CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

PERLUKAH AKU?

  [Copy link]
Post time 25-12-2013 09:11 AM | Show all posts
suka sangat dah ada sambungan.
nnti sambung lagi yea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2013 06:08 PM | Show all posts
Adilla posted on 23-12-2013 01:26 PM
Tiba-tiba terasa tubuh ku dipeluk dari belakang dan beberapa kali kucupan berlabuh dibelakang kepala ...

lepas ni jgn stop erkk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2013 07:40 AM | Show all posts
31
Dari hari ke hari Haji Din menjaga ku bagaikan menatang minyak yang penuh. Tidak pernah sesekali meninggikan suara. Setiap tutur katanya pasti terselit bahasa nasihat yang mudah ku fahami. Lama kelamaan aku faham tanggungjawab ku sebagai seorang isteri dan sebagai umat Muhammad dan kepunyaan NYA. Rentak dan lagu Haji Din sudah perlahan-lahan meresap dalam jiwa ini. Hampir sebati. Dari tutur kata dan tawanya aku sudah dapat membaca bila Haji Din rasa selesa dan sebaliknya. Tetapi part mengoda aku masih kalah.
Hari ini aku masak agak ringkas sekali kerana menurut Haji Din, kami akan ke majlis kesyukuran kawan pejabatnya di Keramat selepas maghrib.

“Dah siap Aminah Amia?’ tanya Haji Din bila lelaki itu masuk ke ruang dapur. Aku yang sedang mengemaskan peralatan memasak tersenyum melihat gelagat lelaki itu yang sudah kelaparan. Iyalah menurut Haji Din dari tengahari tadi dia tidak menjamah nasi kerana hendak menyiapkan laporan kewangan yang akan dibentangkan pada hari Jumaat nanti. Pada mulanya Haji Din tidak mahu aku memasak hari ini kerana lepas maghrib akan ke Keramat pula. Nanti membazir. Tetapi bila lelaki itu menyatakan lekanya dia tanpa sempat mengambil waktu makannya aku tidak boleh berdiam diri. Mesti masak apa yang boleh untuk mengalas perut Haji Din. Kalau kena gastrik pasti susahkan? Aku menyediakan masakan ringkas dan ringan. Ada ke lauk begitu. Bagi diri aku semuanya berat-berat belaka kalau melibatkan nasi.

“Haji Din dah lapar iya? Kejap Minah sediakan nasi. Haji Din duduk dulu.” Arah ku tanpa memandang lelaki itu. Tadi kata tak lapar dan menolak bila aku hendak memasak tetapi sekarang siapa yang perutnya berbunyi.

“Aikkk!!!!” terkejut aku bila Haji Din memeluk aku dari belakang.

“Masamnya Aminah Amia isteri saya ini!” usik Haji Din bila lelaki itu melabuhkan kucupanya di rambut ku.

“Masam ke? Maaf Minah berpeluh ni. Haji Din pergilah duduk jauh.” Pinta ku. Iyalah seperti yang ku baca didalam majalah yang dibeli Haji Din, seorang isteri haruslah berwangi-wangian untuk suaminya.

“Minah mandi dululah. Haji Din duduk sini tunggu Minah.” Dalam kelam kabut aku membasuh tangan ku yang masih bersabun. Serba salah rasanya membiarkan aku berkeadaan begini. Kalau suami dah komplain bahaya besar ni.

“Hei!! Nak kemana ni?” langkah terhenti bila Haji Din menarik lengan ku.

“Nak mandilah. Bau Minah masam ni.” Luah ku jujur.

“Tidaklah, saya usik saja.” Haji Din melebar dengan senyuman.

“Betullah bau Minah masam. Baju Minah pun ada bau ikan goreng.” Jawab ku sambil mencium baju ku berulang kali.

“Saya tidak kisah isteri saya masam atau wangi. Yang penting hati nalurinya.” Luah Haji Din dan menarik pinggang ku rapat kepadanya. Ehhh….Haji Din dah macam kucing yang terbau ikan goreng saja.

“Janganlah macam ni Haji Din, bau Minah memang masam.” Akur ku sambil mencuba menarik tangan Haji Din yang masih memaut pinggang ku.

“Jangan ambil hati apa yang saya katakan tadi. Saya hanya bergurau.” Sekali lagi Haji Din memujuk ku agar menerima apa katanya. Pautan dipinggang ku dieratkan.

“Tak mengapa Haji Din tetapi memang Minah nak naik atas mandi dulu. Melekit rasanya. Boleh Haji Din lepaskan Minah sekejap?” pinta ku sungguh-sungguh. Memang dari tadi niat ku begitu tetapi bila Haji Din dah masuk dapur dengan perut laparnya tak sampai hati pula nak naik keatas. Tetapi bila Haji Din dah bergurau begitu sedikit sebanyak terasa kesal juga hati ini. Iyalah tidak menjaga penampilan diri.

“Aminah Amia kecil hati dengan saya?” tanya Haji Din sambil mencuit hidung ku. Memang Haji Din pakar membaca hati oranglah. Nujum Haji Belalang gamaknya.

“Ikhlas Minah tak kecil hati cuma terasa kesal dengan diri Minah yang tak pandai jaga diri untuk Haji Din.” Jujur aku menjawab.

“Hahaha…siapa kata isteri saya Aminah Amia tidak pandai menjaga dirinya untuk saya? Tiap tutur katanya. Tiap pandangannya. Tiap lenggang lenggoknya semuanya isteri saya Aminah Amia menjaga untuk saya.” Luah Haji Din bersama senyum yang memanjang.

“Haji Din sindir Minah ke?” tepat aku bertanya. Iyerlah dah masuk lenggang lenggoknya macam berdosa sahaja perkataan itu. Mana aku tak kata berdosa, perkataan itu selalu digunakan dalam lagu dangdut dan terbayang aksinya sekali. Goyang macam ulat nangka saja dan bila masa pula aku menari dangdut depan Haji Din. Tak kuasa aku. Poco-poco pun aku segan.

“Bila pula saya sindir isteri saya Aminah Amia ini? Saya berkata yang benar.” Terang Haji Din bersama keluhan berat. Mungkin tak sangka aku dah tersalah faham.

