CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kubus

Petikan dari Akhbar online

[Copy link]
find7707 This user has been deleted
Post time 12-10-2006 10:49 AM | Show all posts

Reply #1100 jj's post

hari ni tak tidoq ka? selalu find nampak
hang online sampai pukoi 9 pagi ja...
pastu ilang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2006 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by find7707 at 12-10-2006 10:49 AM
hari ni tak tidoq ka? selalu find nampak
hang online sampai pukoi 9 pagi ja...
pastu ilang....



ari nie aku kat opis....! aku gheja.. ekekekkekekke
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 12:33 PM | Show all posts
Edisi Tengah: Dendam cinta tidak berbalas

Oleh Jaafar Mulup
[email protected]

TAMPIN: Angkara cinta tidak berbalas, enam remaja sebuah sekolah menengah di sini, sanggup merancang membelasah seorang remaja lain yang dikatakan merampas gadis idaman seorang daripada mereka.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, kumpulan remaja terdiri daripada tiga pelajar tingkatan lima dan seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di Gugusan Felda Jelai dekat Gemas, menunggu mangsa di kawasan Felda Jelai.

Menurut sumber, mangsa berusia 18 tahun dan tidak lagi bersekolah secara kebetulan menunggang motosikal sambil membonceng seorang remaja perempuan dipercayai teman wanitanya berusia 14 tahun melalui kawasan itu.

揔umpulan remaja itu yang terserempak dengan mangsa menahan pasangan itu.

揃erlaku pertengkaran dan ejek-mengejek antara kedua-dua pihak sebelum mereka terbabit dalam pergaduhan,
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 12:40 PM | Show all posts
Edisi Tengah: Padah intai pelajar perempuan


MELAKA: Gara-gara suka mengintai, seorang lelaki ditahan sekumpulan pelajar Universiti Multimedia (MMU) Bukit Beruang, dekat sini, ketika sedang mengintai seorang pelajar perempuan di rumahnya di Taman Dahlia, berhampiran universiti berkenaan, pagi kelmarin.




Lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan cuba mengintai rumah pelajar perempuan berkenaan sebelum disedari pelajar terbabit yang kemudian menghubungi rakan lelakinya.

Dia dipercayai menjalankan kegiatan itu bagi memastikan sama ada pemilik atau penyewa ada atau tidak di dalam rumah sebelum menyamun rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata lelaki itu ditahan sekumpulan pelajar dipercayai rakan pelajar perempuan berkenaan sebelum diserahkan kepada polis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu berasal dari Senawang, Negeri Sembilan dan mempunyai enam rekod jenayah sebelum ini.

Katanya, lelaki yang tidak bekerja itu pernah dipenjara antara 1986 dan 2003 berikutan kesalahan pecah rumah siang hari dan memiliki barang-barang curi.

Mazlan berkata, polis mengesyaki lelaki itu mengintai kawasan Bukit Beruang sebelum melakukan kes samun dan kini dia masih ditahan untuk siasatan lanjut.

"Polis turut menjumpai dua pemutar skru dan lampu suluh daripada lelaki terbabit," katanya.

Lelaki itu akan dituduh mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan memiliki barang-barang pecah rumah.

=========================================================

bukan Ayugirl dok MMU melaka kaa...?? ekekekeke.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 12:45 PM | Show all posts

Reply #1104 Nikotina's post

silap orang...! kui kui kui
Reply

Use magic Report

find7707 This user has been deleted
Post time 12-10-2006 12:55 PM | Show all posts
Originally posted by Nikotina at 12-10-2006 12:33 PM
Edisi Tengah: Dendam cinta tidak berbalas

Oleh Jaafar Mulup
[email protected]

TAMPIN: Angkara cinta tidak berbalas, enam remaja sebuah sekolah menengah di sini, sanggup merancang membelasah s ...

