CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

PERLUKAH AKU?

  [Copy link]
Post time 16-4-2013 05:18 PM | Show all posts
Alamak dah lama eh takde entry terbaru?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2013 10:34 AM | Show all posts
masih tiada kah????? uhuk uhukk hukkk...ku keciwa
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 11:08 AM | Show all posts
Sampai dah lupa jalan cerita ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 09:24 PM | Show all posts
Mana pegi Haji Din ni...lama benor menunggunya.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 10:06 AM | Show all posts
mana pergi haji din and minah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 11:38 AM | Show all posts
alaa posted on 13-5-2013 10:06 AM
mana pergi haji din and minah ni...

InshaAllah haji din & minah akan keversi cetak......betul tak TT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2013 11:48 AM | Show all posts
qimi08 posted on 13-5-2013 11:38 AM
InshaAllah haji din & minah akan keversi cetak......betul tak TT

Seriussss kah.

tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 11:59 AM | Show all posts
freddianza posted on 13-5-2013 11:48 AM
Seriussss kah.

tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Tulah kita doakan cik penulis dikurniakan kesihatan yg sihat untuk memudahkan segala urusan amin..............

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 02:24 PM | Show all posts
qimi08 posted on 13-5-2013 11:38 AM
InshaAllah haji din & minah akan keversi cetak......betul tak TT

Oooo.. no wonder la sonyap sunyi je rumah ni.

Thanks for the info and congrats TT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 02:03 PM | Show all posts
testing...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 02:56 PM | Show all posts
Adilla posted on 9-12-2013 02:03 PM
testing...

tu je ker....sambung arr lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 04:15 PM | Show all posts
nanti akak sbg ek..
up page dulu br senang nak kesan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 04:40 PM | Show all posts
“Tak payah salamlah yeh Minah. Tangan I basah lagi pun takut ada bakterialah. Sini pun ada virus yang tak diundanglah Minah. Kita keluarlah.” Sinis Kak Sham berkata. Virus! Virus apa? Kalau bakteria aku tahulah. Tapi Virus tu bukan untuk computer ke? Bebal kau Minah.
“Aminah Amia isteri saya, lamanya duduk dalam sana?” Haji Din menyapa dengan wajahnya risau sebaik saja aku keluar dari ladies. Sempat aku melambai pada Kak Sham yang bergegas meninggalkan aku kerana baru menyedari yang kami agak berlama didalam ladies.
“Siapa tu Aminah Amia?” tanya Haji Din bila aku masih tidak menjawab pertanyaannya sebaiknya asyik melihat kelibat Kak Sham yang menghilang. Haji Din juga iku memandang kearah Kak Sham.
“Maaf Haji Din, Minah jumpa kawan. Minah minta maaf sekali lagi.” Jujur aku menjawab. Bukan aku tidak menghiraukan pertanyaan Haji Din tadi tetapi aku hendak mendahuluikan Kak Sham yang hendak berlalu.
“Tadi tu kawan Minah. Jumpa dalam ladies. Ramah orang dan tak sombong dengan Minah.” Terang ku lagi. Haji Din memandang ku lama. Mungkin hairan melihat wajah takut ku. Iyerlah dah buat salah.
“Dia bagi Minah kad ni.” Terus aku menyerahkan kad nama tersebut. Haji Din membelek kad nama itu dan tersenyum tiba-tiba.
“Wow! Managing Director!” luah bibir Haji Din. Aku pula memandang Haji Din dengan perasaan pelik. Apa yang ditulis dalam kad itu hingga Haji Din sendiri pun rasa terkejut. Aku hanya tahu nama kak Sham saja.
“Apa tu Haji Din?” tanya ku sambil merapatkan diri kesisi Haji Din untuk sama-sama melihat kad tersebut.
“Kawan Aminah Amia ni bukan sebarang orang sayang.” Jawab Haji Din dan masih tersenyum.
“Maksud Haji Din?” tanya ku tidak sabar. Kalau bukan sebarangan orang tapi siapa. Jin atau orang bunian? Buat aku takut saja Haji Din ni. Tetapi rambutnya perang.