“Habis tu sampai terkeluar perkataan lenggang lenggok sekali. Bukan ke dalam lagu danggut ada perkataan itu dan tariannya juga begitu.” Bersungguh-sungguh aku menerangkan supaya Haji Din faham apa maksud aku.

“Aminah Amia isteri saya. Maksud saya tiap tutur kata adalah Aminah Amia sentiasa menjaga peradaban bila berbicara dengan orang lain dan lebih-lebih lagi dengan saya. Tidak pernah sekali pun Aminah Amia meninggi dan melawan kata saya. Pandangannya pula bermaksud Aminah Amia isteri saya sentiasa menjaga pandangannya bila berada diluar rumah dan lebih-lebih lagi bila bersama dengan saya. Manakala lenggang lenggok pula, pada setiap kali Aminah Amia isteri saya berada diluar rumah dan bersama saya, Aminah Amia isteri saya sentiasa menjaga tiap langkahnya agar tidak menarik untuk lelaki lain memandangnya dengan sengaja. Faham?” Haji Din dengan tenang meluahkan apa yang ada dalam fikirannya.

“Faham!” wau! Dalam maksudnya rupanya. Kelu lidah aku hendak membahaskan lagi.

“Betul faham ni?” lembut Haji Din berkata sambil menarik aku rapat lagi kepadanya.

“Betul! Minah faham dan Minah minta maaf.” Akur ku.

“Betul?” sekali lagi Haji Din bertanya tetapi nada suaranya bertambah romantik.

“Betul! Boleh lepaskan Minah? Nak mandilah.” Pinta ku bila melihat Haji Din dah berubah rentak suara. Tak pasal-pasal aku pula dimakannya nanti.

“Ermmm…okey. Cepat sikit. Perut dah nyanyi lagu dangdut.” Usik Haji Din dan ia membuat aku mencebikkan bibir. Merajuklah tu.

“Gigit nanti baru tau.” Sekali lagi Haji Din mengusik dan serta merta berdiri bulu roma ku.

“Minah naik atas dulu.” Terus aku menarik tangan Haji Din untuk melepaskan ku dan berlari aku berlalu bersama ketawa Haji Din yang berkumandang.

Aku mengenakan jubah hitam berbunga batu merah. Manakala Haji Din mengenakan baju Melayu Merah sepasang. Songkok terletak diatas kepala Haji Din sejak kami keluar rumah tadi. Sedondon. Merah Hitam. Nasib baik sampin tidak dikenakan. Kalau tidak macam nak bernikah saja. Meranalah kau Minah!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2013 07:58 AM | Show all posts
Memang Haji Din lebih suka kami sepakat dalam berpakaian kerana menurut lelaki itu, ini semua adalah permulaan persefahaman dalam hubungan kasih sayang. Ikut saja Minah. Tetapikan kalau aku pakai kain batik Haji Din akan pakai kain pelikat. Kalau aku pakai baju kurung Haji Din akan berpakaian baju melayu. Kalau aku pakai seluar ketat Haji Din takkan nak pakai seluar ketat macam pelumba basikal tu pula. Takkan semacam. Berani ke kau Minah? Bila difikirkan memang nampak remeh temeh tetapi bila direnung sedalam-dalamnya, setiap lelaki perempuan hidup berpasangan dan begitu juga pakaian. Ada pakaian lelaki dan ada pakaian wanita. Pandai kau Minah.

“Jom!” tanpa sedar kami dah sampai di rumah teres yang terang benderang dan terletak dua buah kemah di hadapannya. Dah ramai orang rupanya. Kami bergerak tadi pun selepas solat maghrib dan menurut kata Haji Din, majlis akan dimulakan dalam pukul lapan malam sehingga ke Isyak. Kemudian akan bersolat Isyak dan ada jamuan sikit.

Pintu kereta dibuka Haji Din dan tangannya segera diletakkan atas kepala ku ketika aku hendak berdiri. Tersenyum aku dengan sikap dan perbuatan Haji Din yang memang sejak dahulu memaut hati ku dari langkah pertama kami.

“Ada bawa telekung dan surah Yassin tak?” sekali lagi Haji Din mengingatkan aku.

“Ada. Dalam beg ni.” Aku menunjukkan beg kertas yang aku jinjing dari tadi.

“Errmmm…sini saya bawakan.” Pinta Haji Din sambil mengambil beg kertas tadi. Sekali lagi aku tersenyum dengan sikap Haji Din.

“Kenapa sejak tadi saya lihat Aminah Amia saya asyik tersenyum saja? Ada apa-apa yang dirahsiakan dari saya ke?” kata-kata dari Haji Din membuat senyuman aku mati.

“Tak ada apa-apa.” Terus aku menjawab. Iyerlah takkan aku hendak beritahu Haji Din yang aku tersenyum sebab terpaut dengan tingkahnya. Sudah pasti aku kena gelak.

“Errmmm…okey.” Nasib baik Haji Din tidak bertanya lanjut.

Kami terus melangkah dan Haji Din memberi salam pada hadirin yang berada dalam khemah di depan rumah teres tersebut. Tuan rumah yang merupakan kawan pejabat kepada Haji Din segera menyambut kami. Terbias rasa gembira dihati tuan rumah bila melihat Haji Din sanggup memenuhi undangan walaupun penat berkerja.

“Alhamdullilah sampai pun. Sila masuk Encik Shariffudin.” Tanpa henti kami diperlawa.

“Iya! Maafkan kami terlewat sikit dan terima kasihlah Daud sebab jemput saya dan isteri datang ke majlis awak ni.” Haji Din juga mengambil bahasa atas kemurnian hati tuan rumah tersebut. Tentang terlewat itu aku kurang jelas pula. Bila waktu yang tepat sebenarnya?

“Tak adalah Encik. Ramai lagi belum sampai. Lagipun baru jam berapa ni.” Abang Daud tersenggih dengan kata-katanya. Aku hanya tersenyum disebelah Haji Din. Segan pula nak menyampuk.

“Dah sampai pun.” Suara perempuan menyahut membuat aku terpanggil untuk melihat siapakah gerangannya. Tersenyum wanita itu dengan wajah yang penuh kelembutan. Ayu walau sudah agak berusia.

“Silalah masuk Puan.” Wanita itu segera menyambut huluran salam ku.

“Panggil saja saya Minah.” Nyataku bersama senyuman.