14 tahun dah berani naik motor ngan laki.... terer budak2 sekarang....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2006 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by Nikotina at 12-10-2006 12:40 PM
Edisi Tengah: Padah intai pelajar perempuan


MELAKA: Gara-gara suka mengintai, seorang lelaki ditahan sekumpulan pelajar Universiti Multimedia (MMU) Bukit Beruang, dekat sini, ketika sedang men ...



ntah-ntah pakupayung yang kena ndap apa:lol
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 01:01 PM | Show all posts
Originally posted by find7707 at 12-10-2006 12:55 PM

14 tahun dah berani naik motor ngan laki.... terer budak2 sekarang....



tu la budak2 la ni..risau la, camna masa anak2 kita nanti noo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2006 01:04 PM | Show all posts

Reply #1105 jj's post

abeh sapa...? kukuikukui

tu menunjukkan aku tak peka sgt dgn aweks2 ni walopon ada yg tuduh aku gatai!
kohkohkohkohh
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 01:30 PM | Show all posts
Originally posted by Nikotina at 12-10-2006 01:04 PM
abeh sapa...? kukuikukui

tu menunjukkan aku tak peka sgt dgn aweks2 ni walopon ada yg tuduh aku gatai!
kohkohkohkohh


sapa kata hang gatai....?
ishh laaa... kesian hang noooo
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 01:36 PM | Show all posts

Reply #1110 jj's post

sapa tah aritu kat thread biodata...
masih terngiang2 di telinga ku..
kikikiki
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 01:39 PM | Show all posts

Reply #1111 Nikotina's post

maafkan la orang tuu
lupakan kisah lama...

kui kui kui
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 06:06 AM | Show all posts
Pengail cari umpan, anak rentung dalam keretaOleh Abdul Muin Sapidin