“Kawan Aminah Amia dalam position yang boleh dibanggakan dan syarikat yang agak famous.” Lagi Haji Din cuba menerangkan bila melihat aku yang masih tidak boleh mencernakan kata-kata Haji Din.
“Apa kena dengan biskut famous amos pula Haji Din?” tak faham betul dengan Haji Din ni. Apa kena mengena Kak Sham dengan biskut yang popular tu yang sering aku lihat di komplek Sungai Wang kalau Kak Shira membawa ku berjalan-jalan sesekali.
“Sayang saya Aminah Amia ni.” Haji Din berkata  sambil mengeleng kepalanya berulang kali bersama senyumannya yang melebar.
“Jadi boleh kawan dengan dia tak?” tanya ku lagi. Iyerlah dah kata bukan sebarangan orang pasti Haji Din perlu tahu. Kalau ada apa-apa hal senang nanti.
“Insyallah boleh.” Ikhlas kedengaran bicara Haji Din.
“Tetapi…” tak sanggup aku hendak luahkan apa yang ada didalam fikiran aku tadi bila pertama kali melihat penampilan Kak Sham.
“Tetapi apa Aminah Amia isteri saya?” lembut Haji Din berkata dalam memberi aku ruang untuk belajar mengenali lelaki ini lagi.
“Rambutnya perang.” Akhirnya jujur aku mengucapkan.
“Kenapa dengan rambutnya yang berwarna perang itu wahai Aminah Amia?” Haji Din menarik lengan ku lantas kami duduk di sofa yang ada di ruang legar hotel tersebut.
“Warna perang yang memang diwarnakan.” Ujar ku dengan maksud mendalam.
“Ermmm….Aminah Amia isteri saya. Apabila kita berkawan dengan seseorang, kita perlu menerima dengan seadanya dia. Jika ada apa-apa kelemahan dalam diri dia, perlahan-lahan kita cuba sama-sama memperbaiki dan dalam masa yang sama kita mengingati diri kita juga. Jangan menghukum orang dari luaran diri mereka tetapi yang penting hati dan budi dia bila menerima kita sebagai sahabat.” Terang Haji Din seperti biasa. Tiada bahasa yang kasar dan tone Haji Din tetap di ranking satu.
“Jadi Minah boleh berkawan dan berjumpa dengan Kak Shamlah kalau dia datang KL?” pinta ku atas keizinan suami ku ini.
“Saya tidak mahu menyekat pergaulan isteri saya Aminah Amia tetapi mesti dalam pengetahuan saya tentang apa yang Aminah Amia lakukan. Boleh?” bersama keizinan aku tersenyum suka.
“Insyallah boleh.” Janji ku.
“Jom! Kita dah lewat.” Haji Din menghulurkan tangannya dan aku menyambut dengan kasih sayang. Tetapi baru sahaja hendak melangkah, kami di halang.
“Hai abang Din, sayangnya kat bini abang sampai sanggup tunggu depan toilet.” Badariah si Nyonya Mansur tak sayang mulut sudah muncul bersama kakak Zaida kesayangannya.
“Patutlah Aminah Amia lama sangat di dalam tadi. Kenapa nak sembunyikan dari saya.” Keluh Haji Din perlahan. Aku sempat terdengar kata-kata Haji Din dan ia membuat aku diserang rasa bersalah. Haji Din bagaikan tahu apa yang berlaku didalam tadi.
“Minta minta maaf.” Aku menghantar kata maaf melalui renungan Haji Din yang merenung ku tajam.
“Jangan mulakan Bad.” Tiba-tiba kata amaran dari Haji Din yang keluar. Jari jemari ku masih digenggam kemas dalam genggaman Haji Din. Kak Zaida tersenyum sinis bila Haji Din membetulkan tautan tangan kami.
“Lahhh…betullah Bad cakap. Sampai kesini abang Din ikut. Memang sayang bini. Berubah betul abang sekarang ini. Tak macam dulu-dulu.” Badariah bagaikan tidak memperduli kata-kata Haji Din dan masih mahu menembak.
“Memang abang sayang sangat dengan isteri abang Aminah Amia dan abang takut kehilangannya dan tak mahu kehilangan lagi. Sekurang-kurangnya Aminah Amia isteri abang pun tidak akan kehilangan abang.  Puas hati?” dalam lembut tetapi tegas Haji Din memanah wajah Badariah dan Kak Zaida tepat. Bertepek dengan cili aku rasa. Panas dan berpinar.
