CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akukamudandia

LIVERPOOL FC : WELCOME MR. HODGSON..!! YWNA..!! :D

[Copy link]
Post time 19-11-2009 10:38 AM | Show all posts
rajin storm pepagi neh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2009 11:08 AM | Show all posts
rajin storm pepagi neh..
atai Post at 19-11-2009 10:38


slps 31/32 countries 4 africa2010 dh confirmkn qualification :pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 12:35 PM | Show all posts
"liberpool akan membeli-beli januari ini guna duit jualan roby kin" - lagi-lagi rapa
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 01:49 PM | Show all posts
Dilema Rafa.

LONDON: Rafael Benitez mengakui beliau pasti akan kecewa apabila menamatkan era bersama Liverpool tanpa sebarang gelaran Liga Perdana Inggeris, tetapi berkata, Liverpool akan tetap berbahagia walaupun ditakdirkan beraksi dalam Liga Europa, musim depan.

“Adalah lebih baik memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris berbanding satu lagi trofi Liga Juara-Juara,” katanya sambil menambah kegagalan kelab untuk mengikat Gareth Barry menyebabkan mereka gagal menjulang trofi Liga Perdana Inggeris, musim lalu, selain tidak memperbesarkan isu kegagalan Robbie Keane untuk menyerlah di Liverpool.

Berdasarkan kedudukan Liverpool yang ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Chelsea serta ketiadaan pemain berkualiti ketika pemain utama cedera, harapan Benitez untuk mencabar gelaran musim ini dilihat semakin tipis.

Bagaimanapun, Benitez yang pernah membawa Liga Juara-Juara ke Anfield pada 2005, semakin terdesak untuk memenangi gelaran tempatan.

Beliau memberitahu Times: “Semua orang tahu saya mahu menang setiap gelaran, setiap perlawanan. Tetapi jika anda tanya saya apa yang saya pilih, sudah pasti saya akan katakan Liga Perdana Inggeris. Jika saya tidak menang, sudah tentu saya kecewa.”

Ketika Benitez menyiapkan pasukan untuk bertandang ke Manchester City, beliau menjangkakan untuk melihat keupayaan Barry yang dikatakan mampu membantu pasukannya menang musim lalu.

“Anda tidak akan tahu,” katanya. “Bola sepak adalah sukan yang pelik. Rancangan kami ialah untuk membiarkan Barry bermain di sebelah kiri dan membuat hantaran kepada Robbie Keane yang akan berganding dengan Fernando Torres. Rancangan ini terpaksa dibatalkan.

“Masalah paling besar kami ialah Keane yang diikat Tottenham Hotspur sebelum kami menyelesaikan perjanjian dengan Barry.

“Ketika kami mahu mengikat Barry, kami sedar kami akan mendapat pemain yang hebat untuk beraksi di Liga Perdana. Keutamaan kami ialah Barry dan kemudian Keane.”

Ditanya mengenai kemungkinan untuk Liverpool kehilangan tempat keempat bagi menjamin tempat mereka di Liga Juara-Juara musim depan, Benitez kekal tidak berani membuat sebarang andaian. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 02:45 PM | Show all posts
mcm2 lahh benitez nihh...
layan mancity dulu baru leh ckp byk...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 03:03 PM | Show all posts
dia layan cakap dulu baru la layan manciteh........

jaga2 abe toreh nak sihat dah tu....johnson pun nak pulih tu...
smua pi jumpa plencente
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2009 03:55 PM | Show all posts


"Saya nak belajar dive ngan bung G dan dik ngok, itu sebab utama saya ubah angin" - Babah
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 04:21 PM | Show all posts
http://www.freeuploadimages.org/images/zfkrw5vs5ns8g02rh8u.jpg

"Saya nak belajar dive ngan bung G dan dik ngok, itu sebab utama saya ubah angin" - Babah
neo-painkillerz Post at 19-11-2009 15:55


Jersi number apa tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2009 04:26 PM | Show all posts
lom cetak...tu pun pinjam jersi roby kin - kata babah tempohari
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 04:32 PM | Show all posts
lom cetak...tu pun pinjam jersi roby kin - kata babah tempohari
neo-painkillerz Post at 19-11-2009 16:26