“Saya Fatimah, isteri pada abang Daud.” Sebelum aku bertanya empunya diri dah menerangkan sambil menghulurkan salam.

“Boleh Minah panggil Kak Fatimah?” tanya ku terus ketika tangan kami bertaut. Iyalah nanti tersalah panggil takut tersinggung pula. Tapi yang pasti aku lagi muda dari Kak Fatimah ini.

“Alhamdullilah boleh saja.” Terserlah senyuman ikhlas diwajah Kak Fatimah.

“Jomlah kita masuk kedalam. Ramai orang perempuan di dalam sana.” Terang Kak Fatimah sekali gus menyatakan kaum lelaki dan wanita diasingkan.

“Sekejap iya, Minah minta izin dengan Haji Din.” Pinta ku dan aku terus meninggalkan Kak Fatimah yang berdiri menanti. Sudah menjadi kewajipan aku untuk menjaga diri ini kerana aku adalah harta Haji Din dan itu janji ku pada suami ku. Jadi kemana aku pergi atau apa sahaja yang aku lakukan mesti dalam pengetahuan Haji Din. Itu arahan dari Haji Din sebelum ini.

“Haji Din, Minah nak masuk dalam dengan Kak Fatimah. Boleh ke?” tanya ku pada Haji Din yang sedang berbual dengan abang Daud dan teman-temannya.

“Iyerlah, pergilah Aminah Amia. Selesai nanti kita jumpa disini. Saya tunggu disini.” Haji Din tersenyum sambil mengangguk kepalanya.

“Terima kasih. Minah pergi dulu.” Pinta ku dan aku terus berlalu kearah Kak Fatimah yang masih setia menunggu.

“Jom kak! Haji Din dah benarkan.” Ajak ku dan kali ini aku pula menarik Kak Fatimah masuk kedalam rumah.

“Ehh! Aminah Amia!” baru hendak melangkah nama ku sudah diseru. Eh! Haji Din, takkan baru sekejap berenggang dah dipanggil semula.

“Nape Haji Din?” aku segera melangkah kearah Haji Din semula.

“Ni!” unjuk Haji Din akan beg yang berisi telekung dan surah Yassin itu. Termalu aku sendiri. Iyalah kalau tak ada barangan ini bagaimana aku nak solat nanti. Takkan baru nak tercari-cari Haji Din kot.

“Minah masuk dulu.” Sekali lagi aku meminta keizinan.

“Errmmm…”hanya itu jawapan dari Haji Din dan aku terus mendapatkan Kak Fatimah.

“Alhamdullilah, suka akak tengok Minah dengan Encik Shariffudin. Mesra sungguh.” Luah Kak Fatimah dan ia membuat wajah ku merona merah. Tanpa sedar aku termanja dengan Haji Din. Walaupun bukan cara yang gedik tetapi dari segi layanan juga bisa membuat orang akan menyelaminya dengan pandangan mata hati.

“Masuklah Minah. Silalah duduk.” Pelawa Kak Fatimah sebaik saja kami masuk ke ruang tamu yang dah penuh dengan Jemaah wanita. Agak besar ruang tersebut. Karpet terbentang diruang tengah dan disitu kawasannya macam sengaja dikosongkan. Aku menyalami Jemaah yang berdekatan dan melabuhkan pungguh disebelah makcik yang bertudung biru muda. Tersenyum menyambut kedatangan ku.

“Dari mana?” sempat aku ditanya.

“Dari Kampung Pandan.” Jawab ku mesra.

“Ohhh…kawan pejabat Daud ke?” sekali lagi aku ditanya.

“Bukan! Suami saya yang sepejabat dengan abang Daud.” Terang ku lagi.

“Ohhh…” makcik itu masih tersenyum.

“Dah kenal dengan mak akak ke?” Kak Fatimah menepuk paha ku.

“Mak akak rupanya?” tanya ku teruja. Tak sombong macam anaknya.

“Mak mentua akak. Mak abang Daud.” Kak Fatimah menjawab sambil matanya meliar kearah luar rumah. Mungkin melihat kedatangan tetamu.

“Ohhh…”hanya itu yang mampu ku jawab.

“Dah nak mula tu mak.” Kak Fatimah mengesot disebelah mak mentuanya. Mana kala aku merapatkan diri disebelah kanan mak mentua Kak Fatimah untuk memberi laluan kepada kaum wanita yang baru masuk untuk sama-sama memulakan majlis.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2014 09:53 PM | Show all posts
Adilla posted on 28-12-2013 07:58 AM
Memang Haji Din lebih suka kami sepakat dalam berpakaian kerana menurut lelaki itu, ini semua adalah ...

kak...nnt sambung lg ye.. xsabar nk tggu sambungan dia ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2014 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lagi..tak puas baca.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2014 10:19 AM | Show all posts
wwoooowww.... x saba nak tgu sambungannye..

kan best kalau badariah tu kesal dgn segala perbuatan die pd minah...
mungkin menarik klau ade peristiwa yg malang berlaku atas badariah, n
minah yg tlong.. dr situ akn nampak keikhlasan minah.. hihi...

jz bg cadangan klau kisah badariah xde sambungan lg.. hihi..

