|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Edited by elia201 at 16-3-2015 01:14 AM
" Abang mimpi buruk pasal anak kita. Abang tak sedap hati. Maz nak ikut abang tengok Jie tak?" Bayangan tadi sangat nyata. Dato' Hanafi tak senang selagi tidak melihat sendiri keadaan anak bongsunya. Takut musibah menimpa Jie.
Dato' Hanafi sempat menghubungi Zulkarnain. Pengawal peribadinya dikerah supaya meninjau keadaan dikediaman Rayyan. Mana tahu anaknya dalam bahaya.
Cukuplah sekali Dato' Hanafi berdepan kejutan anaknya cedera parah terkena tembakan sehingga nyaris mencabut nyawa. Kasih sayang yang tertumpah buat Jie lebih dari segalanya.
Malah melebihi dari nyawanya sendiri ! Ya Allah, selamatkanlah anakku dari sebarang bahaya ! Doa dipinta dalam hati. Takut kehilangan zuriat yang disayangi. Sedar diri hanya manusia biasa yang lemah, Dato' Hanafi tetap mencuba sedaya upaya melindungi keluarganya.
Maznah hanya menurut langkah suaminya. Berlari pantas mengikut suaminya menuju ke kereta. Naluri keibuannya kuat mengatakan ada bala bakal menimpa Jie. Mungkin saja Jie sedang diancam bahaya.
Auston Martin meluncur laju membelah kesunyian pagi. Dato' Hanafi tidak sabar menemui anak bongsunya. Berharap mimpi tadi hanya mainan tidur. |
|
|
|
|
|
|
|
Hhmmm... Tak habis lg derita si jie ni ya TT... |
|
|
|
|
|
|
|
Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi namun mata Jie kekal segar. Tidak mengantuk !
Masih gigih menghadap komputer riba berskype dengan Zack dibilik bacaan memandangkan Rayyan sudah lama diulit mimpi. Tujuan Jie lebih kepada berkongsi maklumat tentang penemuan baru hasil siasatannya.
Tambahan pula, Jie memerlukan kepakaran Zack untuk membantunya menggodam data penting.
Adik iparnya memang 'hacker' terbaik ! Apa saja berkaitan gajet atau komputer serahkan saja pada Zack.
Siang tadi, Jie sempat singgah ke penjara dimana gadis menyamar sebagai jururawat yang cuba menculiknya ditahan.
Jie pasti gadis itu punya kaitan dengan pemilik Honda WSH 11 yang ditemui dibanglo tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 10-3-2015 10:05 AM
Ternyata telahan Jie benar ! Hanya perlu 'mengumpan' gadis itu dengan tawaran untuk membebaskan dari tahanan, sekelip mata semua rahsia berada dalam tangan.
Namun masih banyak lagi persoalan yang berlegar difikiran.Gadis menyamar sebagai jururawat atau nama sebenarnya Julia diupah oleh Azim untuk menculik Jie dihospital dan Azim telah berjanji akan membantunya andai tertangkap.
Malangnya, Azim memungkiri janji malah langsung tidak mempedulikan Julia yang melarat dipenjara sehinggalah Azim mati ditembak Zack pada malam penikahan Jie dan Ku Iz.
Julia kesal kerana percayakan Azim. Ternyata Azim bijak memanipulasi keadaan !
Julia memerlukan wang untuk menampung pengajiannya di salah sebuah pusat pengajian tinggi swasta.
Tergoda dengan tawaran lumayan Azim yang selama ini gemar menghabiskan duit ke atas dirinya. Tugas Julia hanya perlu menculik Ku Iz dan Jie yang kebetulan berdua sahaja dihospital pada masa itu.
Rancangan Azim mudah. Membuat Ku Iz pengsan kerana dikhuatiri Ku Iz akan melawan balas.
Kemudian, mengugut Jie untuk menurut kalau tak mahu Ku Iz dicederakan. Azim yakin Jie akan menyerah !
Sayang, rancangan mereka gagal kerana Azim tidak pernah terfikir Jie bijak mengawal keadaan sehingga mampu mengalahkan Julia. Sekaligus membuatkan Julia ditangkap.
Azim tidak dikenakan sebarang sabitan tuduhan kerana pengaruh kedua ibu bapanya !
Dunia memang tidak adil ! Hanya Julia yang dipersalahkan.
Jauh disudut hati, Jie juga bersimpati dengan nasib yang menimpa Julia. Mungkin terselit hikmah di sebalik kejadian ini.
"Bie... Are you ok?" Zack menyoal lewat Skype apabila melihat Jie tidak memberikan sebarang reaksi.
