CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
 Author| Post time 30-8-2012 03:28 PM | Show all posts
sarizu posted on 30-8-2012 02:18 PM
Fuhhh...maraton!

Oit Cik Sari...

Lama tak nampak? Rumah Liana bila nak hapdet?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2012 03:29 PM | Show all posts
erk.. pastu rela dengan senang hati la pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2012 03:32 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 30-8-2012 03:29 PM
erk.. pastu rela dengan senang hati la pulak

"Haah..." Fifi berkata sambil mengesat air mata, teresak-esak.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2012 03:37 PM | Show all posts
“Sofea…” Fandi memanggil setelah agak lama berdiam diri.

Fifi menoleh tetapi Fandi tidak pula meneruskan kata-katanya. Dia hanya  merenung Fifi dengan renungan yang tidak dapat Fifi tafsirkan. Marah? Benci? Menyampah? Atau mungkin Fandi sudah merasa jijik kepadanya. Ah, biarlah. Memang patut Fandi merasa begitu. Dia bukan perempuan yang baik. Malah, Fandi sebenarnya tidak patut memperisterikannya walau apa pun alasan Fandi. Dia tidak layak untuk lelaki sebaik Fandi. Sebaiknya Fandi menceraikan dia saja.

“Boleh tak awak lupakan Shah?” Fifi terkebil-kebil mendengar kata-kata Fandi.

“Lupakan Shah. Lelaki macam tu tak layak untuk awak” Fandi berkata, nada suaranya lebih kepada satu arahan, bukan pernyataan. Fifi menarik nafas, terdiam lagi. Namun sedikit sebanyak, hatinya tersentuh mendengar kata-kata Fandi.

“Kenapa awak buat macam ni?”

“Buat apa?”

“Kenapa awak baik pada saya?”

“Sebab awak isteri saya” Sekali lagi Fifi terdiam.

“Tapi saya….” Kata-kata Fifi terhenti sebentar.

“Awak patut cari orang yang lebih baik dari saya. Saya bukan perempuan baik, awak. Saya dah terlanjur. Saya dah tak suci lagi. Saya mengandung anak luar nikah. Anak ni pun…” Mulut Fifi Fandi tutup dengan tangan, tidak mahu Fifi berkata lebih lanjut. Fifi terpana. Mereka saling memandang sebelum perlahan-lahan, tangan Fandi di tarik dari mulutnya.

“Kenapa awak kahwin dengan saya?” Fandi pula terdiam. Sememangnya dia tidak boleh menjawab soalan itu. Perkara itu sudah termaktub dalam kontrak, Fifi tidak boleh tahu tentang perkara ini.

“Awak rasa kenapa?” Fandi menjawab dengan soalan. Cuba melengahkan jawapan.

Fifi kehilangan kata-kata. Siapa Fandi sebelum ini, Fifi tidak pernah tahu. Mama cuma mengatakan Fandi kawan kepada papa. Fandi muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Entah mengapa Fandi sanggup pula berkahwin dengan perempuan seperti dia.  Setiap kali di tanya, Fandi hanya mengatakan sudah jodoh mereka begitu. Namun, Fifi yakin, sudah pasti bukan sebab cinta. Jadi, sebab apa? Tak mungkin Fandi berkahwin dengannya secara suka-suka?

Sebab kecewa ditinggalkan Alya, mungkin?

“Sebab awak kecewa dengan Alya?” Fifi bertanya perlahan.

“Awak rasa saya kahwin dengan awak sebab Alya?” Fifi mengangukkan kepala beberapa kali.

“Awak boleh terima sebab tu?” Fandi menduga. Fifi mengangkat bahu. Fandi menarik nafas panjang. Separuh hatinya menyuruh memberitahu perkara sebenar manakala separuh lagi berkata jangan. Fandi serba salah. Dia tidak mahu Fifi tersalah sangka sekiranya mengetahui perkara yang sebenar tetapi Fandi juga tidak mahu berterusan menyembunyikannya dari Fifi.

Ah! Serabut otaknya tiba-tiba. Fandi mengosok-gosok tengkuknya.

“Awak masih lagi cintakan Shah?” Fandi pula mengemukakan soalan. Fifi terdiam lalu menelan air liur. Dia tidak cintakan Shah, namun dia juga belum mampu melupakan bapa kepada anaknya. Bagaimana harus dia memberitahu rasa itu kepada Fandi? Akhirnya soalan itu terbiar tanpa jawapan.