by the way.. cite ni sgt best.. n imaginasi tt sgt best...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2014 12:33 PM | Show all posts
Bila nak update ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2014 03:50 PM | Show all posts
Aku mengeluarkan surah Yassin dan mula membuka muka surat pertama. Walaupun bacaan ku masih merangkak tetapi kali ini aku ingin mencuba membaca bersama-sama para hadirian. Tidak kiralah siapa yang memimpinya nanti. Selalunya Haji Din yang akan membaca dan aku mengikuti dari belakang. Tetapi kali ini pasti abang Daud dan Kak Fatimah memanggil Iman surau berhampiran agaknya.
Dari dalam rumah, kedengaran suara yang memulakan kalimah ALLAH melalui speaker yang telah dipasang sejak tadi. Lunak dan mendayu. Lama aku hayati suara itu. Macam aku kenal. Lama kelamaan telingaku dapat mengecam suara gemersik yang sedang tersusun menyebut kalam ALLAH. Bukankah itu suara Haji Din? Lama aku hayati tiap harakat dan dengungnya. Memang Haji Dinlah. Rasa nak menitis airmata ku bila suara Haji Din membacakan doa dan hadirin sama-sama mengikutinya. Betapa besarnya kurniaan ALLAH pada ku. Dalam aku menidakkan kehadirannya pada mulanya, Haji Din tetap menghampiri ku dengan tunjuk ajar dan nasihat. Lama kelamaan hati ini terbuka dengan apa yang ALLAH aturkan dan aku bahagia dengannya.
Sebaik selesai doa diaminkan kedengaran sayup azan Isyak berkumandang dari surau di jalan masuk ke kawasan perumahan ini tadi.  Aku terus bangun dan bergerak ke belakang bila melihat kaum lelaki yang dari bawah khemah tadi mula memasuki ruang tamu. Kak Fatimah mengajak para kaum wanita untuk mengambil wuduk di bilik air yang berdekatan. Memang luas sungguh kawasan rumah ini. Kaum lelaki dan wanita sendiri terasing bila kami bergerak kebelakang. Setelah mengambil wuduk dan mengenakan telekung segera aku berdiri disebelah mak mentua Kak Fatimah sekali lagi. Senang sebab dah kenal. Qamat dilaungkan dan sekali lagi aku berbangga kerana berdiri dihadapan sekali yang menjadi Iman pada solat kami adalah seorang lelaki yang berbaju melayu berwarna merah sedang memimpin kami dan  sesungguhnya aku amat berbangga kerana lelaki itu adalah suami ku. Bukan aku berbangga dengan riak hati tetapi aku berbangga kerana ALLAH menjadikan aku sebagai tulang rusuk kiri Haji Din.
Selesai semuanya tetamu dijemput ke bawah khemah untuk menjamu selera. Aku memimpin mak mentua Kak Fatimah kerana wanita tua itu teragak-agak untuk melangkah dengan keadaannya yang sudah dimamah usia.
“Duduk sini makcik.” Pinta ku sambil menarik sebuah kerusi untuknya. Aku mencari kelibat Haji Din dan ternampak tubuh suami ku yang sedang berbual dengan tetamu yang lain. Rancak sungguh. Kami dipisahkan selang tiga meja. Majlis ini memisahkan kedudukan kaum wanita dan lelaki untuk tidak membiarkan bercampur sesama sendiri. Tersenyum Haji Din dari jauh bila menangkap gelagat ku yang mencarinya. Aku hanya membalas dan bangun untuk mendapatkan makanan. Segera aku mengambil pinggan untuk mengisi nasi dan lauk pauk. Aku meletakkan ikan kembung masak lemak dan kobis goreng. Sedikit sambal belacan dan ulam timun. Aku menuju ke arah Haji Din dengan nasi di pinggan..
“Cukup ke?’ tanya ku tenang. Haji Din tersenyum lebar bila melihat aku meletakkan pinggan yang terisi segalanya dan yang pasti memang untuknya.
“Cukup Aminah Amia dan terima kasih isteri saya.” Tanya rasa segan Haji Din tetap lembut melayan ku walaupun dihadapan orang ramai.
“Minah minta diri dulu.” Ujar ku dan terus berlalu. Tertangkap ku kata usikan untuk Haji Din atas layanan ku padanya. Sudah menjadi tanggungjawab ku untuk menjaga makan pakai Haji Din walau dimana kami berada.
Kelibat tuan rumah entah hilang kemana. Terlalu sibuk melayan tertamu rupanya. Aku segera mengambil alih tugas Kak Fatimah untuk melayan mak mentuanya. Nasi dan air siap ku hidangkan.
“Terima kasihlah sebab tolong akak layan mak akak ni. Maaflah Minah tak makan lagi ni.” Suara Kak Fatimah yang sedang mengambil nafas membuat aku berpaling melihatnya.
“Walaupun catering tapi memang sibuk juga ni.” Keluh Kak Fatimah lagi.
“Tak mengapa kak. Biar Minah teman layan mak akak ni. Akak pergilah layan tetamu.” Jujur aku menyatakan.
“Betul ke?” tanya Kak Fatimah tidak percaya.
“Betullah kak. Pergilah.” Suruh ku lagi.
“Pergilah Timah. Minah ada teman mak ni.” Kali ini mak mentua Kak Fatimah pula memujuk.
“Kami menjemput Encik Shariffudin membacakan doa untuk majilis ni. Memang dah lama abang Daud berhajat kerana di pejabat abang Daud, Encik Sharifuddin yang selalu membaca doa kalau ada sebarang majlis. Alhamdullilah termakbul hajat kami hari ini. Terima kasih iya Minah pada kamu suami isteri.” Sebelum berlalu sempat juga Kak Fatimah melahirkan rasa terimakasihnya tanpa aku bertanya. Terharu sekali lagi.
Bila majlis seakan reda, aku mencari kelibat Haji Din dalam kelompok jemaah yang tinggal hanya berberapa orang saja lagi dan suami ku masih disitu. Tenang Haji Din berbicara dan wajahnya tetap murah dengan senyuman. Betapa aku menghargai apa yang ALLAH berikan untuk ku ini. Sesungguhnya aku benar-benar bersyukur atas limpah kurniaNya. Lelaki yang dihantar kepada ku untuk membimbing dan meneraju kehidupan kami.
