CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 6-2-2026 07:57 AM | Show all posts
PBK tegaskan pendirian untuk kekal sebagai parti berteraskan tempatan
Februari 5, 2026, Khamis - 7:14pm



KUCHING: Parti Bumi Kenyalang (PBK) menegaskan pendirian untuk kekal sebagai parti berteraskan tempatan sambil terbuka kepada kerjasama dengan pihak sehaluan iaitu parti-parti politik berasaskan Sarawak dan bukan parti dari Semenanjung Malaysia.

Presiden PBK Voon Lee Shan (gambar) berkata, parti itu ketika ini masih dalam proses menyusun strategi menjelang pilihan raya dan belum membuat sebarang keputusan muktamad berkaitan kerjasama politik.

Menurut beliau, PBK bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berkongsi matlamat memperjuangkan hak Sarawak, namun menegaskan bahawa kerjasama tersebut hanya terhad kepada parti-parti tempatan.

“PBK sentiasa konsisten dalam memperjuangkan hak Sarawak dan kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi hak-hak tersebut. Mana-mana pihak yang sehaluan dengan pendirian kami, sudah tentu kami terbuka untuk bekerjasama.

“Namun, jika ada pihak yang merasakan mereka tidak boleh bersama kami, maka kami serahkan kepada pengundi untuk membuat penilaian.

“Setakat ini, memang terdapat usaha untuk meneroka bentuk kerjasama sejak beberapa tahun lalu, tetapi perbincangan tersebut masih belum mencapai sebarang keputusan muktamad,” katanya.

Voon berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini yang turut dihadiri beberapa ahli Majlis Tertinggi PBK, penyokong parti dan pemerhati.

Beliau berkata, sebarang keputusan berkaitan perkara itu perlu diputuskan secara kolektif oleh parti dan bukan ditentukan oleh presiden secara bersendirian.

“Perkara ini perlu diputuskan oleh jawatankuasa khas. Presiden tidak boleh membuat keputusan sendiri,” katanya.

Sementara itu, mengulas pertanyaan mengenai tambahan 17 kerusi DUN, beliau berkata perkara tersebut bergantung kepada situasi semasa sekiranya pilihan raya diadakan.

Bagaimanapun katanya, fokus PBK bukan semata-mata kepada bilangan kerusi, sebaliknya kepada perjuangan parti dalam mempertahankan hak Sarawak dan kepentingan rakyat.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2026 07:59 AM | Show all posts
SMD Semiconductor bertindak sebagai instrumen strategik rangsang pembangunan industri semikonduktor
Februari 5, 2026, Khamis - 7:24pm



Shariman (dua kiri) menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Kuball (dua kanan) yang disaksikan Harden (tengah) sempena sesi libat urus hari ini.

KUCHING: Peranan SMD Semiconductor bukan sekadar sebagai sebuah syarikat operasi, sebaliknya bertindak sebagai instrumen strategik Kerajaan Sarawak dalam merangsang pembangunan industri semikonduktor.

Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor Shariman Jamil berkata, ia sekali gus memperluaskan kerjasama strategik serta memastikan pelaburan awam diterjemahkan kepada nilai ekonomi jangka panjang.

“Sehubungan itu dengan institusi antarabangsa berprestij seperti Universiti Bristol selari dengan mandat tersebut, khususnya dalam memperkukuh hubungan antara akademia dan industri serta memperdalam keupayaan teknikal dalam bidang berkaitan semikonduktor.

“Langkah ini merupakan intervensi praktikal dan perlu bagi menyokong fokus Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS 2030), khususnya dalam pembangunan modal insan, peningkatan produktiviti dan pertumbuhan berteraskan inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Libat Urus SMD Semiconductor bersama Institusi Pengajian Tinggi, Institusi Teknikal dan Agensi Kerajaan dengan kerjasama Universiti Bristol yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis dan Pengarah Akademik Universiti Bristol Profesor Martin Kuball di sini, hari ini.

Dari sudut fiskal dan dasar, Shariman menegaskan Sarawak memberi penekanan kuat terhadap penciptaan nilai, pulangan pelaburan serta kemampanan jangka panjang.