“Jom Aminah Amia!” seraya itu tangan ku ditarik dan kami meninggalkan Badariah si Nyonya Mansur dan Kak Zaida yang tergamam dengan kata-kata Haji Din. Syabas Haji Din suami Minah. Caiyok!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 05:06 PM | Show all posts
alhamdulillah...akhirnya ada sambungan jgk...
tq sis
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 12:16 PM | Show all posts
Lar sikitnya...nak lagi boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 12:32 PM | Show all posts
Sha....Cerita Hj Din & Milah ni mmg buat rasa nak menangis..Kan bagus semua suami mcm hj din..huaaaaa....lama betoi Sha tulis cerita ni. Since 2011 sampai dah nak hbs 2013....bukukan aje lah....confirm saya beli.  Suami saya pun tergelak2 bila saya cerita pasal minah dgn hj din...kawan2 dia siap tanya, "Sape Hj Din?" hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2013 01:25 PM | Show all posts
30
Dalam diam aku mengagumi Haji Din melayan aku dan keluarganya. Walaupun sibuk dengan seminarnya pasti malam hari aku diajak menemaninya keluar makan dan pasti keluarganya diajak bersama. Umi dan adik-adik Haji Din bagaikan mengerti yang kami ingin memanafaatkan masa ini bersama dan tidak sesekali mereka menganggu. Cuma ada langau yang tidak mahu mengerti yang masa yang lalu tidak akan kembali dan jangan dipersiakan masa yang ada. Ada saja menempel dimana kami berada. Lebih-lebih lagi Badariah. Tetapi Haji Din bijak memainkan peranan dan Umi juga tolong sama. Hampir seminggu kami bercuti dan bersantai sampai masanya kami balik ke teratak yang hampir seminggu ditinggalkan. Sehingga kami meninggalkan bumi Johor Bahru, Badariah tidak sedar. Bagaikan pelarian pula kami ni. Kejadian di majlis perpisahan itu adalah kali terakhir kami bersua dengan Kak Zaida dan Badariah.
Penat! Hanya itu yang aku boleh luahkan bila kami sampai di Kampung Pandan. Walaupun Haji Din yang memandu tetapi ingin menjadi isteri yang setia, aku sanggup bersengkang mata untuk menemani Haji Din walau ditegah lelaki itu. Berkali-kali aku disuruh tidur tetapi mata bagaikan berkawan dengan aku kali ini.  Sepanjang perjalanan becok mulut aku bercerita dengan Haji Din dan bertanya itu dan ini. Lelaki itu tanpa merunggut sentiasa melayan karenah ku. Kami sempat singgah di Rehat dan Rawat Air Keroh untuk menunai solat dan makan tengahari. Haji Din sempat juga menelefon Umi untuk memberitahu di mana kami waktu itu. Anak yang taat suami ku itu.
“Eshhh….” Tangan ku menolak sesuatu yang melekat di hidung. Malas nak membuka mata bila tersandar disofa. Sejak tadi aku disitu. Haji Din yang mengangkat beg-beg baju kami sehinggalah aku terlena tanpa sedar. Rajinnya kau Minah. Kami sampai lebih kurang jam empat petang kerana Haji Din mengajak aku singgah di pasaraya KK di Desa Pandan dahulu. Entah apa yang Haji Din beli kerana lelaki itu meminta aku menunggu didalam kereta bila melihat keletihan diri ini.
“Eshhhh….” Keluh ku bila merasa galak sangat lalat tu bermain dihidung ku. Rimaslah. Berkali-kali aku melibas-libas tangan ku dengan mata yang terpejam tetapi masih tak faham bahasa sungguh lalat ni.
“Pergilah lalat, kasi chanlah Minah nak tidur kejap. Minah letih tau tak?” rengus ku geram.
“Aminah Amia letih iyer?” suara lalat menyahut.
“Ermmm…letih sesangat.” Renggek ku tanpa sedar.
