CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wawaKKK

BADMINTON - Season 8

   Close [Copy link]
Post time 9-9-2011 09:41 AM | Show all posts
dgr kat radio pagi tadi
kalau tak silap dgr la

kkk/tbh dah confirm bkn under rexy lagi
huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 09:43 AM | Show all posts
"saya bukan main untuk sendiri, saya main untuk malaysia"
wawaKKK Post at 9-9-2011 09:39


amboi.. siap hafal dialog chongwei

dialog abe kkk ko apa ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2011 09:59 AM | Show all posts
dialog abe kkk ko apa ek?
debitcredit Post at 9-9-2011 09:43


"saling mempercayai antara satu sama lain"


aku rasa dialog tu macam perli KKK/TBH aje kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2011 10:17 AM | Show all posts
Reply 1101# debitcredit

   Tugas baru Rexy

                 
SEPERTI diduga, juara Olimpik Atlanta 2006 Rexy Mainaky tidak lagi menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih beregu lelaki negara sebaliknya diberi misi baru memastikan dua pasangan dari beregu wanita dan campuran layak ke Sukan Olimpik 2012 London.
   Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam, diumumkan pengerusinya Ng Chin Chai yang juga Setiausaha Kehormat BAM.

   Namun menariknya, tempat Rexy diisi Tan Kim Her jurulatih yang pernah diulit kontroversi ketika dibawa kembali menyertai kem negara oleh bekas Setiausaha Kehormat persatuan itu, Ganga Rao dua tahun lalu.

   “Tan Kim Her akan mengetuai barisan jurulatih beregu lelaki sambil dibantu Pang Cheh Chang dan Rosman Razak manakala Rexy akan menjadi ketua jurulatih beregu wanita dan campuran,” kata Chin Chai.

   “Selepas menilai prestasi pemain dan jurulatih sepanjang setahun lalu, kami rasakan perlunya ada perubahan dan kami mahukan pingat dalam beregu lelaki. Keputusan ini dibuat untuk mendapatkan hasil yang terbaik,” kata Chin Chai mengenai rasional perubahan struktur kejurulatihan.

   Malah katanya, Rexy tetap memiliki misi besar bagi memastikan sekurang-kurangnya satu beregu wanita dan satu campuran layak ke Olimpik 2012.



   Justeru mulai minggu depan, Rexy yang dibantu Jeremy Gan akan melatih empat beregu wanita dan tiga beregu campuran. Dua beregu iaitu Wong Pei Tty-Chin Eei Hui dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, masing-masing dalam beregu wanita dan campuran yang dilihat mampu layak ke Olimpik.

   Dalam pada itu, Chin Chai enggan mengesahkan sama ada Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akan berlatih di bawah bimbingan Cheh Chang seperti yang diminta gandingan itu.

   “Tidak semestinya. Kim Her akan tentukan sama ada beliau, Cheh Chang atau Rosman yang akan memberi perhatian kepada Kien Keat-Boon Heong. Tapi formula yang kami nampak di sini adalah kami berharap kombinasi tiga jurulatih itu dapat mendekatkan beregu lelaki negara dengan pingat Olimpik,” katanya.

   Selain Kien Keat-Boon Heong, Kim Her bersama Cheh Chang dan Rosman akan menguruskan tujuh lagi beregu lelaki yang menyaksikan tiada lagi kelompok pemain elit dan pelapis dalam struktur baru ini.

   Rashid Sidek terus kekal sebagai ketua jurulatih kepada 12 pemain perseorangan lelaki dan jawatankuasa itu memutuskan yang Tey Seu Bock tidak tertakluk melatih Datuk Lee Chong Wei semata-mata.

   Chi Shanrong pula dilantik ketua jurulatih perseorangan wanita. Jurulatih dari China itu yang sebelum ini melatih Sekolah Sukan Bukit Jalil itu akan menjaga tujuh pemain sambil dibantu Woon Sze Mei yang sebelum ini mengisi kekosongan ditinggalkan Wong Tat Meng.