Mengulas lanjut mengenai kerjasama dengan Universiti Bristol, beliau berkata pengelibatan universiti tempatan, institusi teknikal dan agensi kerajaan dalam sesi libat urus itu turut memainkan peranan penting.

Katanya ia sebagai platform tersusun untuk menyelaraskan pembangunan kurikulum, keutamaan penyelidikan, mobiliti bakat serta program latihan dengan keperluan sebenar industri dan penanda aras antarabangsa.

“Kerjasama seperti ini mesti menghasilkan impak nyata termasuk melahirkan graduan berkemahiran tinggi, penyelidikan gunaan, program berkaitan industri serta pengukuhan keupayaan institusi,” ujarnya.

Beliau berkata, sesi libat urus berkenaan membolehkan semua pihak meneroka hasil tersebut secara terselaras dan strategik dengan matlamat yang jelas serta tanggungjawab bersama.

Shariman turut menekankan pendekatan Sarawak yang bersifat kolaboratif dan inklusif, dengan komitmen membangunkan keupayaan tempatan sambil memanfaatkan kecemerlangan global.

“Menerusi SMD Semiconductor, Kerajaan Sarawak akan terus memudah cara perkongsian strategik bagi memperkukuh institusi, membangunkan serta mengekalkan bakat tempatan.

“Di samping itu, ia meletakkan Sarawak sebagai peserta yang diyakini dan dipercayai dalam rantaian nilai semikonduktor serantau dan global,” katanya.

Sehubungan itu jelas beliau, penyertaan Sarawak dalam industri semikonduktor melalui SMD Semiconductor bukan bersifat oportunistik, sebaliknya berpaksikan logik struktur, kesesuaian geografi dan keperluan strategik.

“Kerjasama dengan Universiti Bristol perlu dilihat dalam konteks ini, sebagai sebahagian daripada hasrat Sarawak untuk membina perkongsian yang dipercayai.

“Selain itu keupayaan yang berdaya tahan serta bakat bersedia masa depan dalam persekitaran industri semikonduktor global yang berkembang pesat,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 08:02 AM | Show all posts
Penduduk Kapit suarakan sokongan terhadap kenyataan Nanta
Februari 5, 2026, Khamis - 7:34pm



Penduduk daripada pelbagai kaum dan agama menyuarakan sokongan kepada Nanta di Dewan Suarah Kapit, hari ini.

KAPIT: Penduduk di sini hari ini menyuarakan sokongan kepada Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi berhubung kenyataan beliau baru-baru ini.

Mereka menyuarakan sokongan itu dalam satu perhimpunan aman di Dewan Suarah Kapit, yang turut dihadiri para pemimpin tempatan serta ketua-ketua kaum daripada pelbagai bangsa dan agama.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Politik Premier Sarawak Watson Awan Jalai, Pengerusi Majlis Daerah Kapit Andy Lawrence, Timbalannya merangkap Pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Kapit Martin Bilun, Temenggong Wasli Nor, Pemanca Pasang Tubak, Pemanca Wong Kie Ing dan Pemanca Bunsu Geringgang.



Pemimpin komuniti Cina Foochow di Kapit yang hadir hari ini bagi menyuarakan sokongan kepada Nanta.

Turut hadir ialah Penghulu James Sandak, Penghulu Jenny Yu Si Geok, Penghulu Sia Shui Poh, Kapitan Ling Hang Pin, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kapit David Wong Hau Ching, bekas Pengerusi SUPP Kapit Ling Thian Ing, Timbalan Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Kapit Ma Tian Ho serta yang lain.

Menurut Martin, penduduk di Kapit menyokong penuh kenyataan Nanta serta berdiri teguh di belakang beliau dalam isu yang berlaku.

"Nanta merupakan salah seorang cucu kepada pengasas Malaysia, mendiang Tun Jugah Barieng dan anak kepada ahli politik veteran Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah.

"Kita tidak setuju dengan kenyataan Naib Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Perak Dr Abdul Aziz Bari yang menyeru Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Alexander Nanta Linggi agar meletak jawatan sebagai menteri Kabinet hanya kerana kenyataan itu.

"Kenyataan Abdul Aziz itu satu percubaan untuk menyekat pemimpin dari Sarawak daripada memperjuangkan hak Sarawak serta menyuarakan kekecewaan rakyat, lebih-lebih lagi dengan pelbagai isu yang berlaku," ujarnya.