“Aminah Amia nak tidur iyer?” sekali lagi lalat bertanya. Banyak cakap betullah lalat ni. Tadi kacau hidung aku dan sekarang ajak aku berborak pula. Bila masa aku nak tidur ni. Tapi bila masa lalat boleh bercakap hah?. Layan sajalah Minah.
“Lalat, pergilah sana. Minah nak tidurlah bukan nak borak-borak.” Jawab ku dan sekali gus menghalau lalat itu pergi. Carilah kat dapur benda-benda yang boleh dihurung. Ini tidak, aku juga nak dihurungnya. Ingat aku makanan ke? Tetapi kat dapur tu belum tentu ada makanan yang hendak dihurungnya sebab aku dan Haji Din baru saja sampai. Belum masak lagi. Sentuh pasal Haji Din, baru aku teringat sesuatu. Serta merta aku membuka mata. Satu wajah menyapa pandangan ku bersama tawa yang bagai ditahan. Terlalu hampir dan terasa hembusan nafas Haji Din menyapa kulit ku. Kenapa tadi aku tak rasa iyer?
“Lalatttttt….ehhhhh….salah-salah. Sorry.” Dah berborak dengan lalat sampai aku tersasul memanggil Haji Din si lalat pulak. Dari bersandar aku terus duduk tegak.
“Haji Dinnnn…” aku membetulkan panggilan dengan lagak yang manja. Iyerlah dah tersalah panggil jadi kena berlakon sikit. Sejak bilalah kau pandai berlakon Minah oiii. Tawa yang ditahan tadi meletus dibibir basah Haji Din. Teruk betul. Aku terus menekup muka dengan tangan. Malunya!!! Berlakon manja tak jadi dan terkantoi bercakap dengan lalat pula.
“Ohhh…Aminah Amia saya dah pandai bercakap dengan serangga iyer? Lalat pula tu.” Usik Haji Din dan tanpa sedar tanganku lincah memukul dada Haji Din berulang kali. Nak cover rasa malu yang sebenarnya. Pipi rasa berbahang.
“Okk!..okk!!...Sakit sayang.” Tangan ku terhenti bila Haji Din mengaduh sakit dan menangkap kedua-dua tangan ku. Ganasnya Minah.
“Sakit ke?” lurus aku bertanya.
“Tak! Sedap!” Haji Din memang sengaja nak membuat aku dalam aura malu hingga ke angka sepuluh.
“Haji Dinnn…dahlah tu.” Pinta ku dalam renggekan. Haji Din terus terdiam dan pandangannya bertaut dengan mata ku. Jangan renung Minah cara begitu Haji Din. Hangat Minah rasa dan boleh membunuh.
Aku tatap Haji Din walau hati memberontak kerana tidak tahan dengan panahan dewi asmara Haji Din. Dalam beberapa saat tangan Haji Din berulang kali meraut rambutnya kebelakang. Hahaha…Haji Din dalam situasi serba tak kena tu.
“Aminah Amia mengantuk ke?” suasana bisu itu ditenggelamkan dengan suara pertanyaan dari Haji Din. Ada getaran dalam suara Haji Din.
“Tadi mengantuk tapi sekarang tidak lagi.” Luah ku.
“Sebab lalat tu jahat dah bangunkan Aminah Amia sayakan?” sekali lagi Haji Din mengusik. Tak habis lagi rupanya.
“Haji Dinnn..” aku dah mula tarik muncung. Dah pandai merajuk kau Minah?
“Ok! Saya tahu Aminah Amia saya letih. Meh baring sini. Tidur sekejap sementara nak tunggu Asar.” Pujuk Haji Din dan menarik tubuh ku dan meletakkan kepala atas ribanya.
“Boleh ke?” tanya ku ragu-ragu.