   Hasil mesyuarat C&T semalam turut memutuskan Datuk James Selvaraj kekal sebagai Pengarah Prestasi Tinggi secara sukarela sehingga kekosongan jawatan itu diisi sepenuh masa oleh calon   akan dicari BAM.

   C&T juga mengumumkan senarai 20 pemain yang menggalas cabaran negara di Sukan Sea November ini yang menyaksikan Pei Tty-Eei Hui dan Peng Soon-Liu Ying yang sebelum ini tersenarai dicicirkan bagi fokus kepada kejohanan terbuka untuk memungut sebanyak mungkin mata kelayakan Olimpik.

CREDITS TO HARIAN METRO ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2011 11:36 AM | Show all posts
Rexy tak turun pangkat

Rexy Mainaky tersenyum ke arah wartawan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan BAM di Stadium Juara, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ASWAD YAHYA




KUALA LUMPUR – Rexy Mainaky bukan saja tidak lagi membimbing beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Beong, malah ditukarkan melatih beregu wanita dan campuran.

Keputusan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu semalam mungkin mengejutkan banyak pihak, apatah lagi Tan Kim Her daripada jurulatih pelapis dinaikkan ketua jurulatih beregu lelaki. Namun Rexy menerima arahan baru itu dengan positif.


Jurulatih kelahiran Indonesia itu keluar dari bilik mesyuarat dengan wajah ceria, sambil berkata kepada wartawan yang menunggu lebih tiga jam: “Saya akan terus tidur di Malaysia. Anda boleh lihat wajah saya, anda tahu saya gembira.”

Bekas juara Olimpik dan Dunia itu akur dengan tugas barunya selepas seminggu sugul ekoran pengakuan beregu kesayangannya, Kien Keat-Boon Heong yang meminta bertukar jurulatih tidak lama selepas Kejohanan Dunia bulan lalu.

Biarpun pada awalnya terkilan kerana dipersalahkan atas kegagalan Kien Keat-Boon Heong di London dan kehilangan beregu yang dibimbingnya sejak 2006, Rexy segera melupakan kekecewaan sambil mengakui, struktur kejurulatihan baru yang diperkenalkan CTC mungkin pelan terbaik dalam membantu misi mencari emas Olimpik.

Mengikut struktur baru tersebut, skuad elit dan pelapis digabungkan di bawah satu bumbung. Rashid Sidek mengetuai perseorangan lelaki, Kim Her beregu lelaki, Rexy beregu wanita serta campuran, manakala Chi Shanrong ketua jurulatih perseorangan wanita.

Ujar Rexy, perubahan ini mampu memberi sokongan maksimum kepada pemain yang disasarkan, terutama beregu lelaki, yang bakal menyaksikan Kien Keat-Boon Heong bakal menerima bantuan (sparring) daripada tujuh beregu lain dalam usaha memenuhi misi emas Olimpik.

Begitupun ketika ditanya, apakah beliau kesal kerana perubahan yang disifatkan positif itu hanya dibuat selepas beliau tidak lagi memimpin beregu lelaki.

“Kita harus pandang ke depan dan mengutamakan kepentingan negara daripada mencipta isu baru. Saya tumpang gembira kalau perubahan ini dapat membantu Kien Keat dan Boon Heong biarpun saya bukan jurulatih mereka lagi.


“Saya sendiri ada tanggungjawab baru memastikan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui layak diri ke Sukan Olimpik. Selain itu membantu dua pasangan muda, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta Ong Jian Guo-Sabrina Chong layak dalam beregu campuran. Saya perlu fokus kepada apa yang sepatutnya,” katanya.


