CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ajis_kg

GiRL TaNyE! GeNtLeMaN JaWaB!

[Copy link]
Post time 7-7-2006 01:13 PM | Show all posts
kalian tengah bincang apa ni ;)
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 7-7-2006 02:27 PM | Show all posts
aku ada kemusykilan ni.. harap2 nye lelaki2 yg berwibawa di sini dapatlah memberi jawapan yg bole memuaskan hati aku ni..

1- kenapa lelaki masih sanggup meneruskan niat kawin 2-3-4 walaupun takde kemampuan dari segala segi kecuali dari segi napsu yang besar?

2- kenapa gatal kawin 2-3-4 padahal anak2 yg dah sedia ada tak mampu diberi didikan yang sempurna?

3- kenapa nafsu korang yg ada 1 tu jek payah sangat nak puas sampai sanggup berzina segala?

sekian untuk kali ini. bertemu lagi di sesi akan datang..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 02:52 PM | Show all posts

Cik Dahlia yang harum umpamanya bunga dahlia yang kembang mewangi,

1. Walaupun dari segi kemampuan tidak sanggup, tapi bila ada kaum hawa yang sanggup menerima kami seadanya tanpa mementingkan harta benda, tidak materialistik, dan sanggup berkongsi hidup. Apakah akan ada kaum adam yang menolak. Tambahan pula si hawa tersebut dalam kesepian dan perlukan seorang lelaki sebagai teman untuk meluahkan perasaan juga teman meredakan nafsu yang bergelora. Dengan adanya perkahwinan dapat menghindarkan kedua-duanya ke lembah zina yang hina dan juga lain-laian anasir yang tidak sihat.
Nafsu yang besar? Hm... nafsu lelaki dikatakan besar bila si iateri sendiri tidak dapat melayani kehendak suami. Hendak berdayung ke hujung lautan, apakan daya lautan kering kemaraunya panjang. Apakah ada perempuan yang sanggup kawin dengan lelaki yang tiada nafsu @ mati pucuk?

2. Soal didikan ini bagaikan mengata dulang paku serpih. Dalam institusi rumahtangga yang normal, tugas pertama si suami yang mencari rezeki yang halal. Manakala tugas utama di isteri ialah menguruskan rumahtangga agar teratur dan memberi didikan kepada anak-anak. manakala tugas suami dalam hal ini sebagai pembantu dalam menetapkan arah tujuan rumahtangga tersebut. Jika anak-anak tidak terdidik dengan betul siapakah yang perlu disalahkan? Si ayah yang keluar mencari rezeki atau si ibu yang sentiasa terluang masa bersama si anak? Di dalam budaya sekarang masalah ini timbul bila, kaum hawa ingin menjadi kaum adam dan cuba meletak tanggungjawab sebenar kaum hawa di bahu kaum adam.

3. Kaum adam barangkali sanggup berzina kerana di goda ke tahap yang maximum oleh kaum.......hawa ke kaum adam... entah lupa pulak!!! Its take two to tango, my dear!!

Majulah lelaki untuk negara

Sekian harap maklum
Hang Man

[ Last edited by  Hang at 7-7-2006 02:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 02:55 PM | Show all posts
betul lah tu..its takes two to tango..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 03:00 PM | Show all posts
Originally posted by Hang at 7-7-2006 02:52 PM

Cik Dahlia yang harum umpamanya bunga dahlia yang kembang mewangi,

1. Walaupun dari segi kemampuan tidak sanggup, tapi bila ada kaum hawa yang sanggup menerima kami seadanya tanpa mementingkan harta benda, tidak materialistik, dan sanggup berkongsi hidup. Apakah akan ada kaum adam yang menolak. Tambahan pula si hawa tersebut dalam kesepian dan perlukan seorang lelaki sebagai teman untuk meluahkan perasaan juga teman meredakan nafsu yang bergelora. Dengan adanya perkahwinan dapat menghindarkan kedua-duanya ke lembah zina yang hina dan juga lain-laian anasir yang tidak sihat.
Nafsu yang besar? Hm... nafsu lelaki dikatakan besar bila si iateri sendiri tidak dapat melayani kehendak suami. Hendak berdayung ke hujung lautan, apakan daya lautan kering kemaraunya panjang. Apakah ada perempuan yang sanggup kawin dengan lelaki yang tiada nafsu @ mati pucuk?