“Boleh tapi jangan lena sangat okey?” Haji Din masih tersenyum memandang. Aku mendongak melihat Haji Din yang tekun menatap wajah ku. Entah kenapa lama kelamaan aku terasa wajah Haji Din mendekat dan terus aku memejamkan mata bila wajah itu terlalu hampir. Satu kucupan lama mendarat atas dahi ku bersama usapan diubun-ubun ku. Terasa ikatan rambut ku dirungkai tetapi aku tidak berani nak membuka mata. Seriau! Tudung dah lama aku sidaikan atas kepala sofa. Terasa tangan Haji Din membelai rambut ku berulang kali. Nyaman saja dan lembut jari jemari Haji Din menyusup tiap helai celahan rambut ku. Sejuk saja tiap kali jari jemari Haji Din menyapa kulit kepala ku. Macam jari-jari arwah mak dulu. Seorang wanita teragung yang pernah mengelarkan dirinya mak pada ku. Yang pernah melahirkan ku dan perkataan pertama yang keluar dari bibir ku  adalah ‘Mak’. Minah rindu mak! Betul-betul rindu. Tiba-tiba rasa itu terlalu kuat bila melihat Haji Din melayan ku hari ini. Kalau mak masih ada waktu ini pasti nasib ku tidak akan jadi begini. Pasti sekarang ini aku masih bergelumang dengan buku-buku belajar. Tetapi itu semua tidak akan terjadi. Setelah emak pergi, tangan ku sebelah terasa kosong.  Dahlah abah begitu. Berdiri jasad tetapi hilang perasaan. Bila agaknya abah akan sedar? Bila agaknya aku dapat memeluk tubuh abah dan perasaannya sekali? Sejak mak pergi, abah yang mengasuh ku. Abah yang menyikat rambut ku dan abah juga yang menjaga bila aku demam. Tetapi tidak lama. Bila abah mengambil keputusan untuk berkahwin, aku yang melonjak-lonjak kegirangan. Aku dapat emak semula. Aku dapat kasih sayang emak semula. Ingatkan pelangi akan muncul bila hujan gerimis berlalu pergi tetapi ribut petir yang menghambat seluruh hidup ku sejak itu. Abah pula hilang dalam dakapan kesedaran. Aku rindu dengan abah. Aku yang termangu-mangu dalam mencari jalan kehidupan hanya menunggu dan menunggu bila abah akan sedar. Bila? Hanya DIA yang tahu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 01:26 PM | Show all posts
“Aminah Amia! Kenapa menangis ni?” tanpa sedar ada airmata mengalir dari mata yang tertutup. Terus mata ku terbuka dan mendongak mencari wajah Haji Din yang berkerut kening. Tangan sasa segera Haji Din menyapu kedua-dua pipi ku. Aku turut cuba menghalau rasa sebak tetapi bila renungan kami bersambung sekali lagi airmata membanjiri dan kali ini agak laju dan bagai tidak mahu berhenti.
“Aminah Amia tidak bahagia dengan saya?” sayu suara Haji Din bertanya. Aku bingkas bangun dan terus memeluk Haji Din erat. Tiada kata yang dapat ku gambarkan bila Haji Din berkata demikian. Jika tiada Haji Din disisi ku menemani hidup ku dan memimpin aku pergi, maka tiadalah keceriaan dalam tiap senyumanku.
“Aminah Amia isteri saya tak bahagiakah sayang?” sekali Haji Din bersuara walau tangannya tidak berhenti mengusap belakang ku.
“Bukan! Bukan Haji Din. Jangan cakap begitu lagi. Minah salah. Minah minta maaf.” Gogoi ku sambil mengeleng kepala berulang kali.
“Habis tu kenapa Aminah Amia saya menangis tiba-tiba?” Haji Din merungkaikan pelukan lantas menarik aku menatap wajahnya.
“Aminah Amia fikir apa kalau bukan itu difikiran isteri saya ini?” berulang kali Haji Din bertanya bila tiada jawapan yang muncul dari bibir ku.
“Minah rindukan mak.” jawab ku akhirnya bila dapat menguasai perasaan yang sebak itu.
“Ohhh…nanti kita pergi rumah sana iya. Aminah Amia boleh lepaskan rindu pada mak.” Pujuk Haji Din bersama senyuman. Lega hati ku bila melihat wajah Haji Din yang ceria semula.
“Minah bukan rindu dengan mak sana.” Jawab ku lelah. Kenapa Haji Din nak bawa aku berjumpa dengan mak yang tidak mahu menerima aku sebagai anak tirinya.
“Habis tu! Mak mana pulak ni Aminah Amia?” lembut Haji Din berkata sambil menarik kepala ku rapat kedadanya.
“Minah rindu dengan arwah mak. Dah lama Minah tak pergi ziarah kuburnya.” Terang ku lambat-lambat.