Bagi Kien Keat-Boon Heong, biarpun Kim Her bakal mengetuai beregu lelaki, mereka sudah pasti akan mendapat apa yang dihajati, beraksi di bawah Pang Cheh Chang kerana jurulatih itu turut diserapkan di bawah Kim Her. Turut membantu skuad beregu lelaki adalah pembantu Rexy ketika ini, Rosman Razak.

Rexy akan mengendalikan empat beregu wanita dan tiga beregu campuran dengan bantuan Jeremy Gan dan Chong Kien Ling.


Rashid pula mengendalikan 12 perseorangan lelaki, diketuai jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dengan dibantu Tey Seu Bock, Hendrawan serta Mohd. Hazwan.

Setiausaha Agung BAM yang juga pengerusi CTC, Ng Chin Chai ketika menjelaskan rasional perubahan drastik ini berkata, keutamaan badan kebangsaan itu adalah mencari emas Olimpik 2012.


Justeru mereka merangka program yang akan memberi sokongan maksimum kepada pemain yang disasarkan.

“Dengan menggabungkan pemain dari skuad elit dan pelapis, Lee Chong Wei akan mendapat 11 rakan sparring.


“Ini membantunya untuk mencari kejayaan di London, manakala bagi pemain-pemain muda pula, peluang berlatih dengan jaguh dunia itu akan membantu menaikkan permainan mereka,” katanya.

CREDIT TO UTUSAN ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 08:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by ShaCroft at 9-9-2011 20:12

ni ha result:

[tr][/tr]
Alvent Yulianto Chandra [4]
Hendra Aprida Gunawan
-
Yao Han Ow
Wee Kiong Tan ~
21-18 19-21 21-10

[tr][/tr]
Vivian Kah Mun Hoo
Khe Wei Woon
-
Hye Won Eom
Ye Na Jang
14-21 21-15 25-23

[tr][/tr]
Sony Dwi Kuncoro
-
Muhammad Hafiz Hashim
15-21 21-14 21-14

[tr][/tr]
Tommy Sugiarto [6]
-
Wei Feng Chong
21-13 21-15



so, esok cuma ada:

[tr][/tr]
Vivian Kah Mun Hoo
Khe Wei Woon
-
Jung Eun Ha [2]
Min Jung Kim


cam payah je nk menang?..tapi Ha Jung Eun men 2kali sok..1st dia akan turun utk XD dgn LYD vs INA...last match baru WD..

but anyway, congrats n gud luck vivian n woon!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2011 10:34 PM | Show all posts
wakakakakakaka...
sori sori... aku terpaksa gelak... dah 10 hari syawal baru ko bukak  ...
wawaKKK Post at 9-9-2011 08:38


haha! chongwei pun ada kan kat iklan ni?
debitcredit Post at 9-9-2011 09:37



dah agak dah .. korang mesti gelakkan aku ...
hehehe takdelah sampai 10 ari tak jumpa tv .... 4 ari je ... tapi aku kan jarang sgt tengok channel yg banyak iklan ni, tu yg baru jumpa iklan maxis tu .... iklan suarakami tu lak sampai nak muntah dah tengok

mesti la chongwei ada .. cakap last sekali lak tu .... tapi nicol takde lak ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 10:49 PM | Show all posts
Reply  debitcredit

   Tugas baru Rexy

                 
SEPERTI diduga, juara Olimpik Atlant ...
wawaKKK Post at 9-9-2011 10:17



kesian rexy .... tapi bagus la dia pikir positif ... mmg professional ....
turun pangkat ke tak, gaji rexy still sama kannnn ...
harap rexy dpt improve kita nye WD & XD ...

walaupun kesian kat rexy tapi aku rasa bagus tindakan BAM kali ni ... letak semua MD under tan kim her ... boleh la dorang sparring sesama tetiap ari ....
lets see what tan kim her can do to help kiok & hole ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 10:57 PM | Show all posts
Reply 1106# ShaCroft

akhirnye tinggal WD je tuk SF esok .... good job khe wei & vivian

ow yao han kalah   ... jgn give up ... improve lagi next tournament !!