2. Soal didikan ini bagaikan mengata dulang paku serpih. Dalam institusi rumahtangga yang normal, tugas pertama si suami yang mencari rezeki yang halal. Manakala tugas utama di isteri ialah menguruskan rumahtangga agar teratur dan memberi didikan kepada anak-anak. manakala tugas suami dalam hal ini sebagai pembantu dalam menetapkan arah tujuan rumahtangga tersebut. Jika anak-anak tidak terdidik dengan betul siapakah yang perlu disalahkan? Si ayah yang keluar mencari rezeki atau si ibu yang sentiasa terluang masa bersama si anak? Di dalam budaya sekarang masalah ini timbul bila, kaum hawa ingin menjadi kaum adam dan cuba meletak tanggungjawab sebenar kaum hawa di bahu kaum adam.

3. Kaum adam barangkali sanggup berzina kerana di goda ke tahap yang maximum oleh kaum.......hawa ke kaum adam... entah lupa pulak!!! Its two to tango, my dear!!

Majulah lelaki untuk negara

Sekian harap maklum
Hang Man

...
Encik Hang..Cik Dahlia..Cik Midori

Intan tak berani kata tidak bagi jawapan Hang terhadap soalan nombor 1 tu. Kalau orang lelaki nak, tapi tak de prempuan yang nak tentu tak jadi. Kerana ader sebahagian dari kaum wanita sendiri tidak dapat melihat atau dengan kat lainnya buta terhadap penderitaan orang lian, Mereka ini merupakan golongan yang tidak peka. jadi kita tak boleh nak kata apa.

Tapi bagi soklan kedua tu. heheh...jangan silap..lelaki tu kan nakhoda. kalua dah nakhoda gagal...kira gal lah semua. jangan nak salahkan naib nakhoda plak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 03:25 PM | Show all posts
bagi aku no. 1 tu cuma pendapat Hang sajer.. aku lebih suka tengok case by case basis..org laki yg kawen byk tu..betul ker pasangan dia tu menerima dia seadanyer?, bukan pasal harta or whatsoever lain? betul ker laki yg kawen lebih tu isterinyer tak dpt melayani kehendaknyer atau dia sendiri rasa was-was akan kebolehan diri dia sendiri? betul ker hanya hawa jer yg rasa kesepian..bagaimana plak ngan pihak adam sendiri? bukankah dia juga seorg manusia? punya prasaan sama seperti hawa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2006 03:50 PM | Show all posts
Originally posted by midori88 at 7-7-2006 03:25 PM
bagi aku no. 1 tu cuma pendapat Hang sajer.. aku lebih suka tengok case by case basis..org laki yg kawen byk tu..betul ker pasangan dia tu menerima dia seadanyer?, bukan pasal harta or whatsoever l ...

:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 04:24 PM | Show all posts

Reply #1082 dahlia976's post

rasanya isu ni pernah dinaikkan dulu dalam thread lain..
maleh nak komen pasal isu ni pasal tak larat nak repeat apa yang dikata dalam thread tu..  nanti pro-poligami semua naik angin kena fire dengan aku sekali lagi..  sori la, aku kalau start cakap tak bertapis, takde nak hormat kat orang dah..

tukar topik le..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 8-7-2006 01:22 PM | Show all posts
apa citer yer kat sini?
lama x msk. bukan x nk msk... tp x boleh msk... hihihi...