Patut la kedut semacam je. Rubikin ambik dari bawah katil lepas buat lapik kucing beranak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 04:40 PM | Show all posts
berba tak kena baling kasut ker?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 05:11 PM | Show all posts
berba xpandai diving..slalu kantoi..xlayak utk tim nehh :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2009 09:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by akukamudandia at 19-11-2009 21:48
haku nak tanya sket, part mana yang PALING BERSERI-SERI tu
ShadowChaser Post at 19-11-2009 08:40 AM


Wed. 4FTLyon1 - 1Liverpool
UEFA Champions League
Mon. 9FTLiverpool2 - 2Birmingham42,560English Premier League

kan berseri-seri tu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 09:33 AM | Show all posts
Main kot ngok minggu neh..


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 09:41 AM | Show all posts
aku dengar radio sinar pg td ckp tim ni nak amik van nestroy plak bln jan ni.. dah tak de pemain lain lagi ke tim ni nak beli..{:3_81:}
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 09:55 AM | Show all posts
aku dengar radio sinar pg td ckp tim ni nak amik van nestroy plak bln jan ni.. dah tak de pemain lain lagi ke tim ni nak beli..{:3_81:}
along3746 Post at 20-11-2009 09:41


Makin caroi la nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2009 10:34 AM | Show all posts
musim cari player murah2 jer ker? xnak join chelsea ngan citeh shopping?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 11:15 AM | Show all posts
Benitez buka buku baru jumpa City
LIVERPOOL, England - Rafael Benitez yang berada di ambang pemecatan percaya Liverpool mampu memulakan detik cemas tentang nasib mereka dengan mencatat kemenangan ke atas Manchester City di Anfield, hari ini.

Sinonimnya, kedua-dua pasukan sedang terdesak mencari kemenangan. Begitu juga kedudukan pengurus mereka yang makin tertekan.

Namun jika Mark Hughes merasakan nasibnya makin terancam gara-gara lima keputusan seri terbaru mereka, Benitez lebih teruk dari itu.

Skuad pengendali dari Sepanyol itu bukan sahaja semakin jauh ditinggalkan dalam Liga Perdana England malah kemungkinan tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah hampir menjadi kenyataan.

Bukan itu sahaja, peluang Liverpool layak kembali dalam saingan Eropah untuk musim depan juga berada dalam bahaya.

Ini semua gara-gara hanya mampu mencatat satu kemenangan daripada sembilan perlawanan dalam pelbagai pertandingan sejak kebelakangan ini.

Keadaan itu menyebabkan penyokong Liverpool mula mempersoalkan kewibawaan Benitez buat kali pertama sejak tiba di Anfield pada 2004.

Dengan mencatat lima kekalahan dalam liga domestik setakat ini, Liverpool tidak mampu menerima satu lagi kekecewaan di tempat sendiri apabila menentang City nanti.

Namun Benitez tidak langsung berminat memperkatakan tentang nasibnya tetapi percaya segala-galanya boleh berubah dalam sekelip mata.

"Kita kena melihat keadaan ini menerusi perspektif yang luas. Memang kami ada masalah dan melakukan kesilapan tetapi kami tidak berapa jauh ketinggalan.

"Mungkin kami perlu buka buku baru. Menang ke atas City akan menjadi penyuntik semangat kepada semua orang dan jika itu berlaku, kami mampu kembali ke tahap sebenar.

"Saya percaya segala-galanya akan berubah jika menang dengan City. Selepas itu bolehlah kami bergerak maju ke depan," tegasnya.

Salah satu punca prestasi Liverpool merudum ketika ini adalah ketiadaan Steven Gerrard yang mengalami kecederaan sejak 10 Oktober lalu. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 11:17 AM | Show all posts
United silap tidak beli Torres
LONDON - Bekas penyerang England, Andy Cole percaya, Manchester United melakukan kesilapan besar kerana tidak berusaha membeli penyerang Liverpool, Fernando Torres.

Bekas bintang United itu 'terpukau' dengan penampilan Torres sejak dia tiba dari Atletico Madrid ke Anfield pada 2007, malah mendakwa beberapa bintang di Old Trofford turut merasai perkara yang sama.

"Tidak membeli Torres merupakan kesilapan besar dan beberapa pemain United ketika ini turut bercakap tentang perkara yang sama kepada saya, dia seorang pemain yang hebat.