Beliau turut memberitahu, mereka akan terus berdiri teguh di belakang Nanta serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam melindungi hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, Inter-Governmental Committee (IGC) Report 1962 serta Perlembagaan Persekutuan dan Sarawak.

"Kita penduduk Sarawak mahukan keamanan, harmoni dan kemakmuran di mana penduduk daripada pelbagai kaum hidup dengan aman damai dan hormat menghormati antara satu sama lain," katanya sambil menambah, penduduk Sarawak mengutuk mereka yang menggunakan agama dan bangsa untuk kepentingan politik.


  
Ketua masyarakat dan ketua kaum Melayu di Kapit, hari ini yang turut sama menyuarakan sokongan kepada Nanta.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 08:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 08:09 AM | Show all posts
IPD Meradong jalankan operasi periksa 65 individu, 55 kenderaan
Februari 5, 2026, Khamis - 7:43pm



Pasukan polis dari IPD Meradong melakukan Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah di kawasan Meradong semalam.

BINTANGOR: Seramai 65 individu dan 55 kenderaan telah diperiksa dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilancarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong DSP Tansli Mering berkata, operasi ini telah dilancarkan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Hasil operasi tersebut, sebanyak tujuh saman trafik dikeluarkan manakala tiada tangkapan atau rampasan direkodkan.

“Objektif utama operasi ini dilancarkan adalah bagi mengekang jenayah dan meningkatkan kehadiran polis di kawasan panas sekitar Bintangor.

“Tumpuan operasi adalah rondaan berkereta, pemeriksaan mengejut dan Sekatan Jalan Raya (SJR) di beberapa lokasi strategik termasuk Jalan KJD, Jalan Bakong, Jalan Kilang, Kampung Melayu serta kawasan perumahan sekitar Bintangor,” kata Tansli kepada media, hari ini.

Operasi tersebut melibatkan seramai 16 pegawai dan anggota polis.

Menurut Tansli, operasi itu juga merupakan salah satu pendekatan pihak polis dalam memastikan kawasan tersebut selamat dan langkah ke arah pencegahan sebarang kegiatan jenayah.

“IPD Meradong akan terus melaksanakan operasi bersepadu secara berterusan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” tegas Tansli lagi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 08:10 AM | Show all posts
Kilang dan stor baja di Sarikei musnah dalam kebakaran
Februari 5, 2026, Khamis - 7:47pm

SARIKEI: Sebuah kilang pemprosesan makanan laut dan stor baja udang di Jalan Industri, dekat sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada jam 8.51 pagi.

“Sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota bomba berserta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor telah dikerahkan ke lokasi kebakaran.

“Ketika sampai di lokasi kebakaran, pasukan bomba mendapati sebuah kilang memproses makanan laut sedang terbakar dengan kemusnahan sekitar 70 peratus.

“Berdasarkan situasi tersebut, pasukan bomba terbabit telah bertindak mengawal dan memadam kebakaran dengan menggunakan sumber air dari pili berhampiran,” katanya kepada media.

Tambahnya, kebakaran tersebut telah melibatkan kemusnahan blok hostel pekerja kilang dan dua stor.

Namun demikian katanya, tiada sebarang insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.

“Kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.10 pagi.

“Setakat kini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM), Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, pasukan APM telah bergerak ke lokasi kes bagi menjalankan tugas bantuan awal dan pemantauan keselamatan.

“Menurut maklumat daripada pemilik premis, jumlah pekerja yang berada di premis ketika kejadian berlaku adalah dalam anggaran 50 hingga 60 orang.

“Namun demikian, hanya dua pekerja yang menetap di hostel pekerja tersebut.

“Semua pekerja di kilang tersebut dilaporkan terselamat,” kata Shahrol lagi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-2-2026 08:11 AM | Show all posts
DBNA Sarikei adakan Mesyuarat Exco menjelang TGM pada Mac
Februari 5, 2026, Khamis - 9:34pm



Ahli DBNA Cawangan Sarikei sedang mengadakan Mesyuarat Exco semalam.