Kebelakangan ini baik Jie maupun Zack kerap menggunakan panggilan manja sewaktu bercinta dulu. Terbiasa. Atau ingin mengimbau kenangan dulu mungkin !
Jie tersentak. "Ok Bie ! You.." Jie baru teringat sesuatu. You tengok muka I serabut tak? Tak cantik ke..." Terngiang balik kata kata Rayyan tadi.
Zack hanya gelak. Meneliti wajah Jie diskrin. " I nampak you makin cantik adalah." Senyum sambil mata masih merenung skrin. Benar Jie sentiasa cantik walau tanpa secalit solekan. Natural beauty !
" I tak sabar nak spend my life dengan you , Bie ! You takkan mungkir janji you kan?" Mata bercahaya , mengharap. Zack sememangnya tak pernah berhenti cintakan Jie !
Sekali lagi Jie tersentak. Ternyata Zack serius dengan kata katanya inginkan Jie mengahwini dirinya setelah diceraikan Rayyan !
Kalau tak, masakan lelaki itu menagih Jie mengingati janji yang dibuat. Jie sayu. Senyum diukir sekadar untuk menjaga hati Zack.
Andai saja Zack tahu Jie hanya mempergunakan dirinya, Jie sendiri tak tahu reaksi yang bakal diterima. Mungkin adik iparnya akan membenci dirinya seumur hidup kerana Jie tega mempermainkan hati dan menghancurkan segala perancangan.
Tujuan Jie menjalin hubungan dengan Zack tak lebih dari sekadar untuk memporak perandakan keluarga Tengku Safiah. Hanya mahu membuat Rayyan dan Zack bermusuhan. Biar adik dan abang bergaduh berebutkan dirinya !
Niat Jie tak lebih dari membiarkan Tengku Safiah terpaku melihat bagaimana Jie menghancurkan perkahwinan Zack dan Zeeta yang disanjungnya. Sedar Mama mertuanya begitu menyayangi Zeeta lebih dari seorang menantu !
Sebagaimana Mama mertuanya mengugut akan menyuruh Khalid menceraikan kakaknya jika Jie masih bergelar isteri Rayyan. Jie mahu Tengku Safiah melihat perkahwinan anak bongsunya runtuh terlebih dahulu sebelum wanita anggun itu berani merosakkan kebahagiaan Viana !
Kali ini Jie takkan berdiam diri membiarkan wanita itu berbuat sesuka hati !
|
|
|
|
|
|
|
|
Kemudian, Jie merancang untuk membuat Rayyan menceraikan dirinya. Walau agak kejam dan melukakan hati sendiri, namun Jie mahu Rayyan menderita hidup tanpa dirinya !
Jie hanya ingin Tengku Safiah melihat dan merasa sendiri bagaimana sakitnya hati Jie tatkala melihat Faridah dicerca sehingga mengalirkan air mata.
Biar Mama mertuanya pula rasakan kesakitan melihat insan yang disayangi dilukakan !
Setelah itu, Jie akan memujuk Zack untuk mengikut kehendaknya berpindah ke US. Tempat mereka mula berkenalan dulu ! Jie tahu Zack pasti takkan menolak kerana lelaki itu tampak masih sangat cintakanya !
Jie mahu Tengku Safiah kehilangan anak lelaki bongsunya buat selama lamanya ! Barulah Jie puas hati !
Lantaran, Tengku Safiah juga punca Jie keguguran salah satu bayi yang dikandungnya. Jadi wanita itu akan mengerti kesedihan Jie apabila tiba masa Jie 'merampas' Zack dari hidupnya.
Namun, sekarang Jie tak sampai hati untuk meneruskan rancangan membalas dendamnya.
Patutkah Jie berterus terang saja dengan Zack? Jie keliru. Tak sanggup melukakan hati Zack.
"Bie..." Jie menghela nafas panjang.
" I ..." Lidah kelu tanpa bicara. Tak tahu bagaimana untuk memberitahu kepada Zack yang Jie masih mengandungkan zuriat Rayyan.
Kedengaran bunyi pasu jatuh dihalaman rumah. Jantung berdegup laju. Petanda bakal berlaku sesuatu yang buruk.
Jie segera memberitahu kepada Zack. Talian skype dimatikan namun Zack meminta Jie menghubunginya dan tidak sesekali membiarkan panggilan terputus. Jie hanya menurut kehendak Zack. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 10-3-2015 12:28 AM
Note 4 tergenggam erat. Jam tangan diatas meja dicapai lalu disarung ke pergelangan tangan. Senang Jie nak melihat waktu.