NIBONG TEBAL 12 Okt.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 06:07 AM | Show all posts
Pemuda sindrom down rentung
JOHOR BAHRU 12 Okt.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 06:09 AM | Show all posts
Segmen Kesihatan
~~~~~~~~~~~~~~
Kekal sihat semasa berpuasa dengan oat
PUASA sememangnya bukan hanya suatu bentuk latihan rohani. Malahan, hasilnya juga sangat baik bagi kesihatan tubuh badan anda.

Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa puasa dapat meningkatkan tahap kesihatan , termasuk menurunkan berat badan beberapa kilogram. Kadar kolesterol, kadar gula darah, tekanan darah juga dapat mencapai tahap yang lebih sihat apabila berpuasa.

Namun, menjalani ibadah puasa bukanlah hal yang mudah bagi sesetengah orang. Menahan diri dari tidak makan dan minum sepanjang hari, disertai perubahan jam makan dan tidur, terasa semakin berat ketika harus bertahan dari lapar dan haus.

Wajar jika timbul pertanyaan makanan apa yang boleh membantu menahan lapar lebih lama?

Bersahur pada awal pagi hari, ketika tubuh badan sedang sedap tidur, membuat seseorang tidak mampu makan sejauh yang diperlukan.

Kebanyakan orang memilih untuk hanya mengambil minuman panas dan meratah lauk sahaja. Akibatnya, pada siang hari, badan tidak cukup cergas untuk tetap bekerja atau aktif kerana kekurangan tenaga.

Sehubungan itu, terdapat hasil penyelidikan di Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan bahawa mereka yang makan oatmeal untuk sarapan pagi ternyata akan turut kurang makan pada masa makan tengah hari dan malam.

Ini kerana dalam oatmeal terkandung serat larut yang menyerap banyak air dan memperlambatkan proses pengeluaran tenaga. Akibatnya, mereka berasa kenyang untuk lebih lama.

Mempertimbangkan hasil penelitian ini, oat memang merupakan makanan sahur yang bagus

*Apa itu oat?

Oat lazimnya merupakan makanan pagi atau bijirin yang mengandungi protein dan serat yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan karbohidrat lain seperti beras dan gandum.

Serat larut pada oat yang disebut-sebut itu memang sudah terbukti sangat membantu dalam menurunkan kadar kolesterol darah.

Di samping itu, karbohidrat kompleks membuatnya mampu menyimpan tenaga dan kekuatan yang lebih lama berbanding bahan tanaman sejenisnya.

Memang tidak keterlaluan jika oatmeal disebut sebagai makanan yang sangat sesuai dimakan apabila berpuasa pada bulan Ramadan, khususnya pada waktu sahur.

*Menurunkan kolesterol

Pelbagai jenis penelitian telah pun membuktikan bahawa serat merupakan zat makanan yang sangat baik untuk membantu menurunkan berat badan, kadar gula darah dan kadar kolesterol darah.

Hasil penelitian James Andersen dari Kentucky, AS, membuktikan bahawa dengan memakan oatmeal sebanyak dua mangkuk, atau 10 sudu besar (lebih kurang 70 g) setiap hari, seseorang yang mengidap tekanan darah tinggi dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darahnya sebanyak 20 peratus.

Angka tersebut diperoleh kerana pengambilan lemak berkurangan sebanyak lima peratus, manakala 15 peratus lainnya merupakan angka penurunan kolesterol dalam darah kerana mendapatkan serat larut dalam air.

Penelitian yang dilakukan oleh Van Horn dari American Heart Association pula membuktikan dengan mengambil hanya dua mangkuk makanan yang mengandungi serat larut dalam air seperti oatmeal, dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah sehingga 5.5 ke 6.5 miligram.

Penyelidikan lain di AS yang dilakukan ke atas 43,757 belia muda membuktikan bahawa mereka yang melakukan diet serat tinggi ternyata mempunyai risiko serangan jantung yang lebih rendah jika dibandingkan dengan mereka yang mengambil makanan serat rendah.

Penyelidikan yang dilakukan oleh National Heart, Lung and Blood Institute di Bethesdaa, Maryland, AS pula membuktikan bahawa setiap penurunan satu peratus kolesterol dalam darah akan mengurangi risiko serangan jantung sebesar dua peratus.

Seperti yang diketahui, salah satu penyebab penyakit jantung adalah kadar kolesterol dalam darah akibat pengambilan lemak yang terlalu banyak.

Selain harus mengurangkan makanan berlemak, menambah pengambilan makanan yang banyak mengandungi serat setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Dalam dunia perubatan, oatmeal khususnya Quaker Oat, telah mendapat perakuan sejak lebih 30 tahun dengan 37 penelitian klinikalnya dapat membuktikan bahawa ia mampu menurunkan kadar kolesterol dalam darah, sehingga baik untuk jantung.

*Sumber serat makanan

Pertanyaan yang mungkin masih ingin diketahui adalah, apa sebenarnya serat makanan itu? Kebelakangan ini, kita sering mendengar orang mengucapkan perkataan serat yang dikaitkan dengan manfaat untuk kesihatan.