tlg sampaikan slm aku kat ajis k. ckp kalau ada masa.... tepon la aku...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 01:39 PM | Show all posts
tuk soalan ke 2 plak..pasal didikan anak2 tuh..bagi aku..masa buat dulu sama2 kan? awat masa mendidik nak kena tolak kat sebelah pihak plak..kerjasama takleh ker? kalu aku..nak blame2 nie..aku  blamekan dedua skali..yg nakhoda tu tak reti nak kontrol kapal dia..yg naib nakhoda tu pun sama gak..dah tau nakhoda tu salah jalan..tapi tak buat apa2..bagus sgt lah tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 02:35 PM | Show all posts
sambungan pertanyaan aku utk kaum laki:

1) kenapa laki suka sgt buat ayat yg ntah apa2 je utk pikat pompuan?
2) kenapa laki suka kelentong?
3) kenapa laki suka ckp yg tak senonoh?
4) kenapa laki suka lepas tgn bila ada masalah?

sila jwb dgn ikhlas n jujur...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 02:39 PM | Show all posts
Originally posted by Hang at 7-7-2006 02:52 PM

Cik Dahlia yang harum umpamanya bunga dahlia yang kembang mewangi,

1. Walaupun dari segi kemampuan tidak sanggup, tapi bila ada kaum hawa yang sanggup menerima kami seadanya tanpa mementingk ...

hang aku nak tanya ko, tapi ko kena jawab dgn jujur..ko sanggup tak kawin lbh dari satu dgn alasan isteri ko tak dpt memuaskan nafsu ko...ko sanggup tak tgk bini ko sedih??

jwb jgn tak jwb..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by putri22 at 8-7-2006 02:39 PM

hang aku nak tanya ko, tapi ko kena jawab dgn jujur..ko sanggup tak kawin lbh dari satu dgn alasan isteri ko tak dpt memuaskan nafsu ko...ko sanggup tak tgk bini ko sedih??

jwb jgn tak jwb..

Dengan jujur aku menjawab,  i cuma tak sanggup melihat anak-anak aku bersedih. Jika anak-anak kata ok...maka ok lah...kalau tak... maka tak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 03:31 PM | Show all posts
Originally posted by putri22 at 8-7-2006 02:35 PM
sambungan pertanyaan aku utk kaum laki:

1) kenapa laki suka sgt buat ayat yg ntah apa2 je utk pikat pompuan?
2) kenapa laki suka kelentong?
3) kenapa laki suka ckp yg tak senonoh?
4) kenapa laki suka lepas tgn bila ada masalah?

sila jwb dgn ikhlas n jujur...

Tuan puteri yang makin berseri-seri,

1. Lelaki terpaksa membuat ayat-ayat yang entah apa-apa kerana jika ayatnya ringkas dan mudah, perempuan akan buat endah tak endah.Tapi kalau lelaki buat ayat yang entah apa-apa, naluri perempuan akan cuba menafsirkan satu persatu apa yang cuba diungkap oleh si lelaki tersebut. Ini akan membuat perempaun tertanya apakah maksudnya. Membuat perempuan teringat ayat-ayat itu, dengan kata lain teringatkan kami. So tak de perempuan tu teringatkan pakwenya yang lain. Di samping itu, lelaki terpaksa mencuba sesuatu yang agak sukar untuk memikat perempuan. Bukan semua lelaki pandai bermain kata-kata, jadi tak hairan setengah ayat menjadi tah apa-apa. Lagi pun untuk memikat hati  pompuan kami kena pegang pada prinsip " DO YOUR BEST AND EXPECT FOR THE WORST!'

2. Lelaki jarang nak kelentong orang yang dia sayangi. Cuma ada beberapa perkara yang dia tak mahu pihak perempaun tahu kerana belum sampai masanya. Bila pihak perempuan terlalu mendesak untuk tahu, maka si lelaki tadi menjadi tersepit antara memberitahu atau tidak. Oleh sebab itu kekadang alasan yang diberikan seolah-olah 'kelentong' tapi sebenarnya dia cuba menyembunyikan sesuatu rahsia yang ia akan singkapkan pada waktu yang sesuai.