Berura ura untuk meninjau keadaan diluar. Laptop dishut down. Kaki melangkah menuju ke arah tingkap. Langsir diselak sedikit untuk mengintai ke luar. Jie tergamam.
Kedua pengawal yang sepatutnya menjaga kawasan kediamannya rebah tidak sedarkan diri diluar pagar ! Jie pantas mendapatkan Rayyan. Untuk membangunkan suaminya. Takut rumah mereka dicerobohi.
Sempat menyarung t shirt labuh dan juga seluar panjang menggantikan gaun tidur yang dipakainya. Telefon bimbit disimpan dalam poket dengan Zack masih ditalian.
Nafas dihela panjang untuk mendapatkan kekuatan. Berdoa memohon perlindungan dari musuh dan anasir jahat. Bersedia untuk melawan jika perlu.
Langkah diatur pelahan lahan menaiki tangga. Bersiaga. Jie perlu mendapatkan Rayyan terlebih dahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 10-3-2015 11:53 AM
Jie terkesima dengan aksi yang terpapar didepan mata. Rayyan dan setiausaha peribadinya sedang bergurau senda didalam bilik tidur mereka !
Tempat yang sepatutnya khusus untuk dirinya dan Rayyan ! Air mata mengalir laju. Sandiwara apa yang sedang berlaku ? Sungguh Jie tidak mengerti.
Jie kenal Rayyan ! Suaminya tak mungkin meniduri wanita lain ! Rayyan bukan lelaki seperti itu. Pasti ada penjelasan disebalik semua ini.
Pantas saja Jie mendekati Rayyan dan Juwita yang sedang berbaring di atas katil. Tubuh lampai Juwita ditarik, kasar. Hampir saja gadis itu tersungkur dibirai katil.
"Why are you here ?! At this hour, in my house, in my private room, on our bed with my husband now?! Jie menyoal tegas. Nada suara masih terkawal.
Rayyan dilihat seperti tidak mengendahkan kehadirannya. Jie umpama orang asing disitu. Suaminya sibuk memujuk rayu Juwita supaya kembali ke sisi.
"Puan Najiha.." Juwita senyum sinis. "Suami Puan call saya sebab rindukan saya ! Sampai terbawa dalam mimpi ! So saya datanglah sini temankan dia. Tak salahkan? Juwita mengusap rambut Rayyan." Betul tak Encik Rayyan?" Mata dihala ke arah Rayyan.
Suaminya hanya mengangguk , membenarkan saja kata kata Juwita.
Jie yakin Juwita melakukan sesuatu terhadap Rayyan. Rayyan kelihatan berbeza sekali ! Dungu !
"Apa you dah buat dengan suami I ha?!" Jie menghampiri Juwita. Kalau ikutkan amarah mungkin pipi gebu gadis itu bakal menjadi mangsa tamparan Jie.
"You rasa I dah buat apa?!" Juwita menyoal balik. "By the way, Puan Najiha husband you dah tak nak dekat you ! Mungkin you boleh packing barang you and berambus dari sini ! "Tubuh Jie ditolak kasar. Mujur saja Jie tidak terjatuh ! Risau kandungannya terjejas.
"Atau..." Juwita merenung lelaki yang bersekutu dengannya dibelakang Jie. "Tu.. " Jari ditunjuk ke satu arah."You boleh pergi ikut dia ! Dia dah bangun dari 'mati' semata mata untuk hidup dengan you !" Senyuman meleret dibibir. Mengejek Jie.
Jie berpaling ke arah belakang. Alangkah terperanjatnya Jie apabila melihat wajah itu !
"Azim?!" Mata Jie terbeliak. Tak percaya ! Segera berundur menjarakkan diri. Takut lelaki itu bertindak gila !
Fobia dengan kejadian 3 tahun lepas. Inilah lelaki yang cuba membunuhnya ! Tapi bukankah Azim sudah mati dibunuh Zack? Persoalan itu hanya terdetik dalam hati.
" Puas I cari you Najiha ! Rupanya you dekat sini ! Besar sangat rumah you ni. Susah I nak jumpa you !" Azim merenung wajah yang digilai separuh mati sejak kali pertama terpandang di Ohio. Tetap saja cantik memukau !
Perubahan masa langsung tidak mengubah fizikal Jie. Wanita itu masih lagi jelita seperti dulu. Bentuk badan tetap saja menggiurkan walau sudah bergelar isteri orang !
"Stay back, Azim !" Jie memberi amaran kepada Azim. Otak ligat memikir strategi melepaskan diri.
