku pun tak tahu. Mungkin aku dan dia berkongsi rasa yang sama.
Sonia, ini mungkin kali terakhir aku datang. Selepas ini, aku akan pergi jauh dari sini. Aku akan mulakan hidup baru, bersama dia. Aku ingin memohon restu kau agar aku dan dia bahagia seperti kita pada satu waktu dahulu. Aku mahu selamatkan dia dari dunia kita. Kalau inilah kebaikan terakhir yang akan aku lakukan, maka aku akan lakukan.
“Hei” Terdengar suara memanggil. Bicaranya dengan kuburan sepi terhenti. Dia tidak menoleh. Dia tahu siapa yang berada di belakangnya. Dia yang menyuruh lelaki itu datang menemaninya di sini. Perlahan-lahan dia berdiri.
“Kau masih rindukan Sonia?”
“Ya, aku rindukan dia”
“Hampir enam tahun dia mati”
“Aku yang sebabkan dia mati”
“Kau tak boleh terus menyalahkan diri kau sendiri”
“Memang silap aku” |
|
|
|
|
|
|
|
“Sonia tentu tak mahu kau terus begini” Dia mengeluh.
“Kenapa kau panggil aku ke sini?”
“Aku dah buat keputusan”
“Keputusan?” Dia diam. Tidak menjawab.
“Jadi?”
“Aku akan tinggalkan tempat ini. Aku akan tinggalkan semuanya. Aku akan mulakan hidup baru jauh dari sini”
“Kau dah fikir masak-masak?”
“Ya”
“Macam mana dengan Naga Timur?”
“Aku serahkan semuanya kepada kau. Terpulang kepada kau macam mana nak mengetuai kumpulan ini”
“Tapi, Naga Timur perlukan kau. Kau satu-satunya waris keluarga Loong. Kau yang layak menjadi ketua kami”
“Jangan terlalu merendah diri, Sony. Kau dan keluarga kau juga telah lama berkhidmat dengan Naga Timur. Kau juga layak. Lagipun, nama sebenar aku bukan Loong. Ayah aku bukan Loong. Loong hanyalah warisan ibu aku”
“Tapi kau tetap berdarah keturunan Loong” Dia mengeluh.
Naga Timur
Warisan Keluarga
Darah keturunan Loong
Kata-kata lelaki itu sedikit sebanyak meninggalkan kesan.
Kisah hidupnya tidaklah indah namun tidaklah pahit. Dia tidak pernah mengenali siapa ayahnya yang sebenar. Menurut datuknya, ayahnya pergi semasa dia masih dalam kandungan. Dia ditinggalkan begitu sahaja walau berkali-kali ibunya menegaskan dalam diam yang dia tidak ditinggalkan. Ayahnya pergi kerana hubungan mereka di tentang hebat. Datuknya tidak pernah mahu menerima bangsa asing menjadi keluarga mereka. Di sebabkan ibu adalah satu-satunya anak tunggal keluarga, dia tidak di sisihkan. Malah, nama sebenarnya juga telah tenggelam. Dia lebih kerap menggunakan nama keluarga ibunya. Waris keturunan Loong.
Hidupnya juga bagai telah di atur. Walaupun menjadi kesayangan keluarga, dia didik dengan tegas oleh datuknya. Yang paling penting, datuknya sering menekankan betapa pentingnya sejarah dan keturunan mereka dipelihara. Maka, kisah susur galur keluarga mereka sering menjadi ‘cerita dongeng’ sebelum tidur semasa dia kecil. Datuknya amat mementingkan pendidikan. Dia di paksa belajar sehingga menjadi secemerlang mungkin. Jika tidak, pastinya kayu pembaris panjang menjadi habuan jika pelajarannya merosot.
Dia tidak mengetahui identiti sebenar keluarganya sehinggalah berumur tujuh belas tahun. Datuknya mendedahkan segala-galanya tepat pada hari lahirnya supaya warisan keluarga mereka terus terpelihara. Warisan keluarga – Kumpulan Naga Timur. Kumpulan yang amat terkenal di kalangan pendukung kebatilan dan penegak undang-undang. Biarpun berkali-kali cuba di tumbangkan, namun kumpulan mereka tetap utuh dan di geruni dalam dunia gelap. Orang-orang mereka ramai dan setia kepada datuknya. Pengedaran dadah, perjudian haram, ceti haram dan pelacuran menjadi kegiatan utama.
Setelah kematian datuknya, secara rasmi dia mengambil alih. Dia, satu-satunya pewaris keluarga Loong. Sebagai satu kumpulan yang sudah bertapak lama, segala selok dunia gelap sudah di hafal. Demi wang, kuasa dan kelangsungan hidup, dia tidak pernah mengambil kisah akan undang-undang dunia.
Dia mempunyai cara yang sungguh berbeza dengan pimpinan datuknya. Kalau datuknya gemar menunjukkan kuasa, tetapi tidak dia. Dia lebih suka berselindung di sebalik bayangan. Malah, sejak dia mengambil alih kuasa, hanya orang-orang atasan kumpulannya sahaja yang mengetahui rupa wajahnya yang sebenar. Tiada yang membantah, tiada yang mempersoalkan kerana memang telah menjadi adat dalam kumpulan mereka, ketua adalah raja. Ketua adalah TUHAN. Mempertikaikan ketua mereka bermaksud MATI.
Dia akui, bukan mudah untuk mengetuai Naga Timur. Tentangan dari pendukung kebatilan dan penegak undang-undang tidak pernah putus. Dia masih kukuh bertahan, hingga saat ini.
Ya, hingga saat ini. Saat terakhir ini. Dia sudah tidak betah lagi hidup begini. Dia sudah membuat keputusan, kumpulan ini akan di tinggalkan kepada orang yang layak walaupun bukan daripada keturunan Loong. Sony pastinya layak. Keluarga Sony telah menjadi pengikut utama Naga Timur sejak azali lagi.
Last edited by Nicki_Meow on 18-9-2012 12:06 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
aaaaa rasanya ni Jedi , lelaki yg dgn Bella tu kan..eddie ke nmnya... |
|
|
|
|
|
|
|
adakah dia 'Jedi ' ? erkkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|