Mungkin terasa diperhatikan, serta merta Haji Din berpaling dan menyambut renungan ku. Sekali lagi tertangkap. Haji Din bertanya dari jauh dengan kepalanya didongakkan. Aku hanya tersenyum dan segera mengelengkan kepala. Malu kau Minah. Lain kali nak merenung buat kat rumah saja. Hah! kan dah kantoi.
“Bertuah Minah dapat suami begitu. Jagalah baik-baik. Makan pakainya mesti terbela. Lelaki ni kalau nak ikat hatinya dengan kita, hanya dengan layanan dan ikhlas kita sebagai isteri.” Tanpa ku sedari perbuatan ku tadi rupanya dalam pemerhatian mak mentua Kak Fatimah.
“Minahhh…arhhh..” aku dah gagap. Terkesan rasa pipi yang berpijar. Malu siot.
“Minah jangan malu dengan makcik. Makcik lebih dulu merasa asam garam rumahtangga ni.” Nasihat mak mentua Kak Fatimah lagi. Aku dah tertunduk malu.
“Apa-apa masalah bawa duduk berbincang dan satu lagi menjadi isteri ni jangan suka membebel. Pantang bagi orang lelaki.” Bagaikan seorang ibu memberi tunjuk ajar pada ku membuat aku rasa teruja untuk mengetahui lebih banyak rahsia tentang rumahtangga.
“Kenapa pula cik? Bukankah suami suka kalau kita ringan mulut. Kalau Minah senyap je, Haji Din pasti boring.” Polos aku menjawab.
“Ringan mulut biar bertempat. Kalau ringan mulut masa suami baru masuk rumah, mengadu itu ini. Takkan lelama suami angkat kaki?” mak mentua Kak Fatimah pula bertanya.
“Betul jugakan makcik. Mesti Haji Din tak suka kalau Minah asyik sibuk cakap hal yang tak sepatutnya.” Luah ku sambil mengaru kepala ku yang diliputi tudung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2014 03:51 PM | Show all posts
“Kalau suami tegur jangan masam muka. Suami nak mengajar mana yang baik untuk kita. Lagi satu jangan suka bertunggu tangga ke rumah orang. Tak baik.” Sekali lagi aku dipesan dan aku menerimanya dengan ikhlas atas apa yang dikatakan oleh mak mentua Kak Fatimah. Iyerlah mak tiri aku mana ada pesan apa-apa. Cuma pesan suruh kaut harta Haji Din adalah.
“Betul tu Minah. Kita orang perempuan ni mesti pandai mengambil hati suami. Biarlah tidak berhias dengan baju mahal-mahal tetapi kebersihan dan penampilan mesti sentiasa terjaga.” Sampuk Kak Fatimah mengambil tempat dihadapan ku. Tersenyum aku dengan nasihat dari kedua-dua sifu ni.
“Terima kasih makcik dan Kak Fatimah sebab ajar Minah.” Luah ku jujur. Iyerlah perkahwinan kami baru nak masuk fasa ketiga dan banyak lagi aku perlu belajar. Masak dan kemas aku dah pandai sedikit atas didikan Haji Din.
“Mak akak ni memang tak lokek dengan nasihat. Kita sebagai yang muda ni kena juga ikut pakai nasihat orang tua. Tak gitu mak?” tambah Kak Fatimah lagi. Mak mentuanya hanya tersenyum mengangguk.
“Asalamualaikum!” aku mendongak melihat kelibat Haji Din yang memberi salam. Bila masa Haji Din dan abang Daud ada sebelah kami pun tak perasan.
“Walaikumsalam.” Ujar kami serentak.
“Borak apa ni mak, Imah?” tanya abang Daud sambil mengambil tempat di sebelah Kak Fatimah. Manakala Haji Din menarik kerusi disebelah lantas duduk rapat dengan ku. Tangannya diletakkan dibelakang kerusi dan aku hanya tersenyum membalas senyuman Haji Din.
“Tak ada apa-apa. Saja berbual dengan isteri Sharifuddin ni.” Mak abang Daud menjawab bagi pihak kami.
“Terima kasihlah Shariffuddin sebab sudi datang rumah kami dan menjadi iman pada majlis kami.” Ucapan terima kasih dari mak abang Daud diluahkan penuh keikhlasan.
“Alahhh…makcik. Benda kecil saja. Saya yang sepatutnya berterimakasih dengan keluarga Daud sebab jemput saya dan Aminah Amia isteri saya ni.” Ujar Haji Din. Aku hanya tersenyum dan tidak rasa hendak menyampuk kerana matanya aku sudah sampai waktu katupnya. Sesekali aku cuba menahan untuk menguap. Merah mata ku. Rasa tidak selesa dengan keadaan ini. Itulah Minah makan sampai kenyang. Dah tahu tak boleh makan banyak sangat waktu-waktu begini masih nak melantak jugak.
“Daud, minta maaf iya saya nak minta dirilah.” Bagaikan mengerti keadaan ku Haji Din segera memohon diri. Serta merta badan ku tegak. Tadi dah macam nak tergolek saja.
“Dah nak balik? Tunggulah kejap lagi ke?” abang Daud memujuk Haji Din untuk duduk berbual lagi.
“Minta maaflah Daud. Memang tak boleh tunggu lagi. Ada kerja sikit nak buat.” Pujuk Haji Din dan aku segera bangun bila melihat Haji Din dah bangun. Kak Fatimah segera berlalu kedalam rumah.
“Minah balik dulu iya makcik.” Ucap ku sambil bersalam dengan mak abang Daud. Dipautnya tubuh ku dalam pelukan membuat aku tergamam.
“Baik-baik jaga diri.” Sempat mak abang Daud berbisik ditelinga ku. Kelihatan Kak Fatimah mendekati kami dengan bungkusan di tangan.
“Minah! Ni ada sikit bekal untuk Minah dan Encik Shariffudin. Harap sudi terima iya.” Kak Fatimah mengunjukkan bungkusan tersebut dan dengan teragak-agak aku menyambut sambil memandang Haji Din. Lega aku bila melihat Haji Din mengangguk sambil tersenyum. Green light lah tu.
“Minah balik dulu iya kak. Nanti datanglah rumah Minah. Bolehkan Haji Din?” tanya ku polos tanpa sempat Kak Fatimah menjawab. Tiba-tiba suara gamat mentertawakan ku. Salah ke aku cakap ni.
“Kenapa Aminah Amia tanya begitu. Pastilah boleh, kan Aminah Amia dah jemput Fatimah dan keluarga datang rumah kita.” Haji Din menjawab seusai tawanya reda. Kak Fatimah dan abang Daud hanya tertawa kecil. Aku dah termalu. Salah rupanya.
“Jaga isteri kamu baik-baik Sharifuddin. Jujur dan lurus Minah ni.” Tiba-tiba mak abang Daud bersuara membuat aku terkedu. Strait saja.