Azim tidak peduli. Mara menghampiri Jie. Terus saja tubuh Jie dirangkul kasar. Ghairah mencium leher Jie bertalu talu. Jie ditarik untuk menuruti kehendaknya.
"Ray tolong I. Please !" Cuba meraih bantuan dari Rayyan namun suaminya hanyut dalam pelukan Juwita !
Rayyan langsung tidak mengendahkan isterinya yang sedang diancam bahaya. Seronok membelai mesra pujaan hati.
Jie tiada pilihan lain ! Tak rela tubuhnya disentuh oleh lelaki keji seperti Azim. Jijik !
Satu tumbukan tepat dihadiahkan ke perut Azim. Lelaki itu tunduk menahan senak. Jie memanfaatkan peluang ini untuk lari.
"You melawan !" Azim meradang. Tindakan Jie mencabar kesabarannya.
"Jangan menyesal Najiha !" Amaran diberikan. Pantas saja mengejar Jie yang sedang menuruni tangga. Sempat mengisyaratkan orang suruhannya yang berada dibawah supaya menangkap Jie.
Jie mencapai pasu bunga di bucu tangga lalu dicampak ke lelaki yang diarah menangkapnya. Terkena pada kepala. Darah pekat mengalir. Lelaki itu rebah tidak sedarkan diri.
Halangan kedua adalah lelaki dipintu. Cermin kaca besar ditepinya diambil. Sepantas kilat Jie berlari ke arah pintu. Cermin dihempuk kuat ke kepala lelaki yang berjaga di pintu. Lelaki itu juga pengsan serta merta !
Dalam kekalutan keadaan di awal pagi, Jie sempat mencekup kunci kereta yang memang disangkut dibalik pintu. Ingin melarikan diri secepat mungkin dan pergi ke tempat selamat.
Jie terasa tubuhnya ditarik. Hampir saja menjerit ketakutan. Namun satu tangan kasar menekup mulutnya. Dalam gelap Jie tak pasti sama ada itu musuh atau manusia yang diutuskan untuk membantunya.
"Syyhh!! I ni, Zul !" Zulkarnain mengisyaratkan Jie supaya berdiam diri.
Panggilan yang diterima dari Dato' Hanafi membuatkan Zulkarnain cemas. Risaukan Jie.
Pantas saja memecut laju sampai ke sini. Terkejut melihat pengawal yang menjaga kawasan kediaman terbaring tidak sedarkan diri.
Lantas, Zulkarnain terus menghubungi polis dan mengkhabarkan kepada Dato' Hanafi yang masih dalam perjalanan ke mari. |
|
|
|
|
|
|
|
Jahat sungguh manusia2 durjana ni... Kesian jie |
|
|
|
|
|
|
|
kesian JIE ngan RAYYAN... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kan jie mcm2 yg berlaku... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 10-3-2015 03:53 PM
"You , kita kena pergi cepat." Jie separa berbisik. Takut ketahuan dan tertangkap.
Zulkarnain angguk. Pantas tangan Jie ditarik untuk mengikutinya. Perasan ada lelaki asing sedang menjaga pagar luar sewaktu Zulkarnain menyelinap masuk tadi. Mungkin orang suruhan penceroboh rumah Jie.
"Stop hiding, Najiha !" Kedengaran suara Azim melaung dari arah bertentangan. "You nak lari mana? Kalau dulu you terlepas kali ini you takkan selamat !" Mata Azim melilau mencari bayangan Jie. Pistol diacu ke kepala Rayyan.
" I pernah cakap kan, kalau I tak dapat you, lelaki lain tak boleh dapatkan you !" Tubuh Rayyan diseret kasar. "You surrender atau I akan bunuh suami you !" Amaran keras diberikan. "
"I takkan cederakan you Najiha ! I cintakan you ! I hidup hari ini hanya untuk jadikan you milik I !" Suasana masih sepi. Tiada jawapan balas dari Jie yang masih bersembunyi disisi Zulkarnain. Azim makin hilang sabar.
"I kira sampai 3 Najiha ! Kalau you tak serah diri, I akan bunuh Rayyan Hardy ! Kemudian I akan pastikan bekas kekasih you Zack mati ! Don't make thing complicated Najiha !" Tiada respon dari Jie.
"Ok fine !" Satu tembakan dilepaskan dihala ke kaki Rayyan. Rayyan mengaduh kesakitan.
|
|
|
|
|
|
|
|
sikit sangat n3nya...lagilah... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 13-3-2015 01:21 AM
Bunyi hentakan kedengaran pula. Rayyan melaung kesakitan. Kali ini lebih kuat dari tadi.
Jie goyah. Tak sampai hati mendengar suaminya terseksa.
