|
Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015
[Copy link]
|
|
Nicki_Meow posted on 8-4-2014 09:06 AM
Bukan tak boleh. Saja taknak pergi report. Tipikal mentaliti... pergi report polis pun belum tentu ...
tak salah aku,seksual harrassment ni bukan dr segi fizikal aje..
gangguan mental pon kira gak.. kalo lelaki ganggu pompuan ler..
gangguan melalui telefon, kene stalk..
dan setahu aku, kes mcm amy ni, polis cuma boleh bagi stalker/penganggu tu amaran je kot.
setahu aku lah.. kalo salah.. ampun yaa!
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 8-4-2014 11:27 AM
tak salah aku,seksual harrassment ni bukan dr segi fizikal aje..
gangguan mental pon kira gak.. k ...
Thought so...
Rasanya, polis tak boleh bertindak selagi tak mendatangkan kecederaan fizikal. Setakat warning-warning ayam aje gitu, unless ada perintah mahkamah.
Sebab tu kot, banyak rakyat marhaen malas nak report polis....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kepergian Hanif menyebabkan mereka diam, tapi cuma sementara.
“Kaulah ni, punya pasal.” Tuduh Amy. “Ni…entah mana Hanif pergi…”
“Aku pulak? Kau yang mula dulu…kan?” Zack pantas membidas tuduhan Amy.
“Mana ada?!”
“Ah…apa-apa ajelah.” Balas Zack. Aiskrim Sundae disuap ke mulut, masih lagi dengan tanpa rasa bersalah.
“Hisshhh! Teruklah kau ni. Sekarang ni, siapa nak berlakon jadi boyfriend aku?” Marah Amy.
“Aneplah.”
“Hanif dah blah…”
“Anep nak blah pergi mana je? Dah tentulah dia datang sini dengan aku. Takkan dia nak berlari balik rumah pulak?”
“Kalau dia tak nak, macam mana? Siapa nak jadi boyfriend aku? Kau?”
“Huh! Tak nak aku! Mati hidup balik pun, tak ingin aku jadi boyfriend kau.”
Amy terus diam. Wajahnya berubah. Pandang Zack pun tidak. Kata-kata Zack tidak dibalas kali ini walau sepatah ayat.
“Kak…” Panggil Zack. Sedikit rasa bersalah terbit dalam hati apabila Amy mendiamkan diri. Mungkin gurauannya terlalu kasar kali ini. Nak buat macam mana? Sudah terbiasa begitu…
“Ala…kak. Merajuk ke, apa kau ni?” Zack bersuara lagi. Amy tetap diam. Zack tarik nafas. Merajuk betul-betul rupanya…
“Yelah…yelah. Aku gantilah balik, aiskrim kau tu…” Zack mahu bangun dari kerusi apabila Hanif muncul kembali.
“Nah…ini awak punya…” Secawan Sundae Coklat dihulur pada Amy. Amy terkebil-kebil. Cawan Sundae disambut perlahan-lahan.
“Dah ada sorang satu...kan? Lepas ni, kalau korang bergaduh jugak, aku tak tahulah nak kata apa…” Hanif menyambung kata sebelum kembali duduk di sebelah Zack.
Amy pandang Zack. Zack pandang Hanif. Hanif buat muka selamba. Zack pandang Amy. Tiba-tiba saja, tawa Amy pecah. Mulutnya ditutup dengan tangan. Zack turut ketawa.
“Kejap gaduh, kejap gelak. Aku tak tahu siapa yang gila malam ni…” Ujar Hanif. Tawa Amy berderai lagi.
“Yang gila tu, Zack. Saya tak…” Jawab Amy, dengan sisa-sisa tawa. Zack geleng kepala sambil memutarkan biji mata manakala Hanif senyum melihat telatah Amy. Last edited by Nicki_Meow on 9-4-2014 11:10 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
hi...newbie kt sini, suke bce crita ni.. truskn mnulis smpi hbis ye..heheh |
|
|
|
|
|
|
|
“Sekarang, dah boleh cerita…apa masalah sebenarnya?” Hanif menyoal. Teka-teki nan satu ini masih belum terjawab sejak tadi.
“Macam ni….” Zack memberi mukadimah lalu memandang Amy. “Ha…Kak. Ceritalah...apa masalah kau…”
“Isk…” Amy segan-segan. “Kaulah cakap.”
“Kaulah cakap. Masalah kau kan…bukan masalah aku…” Suruh Zack.
“Itu hari, kau kata nak tolong beritahu Hanif...” Amy menggetap bibir.
“Ala…kau cakap sendiri ajelah, senang.”
“Seganlah…” Amy menolak. Hanif angkat kening. Kepala tergeleng. Bengang. Amy dan Zack terus-terusan berbalas kata, seolah-olah menidakkan kewujudannya di antara mereka.