“Iya makcik. Itulah sebab saya sayang dengan isteri saya Aminah Amia ini.” Tanpa segan Haji Din menjawab kata-kata tersebut. Sekali aku termalu lagi. Agak-agaklah kalau nak memuji Haji Din oiii!!!
“Kami balik dulu Daud.” Pinta Haji Din sambil bersalaman dengan abang Daud.
“Terima kasih Encik Sharifuddin kerana luangkan masa untuk majlis kecil kami ni.” Sekali ucapan penghargaan diberi untuk Haji Din.
“Terimakasih juga pada kamu sekeluarga.” Haji Din menepuk bahu abang Daud mesra. Aku melangkah bersama Haji Din menuju ke kereta dalam keadaan yang separuh mengantuk. Dah beberapa kali aku menguap.
“Tutup mulut Aminah Amia. Masuk dek syaitan. Berjoget-joget dia.” Usik Haji Din walau aku dah menekup mulut ku serapat-rapatnya. Sempat aku menjeling tajam pada Haji Din tetapi hanya gelak kecil dibalas Haji Din. Sajalah tu.
Haji Din menarik lengan ku supaya mengikuti langkahnya melalui jalan-jalan yang berlopak-lopak. Hati-hati Haji Din memimpinku. Takut aku terjebak dalam lopak tersebut agaknya. Kami memakirkan kereta agak jauh tadi dan dalam keadaan yang gelap pasti pandangan ku agak terbatas apatah lagi dengan mata yang melawan kantuk.
“Sini Aminah Amia.” Panggil Haji Din bila aku dah tersalah arah. Iyalah aku berdiri dibahagian pemandu pula. Macamlah aku benar-benar dah pandai bawa kereta.
“Oppsss….salah pintu pulak.” Dalam tidak sedar aku mengomel.
“Aminah Amia isteri saya…” gelak Haji Din dan mengeleng kepalanya melihat telatah ku.
Cepat saja Haji Din membukakan pintu dan meletakkan tangannya atas kepala ku. Haji Din terlebih rajin bila dengan rela mengenakan tali pinggang untuk ku. Setelah itu lelaki itu menutup pintu kereta untuk ku lantas beralih ketempatnya pula. Seperti biasa apabila enjin dihidupkan pasti aircond diselaraskan pada ku dahulu. Amat tertib Haji Din melayan diri ini. Terima kasih Haji Din.
“Mengantuk?” tanya Haji Din bila melihat aku hanya mendiamkan diri.
“Ermmm..”hanya itu jawapan ku sambil cuba melawan rasa mangantuk yang amat sangat. Kalau ada sepit baju pasti aku dah kepit kelopak mata dan kening agar terbuka sentiasa.
“Makan banyak ke tadi Aminah Amia isteri saya?” sengaja Haji Din mengajak aku berbual sambil mencapai jari jemari ku dan diramasnya. Terlebih romantik Haji Din hari ini.
“Tak adalah, Minah ambil nasi sesenduk setengah saja. Tapi sebab nasi minyakkan mestilah terlebih mengantuk.” Terang ku sungguh-sungguh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2014 03:51 PM | Show all posts
“Ohhh….tapi Aminah Amia tak boleh tidur dulu. Malam ni malam Jumaat. Ada kerja yang perlu Aminah Amia laksanakan.” Ujar Haji Din lembut. Aku dah terkedu. Terus mata aku menjadi buntang berkelip-kelip. Mengantuk hilang entah kemana. Apasal Haji Din strait sangat hari ini? Selalunya tersusun dan sopan bicaranya.
“Erhhh…erhhhh…kerja apa Haji Din?” terus suara gagap aku keluar. Bertambah kalut bila Haji Din sepontan mengucup jari jemariku. Tertelan air liur terus.
“Kita solat sekejap lepas tu baca apa yang patut.” Terang Haji Din bersama senyuman.
“Oh!” hanya itu jawapan dari ku. Lega sikit. Ingatkan apa tadi. Aku menarik nafas panjang.
“Aminah Amia ingat apa tadi?” tanya Haji Din membuat aku malu.
“Tak ada apa-apa…” aku terus menjawab dan Haji Din masih tersenyum memandang ku sekilas dan terus memandu dengan tenang. Senyumannya melebar pula kali ini dan nampak nakal. Aduhhh..malunya kau Minah.
Kami membisu seketika sambil melayan radio dari siaran Sinar. Lepas satu ke satu lagu. Tangan ku masih Haji Din genggam. Tidak sekali pun dilepaskan. Kenapa iya? Lagu-lagu lama masih berkumandang. Slow rock dan pop rock. Iyerlah orang lama katakan. Hahaha….Haji Din pun layan lagu-lagu ni selain lagu Maher Zain.
Tiba-tiba suasana hening itu dikejutan dengan deringan telefon dari handphone Haji Din.
“Angkatkan Aminah Amia.” Pinta Haji Din sambil menyerahkan telefonnya pada ku. Mata Haji Din masih memandang kehadapan. Aku mencapai telefon Haji Din dan terus menekan butang hijau tanpa melihat siapa yang memanggil.
“Asalamualaikum abang Din.” Suara lunak bergema dihujung talian. Aku dah terpinga-pinga. Siapalah punya suara yang termanja dengan suami aku ini.
“Walaikumsalam.” Aku menjawab salam sambil memikirkan gerangan dihujung sana.
“Siapa ni?” hilang sudah suara termanja itu diganti dengan suara sergah pula. Aku menjauhkan telefon seketika.
“Ini Minah, siapa ni?” tanya ku pula bila sekali lagi aku melekapkan telefon tersebut ke telingaku.
“Abang Din mana? Aku bukan nak cakap dengan kaulah.” Suara disana menyergah aku lagi.
“Maaf iya. Haji Din sedang memandu. Minah angkatkan call ni.” Ujar ku lembut. Haji Din memandang ku sambil mengangkat keningnya bertanya. Aku hanya mengelengkan kepala sambil mengangkat bahu pula. Bahasa tubuh pula kami gunakan.
“Panggillah saja abang Din tu. Aku bukan nak cakap dengan kaulah perempuan kampong.” Sekali lagi aku disergah.
‘Kejap ya!” aku mengalah dan memandang Haji Din sambil mengeleng kepala tanda aku tidak mengetahui siapa pemanggilnya. Akhirnya Haji Din mencapai tangan ku yang mengenggam telefon tersebut dan menekan butang speaker tanpa memegang telefon itu.
“Siapa ni?” keras Haji Din bertanya sambil matanya tetap kearah jalan.
“Abang Din ke tu? Badlah bang.” Suara disana kembali lembut bila mendengar suara Haji Din. Ohhh..nyonya Mansur rupanya. Aku ingat siapa tadi.