SARIKEI: Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Sarikei telah mengadakan Mesyuarat Exco di sini, semalam.

Pengerusi Thomas Nawong berkata, mesyuarat tersebut merupakan persediaan awal menjelang Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) pada Mac.

“Dalam mesyuarat ini, kita telah membincangkan tarikh TGM adalah pada 14 Mac akan datang, jam 7 malam di sebuah restoran dekat sini.

“Pada TGM ini nanti, kita amat mengalu-alukan kehadiran semua ahli DBNA Cawangan Sarikei,” kata Thomas ketika menghubungi media, hari ini.

Menurut Thomas, pelbagai perkara dan agenda akan dibincangkan bersama semasa TGM tersebut.

Justeru kata Thomas, komitmen semuanya pihak terutama ahli amat dialu-alukan dalam menjayakan mesyuarat ini nanti.

“Fokus utama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat ini nanti adalah berkaitan dengan matlamat penubuhan persatuan, konsep bersatu hati demi persatuan, keutamaan dalam kebajikan ahli-ahlinya, mempelbagaikan aktiviti dan insentif kepada ahli persatuan dan memantapkan agenda pendidikan bagi anak-anak ahli DBNA dan masyarakat Bidayuh amnya,” kata Thomas lagi.

Pada akhir mesyuarat tersebut, pihak persatuan turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada empat ahli yang dimasukkan ke hospital dan kematian ahli keluarga terdekat baru-baru ini.



Thomas (dua kiri) menyampaikan sumbangan kebajikan kepada ahlinya selesai mesyuarat tersebut semalam.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 08:14 AM | Show all posts
PBPM Sarikei serah khairat kematian kepada keluarga dua ahli
Februari 5, 2026, Khamis - 9:36pm



Rombongan PBPM Cawangan Sarikei yang diketuai Mohd Ibrahim (dua kiri) menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada isteri mendiang Kasis.

SARIKEI: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Sarikei telah menyerahkan khairat kematian kepada keluarga dua ahli persatuan tersebut yang telah meninggal dunia, baru-baru ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada keluarga Exco SM Francis Kasis Tungem dan keluarga Lehon Hamdan yang juga ahli Bersekutu.

Kasis meninggal dunia pada 25 Januari lalu, manakala pemergian Lehon dilaporkan sehari kemudian.

Khairat kematian tersebut telah disampaikan Pengerusi ASP (B) Mohd Ibrahim Abdullah yang ditemani tujuh ahli.



Rombongan PBPM Cawangan Sarikei yang diketuai Mohd Ibrahim (dua kiri) menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada waris Lehon.

Selepas selesai penyerahan tersebut, rombongan terbabit menyantuni seorang lagi ahli iaitu Francis Wong Tung How yang baru selesai menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching dan sedang berehat di rumahnya di Jalan Nangka, di sini.

Lawatan ini diadakan untuk menyantuni, memberi semangat dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada Wong.

Hadir sama ialah Setiausaha George Tigang dan Bendahari Lee Ah Khiun serta ahli-ahli yang lain iaitu Salih Kawi, Sapian Senuani, Musa Md Arof, Lim Kim Leong, Matasim Ambai dan Yaman Udin.



Mohd Ibrahim mengetuai rombongan PBPM Cawangan Sarikei melawat Wong di Jalan Nangka, Sarikei.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2026 08:15 AM | Show all posts
JPJ anjur kursus KPP01
Februari 5, 2026, Khamis - 9:41pm




Sesi ceramah berkaitan peranan LMM serta Kod Etika Pemanduan pada Kursus Penyesuaian KPP01 (Gabungan) Latihan Dalaman Negeri Sarawak Siri 3/2026 Zon Tengah dan Barat di Sibu, semalam. - Gambar Facebook JPJ Sarawak

SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Bahagian Pelesenan Pemandu telah menganjurkan Kursus Penyesuaian KPP01 (Gabungan) Latihan Dalaman Negeri Sarawak Siri 3/2026 Zon Tengah dan Barat di Akademi Memandu Suria Sibu, semalam.

Kursus tersebut bertujuan meningkatkan kefahaman serta penyeragaman pelaksanaan modul Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) dalam kalangan tenaga pengajar institut memandu, selaras dengan keperluan semasa, dasar Kementerian Pengangkutan (MOT) serta garis panduan yang ditetapkan oleh JPJ Malaysia.