“Errmmm…itu yang membuat isteri saya Aminah Amia menangis dalam tidur tadi?” tanya Haji Din.
“Minah tak tidur.” Jujur aku menjawab.
“Habis tu mata terpejam?” Haji Din masih membelai dan memujuk aku lagi.
“Minah tidur-tidur ayam.” Akui ku. Takkan aku nak bercerita yang aku malu bila Haji Din menciumi aku dan aku tersedar ketika itu.
“Nakal!” Haji Din menarik hidung ku dan aku tersenyum bila menyedari yang aku malu dengan perbuatannya tadi.
“Tadi isteri saya Aminah Amia rindu dengan arwah makkan?” Haji Din bertanya kisah yang membuat aku menangis dalam mata terpejam tadi.
“Iyer!” akur ku.
“Kalau begitu malam ini lepas solat kita sedekah Yasin pada arwah mak iya? Ada masa kita ziarah kubur arwah.” ajak Haji Din. Aku mencari wajah Haji Din dan lelaki itu masih tersenyum melihat gelagat ku yang agak terperanjat.
“Aminah Amia isteri saya…” Haji Din menarik kembali kepala ku kedada bidangnya.
“Sekiranya kita rindu dengan seseorang yang sudah meninggalkan dunia ni dan beralih kealam satu lagi, kita seharusnya menghulurkan bacaan suci Al-Quran padanya lebih-lebih lagi Al-fatihah dan Yasin. Kita doakan agar dia tenang dan bersemadi dengan aman. Bukan bila rindu saja tetapi lebih baik setiap lepas solat kita.” Ajar Haji Din tanpa rasa jemu. Aku mengangguk perlahan-lahan. Kalau aku rindu sangat dan aku sederkah banyak-banyak pasti mak akan tenang disana.
“Terima kasih Haji Din. Terima kasih banyak-banyak. Minah sayang Haji Din banyak-banyak.” Tanpa sedar aku dah terlanjur kata.
“Betul ni?” Haji Din menarik aku sekali lagi menatap wajahnya. Aku yang terkantoi dengan kata-kata ku tadi hanya tunduk tanpa berani membalas kata Haji Din.
“Terima kasih sayang. Aminah Amia isteri saya.” Sekali lagi aku hilang dalam pelukan Haji Din. Walau tanpa jawapan Haji Din bagai tahu gerak tubuh ku. Kami hilang dalam dakapan kasih sayang dan alur yang diatur untuk kami.
Tiba-tiba ketukan pintu kedengaran bila kami masih bisu dalam melayan perasaan sendiri.
“Siapa agaknya?” Haji Din bertanya dengan dirinya sendiri sambil melepaskan tubuh ku.
“Pakai tudung Aminah Amia. Tak tahu siapa yang datang tu?” arah Haji Din dan segera aku mencapai tudung yang tersangkut tadi. Aku juga bangun dan membetulkan baju ku yang agak berkedut sementara Haji Din membuka pintu. Dari ruang yang terbuka perlahan-lahan itu tubuh abah tegak berdiri. Tergamam aku. Baru disebut abah dah sampai.
“Masuk abah.” Pelawa Haji Din sambil menyalami abah dan mencium tangan abah. Walau umur Haji Din dan abah tidak jauh bezanya tetapi oleh kerana martabat abah yang sudah berubah dengan Haji Din maka tanpa segan tangan abah tetap dikucup oleh suami ku.
“Aminah Amia kenapa tercegat sahaja tu?” Haji Din memandang aku pelik. Baru aku tersedar dan lekas saja aku mendapatkan abah. Terus tubuh kurus itu aku peluk dengan rasa rindu yang mengunung.
“Abah sihat?” tanya ku sambil menatap wajah abah yang agak cengkung itu.
“Abah sihat, abah datang nak minta duit. Mak kau suruh.” Sebelum aku mengajak abah duduk, abah dah nyatakan tujuannya. Tanpa perasaan. Hanya kata-kata yang tersusun dari bibir abah. Terus dan tajam.
“Masuklah dulu abah. Duduk dulu. Kita minum dulu. Lama abah tak datang sini.” Ajak Haji Din bila melihat aku dah serba salah dengan kata abah itu. Pandangan dah kabur dengan airmata bila melihat keadaan abah dan kata-kata abah.