“Ohh…Badariah. Abang ingat siapa tadi yang bersoal jawab dengan isteri abang.” Sinis Haji Din menjawab.
“Taklah bang. Bad ingatkan suara perempuan mana yang sibuk angkat call abang.” Sengaja suara Badariah dilunakkan dan macam sengaja menyindir ku. Nak bagi hati aku terbakarlah tu.
“Abang mana ada perempuan lain lagi Bad, selain isteri abang ni Aminah Amia.” Lembut suara Haji Din menjawab sambil memandang ku. Tersenyum lelaki itu bila diusik begitu oleh si Bad. Tapi bagi aku bukan usikan malah sengaja nak menghidupkan bara nampaknya. Saja nak menuangkan minyak dan kemudian api dihidupkan. Kemudian bara yang tinggal dikipas-kipas supaya bertambah marak.
“Habis Kak Zaida tu!” tiba-tiba nama itu disebut oleh Badariah. Aku dah terkedu. Haji Din dah pandang aku. Kenapa nama Kak Zaida hendak dibangkitkan lagi. Lama Haji Din terdiam dan sesekali matanya memandang ku lagi. Telefon masih aku pegang. Bersabar Minah. Istiqfar banyak-banyak. Lawan hasutan syaitan. Kalau diikutkan hati yang tidak sabar ni dah lama telefon ni aku campak keluar.
“Zaida adalah masa silam abang, Bad. Jangan disebut lagi benda yang lepas. Nanti hati isteri abang terguris. Berapa kali abang beritahu Bad.” jawab Haji Din bersama senyuman polosnya. Tanpa rasa tergugat dengan kata-kata Badariah. Aku hanya membalas renungan Haji Din tanya mahu bersuara.
“Alahhh…si Minah bukannya dengarlah bang, kalau abang nak cerita pasal Kak Zaida sekali pun. Bukannya dia tahu. Takkanlah sedikit pun abang tak teringat Kak Zaida. Bak kata orang tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat berkasih.” Badariah masih hendak menembak hati suami ku. Aku menarik nafas ku dalam-dalam untuk mengingatkan aku agar kuat bersabar. Aku berharap sangat agar Tuhan pekakkan telinga ku waktu ini. Aku dah tak larat hendak mendengar kata-kata Badariah. Sabar ku kian tipis.
“Memang abang teringat, itu tidak abang nafikan.” Haji Din bersuara lagi. Aku dah mula tak sedap hati. Tak jadi aku hendak memohon Tuhan pekakkan telinga aku. Aku hendak mendengar apa kata Haji Din lagi atau mungkinkah kasih Haji Din dah bertukar arah.
“Iya ke?” tanya Badariah teruja. Mungkin terasa hampir berjaya mencucuk jarum.
“Iya Badariah. Abang sentiasa ingat apa yang telah dibuat Zaida pada abang dahulu dan sebolehnya abang tidak mahu ianya berlaku pada perkahwinan abang dengan Aminah Amia.” Tegas Haji Din berkata. Tone Haji Din dah bertukar nada.
“Abang! Kak Zaida baik tau tak?” bentak Badariah bila terasa dirinya akan kalah dengan hujah Haji Din.
“Semua orang dalam dunia ini memang baik Badariah. Badariah juga baik, tetapi bila rasa hati ditutup dengan rasa dengki, baik itu akan hilang dan menjadikan hati kita hitam dan putih akan berkurangan. Betul tak Aminah Amia isteri saya?” tanya Haji Din sambil memandang aku tenang. Aku tidak tahu hendak berkata apa-apa bila Haji Din menyatakan pendapatnya dan sekaligus mematahkan hujah si Badariah sekali lagi. Benarkah dalam diri Haji Din masih ada Zaida. Walaupun buruk tetapi nama itu ada juga kenangan baiknya. Sudah pasti sesekali akan terlintas dihati Haji Din. Adakah selama ini Zaida banyak meninggalkan kesan dalam diri Haji Din dan amat sukar untuk mengikis nama itu, apatah lagi nama itu sering disebut-sebut kini.
“Ehhh….Minah ada ke bang?” tanya Badariah tiba-tiba.
“Iya Badariah. Aminah Amia ada disebelah abang ni. Dia mendengar perbualan kita. Abang sedang memandu sebab tu abang on speaker. Kami baru saja balik dari majlis rumah kawan abang.” Terang Haji Din sambil memandang ku sepintas. Senyuman ku sudah pudar bila kata-kata Badariah masih tergiang-giang ditelinga ku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2014 03:51 PM | Show all posts
“Oh iya ke?” Badariah dah mula hilang taringnya. Terasa lemah tidak seperti mula-mula tadi.
“Ada apa Badariah telefon abang ni?” tanya Haji Din terus bila lelaki itu dapat menangkap wajah ku yang dah berubah mendung.
“Lupa pula Badariah nak cakap. Bad ingat esok nak pergi rumah abang sebab Bad ada hal kat KL. Nak tumpang dua hari. Boleh tak bang?” tanpa rasa bersalah Badariah terus menyatakan hajatnya. Tiada rasa nak minta maaf dengan aku pun. Memang nyonya Mansur betullah.
“Errmmm…..Bad dengan siapa?” tanya Haji Din. Bagaikan ingin rasa tahu itu menebal aku rasa. Takkan berharap sangat Kak Zaida ada bersama kot.
“Bad seoranglah. Apa! Abang ingat dengan Kak Zaida ke?” tembak Badariah sengaja.
“Boleh Aminah Amia?” aku pula ditanya Haji Din. Lain orang ditanya lain orang yang kena beri jawapan. Aku tak tahu nak berkata apa. Kalau aku kata boleh nanti hati aku juga yang hancur. Kalau aku kata tak boleh, siapa Badariah pada Haji Din selama ini.
“Ermm….” Aku mengangguk lantas terus memandang ke hadapan. Pasrah sajalah. Hadap selagi boleh, akan ku hadap.
“Baiklah, isteri abang pun dah kata okey.” Jawab Haji Din bersahaja.
“Itupun nak kena tanya ke bang?” Badariah bagaikan tidak berpuashati dengan kata-kata Haji Din. Sinis saja bunyinya.
“Okeylah Badariah, nanti dah sampai KL call abang. Kami dah sampai rumah ni. Asalamualaikum!” Haji Din segera menamatkan perbualan dan Haji Din menekan butang merah dengan sebelah tangan kirinya. Telefon disimpannya dicelah handbreak. Jari jemari ku ditarik semula lantas digenggamnya erat. Haji Din meneruskan pemanduaan tanpa sebarang kata walau rumah kami masih jauh dihadapan. Toyota Vios hitamnya gagah membelah malam walau hati penghuninya libang libu tika ini.