Sepanjang kursus, para peserta telah mengikuti taklimat pengenalan dan ceramah berkaitan peranan Lembaga Memandu Malaysia (LMM) serta Kod Etika Pemanduan.

Seramai 22 peserta daripada zon tengah dan barat telah menyertai kursus berkenaan yang melibatkan tenaga pengajar institut memandu di negeri ini.

Majlis perasmian penutupan kursus telah disempurnakan Pengarah Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Malaysia Mohd Kamal Hisham Abu Bakar.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pematuhan standard latihan yang ditetapkan, penghayatan nilai integriti dalam kalangan tenaga pengajar serta peranan institut memandu dalam melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin demi menjamin keselamatan jalan raya.

Katanya, JPJ Sarawak komited untuk terus memperkukuh program latihan dan pembangunan kompetensi warga industri pemanduan bagi menyokong usaha meningkatkan tahap keselamatan serta kualiti pemanduan di negara ini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 08:16 AM | Show all posts
Wanita cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan
Februari 5, 2026, Khamis - 10:07pm

BAU: Seorang wanita berusia 55 tahun cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di hadapan Gereja St Steven, Jalan Bau–Kuching di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.39 petang.

Katanya, pasukan bomba dari BBP Bau tiba di lokasi pada jam 5.47 petang dan mendapati mangsa terperangkap di dalam kenderaan.

“Pasukan bomba bertindak menggunakan pengusung bagi membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh unit EMRS bomba sebelum dihantar ke Hospital Bau untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, pemandu sebuah lagi kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan selamat.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan Francis Kotter dan melibatkan enam anggota bomba dengan dua jentera.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi bagi membantu kawalan dan siasatan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.55 petang selepas keadaan berjaya dikawal.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 08:17 AM | Show all posts
Lelaki lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai
Februari 5, 2026, Khamis - 10:12pm

BETONG: Seorang lelaki berusia 57 tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Batu Lintang Ulu Layar, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 2.40 petang.

Katanya, pasukan bomba dari BBP Betong telah tiba di lokasi pada jam 3.02 petang dan bertindak membantu pihak polis serta penduduk kampung mengeluarkan mangsa dari sungai.

“Pasukan bomba bertindak membantu pihak polis mengangkat mangsa dari sungai bersama orang kampung.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mangsa dikenali sebagai Frengkie Empaga Baba.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan Mohd Faizal Rashid dan melibatkan tiga anggota bomba dengan sebuah jentera bomba.

Hadir sama di lokasi ialah anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Operasi tamat sepenuhnya jam jam 3.43 petang.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 08:17 AM | Show all posts
sbh - Ambil perhatian serius masalah infrastruktur di Sandakan

swk - Lelaki lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 08:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 08:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2026 08:19 AM | Show all posts
Wanita pindah wang tanpa tujuan sah dikenakan waran tangkap
Februari 5, 2026, Khamis - 7:39pm

MIRI: Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang wanita yang menghadapi pertuduhan memindahkan sejumlah wang daripada akaun individu lain ke akaun banknya tanpa tujuan yang sah.

Waran itu dikeluarkan Majistret Ashok Linggam selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Syafiq Samry selepas mendapati tertuduh gagal hadir di mahkamah semalam.

Mahkamah memerintahkan waran tangkap tersebut dikembalikan pada 27 Februari ini.

Tertuduh, Cherlyie Kisin, 24, dari Kampung Tiong Tenghilan, Tamparuli, Sabah, didakwa mengikut Seksyen 424C (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak kurang daripada RM10,000 serta tidak melebihi RM150,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut pertuduhan, Cherlyie didakwa secara tidak sah melakukan transaksi berjumlah RM215 dari akaun individu lain ke akaun bank miliknya.

Kesalahan dilakukan antara jam 11.18 pagi hingga 12.55 tengah hari di Berek No. 2 SK Pujut Corner di sini.