"Torres memukau saya sejak tiba dari Atletico Madrid kerana dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Liga Perdana sama sekali berbeza dengan Primera Liga (Liga Sepanyol) tetapi anda tidak akan tahu bila melihat aksi Torres.

"Dia mengingatkan saya kepada penyerang terhebat Liverpool, Ian Rush. Kadang kala, Torres meletakkan dirinya seperti tidak berminat untuk menyerang tetapi tiba-tiba saja dia boleh mencipta gerakan hebat dengan bola sudah berada di kakinya.

"Permainan Torres bukan sekadar dalam kotak penalti tetapi dia paling berbahaya di dalam kawasan itu kerana kemampuannya mengawal bola membolehkan dia mencipta ruang dan peluang yang bahaya,'' ujar Cole.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, jurulatih Liverpool, Rafael Benitez meminta Alberto Aquilani bersabar sebelum dapat membuat impak dalam bola sepak Inggeris.

Pemain antarabangsa Itali itu masih belum membuat kemunculan dalam kesebelasan utama pasukan sejak tiba dari AS Roma, Mac lalu akibat kecederaan buku lali.

Bagaimanapun Aquilani semakin hampir untuk berada dalam kesebelasan Benitez meskipun ia mengambil sedikit masa sebagai langkah berjaga-jaga.

"Alberto mahu bermain untuk kami dan dia amat terdesak untuk terlibat dengan cepat tetapi dia kena faham sebab mengapa dia masih belum boleh bermula.

"Dia kena memperbaiki keadaannya dulu, dia cuma perlu bersabar kejap tetapi masanya sudah begitu hampir.

"Dia seorang yang sangat positif dan ingin membantu pasukan sekarang tetapi anda kena ingat kami ada tanggungjawab terhadapnya dan kami tidak mahu ambil risiko di peringkat ini.

"Kami kena terus menganalisis situasi dan melihat perkembangannya pada setiap sesi latihan tetapi kami tahu masa yang tepat akan tiba, dia punya mentaliti yang baik,'' kata Benitez.

Dua penampilan Aquilani sebagai pemain gantian sebelum ini cukup untuk menyerlahkan bakat yang dimiliki pemain itu, dan Benitez turut berpuas hati dan prestasinya ketika sesi latihan. - AGENSI
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 11:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by along3746 at 21-11-2009 12:53

Liverpool mampu benam Man. City

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1121/Kosmo/Sukan/su_07.1.jpg
GERRARD akan kembali mengetuai jentera tengah Liverpool malam ini.

--------------------------------------------------------------------------------


LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez optimis skuad kendaliannya mampu bangkit bagi mengharungi baki saingan Liga Perdana England musim ini.

Hari ini, skuad The Reds itu akan melayan kunjungan Manchester City di Anfield.

Pastinya, Benitez mengharapkan anak-anak buahnya mencipta kemenangan di gelanggang sendiri bagi mengelakkan satu lagi tragedi.

Setakat ini, Liverpool telah mengalami lima kekalahan selepas mengharungi 12 perlawanan liga, sekali gus menyaksikan mereka ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Chelsea.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1121/Kosmo/Sukan/su_07.2.jpg
--------------------------------------------------------------------------------



"Kami menghadapi sedikit masalah dan membuat beberapa kesilapan tetapi semua itu tidak pernah melunturkan semangat kami.

"Mungkin kami boleh bermula daripada sekarang. Menang menentang City akan memberi semangat kepada setiap pemain.

"Saya yakin seratus peratus segala-galanya akan berbeza jika kami mampu menewaskan City," kata Benitez.

Salah satu faktor kemerosotan prestasi Liverpool ialah disebabkan ketiadaan kapten Steven Gerrard yang hanya beraksi 70 minit bersama The Reds sejak dia mengalami kecederaan pangkal paha pada 10 Oktober lalu.

Gerrard hanya dimasukkan sebagai pemain gantian ketika Liverpool seri 2-2 dengan Birmingham City pada 9 November lalu.

"Selepas perlawanan dengan Birmingham, saya terpaksa berehat dua atau tiga hari untuk kembali pulih tetapi sebelum itu, saya terpaksa berehat agak lama.

"Tetapi kini semuanya sudah pulih seperti sediakala dan saya sudah bersedia mengharungi perlawanan minggu ini," kata Gerrard. - Agensi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.063416 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list