|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
![](http://farm4.static.flickr.com/3096/2684966248_fc619586b7.jpg)
Husain..
Mak cik cakap kan suami Mak cik macam Husain..
Suka meronda ronda...
Di Arafah ke...di Mina ke..
Yang ni kat airport Haji...
Merayau rayau sementara tunggu penerbangan balik ke Malaysia.
Sempat interview Pekerja airport musim Haji tengah makan nasi dalam talam..
Nasi mandi kambing kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://farm4.static.flickr.com/3114/2684559493_c7deaa79a1.jpg)
Sempat lagi merayau rayau cari makan sementara menunggu penerbangan
pulang ke Malaysia .Haji 1999.
Cari makan kat Airport Haji. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://farm4.static.flickr.com/3227/2685387288_4e6b35016c.jpg)
Madinatul Hujaj - Jeddah:
Menginap di Madinatul Hujaj
Pemeriksaan/Penimbangan Barang
Disediakan Katering.
Tempat transit sebelum Berangkat menuju Airport King Abdul Aziz Jedah |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://farm3.static.flickr.com/2033/2135749239_23112bd0c4_b.jpg)
Fadhilat hari Arafah
Hari Arafah mempunyai banyak kelebihan sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadis.
Maksud hadis daripada Nabi Muhammad S.A.W. :-
"Wukuf yang kamu lakukan pada hari Arafah,
sesungguhnya Allah turun ke langit dunia (paling bawah) dan berbangga-bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firmanNya
"Hamba-hambaKu datang dari segenap pelusuk dunia yang jauh, dalam keadaan tidak terurus dan berdebu-debu tubuh mereka,
semata-mata mengharapkan syurgaKu.
Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih di lautan nescaya
Aku akan menghapuskan kesemuanya.
Allah berfirman :
"Keluarlah kamu daripada Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu
dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka."
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bazzar.
Maksud hadis :-
"Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah, dan sebaik-baik ucapan yang ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah:
لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian, dan Di berkuasa ke atas setiap sesuatu"
Sunan At-Tarmizi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 20-7-2008 05:07 PM ![](http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
biasalah bila kalut semua kita lupa...kecian dekat pakcik n makcik yg dah tua..kadang cepat jer hilang ..
Itulah kalau ada kemampuan pilah Haji masa muda..
Macam macam cara nak memudahkan Jemaah Haji...
Rumah diletakkan nama yang senang ingat...
Buah Buahan...Rumah Manggis...Rambutan...
Kenderaan......Helikopter..Kereta..
Teringat pada musim Haji dulu..
Ada jemaah Haji tersesat sampai ke Tempat Pakej ..
Dia tak tahu nak balik ke Rumah dia..maktab dia...
Dia cakap rumah dia Rumah or Maktab Manggis...
Cari Pegawai Tabung Haji...
So Pegawai Tabung Haji yg bawa Jemaah tu balik... |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://farm3.static.flickr.com/2129/2220380007_9402b021fc_o.jpg)
cantik sungguh gambar ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://farm3.static.flickr.com/2154/2135748529_5131149b5c_b.jpg)
Kelihatan Jemaah Haji tu membawa anak kecil.
Kuat betul semangatnya ..
Keletihan sampai tertidur... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1079 aziefa's post
sungguh cantik pemandangan ini...memang mengalir air mata bila matahari kian tenggelam...berakhirlah satu episod dalam kehidupan kita dan entah bila dapat berkunjung lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1079 aziefa's post
Salam semua dan salam ceria Hajjah:flower:
Dah lama tak masuk sini sebab tak berkesempatan. Tengok gambar yang dipaste di sini terbayang bayang bagaimana kami wukuf di Arafah. Seperti kata Hajjah entah bila lagi dapat merasa Wukuf di Arafah. Satu pengalaman yang paling indah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1091 IDB's post
Salam Hajjah/Haji IDB
Sewaktu berada di Arafah Ustaz yang bimbing kami berzikir sepanjang malam sama seperti bacaan di Astro Oasis Indahnya Iman. Channel tu mengimbau kenangan di Arafah. |
|
|
|
|
|
|
|
yeyyyyy dah nampak page ( Akak tiru rina )
Assalamualaikum semua....
Rajin rajinlah datang kat Rumah yg dah hampir Tanah mendap... |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/f/f3/YosriPadangArafah2004.jpg/800px-YosriPadangArafah2004.jpg)
![](http://hasanalsaggaf.files.wordpress.com/2008/03/foto-padang-arafat-th-1918.jpg)
Perbezaan di Padang Arafah..
Tahun 1920 dan 2004...
1920.....Tandusnya tak de pokok...
2004.....Banyak ditumbuhi kehijauan pokok... |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN MALAYSIA ONLINE.
'Qardhul Hasan' untuk golongan muda tunai haji
KUALA LUMPUR 17 Julai 2008
Seorang anggota Dewan Negara hari ini menyarankan Lembaga Tabung Haji (TH) dan
institusi kewangan Islam memberi pinjaman tanpa faedah mengikut kaedah "Qardhul Hasan"
untuk golongan muda menunaikan fardu haji.
Senator Mumtaz Md. Nawi berkata, pinjaman itu wajar diberi kepada umat Islam yang layak
sebagai usaha menggalakkan mereka menunaikan haji atau umrah pada usia masih muda.
"Sekiranya mereka dibenarkan untuk meminjam 40 peratus daripada pendapatan
untuk membiayai kos melancong ke luar negara, membiayai rumah dan kereta mewah,
jadi amat wajar pihak institusi kewangan Islam dan swasta membiayai sebahagian
atau sepenuhnya kos umrah atau haji ini," katanya.
Qardhul Hasan ialah satu kaedah yang mensyaratkan peminjam hanya
perlu membayar balik wang dipinjam tanpa sebarang faedah atau riba.
Beliau mengemukakan cadangan itu ketika membahaskan usul
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) hari ini.
"Masalahnya, rakyat kita akan menabung dan mendaftar haji di TH setelah berusia lanjut.
"Ini akan memberi kesan ketika menunaikan haji kerana ibadah itu memerlukan stamina yang kuat
dan akan menyukarkan mereka yang usia lanjut berbanding jika menunaikan haji semasa muda," kata Mumtaz.
Selain itu, katanya bagi pendeposit dan pendaftaran haji pada tahun ini,
mereka hanya layak menunaikan haji pada 2021.
Senator itu juga mencadangkan diwujudkan program bagi memastikan semua kakitangan awam
dan swasta menjunjung tinggi suruhan agama dengan mengutamakan solat lima waktu.
"Ini ialah serampang tiga mata kepada negara kerana ia dapat mendisiplinkan individu,
melahirkan kakitangan yang komited serta amanah kepada kerja dan Tuhan," kata Mumtaz.
Persidangan bersambung Isnin depan.
- Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aily at 21-7-2008 09:19 AM ![](http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Salam semua dan salam ceria Hajjah:flower:
Dah lama tak masuk sini sebab tak berkesempatan. Tengok gambar yang dipaste di sini terbayang bayang bagaimana kami wukuf di Arafah. Seperti kata Ha ...
Walaikumsalam...
Lama tak nampak Kak Aily dlm thread ni...
Begitu juga dgn Kak Ros...
Lama dah Kak Ros tak menyampuk dlm thread ni..
Sibuk ditempat kerja ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1098 aziefa's post
ooo..kak zie kat umah ustaz...rupanya...patut la lemon tunggu akak kat umah sebelah tak der orang..... ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|