3. Umumnya seantero dunia tahu bahwa perempuan lebih banyak bercakap dari lelaki. Jadi kata bahasa yang tersimpan di dalam otak lelaki agak kurang. Jadi mungkin bahasa yang digunakan agak tidak sesuai malah dianggap tidak senonoh. Dunia juga tahu, bahasa dalam fikiran lelaki sentiasa ada soal SEX dan yang sewaktu dengannya. Dan ini bergantung kepada sifat lelaki itu sendiri samada ia suka bercakap senonoh atau tidak. Jadi ini menjadi tanggungjawab puteri dan kaum hawa yang lain untuk memperbetulkan sikap ini jika kami tak terlepas. Kalau gf sendiri tak berani tegur, siapakah yang nak menegur kami?

4. Apakah lelaki yang sanggup merenangi lautan api akan lepas tangan terhadap sesuatu masalah?
Apakah lelaki yang sanggup merampas kaum hawa dari mulut naga sanggup lepas tangan?
Mereka yang lepas tangan itu belum lagi menjadi LELAKI, kerana lelaki amat mementingkan harga diri dan tanggungjawab.
Yang lepas tangan ialah mereka yang berasa telah menjadi LELAKI, tapi sayang mereka hanya Lelaki -lelaki yang kosong , lelaki yang berpura-pura menjadi lelaki.

Majulah lelaki untuk negara

Sekian harap maklum
Hang Man
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 04:24 PM | Show all posts
Originally posted by Hang at 7-7-2006 02:52 PM

Cik Dahlia yang harum umpamanya bunga dahlia yang kembang mewangi,

1. Walaupun dari segi kemampuan tidak sanggup, tapi bila ada kaum hawa yang sanggup menerima kami seadanya tanpa mementingk ...

Hang, aku ni komen bukan lah mewakili kaum pompuan, tapi more on personally opinion, kalau ko tak suka ko hentam aku lah, jgn hentam orng perempuan in general. Aku pernah keje kat corporate, pas tu berenti keje sbb jaga anak2 aku. Laki aku tak suruh aku yang nak. Masa aku tak keje, aku kesian sangt tgk laki aku, bukan gaji dia kecik sangt. Tapi struggle jugak nak keep up with the monthly bills. Anak2 dah masuk full time sekolah, laki aku suh keje, dia kata belajarlah part time suruh aku upgrade akunya qualification. Dia supportive gila, tolong jaga kan anak2..tak pernah nak mengungkit sape yang sepatutnya kene didik anak2.Suami dengan isteri tak sepatutnya pikir yang dia orng ade lists of job for themselves and the partner oblige to do certain jobs.It wont work men...Towards the end, tu yang asik mengungkit laki bini...

Aku tak cakap ko kolot..Aku tahu ko mesti somebody yang open mind...Tapi cara ko komen quite discriminating..Sape kata pompuan tak terima laki seadanya.Cuba ko tanya bini ko, apa yang ade dalam mind dia orng..Semuanya risau nanti in budak2 dah besar nak masuk college, duit lagi..semua duit cik Hang oi..Mungkin ko jarang berbincang ngan bini ko kot?????/
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2006 04:51 PM | Show all posts
Originally posted by conget at 8-7-2006 04:24 PM

Hang, aku ni komen bukan lah mewakili kaum pompuan, tapi more on personally opinion, kalau ko tak suka ko hentam aku lah, jgn hentam orng perempuan in general. Aku pernah keje kat corporate,  ...

Soklan yang dikemukakan oleh cik Dahlia itu menyalahkan lelaki sepenuhnya. Sebagai pasukan penjawab lelaki , haku terpaksa mempertahankan pendirian lelaki. Jika aku bersetuju dengan pendepat cik dahlia , kaum hawa akan naik toncang... tak nampak ada yang sebenarnya berlaku.