Yang dimaksudkan serat makanan adalah zat pada makanan yang tidak mengandungi khasiat tetapi besar manfaatnya bagi kesihatan.

Serat makanan yang lazimnya disebut dietary fibre, ataupun beta glucan perlu diambil setiap hari, secara teratur dan seimbang. Sementara itu, sisa makanan yang sulit dikunyah dan sering terselit di antara gigi disebut crude fibre atau serat kasar.

Serat makanan tidak dapat diserap oleh dinding usus kecil dan tidak dapat masuk ke dalam pengedaran darah. Di dalam usus besar, serat makanan mempunyai pengaruh yang sangat positif terhadap proses-proses di dalam saluran pencernaan dan penghadaman zat-zat pemakanan.

Serat terdiri dari dua jenis, iaitu serat yang larut dalam air dan serat yang tidak larut. Serat larut adalah serat yang membuatkan perut kenyang lebih lama, dan berkesan menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Sebaliknya, serat tidak larut adalah serat yang bermanfaat untuk mencegah sembelit dan menghindarkan risiko kanser perut.

*Berlatih mengambil oat bila-bila masa

Oat sebagai bahan makanan memiliki banyak kelebihannya. Karbohidrat kompleksnya diketahui mampu memberikan tenaga dan kecergasan tubuh badan lebih lama dibandingkan dengan bahan tanaman sejenisnya yang lain.

Dengan kandungan serat larut yang tinggi, oatmeal memberikan rasa kenyang lebih lama apabila dimakan. Ciri-ciri makanan sebegini sangat sesuai bagi mereka yang ingin berpuasa, lebih-lebih lagi kerana cara penyediaannya yang amat mudah, tanpa memerlukan waktu yang lama.

Oat sangat sesuai diambil untuk sahur kerana kita boleh menambahkan gula merah, madu, atau susu rendah lemak dan memasaknya atau menambahkan air panas sekitar satu minit. Masa yang diperlukan tidak sampai lima minit untuk siap.

Bila suka, kita juga boleh menambah sayur-sayuran dan buah-buahan sesuai dengan selera, sehingga menjadi santapan yang berkhasiat lengkap.

Sekiranya anda mempunyai lebih masa, oat juga boleh dibuat variasi makanan aneka kuih, roti dan lain-lain, menurut kreativiti masing-masing. Variasi makanan ini tentu sahaja dapat menjadi makanan pembuka selera yang enak lagi berkhasiat.

Bagi orang yang tidak cukup waktu dan tidak suka mempersiapkan bermacam-macam makanan untuk sahur dan berbuka puasa, oatmeal dapat menjadi alternatif yang menarik bagi kesemua anggota keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 06:12 AM | Show all posts
Lagi segmen kesihatan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minum air mencukupi waktu berbuka, sahur
Oleh: MASTARI MOHAMAD

Apa itu berpuasa di bulan Ramadan?
PUASA pada bulan Ramadan merupakan rukun ketiga daripada lima Rukun Islam. Ibadat berpuasa bererti menahan diri daripada makan, minum dan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa termasuklah melakukan hubungan kelamin, dari saat terbit fajar hinggalah terbenamnya matahari.

Ramadan jatuh dalam bulan kesembilan kalendar Islam dan lebih pendek kira-kira sembilan hari berbanding kalendar Gregorian yang digunakan sebagai panduan di seluruh dunia.

Kenapa perlu berpuasa?

Sebagaimana yang dihuraikan di dalam al-Quran, berpuasa di bulan Ramadan adalah untuk memperoleh ketakwaan. Yakni, mengerjakan ibadat berpuasa sebagai cara mendekatkan diri hamba kepada Yang Maha Pencipta selain menyucikan diri daripada perkara-perkara mungkar.

Apakah kesan puasa Ramadan terhadap tingkah laku dan tubuh badan manusia?

*Tingkah laku

Puasa boleh mendatangkan kebaikan kepada kesihatan dan perkembangan sahsiah seseorang.

Ia memberikan peluang kepada pelakunya untuk meningkatkan kualiti ketahanan diri yang lasak dan mengekang diri daripada sifat amarah, mengawal sekecil-kecil niat atau nafsu jahat, melakukan kebaikan, mengamalkan disiplin diri yang positif selain menjadi satu masa yang tepat bagi individu menyediakan diri sebagai muslim yang baik, semasa mahu pun selepas bulan Ramadan.

Puasa juga terbukti berkesan merawat gangguan psikologi dan emosi. Model puasa Ramadan turut digunakan oleh pelbagai jabatan dan organisasi kesihatan di United Kingdom, dalam usaha mengurangkan tabiat merokok di kalangan orang ramai, terutamanya warga Afrika dan Asia.

*Tubuh badan

Puasa mempunyai faedahnya yang tersendiri dari sudut kesihatan dan kebersihan.

Selama ini, perut telah bekerja keras 24 jam sehari tanpa henti dan puasa memberikan kesempatan kepada organ itu untuk berehat.

Islam mahukan umatnya berada dalam keadaan yang sihat sejahtera, bersih, berwaspada, tangkas dan bertenaga selalu sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w: 揃erpuasalah agar kamu sihat.拻