“Aminah Amia saya, pergi bancuh air untuk abah.” Sekali Haji Din menyelamatkan keadaan bila melihat aku yang menahan tangis.
“Abah nak air suam saja.” Terus abah bersuara bila dah duduk disofa kami.
“Baiklah.” Terus aku berlalu kerana tidak dapat menahan sebak.
Aku sandarkan diri ku ditepi kabinet dapur. Aku hamburkan tangisan tanpa suara yang ku tahan sejak tadi. Bibir ku ketip sekuat-kuatnya agar tangisan ku tidak pecah hingga boleh didengar sampai keluar. Aku kalah dengan perasaan ku bila melihat keadaan abah. Dengan tubuhnya yang kurus dan tidak  menampakkan kesasanya seperti dulu. Mengapa abah jadi begini? Mengapa abah? Apa salah abah? Dulu abah layan mak bagaikan pemaisuri. Tiada kata-kata kasar dan sepak teranjang tetapi kenapa abah jadi macam ini setelah mak dah pergi. Kenapa takdir abah sebegini? Aku tidak minta kebahagiaan diri ku tetapi benarkanlah abah merasai bahagia sekejap lebih-lebih lagi waktu yang hampir senja buatnya. Abah! Minah sayang abah! Ya ALLAH Ya Tuhan ku, berilah abah ku kekuatan untuk terus berjuang bagi dirinya. Berilah abah kesihatan yang baik disebalik penderitaannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2013 01:26 PM | Show all posts
Tiba-tiba terasa tubuh ku dipeluk dari belakang dan beberapa kali kucupan berlabuh dibelakang kepala ku. Erat dan kuat. Tak sanggup aku hendak menatap wajah itu sedangkan aku tahu siapa kerana dari dakapannya aku dapat membaca gerak tubuhnya.
“Aminah Amiaaa..” suara lembut menyapa telinga ku. Terus aku berpalling dan memeluk Haji Din bersama tangisan yang masih ku tahan. Aku tidak mahu abah dengar tangisan ku. Aku tahu abah tiada perasaan tika ini. Biarlah Haji Din seorang yang tahu getar kata sedih hati ku. Biarlah.
“Sabar sayang, Sabar Aminah Amia. Saya tahu Aminah Amia saya kuat. Jangan menangis sayang. Istiqfar banyak-banyak iya. Jangan tenggelam dalam kesedihan Aminah Amia kerana kita belum kecundang lagi.” Pujuk Haji Din. Aku mengeleng kepala ku berulang kali. Aku kesal kerana dulu melonjak gembira bila tahu abah nak berkahwin. Abah berkahwin kerana aku dan yang pasti abah mahu lihat aku ada mak. Abah berkorban demi kebahagiaannya tetapi siapa tahu apa yang DIA aturkan. Abah terkorban dalam mencari bahagia untuk ku. Terkorban bahagia dalam derita.
“Sudah sayang, abah ada diluar sana. Nanti apa pula katanya lama sangat Aminah Amia ambil air suam untuk dia.” Pujuk Haji Din. Bila teringat itu aku terus mengesat airmata ku dengan telapak tangan berulang kali. Haji Din turut membantu.
“Ahahh! Abah tengah tunggu. Minah nak ambil air abah.” Suara ku serak bila menyedari kata-kata Haji Din ada betulnya.
“Dah okey ni?” Haji Din memegang kedua pipi ku. Aku hanya mengeleng kepala dan tak sanggup bersuara kerana kalau aku bersuara pasti bersama tangisan.
“Saya tahu Aminah Amia saya kuat.” Terus Haji Din mencium dahi ku dan memeluk aku sekejap.
“Ambil cawan abah Aminah Amia.” Arah Haji Din bila lelaki itu melepaskan dakapanya.
Aku akur dan segera mencapai cawan dan piring alas. Botol kaca yang terisi air suam ku capai.
“Nanti dulu Aminah Amia saya.” Tahan Haji Din akan tindakan ku. Haji Din membuka pintu cabinet atas kepala ku dan mencapai air dari botol putih. Aku memandang Haji Din pelik kerana setahu ku didalam botol tersebut ada air zam zam yang diberikan oleh kawan Haji Din sekembali dari mengerjakan Haji Din. Lagipun ada tertulis dibotol tersebut. Haji Din menuangkannya sehingga penuh.