Dalam hal soklan cik dahlia ini, bukan soal DIDIKAN yang menjadi soal utama tapi soal POLIGAMI.Semuanya yang boleh dikaitkan dengan poligami nak diborong semuanya untuk memburukan kaum lelaki. Bukan semua lelaki begitu. Lebih banyak lelaki yang menghargai isteri mereka tapi bila perempuan merendahkan tidak menghargai status mereka sebagai seorang isteri.. segala berkemungkinan berlaku.

Disini aku nak citer kisah soklan aku pada seorang usahawan & isteri yang berjaya dalam business dan layak untuk kawin 2, 3 ker 4.

Haku : Makcik..tak takut, pakcik tu kawin sorang lagi... Makcik tak ikut pun dia kemana-mana pakcik pi berjalan.
Makcik : Hang... pakcik tu kalau aku tahan dia tak bagi  menikah, dia menikah juga. Aku pun tak larat nak layan dah tua ni. Dia nak menikah aku pun tak kisah.
...........................................................................................
Haku: Pakcik ni dah kaya, makcik pun pun bagi lampu hijau. Bila nak tambah satu lagi.
Pakcik tu : Hang, aku bukan apa. Bukan tak mau menikah, tapi aku teringat masa aku mula keja askar dulu, makcik hang guna seterika arang tu la dok gosok baju aku. Bila aku kenang masa aku susah dulu, dia pun sama susah. Dah kaya takkan aku tak sampai hati nak menikah satu lagi.

Cukup la aku story setakat tu. Cuma balik fikir.... apakah lelaki tidak menghargai pengorbanan seorang isteri? Apakah pengorbanan yang isteri lakukan atau pihak suami sahaja yang berkorban?

Majulah lelaki untuk negara

sekian harap maklum
Hang Man
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 8-7-2006 07:51 PM | Show all posts
hmm...hang hang..pandai ko jawab kan..
utk soklan 1,2,3,4....
anyway bukan semua lelaki sama macam hang cakap...
byk skrg nih lelaki yang tak tahu gune akal yang sembilan. guna nafsu je yg satu..
cube la bagi penyataan berdasarkan ape yg telah terjadi zaman skrg..

ade btol ade salah..but kaum hawa mestilah ingt, kadang2 korang dah tahu lelaki macam tu,
nape pulak korang terlibat same..=p

mr_mrs_smith still in love forever and ever!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2006 08:01 AM | Show all posts
HaLi-HaLi SoaLaN Same JugaK.. PusIng2-PusIng PoN SaMe GaK.. aYoooo..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by ajis_kg at 10-7-2006 08:01 AM
HaLi-HaLi SoaLaN Same JugaK.. PusIng2-PusIng PoN SaMe GaK.. aYoooo..

entah la ajis...
kaum hawa memang tak berpuas hati dengan jawapan kita selagi kita tak mengaku salah... tapi nak mengaku salah buat apa kalau dah memang tak salah...
kalau ada soklan macam ni lagi... minta abang jazim tolong jawabkan dengan mortar, mesin gun ke bom atom ker...
susah betul... mulut tempayan senang ditutup, tapi kalau mulut perempuan tu... payah ler sikit....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2006 08:59 AM | Show all posts
Originally posted by Hang at 10-7-2006 08:40 AM

entah la ajis...
kaum hawa memang tak berpuas hati dengan jawapan kita selagi kita tak mengaku salah... tapi nak mengaku salah buat apa kalau dah memang tak salah...
kalau ada soklan macam ni ...

Yg HaKu heRaN SgT HaNg! DaH BaGi JaWaPaN PoN dIe Dok NaK beLiT LaGi.. NaK PusIng2 MoGa Kite TersasUl Yg KiTe DaH waT SaLaH.. DaH Kite xPLaIn.. DaH CaKaP Kite EgO PLaK DaH!:nerd:...

PasTu MunCuL PlaK MaNe2 NewBie Yg sOkoNg KeNyaTaaN Die OrG.. StraTeGi ZaMaN JePuN BeTuL Laa... :tq:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.047270 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list