“Selagi awak isteri saya, selagi itu saya akan jaga awak sebaik mungkin. Jadi, lupakan Shah. Lupakan masa silam awak. Lupakan yang awak pernah terlanjur. Saya nak awak fikirkan masa depan awak…”

“Dengan saya…” Secara tidak langsung, Fandi telah meluahkan perasaannya kepada Fifi. Tetapi, apakah Fifi mengerti maksud kata-katanya? Perasaannya?

Fifi terdiam. Dia memandang Fandi lama. Cuba mencari maksud sebenar kata-kata itu.

“Tapi…awak…saya…” Ayat yang keluar dari mulut Fifi tersekat-sekat.

“Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Saya bukan perempuan yang...”

“Saya tak mahu dengar lagi awak cakap macam tu. Not now, not ever...” Fandi memintas kata-kata Fifi, pantas.

“Saya cintakan awak, Sofea”

Fandi berkata sekuat hati tetapi, ayat itu cuma bergema dalam hatinya. Hingga kini, Fandi tidak mampu meluahkan kata-kata keramat di hadapan Fifi selagi dia belum mendapat kepastian di mana sebenarnya hati Fifi berada.

Pada dia, atau masih lagi pada Shah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 03:45 PM | Show all posts
kasihan fandi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 04:55 PM | Show all posts
cakap je fandi.. lame2 simpan... parah nnti,,,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2012 05:12 PM | Show all posts
betul fandi...luahkan semuanya....baru sofea tahu dan terima awak...wawawawaa...sedihnya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2012 06:25 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 30-8-2012 03:28 PM
Oit Cik Sari...

Lama tak nampak? Rumah Liana bila nak hapdet?

Tungu2 la dlu...
Raya x hbs2 lg ni...
Kita g ry, org dtg brya kt umah blum surut lg ni...

X pe, x pe...i bhgia jah dok brya rumah abe fendi, abe maulana
X lari jauh rumah Liana tuh, kalu nmpk nk tsesat i tarik dia ke pangkal jalan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2012 09:13 AM | Show all posts
takde n3 Nicki?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 10:18 AM | Show all posts
NEXT!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 10:26 AM | Show all posts
Si nicki gagah cari soundtrack sila post di disini



NEEEEEEEEEEEXXXXXXXXTTTTTTTTTTTT
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 11:34 AM | Show all posts
ai tension giler dgn fandi ni laa ..

cakap je laaaaaaaaaaaaa .....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2012 12:34 PM | Show all posts
Jangan tensen..tensen... Hehehehe....

Tapi cheq pun tensen gak ni....


Salam readers...sambung sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2012 12:38 PM | Show all posts
Episode 52

Lando hanya merenung gelas berisi minuman ringan yang sudah tinggal separuh. Hatinya resah. Kematian Ajak benar-benar menyebabkan dia menjadi tidak senang duduk. Untuk pertama kali sejak menjadi sebahagian dari anggota kumpulan Shark, Lando terasa sesuatu yang malang akan berlaku pada mereka, pada dirinya. Sebagai manusia biasa, sudah tentu dia tidak meramal bila dan di mana perkara itu akan terjadi. Gerak hatinya mengatakan, adalah lebih baik dia meninggalkan kumpulan ini secepat mungkin sebelum sesuatu yang buruk terjadi.

Lando menggelengkan kepala. Seperti yang lain-lain, dia menyertai kumpulan Shark cuma dengan satu tujuan – WANG. Sememangnya wang mempunyai pengaruh besar dalam hidup manusia. Ramai yang masih bersetuju dengan ungkapan wang bukanlah segala-galanya. Tapi, tiada siapa yang mampu menafikan bahawa segala-galanya memerlukan wang. Apatah lagi di era moden di mana nilai mata wang semakin mengecil. Tanpa wang, semuanya akan menjadi susah. Dan sesiapa yang mengatakan ulat dalam batu pun boleh hidup adalah penipu besar! Mana ada ulat dalam batu.  

“Hah” Satu keluhan kuat di lepaskan. Gelas teh tarik di angkat dan di minum sedikit.

“Kau apa hal?” Jack yang juga dari tadi mendiamkan diri mula bersuara. Memang dia jenis yang tidak banyak cakap tapi kali ini, dia juga tidak dapat menyembunyikan rasa resahnya. Lando mendiamkan diri. Soalan Jack tidak di jawab. Hanya mengeluh beberapa kali.

“Lan!” Jack memanggil dengan nada kuat kali ini.

“Aku ingat, aku nak blah lah dari sini” Lando menjawab ringkas.

“Kenapa?”

