|
|
pernah ketika berjumpa kawan2 lama. or mgkin kawan2 baru sekalipun. bila berborak, timbul soal pasangan atau cinta. n mgkin juga kawan2 kita tu da berpunya, xkira samada tgh berkapel, bertunang, atau pun berkahwin (or mgkin juga single lagi). tetapi kebanyakan yg kita jmpa selalu nya sudah punya pasangan (terutama bg yg berumur 25 ke atas). kadang kita kerap diajukan persoalan begini, " eh kenapa ko xkapel lagi? memilih sgt la tu... " agak familiar? ya sebenarnya situasi atau soalan begini agak kerap terjadi dikala kita menginjak dewasa dimana kebanyakan rakan sebaya sudah pun memulakan hidup dengan pasangan sedangkan kita masih kesorangan meniti kehidupan.
persoalan di sini, salah kah kita memilih? apa isunya kalau memg benar kita sgt memilih? salahkah kita mahukan yg terbaik untuk diri sendiri? sesetengah org yg agak bernasib baik, bertemu jodoh pada cinta pertama contohnya, mgkin tidak memahami sesetengah manusia yg kurang bernasib baik kerana kerap kali bertemu pasangan yg salah. dan mereka tidak mgkin memahami wisdom of choices... (dr segi memilih psgn)
dan secara peribadi, aku sndri sgt memilih. kerana aku dah dah dgr macam2 cerita kurang enak tntg lelaki. dan aku sndri memilih kerana aku tahu aku ada hak memilih dan layak memilih. korg bagaimana? pernah dicop sebagai memilih? dan apa sebab korg memilih?
jom sharing sama2  |
|