Dalam tempoh berpuasa, proses semulajadi menyingkirkan toksin secara berterusan manakala pengaliran masuk toksin-toksin baru berkurangan sekali gus menghasilkan pengurangan toksin badan secara keseluruhan.

Tenaga yang biasanya digunakan untuk pencernaan dilencongkan ke fungsi imun, pertumbuhan sel dan proses penghapusan.

Beban kerja sistem imun dikurangkan dengan ketara dan trek pencernaan mengelakkan sebarang inflamasi (radang) disebabkan oleh tindak balas alahan makanan.

*Kemurahan hati di bulan Ramadan

Orang yang berpuasa dengan sendirinya akan berasa simpati terhadap insan-insan lain yang berada di dalam kelaparan atau kebuluran.

Ramadan membangkitkan perasaan belas ihsan dan perpaduan dengan orang lain khususnya fakir miskin.

Muslim disarankan agar lebih terbuka dalam memberi atau menghulurkan bantuan sepanjang Ramadan dan wajib mengeluarkan sejumlah zakat fitrah sebelum 1 Syawal, guna untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

*Bukan bererti berlapar atau makan berlebihan

Ramadan bukanlah bulan kelaparan atau kebuluran memandangkan pemakanan dan hidrasi dijamin pada sebelah malamnya. Namun, kadang kala, terlalu banyak penekanan diberikan kepada persediaan makanan untuk berbuka puasa.

Pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang agak banyak diambil pada waktu malam sepanjang bulan ini. Akibatnya, sesetengah daripada kita mengalami pertambahan berat badan menjelang akhir bulan Ramadan berbanding awal-awalnya dahulu.

Bagi memastikan kesihatan yang baik, anda perlu menghindari sifat gelojoh. Puasa Ramadan mempunyai peraturan-peraturannya sendiri, bukan sekadar tidak mengambil hidangan yang boleh menjejaskan kesihatan dan stamina.

Untuk mencapai manfaat puasa, adalah disarankan untuk makan makanan yang sihat dan minum air yang mencukupi semasa bersahur dan berbuka.

*Sahur

Merupakan hidangan ringan yang diambil sejurus sebelum fajar menyingsing, yang disarankan pengambilannya sebelum memulakan puasa. Hukumnya adalah sunat.

Rasulullah s.a.w bersabda: 揗akanlah sahur. Ia sunat yang diberatkan拻

Sahur amat digalakkan kepada Muslimin dan Muslimat yang akan mengerjakan puasa demi memastikan keperluan tenaganya dipenuhi sepanjang siang, khususnya bagi menunjukkan ketaatan ke hadrat Ilahi.

*Berbuka puasa (Iftar)

Iftar dalam bahasa Arab, bererti berbuka puasa sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (tenggelamnya matahari) dan tidak boleh dilengah-lengahkan.

Menurut Anas (r.a): 'Nabi Muhammad s.a.w lazimnya berbuka puasa dengan buah tamar segar dan masak sebelum baginda menunaikan solat Maghrib. Jika tiada, baginda akan berbuka dengan kurma biasa ataupun minum air sahaja拻 (Riwayat Abu Dawud Tirmidzi).

Prosedur berbuka puasa adalah seperti berikut: Berbuka dengan hidangan ringan sebaik-baiknya kurma, menunaikan solat Maghrib, kemudian barulah makan hidangan utama seperti biasa.

Diet atau pemakanan sempena Ramadan seharusnya tidak terlalu berbeza dengan diet pada hari-hari biasa dan seboleh-bolehnya, biarlah ia ringkas sahaja.

Masalah kesihatan boleh terjadi disebabkan oleh pengambilan makanan secara berlebihan dan bertentangan dengan keperluan asas serta semangat Ramadan.

Adalah sangat mustahak anda mengekalkan kelembapan tubuh yang baik dengan pelbagai jenis cecair seperti air, susu soya, jus dan minuman isotonik dari masa selepas berbuka sehingga sahur.

Minuman isotonik sememangnya mempunyai peranan penghidratan terutamanya bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif. Minuman isotonik yang mengandungi karbohidrat membantu menambah tenaga yang telah hilang.

Sementara itu, natrium bukan sahaja meningkatkan keenakan rasanya tetapi juga mendorong sensasi dahaga serta memperbetulkan kehilangan garam melalui perpeluhan berpanjangan.

Kalium, klorida dan magnesium pula menggantikan elektrolit yang hilang di dalam peluh di samping menolong membendung cecair yang digunakan serta menggalakkan penghidratan semula.

*Semangat Ramadan

Ramadan merupakan bulan menyemarakkan ketaatan. Ia merupakan satu peluang yang besar untuk mendekatkan diri dengan ajaran al-Quran yang diturunkan pada 17 Ramadan.

Muslim digalakkan memperbanyakkan membaca al-Quran dan beramai-ramai mengerjakan sembahyang sunat Tarawih yang unik pada bulan Ramadan.

Terdapat satu malam di bulan Ramadan yang sangat istimewa yang dinamakan sebagai Lailatul Qadar, yang lebih baik berbanding 1,000 bulan di mana pada malam ini, Malaikat turun ke bumi.

Nabi Muhammad s.a.w menyeru umatnya agar menggandakan amal ibadat mereka khususnya pada malam-malam ganjil dalam 10 hari terakhir bulan Ramadan bagi mendapatkan malam ini.

Kerana pada malam Lailatulqadar ini merupakan masa yang terbaik bagi Muslim memohon keampunan di atas segala dosa yang telah dilakukan.

*Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan di mana umat Islam menjalani ibadat berpuasa dengan jayanya. Ia juga menjadi simbol kemenangan umat Islam mengatasi segala kejahatan.

Sembahyang sunat Hari Raya Puasa sebanyak dua rakaat pula akan diadakan pada sebelah pagi 1 Syawal. Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang cantik, bersih dan juga mengenakan wangi-wangian.

- Mastari Mohamad merupakan pakar dietetik yang berpengalaman 10 tahun di dalam bidang pemakanan dan dietetik.Maklumat di atas semata-mata bertujuan mendidik orang ramai dan tidak ada kena mengena dengan sebarang produk.

Segala pertanyaan yang berkaitan dengan isi kandungan dan penggunaannya perlu diajukan kepada pakar diet berkelayakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2006 06:12 AM | Show all posts
laa hai....

kesiannya kat dua beradik tuu......


teringat aku kat anak menakan aku........pak depa pun suka dok pii mancin....

nak kena suruh dia baca berita tuu.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 06:14 AM | Show all posts
Sorry la geng kalu istilahnye terlalu teknikal...stended la depa hat pandai2 ni nak tunjuk pandai guna la hat susah2 kita nak paham
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perut: Lapar atau penyakit?
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

HASIL kaji selidik menarik oleh MySon (Malaysian Shape of the Nation) baru-baru ini mendedahkan, 54 peratus orang dewasa di negara ini mengalami masalah berat badan berlebihan.

Sebabnya, mereka sudah tidak kisah lagi soal norma-norma penjagaan makanan yang betul. Memburukkan keadaan, rakyat Malaysia buat entah kali yang ke berapa diingatkan lagi dan lagi tentang sikap mereka yang malas bersenam.

Jumlah individu obes meningkat sekali ganda berbanding sedekad yang lalu, menjadikan kita negara yang mempunyai bilangan orang gemuk paling ramai di rantau Asia. Daripada jumlah tersebut, wanita mewakili 60.2 peratus manakala lelaki, 47.1 peratus.

Berbicara soal makan, perut dan usus yang tidak menghadam makanan dengan sempurna sudah lama diketahui menjadi punca banyak penyakit dan punca pembiakan bakteria.

Sabda Rasulullah s.a.w: 揚erut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 06:28 AM | Show all posts
Kereta api rempuh tanah runtuh
Oleh Sharilfuddin Saari

TENOM 12 Okt.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 08:52 AM | Show all posts
Plat TAN dibida RM200,000 atasi JJ

MELAKA: Nombor pendaftaran kenderaan yang bermula dengan TAN mencatat rekod tawaran tender RM200,000, pembidaan paling tinggi pernah dicatatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ia mengatasi rekod tertinggi sebelum ini untuk nombor pendaftaran JJJ 1 yang menerima tawaran RM166,000.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Emran Kadir, berkata walaupun nombor pendaftaran TAN dikeluarkan di Terengganu, pembidaan tertinggi dibuat seorang pemilik kenderaan dari luar negeri itu.

"Saya dimaklumkan oleh pegawai mengenai pembidaan paling tinggi ini. Bagaimanapun saya tidak boleh mendedahkan nombor pendaftarannya. Pembidaan kedua tertinggi bagi nombor pendaftaran sama ialah RM50,000," katanya di sini semalam.

Beliau sebelum itu melancarkan Kempen Pemakaian Jaket Pantul Cahaya Bagi Penunggang dan Pembonceng Motosikal di hadapan Dataran Majlis Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Difahamkan nama pembida yang berjaya itu bermula dengan Tan dan nombor pendaftaran yang diberikan adalah nombor tunggal.

Emran berkata, sepanjang tahun lalu jabatan itu mengutip sebanyak RM104 juta melalui penjualan nombor pendaftaran kenderaan, berbanding RM80 juta pada 2004.

Sementara itu, beliau meminta kerjasama orang ramai membantu merakamkan gambar pesalah jalan raya termasuk mereka yang menggunakan laluan kecemasan dan memotong secara berbahaya menggunakan kamera telefon bimbit.

"Sebelum ini hanya pegawai JPJ merakamkan pesalah lalu lintas menggunakan kamera. Mulai tahun ini saya minta orang ramai bekerjasama dan kita berjanji akan bertindak terhadap setiap laporan yang diterima," katanya.

Bagaimanapun beliau mengingatkan hanya gambar kenderaan dan nombor pendaftaran dibenarkan untuk dirakam dan bukannya pemandu kerana tindakan itu boleh menyebabkan pemandu terbabit hilang tumpuan serta boleh membahayakan keadaan.

Pada majlis itu, Emran mengedarkan 500 jaket pantul cahaya kepada penunggang motosikal.

--------------------------------------------------------------

***- jj kalah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.073059 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list