“Ajak dah mati. Sekarang ni aku rasa macam ada orang perhatikan kita” Lando berkata sambil matanya memandang sekeliling apabila berkata begitu. Bunyi muzik yang kuat dan berdentam-dentum langsung tidak dapat menghiburkan perasaannya.

“Siapa yang perhatikan kita, polis?” Lando mengangkat bahu.

“Mungkin”

“Jadi kenapa? Kau takut?”

“Kau tak takut?” Lando bertanya kembali. Jack terdiam.

“Kena tangkap polis satu hal. Kalau nyawa kita melayang, macam mana? Aku tak nak mati lagi” Lando berkata lagi.

“Kau rasa, betul ke Ajak dah mati?” Jack bertanya. Dia masih tidak percaya yang Zidan sanggup membunuh Ajak. Soalan dari Jack mengundang rasa sebal kepada Lando.

“Kau ingat, Zidan nak lepaskan dia? Zidan tu gila kau tahu tak? Sama gila dengan Shark tu!” Lando mengosok-gosok rambutnya setelah berkata begitu.

“Tapi, setahu aku, Zidan tak sanggup bunuh orang sendiri” Jack berkata. Keningnya berkerut.

“Boon beritahu aku, memang Zidan bunuh Ajak. Boon pun satu hal gak. Mengampu tak habis-habis. Dia ingat, kalau jadi apa-apa pada kita, setan dua ekor tu nak tolong? Haram!” Lando menambah. Sakit hatinya kepada Zidan mula menular kepada Boon.

“Bodoh!” Lando menghembus nafas keras. Entah pada siapa cacian itu di tujukan, dia pun tak tahu. Sekadar mahu melepaskan geram.

“Aku rasa…” Kata-kata Jack terhenti. Dia mencapai rokok di atas meja lalu di nyalakan sebatang. Lando turut berbuat begitu. Rokok di hisap dalam-dalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2012 12:45 PM | Show all posts
“Aku rasa…” Kata-kata Jack terhenti. Dia mencapai rokok di atas meja lalu di nyalakan sebatang. Lando turut berbuat begitu. Rokok di hisap dalam-dalam.

“Aku rasa, ada yang tak kena dengan Zidan” Jack menghabiskan ayat. Kening Lando berkerut.

“Kenapa kau kata macam tu?”

“Kau perasan tak, masa malam tu, Ajak macam nak cakap sesuatu tapi Zidan potong” Lando terangguk-angguk. Dia juga perasan perkara yang sama tapi tidak pula dia memikirkan perkara itu.

“Aku suspect, Zidan ada plan lain”

“Takkanlah”

“Kalau tak, kenapa dia tak bagi Ajak cakap malam tu?” Lando diam.

“Memang ada yang tak kena ni”

“Tapi, apa yang tak kena dengan Zidan?” Lando menyoal. Jack diam, memikirkan sesuatu.

“Aku rasa, Zidan nak rampas kuasa”

“Rampas kuasa? Oi! Kau ingat ni perang ke apa? Main rampas-rampas kuasa”

“Bodoh! Maksud aku, dia nak rampas tempat Sharklah!” Lando menelan air liur apabila di herdik begitu.

“Rampas tempat Shark? Kenapa?”

“Sebab duitlah bodoh. Duit!” Jack menggosok-gosokkan ibu jari dan jari telunjuknya membuat isyarat ‘duit’. Dia mula panas hati apabila Lando seperti tak faham maksudnya.

“Apalah bengap! Tulah, dulu kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang!” Jack mengherdik lagi. Lando hanya mendiamkan diri, malas melayan provokasi dari Jack.

“Kalau Shark jatuh, mestilah semua tempat Shark dia control”

“Kau jangan tuduh tak tentu pasal. Zidan dengan Shark macam ni doh” Lando merapatkan kedua tapak tangannya dan di genggam lalu di sentakkan.

“Itu aku tahu. Tapi tak bermakna diorang tak boleh tikam belakang. Zidan join Shark tak sampai setahun, Shark dah percaya gila-gila kat dia. Aku yang lagi lama follow Shark, dia langsung tak pandang” Jack meluahkan sedikit rasa tak puas hati

“Entah-entah, dengan Jedi sekali dia nak sapu” Jack membuat tuduhan lagi.

“Jedi?”  

“Iyalah. Takkan kau tak tahu, Zidan dah berapa kali hentam Shark pasal Jedi. Dia kata kita ni bangang sebab buat kerja untuk Jedi. Sedangkan, Jedi tak buat apa-apa. Tau-tau dapat habuan” Jack menyambung kata.