sony is backkkkk .... tengok esok camne ... kalau dia bleh menang tournament ni, chongwei kena la hati2 kalau jumpa sony nanti ...mana la tau kan, luka lama berdarah kembali .... sesuai ke perumpamaan ni ?? hehehehe

ahhh tak sangka weifeng boleh kalah straight set .... ingatkan at least sampai rubber ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 11:07 PM | Show all posts
kesian rexy .... tapi bagus la dia pikir positif ... mmg professional ....  
turun p ...
kayla Post at 9-9-2011 22:49


kan..harap2 de la perubahan kiok&hole tu..jgn pasni bagi alasan len plak...mmg hampeh lah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 11:12 PM | Show all posts
Reply 1110# ShaCroft

kalau dorang dapat latih under pang cheh chang tu aku rasa dorang akan senyap sampai olimpik nanti ...
lepas olimpik .... tengok prestasi kat olimpik, kalau ok senyap je kot .. kalau tak ok aku bajet dorang akan kasi alasan lain lak ... maybe dorang nak split lak masa tu ....
hopefullly next year ow yao han dah improve banyak .. boleh take over dari kiok & hole ...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 03:49 PM | Show all posts
result semi finals:

XD:
Tantowi Ahmad [1]                               
                                        Liliyana Natsir                                -
Yong Dae Lee
Jung Eun Ha
21-12 21-16

straight set! tapi baju koreans tadik lawa, kaler hijau...

WS:
Ji Hyun Sung [4]                                -
Hsiao Ma Pai
21-9 21-18

MS:

Tanongsak Saensomboonsuk [15]
-
Tien Minh Nguyen [1]
21-18 21-12

a shocking result...tapi budak thai tadik tu mmg men bes...

WD:
Meiliana Jauhari [3]                               
                                        Greysia Polii                                -
Wen Hsing Cheng [1]
Yu Chin Chien
21-12 21-18

ni pon ala2 a shocking result..but im x shocked sebab chn taipei mmg probs lately, kurang perform dah..dgn cheng nya masalah servis, ayokkkk...

tapi geram+nyampah dgn INA..tejerit2 macam berok...nk ikut jejak langkah those china's women shuttlers kah?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 04:39 PM | Show all posts
MD:

Sung Hyun Ko [2]                               
                                        Yeon Seong Yoo                                -
Alvent Yulianto Chandra [4]
Hendra Aprida Gunawan
18-21 21-18 21-18

rubber set! at least...kalo kiok&hole, harus straight set kalah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 05:07 PM | Show all posts
MD:

Jae Sung Jung [1]                               
                                        Yong Dae Lee                                -
Ki Jung Kim
Baek Choel Shin
22-20 21-15


LYD menang...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 06:45 PM | Show all posts
MS:

Inthanon Ratchanok [3]                                -
Youn Joo Bae [2]
21-10 21-13
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 07:03 PM | Show all posts
MS:

Tommy Sugiarto [6]                                -
Sony Dwi Kuncoro
22-20 22-24 21-13
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2011 09:02 PM | Show all posts
Ws:

Jung Eun Ha [2]                               
                                        Min Jung Kim                                -
Vivian Kah Mun Hoo
Khe Wei Woon
21-18 21-16


not a bad result...walopon kalah, tapi tak lah kena buli kan..huhuhuhu...

congrats to vivian n ah wun...nnt traning gigih2 dgn rexy...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 10:03 PM | Show all posts
Ws:

[/td]                                [/tr]

                        [/table][/td][/tr]
[/tr]
[/table]

not a bad result...walopon kalah ...
ShaCroft Post at 10-9-2011 21:02


naper tak tunjuk live game ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2011 10:37 AM | Show all posts
Reply 1109# kayla

dari aritu ko asyik sebut ow yao han aje, ade ape2 ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 08:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.203755 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list