Pendengaran kes dijalankan menggunakan aplikasi Zoom.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 09:19 AM | Show all posts
MOTS akan bantu pengendali lori di Sarawak
Februari 6, 2026, Jumaat - 9:03am

Lee akan tulis surat kepada Loke untuk berkongsi cabaran, realiti operasi dihadapi pengendali lori di Sarawak



Lee ketika sidang media di pejabat kementeriannya semalam. Turut kelihatan ialah Chieng (kiri) dan Yap (kanan).

"Langkah itu perlu bagi memastikan keadaan geografi serta keperluan logistik Sarawak yang unik diambil kira sewajarnya dalam pelaksanaan dasar pengangkutan persekutuan khususnya yang melibatkan kenderaan komersial.”

Dato Sri Lee Kim Shin

Menteri Pengangkutan Sarawak

KUCHING: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin akan menulis surat kepada rakan sejawat di peringkat persekutuan Anthony Loke untuk berkongsi cabaran serta realiti operasi dihadapi pengendali lori di Sarawak.

Lee memberitahu pihaknya turut memohon satu pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Malaysia itu untuk penglibatan secara langsung bagi menangani kebimbangan industri yang kian mendesak.

"Langkah itu perlu bagi memastikan keadaan geografi serta keperluan logistik Sarawak yang unik diambil kira sewajarnya dalam pelaksanaan dasar pengangkutan persekutuan khususnya yang melibatkan kenderaan komersial.

"Industri lori di Sarawak kini berdepan tekanan pematuhan yang semakin meningkat dan memerlukan perhatian segera serta penyelesaian yang lebih praktikal," kata Lee.

Bagi memahami serta menyatukan maklum balas daripada lapangan, Lee telah mempengerusikan Sesi Penglibatan Pihak Berkepentingan Pengangkutan Lori yang menghimpunkan agensi kerajaan dan wakil industry bagi membincangkan isu kawal selia dan operasi utama yang menjejaskan sektor kenderaan komersial di negeri ini.

Antara perkara utama yang dibincangkan pada mesyuarat semalam itu ialah pelaksanaan berperingkat Peranti Penghad Laju pada kenderaan komersial, pemasangan mandatory Sistem Penentududukan Global (GPS) serta isu penguatkuasaan berkaitan Perintah Sekatan Berat.

Pada sesi sama, pengendali lori membangkitkan kebimbangan mengenai hanya empat ejen pemasangan SLD yang dibenarkan beroperasi di Sarawak yang disifatkan tidak mencukupi untuk menampung jumlah besar lori komersial di seluruh negeri ini.

Memandangkan liputan geografi Sarawak yang luas, mereka turut melahirkan kebimbangan bahawa pemasangan peranti berkenaan mungkin tidak dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

Pengendali juga memberi amaran bahawa bilangan ejen yang terhad berpotensi mewujudkan pilihan yang terhad serta amalan monopoli tidak sihat, sekali gus meningkatkan kos pematuhan dan menimbulkan cabaran operasi kepada industri.

Mengulas perkara itu, Lee berkata beliau amat memahami kebimbangan yang dibangkitkan dan bersetuju bahawa Sarawak memerlukan pendekatan pelaksanaan yang lebih fleksibel serta praktikal.

"Bilangan ejen SLD wajar ditingkatkan, khususnya dengan pengagihan yang lebih meluas di seluruh bahagian Sarawak bagi memastikan pelaksanaan yang lebih lancar serta persaingan yang adil.

"Untuk maklumat bersama saya telah berusaha mengatur pertemuan dengan menteri (Anthony Loke) sejak bulan lalu, namun kekangan penjadualan setakat ini menghalang pertemuan direalisasikan," katanya.

Tambah Lee, sesi penglibatan itu bakal menyentuh isu berkaitan had muatan lori serta kapasiti infrastruktur jalan raya.

Beliau turut mengalu-alukan penyelarasan berterusan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak berhubung klasifikasi jalan raya termasuk cadangan melibatkan jalan R5.

Ia termasuk penaiktarafan atau pengelasan semula di bawah Senarai 1 bagi menyelaraskan piawaian infrastruktur dengan operasi kenderaan komersial serta keperluan penguatkuasaan dengan lebih berkesan.