“Kadang-kadang, aku rasa cakap Zidan tu betul. Kita cuma jadi barua Jedi. Semua kerja kita buat, tapi dia yang dapat duit”

“Upah kita besar. Apa lagi yang kau tak puas hati?”

“Bukan tak puas hati, cuma pelik”
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 12:50 PM | Show all posts
pelikk..memang pelikk jack.. hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2012 12:57 PM | Show all posts
“Kau pernah jumpa Jedi?” Jack menggelengkan kepala.

“Kau?” Lando juga menggelengkan kepala. Misteri Jedi masih belum terjawab di kalangan mereka.

“Kenapa Shark berahsia sangat pasal Jedi?” Lando menggelengkan kepala sekali lagi.

“Kau rasa, siapa yang jadi barua polis?” Secara berhati-hati, Lando mengutarakan soalan itu. Perkara ini agak sensitif bagi mereka. Rasa percaya di antara mereka telah berkurangan. Mereka mula saling mengesyaki antara satu sama lain.   

“Kau rasa?” Jack tidak menjawab, bertanya kembali.

“Zidan?” Lando mengerutkan kening. Kemudian, menggelengkan kepala.

“Kalau Zidan nak jatuhkan Shark, kenapa pulak dia nak jadi barua polis?” Lando menlontarkan soalan sekali lagi.

“Nak bagi Shark jatuh cepat. Sekarang, Jedi pun dah tak percaya Shark. Senang Zidan masuk line” Jack memberikan buah fikirannya lagi.

“Kalau dia jadi barua, takkan dia nak jatuhkan Shark. Sah sah memang dengan dia sekali kena tangkap!” Jack menelan air liur. Betul juga cakap Lando. Namun, dia masih merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Zidan. Tapi, apa?

“Macam mana Zidan boleh join Shark?” Lando bertanya.

“Aku pun tak sure sangat. Tak silap aku, Zidan tu asalnya bouncer. Aku rasa, dia kenal Shark kat kelab. Tahu-tahu, dah jadi geng”  Lando terangguk-angguk. Perbualan mereka terhenti lagi.


“Lan” Lando mengangkat kening.

“Betul ke kau nak blah?”

“Mungkin” Lando menjawab. Belum pasti dengan keputusannya.

“Kau tak takut Shark cari?”

“Shark pun dah goyang, doh. Berapa lama kau rasa dia boleh tahan?”

“Kalau kau blah, kau nak buat apa?”

“Balik kampung. Sembunyi. Aku dah taknak campur dunia ni lagi. Kalau mati katak, sia-sia je” Lando menjawab.

“Kau takut mati?” Jack bertanya, mengejek. Lando menelan air liur. Dia terasa seram sejuk. Perkataan mati memang menggerunkan baginya.

“Kau tak takut?” Lando menjawab dengan soalan. Jack diam.

Lando menarik nafas lalu di lepaskan perlahan. Ya, memang dia takut mati. Dan dia paling takut sekiranya mati tanpa sempat bertaubat di atas dosa-dosanya. Walaupun bergelumang dengan dunia gelap, Lando sentiasa mengakui satu hakikat. Hakikat yang tidak mampu di sangkal oleh sesiapa. Hakikat yang sekuat mana pun mereka, sekeras mana pun mereka, seganas mana pun mereka, mereka tak akan mampu melawan kuasa yang lebih besar dari segala-galanya. Mereka tak akan dapat mencabar kuasa yang satu itu. Kuasa TUHAN.

Lando mendongak ke atas, pada siling yang di lengkapi dengan system pencahayaan laser khas untuk suasana di kelab. Dia seolah-olah mencari sesuatu. Apa yang dapat dia cari di situ?



“Ya Allah, berikanlah aku kesempatan untuk mencari jalan pulang”

Dalam diam dia berdoa sendiri.. Nama TUHAN di sebut tatkala hatinya mula gelisah. Entahkan doanya di terima, entahkan tidak. Dia pun tak pasti. Berdoa pula di tempat maksiat seperti ini. Tapi, kala ini, Lando merasakan, itu adalah perkara yang harus dilakukan. Berdoa supaya masih ada harapan untuknya kembali ke jalan lurus.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 01:01 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 3-9-2012 12:57 PM
“Kau pernah jumpa Jedi?” Jack menggelengkan kepala.

“Kau?” Lando juga menggelengkan kepala. M ...

harap sempat bertaubat ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 02:50 PM | Show all posts
sila next!
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 03:47 PM | Show all posts
next..........................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.150679 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list