Padahal, Zack dan Amy yang mengajak dia keluar, mahu meminta bantuan kononnya.
Masalah betullah budak-budak ni….
“Zack!” Hanif menyergah. Zack terdiam. “Kau cerita sekarang, apa masalahnya…” Hanif berkata lagi, lebih kepada arahan. Suaranya agak tegas. Persis seorang abang sedang memarahi adik.
“Macam ni…” Mukadimah sama, Zack beri. “Amy nak mintak tolong kau, jadi boyfriend dia…”
“Berlakon…” Amy pantas menambah kata, masih dalam nada segan.
“Berlakon jadi boyfriend dia…” Zack membetulkan ayat. Hanif diam, kening terangkat. Jelas mahukan lebih penjelasan.
“Mamat yang kau nampak tadi tu, Farid namanya. Kalau kau ingat, mamat tulah yang kita jumpa kat Keramat dengan Amy dulu…”
“Oh…okay.” Hanif mengangguk. Wajah Amy dipandang sekilas. Peristiwa Amy dimaki tenggelam timbul dalam fikiran. Ingat-ingat lupa.
“Jadi, kenapa saya kena jadi boyfriend awak pulak?” Soalan diajukan kepada Amy. Nada masih tegas.
“Sebab..err…saya…hhhmmmm….” Amy tergagap-gagap, segan tak dapat dihilangkan dari hati. Mahu tak segan? Tiba-tiba nak suruh anak teruna orang berlakon jadi teman lelaki? Secara percuma pula tu. Dah le muka macam Remy Ishak… Last edited by Nicki_Meow on 8-4-2014 04:45 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Farid nak sambung balik dengan Amy. Tapi Amy taknak. Farid pulak tak faham Bahasa. Sebab tu nak mintak tolong kau, jadi boyfriend Amy. Harap-harap, kalau Farid nampak Amy pun dah ada boyfriend lain, dia give-up lah.” Zack bersuara bagi pihak Amy. Kasihan pula melihat Amy tergagap segan begitu.
Hanif mendiamkan diri. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak rasa.
Amy pandang Zack, sambil membuat isyarat tanda-tanya. Zack angkat bahu, tanda dia pun tak tahu apa yang berlegar dalam minda Hanif.
“Okay.” Pendek Hanif memberi jawapan, akhirnya.
“Betul?” Amy menyoal. Hanif angguk. Amy senyum sambil mengemam bibir. Zack tersengih.
“So, apa plannya?” Soal Hanif pula.
“Plan apa?” Amy terpinga-pinga.
“Awak suruh saya jadi boyfriend awak, gitu-gitu aje ke? Tak ada plan? Macam mana awak nak beritahu Farid, yang awak dah ada boyfriend baru?”
“Err….” Amy gigit bibir. Betul kata Hanif. Macam mana nak beritahu Farid yang dia sudah punyai ‘teman lelaki’ baru?
Takkan nak mengumumkan melalui telefon pula? Itu kerja gila. Mahu bercakap dengan Farid pun dia tak mahu.
“Tak ada…plan…” Amy menjawab dengan muka kelat. Tak terfikir sampai ke situ. Pada saat ini, dia cuma mahu seseorang untuk berpura-pura menjadi teman lelakinya. Sekarang sudah dapat. Apa langkah seterusnya?
“Kita…fikir…sekejap lagilah awak, boleh?” Ayat keluar sebutir-sebutir dari mulut. Amy senyum sebelum melarikan mata dari memandang Hanif. Malu..huhuhu!
Hanif membalas senyuman. Sikap Amy yang adakalanya seperti malu-malu kucing itu kelihatan comel padanya. Wajah Amy direnung dalam diam.
Last edited by Nicki_Meow on 9-4-2014 11:36 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
anep yg ala2 remy sahak tu masih takder gepren?
esh..esh.....??
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 8-4-2014 01:42 PM
“Sekarang, dah boleh cerita…apa masalah sebenarnya?” Hanif menyoal. Teka-teki nan satu ini masih ...
Nicki.... kate g mana? Ble lah hanip ngn amy... zack ngn watak baru ... tetiba ni... satu pon x jadik pilihan zack... sapa sangka dia jumpa jodoh kat spital hahaha sbb kena blasah dengan Farid..... muahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
haha nickname akbt trpgruh dgn mlm.. suwitla amy dgn zack..sy undi amy |
|
|
|
|
|
|
|
ctnorenjoy posted on 10-4-2014 12:57 PM
haha nickname akbt trpgruh dgn mlm.. suwitla amy dgn zack..sy undi amy
Tulah.... Kita enjoy.... (stail nora danish )
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 45
Rumah Amal Sri Cahaya, Hulu Langat
Klik.