“Aminah Amia berikan air ni pada abah. Selawat banyak-banyak iya sayang.” Ajar Haji Din sambil menghulurkan cawan yang sudah beralas itu. Aku mengangguk walaupun aku tak tahu apa yang maksud Haji Din sebenarnya.
Sampai dihadapan, abah terus mencapai cawan tersebut setelah aku meletakkannya diatas meja kopi. Abah minum dengan rakus. Haji Din yang duduk disebelah ku hanya memandang tenang.
“Abah nak balik. Abah nak duit yang mak kau minta tu.” Terus abah bersuara meminta. Aku pandang Haji Din. Senyuman tetap terukir dibibir basah suami ku ini. Haji Din menyeluk poketnya dan mengeluarkan dua helai wang kertas lima puluh. Banyaknya.
“Ini abah, buat belanja. Nanti abah datang lagi bila dah habis tau.” Luah Haji Din sambil menghulurkan wang tersebut. Abah mencapai dan terus dimasukkan dalam poket bajunya yang sudah lusuh itu.
“Abah nak balik.” Tubuh kurus abah tegak berdiri.
“Cepatnya!” bantah ku. Belum abah berlama dah nak balik. Apa yang hendak dikejarkan sangat ni.
“Abah nak ke Chow Kit cari buah. Mak kau nak makan.” Jujur abah berkata. Sekali lagi bibir ku ketip. Aku benar-benar kecundang dengan apa yang terbentang ini.
“Iyelah bang. Jangan lupa datang lagi.” Sekali lagi Haji Din mengingatkan abah. Aku dah mula hairan walau dalam hati bersarang rasa sebak bila melihat keadaan abah. Murahnya hati Haji Din. Kalau mak suruh abah datang tiap-tiap hari mintak duit bagaimana?
Abah terus menuju kearah pintu tetapi sempat aku tahan dan tangan abah ku capai. Aku cium penuh kudus. Tangan yang membesarkan ku. Tangan yang membanting tulang untuk mencarikan aku sesuap nasi. Tangan yang pernah mengantikan mak mendodoikan lena ku.
“Jaga diri abah.” Pesan ku dan abah terus berlalu. Tubuh ku sandar dibibir pintu melihat kelibat abah sehingga hilang dari pandangan ku.
“Sudah Aminah Amia. Kita belum Asar lagi.” Pujuk Haji Din lantas menarik tangan ku. Pintu ditutup dan dikunci. Aku masih tercegat disitu.
“Haji Dinnnn..” aku terus mendakap Haji Din tanpa rasa malu. Aku hamburkan sekali lagi tangisan tadi. Kenapa dengan kau Minah? Cengeng sangat hari ini.
“Sudah Aminah Amia. Kita sama-sama doakan abah akan beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan.” Sekali lagi aku tenggelam dalam pujukan Haji Din. Lama.
“Kita dah lambat ni. Mari kita Asar dulu.” Haji Din menatap wajah ku bersama senyuman dan sekali lagi aku diupah dengan kucupan di ubun-ubun ku bila melihat aku dah berhenti menangis.
“Ohhh…iya Aminah Amia saya. Saya nak pesan, setiap kali abah datang berikan abah minum air zam-zam dalam botol putih tu. Selawat banyak-banyak ketika itu iya  Aminah Amia isteri saya. Ingat tu.” Beriya-iya Haji Din berpesan.
“Kenapa pula?” tanya ku ingin tahu. Dari tadi aku hendak menyatakan pada Haji Din.
“Saja! Abah kan dah lama tak minum air zam-zam.” Terang Haji Din sambil memeluk bahu ku dan menarik aku naik keatas bersamanya.
“Errrkkk….”aku masih hendak bertanya.
“Solat! Dah lambat.” Suara Haji Din bertukar tegas dan sekali gus mendiamkan aku. Tetapi pelukan tetap dieratkan.  Banyak tanya pula Minah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 05:03 PM | Show all posts
Wahhh...xsabar nak tunggu cerita minah ngn Haji Din nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.061119 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list