Antara yang hadir pada sesi mesyuarat itu ialah wakil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, LPKP Sarawak, PUSPAKOM Sarawak Sdn Bhd, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta persatuan industry termasuk Persatuan Lori Persekutuan Sarawak, Persatuan Pengangkutan Lori Sarawak, Persatuan Agensi Penghantaran Sarawak dan Persatuan Pembaikan Automobil Sibu.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Wilfred Yap, ADUN Bukit Assek Joseph Chieng, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak Datu Wong Hee Sieng, Pengarah LPK Sarawak Cornelia Wong Chui serta Ketua Bahagian Penyelarasan Infrastruktur dan Projek, MIPD Sarawak Chang Chee Kiong.

Kementerian Pengangkutan Sarawak menegaskan komitmennya untuk memastikan keselamatan jalan raya terus terpelihara sambil menjamin pelaksanaan dasar yang adil, praktikal serta mencerminkan reality sebenar di lapangan melalui penglibatan berterusan bersama pihak berkuasa persekutuan dan pemain industri.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 09:20 AM | Show all posts
Integriti, profesionalisme, disiplin perlu terus jadi tunjang utama perkhidmatan PDRM
Februari 6, 2026, Jumaat - 9:12am



Alexson menyampaikan sijil penghargaaan kepada pegawai polis yang cemerlang dalam menjalankan tugas.-Gambar IPD Kuching

KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu menegaskan bahawa integriti, profesionalisme serta disiplin tanpa kompromi perlu terus menjadi tunjang utama perkhidmatan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di daerah ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Kuching bagi bulan Februari 2026 yang berlangsung di Dewan Badminton Balai Polis Tabuan Jaya, semalam.

Menurutnya, pencapaian positif yang direkodkan oleh IPD Kuching setakat ini merupakan hasil kerja keras, pengorbanan serta komitmen berterusan seluruh warga pasukan, bermula daripada peringkat kepimpinan hingga ke barisan hadapan.

“Kejayaan ini adalah manifestasi hasil kerja keras, pengorbanan dan kesungguhan setiap peringkat.

“Namun begitu, kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian sedia ada kerana tahun 2026 menuntut kita untuk terus meningkatkan prestasi dan daya saing,” katanya.

Alexson turut menekankan bahawa tiada sebarang kompromi akan diberikan terhadap salah guna kuasa, penyelewengan atau salah laku disiplin, selaras dengan penguatkuasaan Arahan Ketua Polis Negara serta peruntukan peraturan sedia ada.

“Setiap aduan dan laporan perlu disiasat secara telus serta adil dan tindakan tegas akan diambil tanpa mengira pangkat atau kedudukan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kepentingan profesionalisme dan kualiti siasatan dalam setiap tugasan bagi memastikan keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan negara terus terpelihara.

Menyentuh aspek kebajikan dalaman, Alexson berkata kesejahteraan fizikal, mental dan emosi anggota PDRM merupakan aset strategik yang perlu diberi keutamaan bagi memastikan keupayaan operasi sentiasa berada pada tahap optimum.

Selain itu, beliau turut mengingatkan seluruh warga IPD Kuching agar sentiasa mematuhi etika penggunaan media sosial, memandangkan setiap kenyataan atau perkongsian di ruang digital mencerminkan imej dan maruah pasukan.

“Hanya saluran rasmi dibenarkan mengeluarkan kenyataan bagi pihak PDRM kerana akauntabiliti digital adalah kunci kepada kepercayaan masyarakat,” katanya.

Pada perhimpunan tersebut, Alexson turut merakamkan penghargaan kepada penerima sijil penghargaan serta jawatankuasa penganjur.

“Semua warga PDRM IPD Kuching diseru agar terus melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab, keikhlasan dan berintegriti tinggi demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat,” ujarnya


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 09:21 AM | Show all posts
sbh - Ambil perhatian serius masalah infrastruktur di Sandakan

swk - Integriti, profesionalisme, disiplin perlu terus jadi tunjang utama perkhidmatan PDRM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19859 Replies : 20
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 13769 Replies : 6
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31593 Replies : 16
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78436 Replies : 88
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50308 Replies : 12
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41032 Replies : 501
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57117 Replies : 1089
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 48444 Replies : 1
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363489 Replies : 3549
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21554 Replies : 61

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.342078 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list