Gambar seorang kanak-kanak perempuan sedang tersenyum malu-malu tanpa gigi depan menghiasi kamera. Tudung warna merah jambu yang dipakainya senget namun kecomelan kanak-kanak itu tetap ketara. Zack memandang skrin kamera.
“Adik…sini…” Panggil Zack. Kanak-kanak itu menggigit bibir, kelihatan malu-malu dan takut.
“Sinilah. Uncle tunjuk gambar…” Pancing Zack. Senyuman terukir pada bibir melihat aksi si kanak-kanak. Antara malu dan ingin tahu, akhirnya si kanak-kanak melangkah perlahan, setapak demi setapak menghampiri Zack. Bibirnya dikemam.
Zack melutut ke bawah, memastikan dia sama renek dengan si kanak-kanak.
“Tengok ni…” Skrin kamera ditunjuk. Si kanak-kanak memandang Zack dan kemudian, melihat skrin kamera.
“Siapa ni?” Soal Zack.
“Sa - ya…” Si kanak-kanak menjawab, separa berbisik.
“Saya tu siapa?”
“Sa-ya…” Jawapan yang sama si kanak-kanak berikan. Zack ketawa.
“Nama...siapa?”
“Nurul Mai – Sa - grhah…” Jawab si kanak-kanak, masih lagi separa berbisik. Huruf ‘R’ nya tebal. Seperti huruf ‘ghain’ dalam jawi.
“Oh...Nurul Maisarah. Sedapnya nama…” Puji Zack. “Nak panggil apa ni?”
“Sa - grhah…” Jawab Sarah lagi.
“Umur Sarah berapa tahun?”
“E - nam…” Malu-malu Sarah semakin hilang. Muka Zack dipandang lalu senyum comel.
“Sarah suka tengok gambar?”
“Suka.” Sarah angguk. “Kame-gha ni, uncle punya?”
“Iya. Nak cuba ambil gambar?” Soal Zack pula.
“Nak.” Sarah terangguk-angguk lagi. Zack senyum. Tali kamera disangkutkan pada leher Sarah.
“Sekarang ni, Sarah nak ambil gambar apa?”
“Gambar….” Mata Sarah melilau mencari sesuatu. “Bu-nga.” Tangannya menunjuk ke arah pasu bunga kertas yang terletak berhampiran.
“Okay. Sarah pegang kamera ni…” Zack membantu Sarah memegang kamera. “Lepas tu, kita tunjuk kamera dekat bunga…” Kamera yang dipegang empat tangan dihala ke bunga.
“Nampak tak bunga dalam ni?” Soal Zack sambil menunjukkan skrin kamera. Sarah angguk. Skrin kamera jelas menunjukkan bunga kertas.
“Sekarang, Sarah tekan butang ni…” Suruh Zack lagi. Sarah akur. Butang yang ditunjuk Zack ditekan.
Klik.
“Dah ada gambar bunga…” Ujar Zack. Sarah senyum. Gambar bunga di kamera dan muka Zack dipandang bergilir-gilir.
“Cantik?”
“Can – tik.” Balas Sarah. Zack senyum lagi. "Nak ambil gambar lagi?"
"Nak." Sarah teruja. Beberapa lagi gambar diambil disekeliling mereka.
“Nanti kita ambil gambar lagi ya? Uncle nak buat kerja kejap.” Zack akhirnya bersuara. Seronok melayan kerenah Sarah namun dia masih punya kerja untuk dibereskan. Sarah angguk. Zack mengalihkan tali kamera dari leher Sarah.
“Te-ghi-ma kasih, uncle.” Sarah terus terkedek-kedek berlari meninggalkan Zack.
Satu tarikan nafas dilepaskan. Zack senyum sendiri.
Pertubuhan Rumah Amal Seri Cahaya. Terletak di Hulu Langat, rumah ini menempatkan anak-anak perempuan yatim, miskin dan terbiar. Telah ditubuhkan pada tahun 2006, rumah ini menempatkan seramai 40 penghuni terdiri dari kanak-kanak berumur empat tahun hingga ke remaja berumur 17 tahun.
Rumah Amal Sri Cahaya telah dipilih oleh YUSHAR Group pada kali ini sebagai penerima sumbangan di bawah Kelab Kebajikan Mayang Sari atau MSC Club. Last edited by Nicki_Meow on 17-4-2014 10:08 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuh! Habis jugak baca citer nih...novel ke cerpen ni? bagus2... Ipo suker!..agak2 Zack tu nikah ngan saper ek?
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan ending die si zack mengusap nickymeow yg putih gebu sambil bersantai di depan tv |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul boleh undi sapa heroin zack...iols undi amy
rilex je jln cerita ni....suka! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|