“Marah?” tanya Haji Din bila melihat aku masih mendiamkan diri sejak sampai tadi. Haji Din merebahkan tubuhnya disebelah ku. Selesai kami membaca beberapa surah, akhirnya Haji Din mengajak aku tidur bila melihat mataku dah mahu terkatup semula. Sampai saja tadi mata aku bagaikan tidak mahu tertutup selari dengan hati ku yang gundah gulana itu. Tapi bila mengaji pula tahu pun nak terlelap. Memang banyak syaitan ni.
“Tak!” jawab ku sepatah. Aku cuba menidakkan rasa hati walau perasaan memberat sekarang ini. Aku duduk bersila sambil meleraikankan ikatan rambut yang panjang. Tak selesa kalau terikat sepanjang masa.
“Kalau marah luahkan Aminah Amia.” Pujuk Haji Din sambil ikut membelai rambut ku. Jari jemarinya berlari-lari dicelah-celahan rambut hitam ku yang pekat.
“Taklah, Minah nak tidur.” Dalih ku. Lebih baik aku tidur dari melayan hasutan iblis untuk melihat aku menderhaka kepada suami ku. Taka da mood nak berbual.
“Jangan tidur dengan perasaan yang tidak tenteram Aminah Amia. Nanti mata lelap tapi otak berfikir. Penat begitu Aminah Amia isteri saya.” Ujar Haji Din lantas menarik aku rebah dilengannya seperti biasa. Aku hanya menurut saja. Mata terkebil-kebil memandang siling.
“Kalau Aminah Amia nak luahkan atau berbincang pasal apa yang Badariah katakan tadi, saya sedia mendengarnya. Luahkan Aminah Amia.” Sekali lagi Haji Din memujuk sambil menyelak rambut ke celah telingaku. Anak rambut yang terjurai diperbetulkan. Tangan sasanya setia melurut rambut ku berulang kali. Aku mendongak mencari wajah Haji Din dan lelaki itu masih tersenyum memandang ku. Satu kucupan mendakap dahiku. Syahdu sahaja ku rasa.
“Haji Din nak Minah tanya Haji Din ke?” jujur luah ku atas apa yang ku alami tika ini.
“Iya sayang! Dari Aminah Amia berkerut-kerut memikirkannya sendiri.” Ujar Haji Din. Serta merta aku meraba kening aku. Betul ke berkerut?
“Nampak sangat ke?” tanya ku polos. Haji Din dah tersenyum lebar.
“Wajah Aminah Amia isteri saya tidak pandai menipu sayang.” Terang Haji Din dan terus mendakap ku erat.
“Walau apa pun terjadi Aminah Amia adalah isteri saya sekarang. Yang mempunyai hak ke atas diri saya selain Umi. Yang mempunyai hak ke atas kasih sayang saya selain Umi. Yang mendengar keluh kesah saya selain Umi. Saya hanya milik Aminah Amia selain ALLAH. Jangan sesekali sangsi atas diri saya Aminah Amia. Senyumlah untuk kebahagiaan diri saya dan untuk Aminah Amia juga.” Bisik Haji Din ke telinga ku. Sebak bila Haji Din berkata demikian. Bagaikan mengerti permainan perasaan ku tadi dan membuatkan Haji Din serba tidak kena bila aku sengaja tidak mahu membangkitkan kata-kata Badariah sebaliknya aku mahu menelan walau dalam kepala otak ini tidak berhenti memikirkannya.
“Maafkan Minah, Haji Din!” aku membalas pelukan Haji Din bila terasa dirinya bersalah.
“Tidak sayang. Aminah Amia tidak bersalah dengan saya. Saya yang lalai untuk menjaga perasaan Aminah Amia saya. Maafkan saya wahai Aminah Amia isteri saya.” Ujar Haji Din tanpa melepaskan pelukkannya.
“Kita sama-sama maafkan.” Ujar ku mudah. Iyalah dua-dua asyik minta maaf dan lebih baik sama-sama bermaafan. Adilkan?
“Hak saya ada tak malam ini?” sempat Haji Din berbisik lembut sebelum mata ku layu. Tak jadi nak melayan kantuk.  Dah lain tajuk pula Haji Din ni. Aku yang sudah memahami rentak Haji Din segera menyorokkan wajah didada sasanya. Malu selalu. Dalam saat-saat syahdu ini sempat pula Haji Din meminta haknya yang satu. Memang aku hak Haji Din yang mutlak. Tiada siapa yang boleh mempertikaikan.
“Terima kasih Aminah Amia isteri saya. Moga kebahagiaan ini milik kita sentiasa.” Sempat aku mendengar doa dan harapan Haji Din sebelum lelaki itu menghembuskan nafasnya ketelinga ku. Ini yang aku tak tahan. Geli!!!!.
Aku tenggelam dalam dakapan Haji Din bersama hati yang tenang. Benar kata Haji Din, sangsi dan kecewa adalah rasa hati yang tidak seharusnya aku tanamkan dalam diri ini bila Haji Din menidakkan sesuatu yang bukan untuknya lagi. Aku hanya perlu hadap apa yang akan datang dan berjuang untuk kesetiaan diri ini. Esok…esok punya pasal…Kelas kau Minah!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2014 12:07 PM | Show all posts
Apa je yg BAD nk wat kat MINAH nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2014 02:16 PM | Show all posts
bertambah rasa meluat dgn si bad ni... apa la yg ddia sibukn dgn laki org ni.. ke dia ada hati dgn haji din...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspen ni....cepat sambung yerrr...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 01:51 PM | Show all posts
ble la hj din n minah nk ada blk ni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2014 04:53 PM | Show all posts
Mana Minah ngn Haji Din????

Xde sambungan lagi kaa???
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 06:01 PM | Show all posts
arghh..... bad ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lor...ingat ada sambungan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 11:18 PM | Show all posts
salam,

TT bila nak sambung lagi.... tak sabar rasanye nak jump haji din....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.128004 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list