Zulkarnain terpaksa menguatkan pegangan ke atas Jie untuk mengelakkan Jie tunduk menyerah kepada ugutan penceroboh itu. Otak masih mencari jalan untuk menyelamatkan diri.
Walau apa pun yang terjadi, Jie tak boleh jatuh ke tangan lelaki gila itu ! Zulkarnain tak rela melihat Jie disakiti.
"My last call Najiha !" Azim makin mendekati tempat persembunyian mereka.
"You pilih ! You nak suami you hidup atau I akan bunuh dia !" Mata Azim masih melilau mencari." I tahu you ada dekat sini ! I nak you tengok macam mana I bunuh suami you." Sebilah pisau tajam bergerigi dikeluarkan. Diacu tepat ke leher Rayyan.
"Please say your last word Rayyan Hardy !" Azim yakin Jie takkan tega melihat Rayyan mati.
Jie hanyut dengan emosi. Cinta pada Rayyan masih menebal."I'm sorry Zul !" Genggaman tangan Zulkarnain dilepaskan.
Zulkarnain tergamam. Tidak menduga tindakan berani Jie. Kesal kerana gagal menghalang.
Jie terus saja mendapatkan Azim. Wajah lelaki itu ditenung. "Apa yang you nak, Azim?!" Mata Azim ditentang. Kemarahan mula membara.
Azim tertawa terbahak bahak ! Sudah menduga Jie masuk perangkap ! Juwita disebelahnya sama ketawa mengejek.
Tidak terkecuali Rayyan ! Mata Jie melihat tiada sebarang kecederaan pada suaminya.
Jie mengerti kini. Azim cuma menggunakan Rayyan yang dibawah kawalan Juwita untuk memerangkapnya !
Azim senyum. Bahu Jie disentuh."I nak hidup dengan you. Be my wife Najiha ! I janji I akan buat you bahagia." Walau koma selama lebih dua tahun Azim masih tidak berjaya melupakan Jie. Matlamat hidup Azim hanya untuk memastikan Jie miliknya !
"In your dream !" Jie menepis tangan Azim.
Pergelutan berlaku antara pengawal yang diupah Dato'Hanafi dan orang suruhan Azim. Keadaan kelam kabut.
Jie segera berpaling. Terkejut ! Risaukan keadaan Zulkarnain.
Azim mengambil peluang keemasan ini untuk menarik Jie pergi. Pisau diacu tepat ke leher Jie. "Jangan melawan kalau you nak hidup Najiha !" Ugutan keras diberikan.
"Sesiapa berani halang aku, aku akan bunuh dia !" Azim nekad."Suruh mereka jangan kacau aku kalau nak Najiha selamat !" Arahan berbaur ancaman dikeluarkan.
Dato' Hanafi terpaku. Nyawa anak bongsunya dalam bahaya ! Segera diarahkan orang upahannya memberi laluan kepada Azim. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 10-3-2015 10:07 PM
"I promise I akan jaga you Najiha !" Azim segera menolak Jie masuk ke kereta yang sedia menanti sebelum mengambil tempat disebelah Jie.
Pemandunya diarahkan pergi meninggalkan kediaman Rayyan. Juwita akan menguruskan semua mengikut perancangan yang diatur. Selagi Rayyan dibawah pengaruh 'guna guna' Juwita segala rancangan mereka pasti berjalan lancar !
Azim senyum puas ! Jie kini berada dalam genggaman. Tunggu masa saja untuk menjadikan Jie hak mutlaknya. Bertahun Azim menunggu saat ini.
Rancangan seterusnya adalah untuk menghapuskan Zack ! Lelaki itu pernah cuba membunuhnya dan harus mati ! |
|
|
|
|
|
|
|
Jie perasan Zulkarnain berjaya mengekori mereka. Pantas memikir cara untuk mengalih perhatian Azim.
"Azim.." Jie bersuara lembut. Mengalah bukan kalah. Tangan lelaki itu disentuh. "Kita boleh berbincang ! You tak perlu buat semua kerja bahaya ini.. I tak nak ada pertumpahan darah lagi. Cukuplah kejadian 3 tahun lepas.. Jangan ulang mistake yang sama Azim.." Naluri kuat mengatakan Azim boleh disedarkan supaya kembali ke pangkal jalan. Masih belum terlambat !
Azim mendengus kasar. " I buat semua ini sebab you Najiha ! Kalau you terima I dulu, keadaan takkan jadi macam ini !" Tiap bicara yang keluar dari bibir Jie sewaktu masih di Ohio dulu terimbas kembali.
Jie menolak cintanya dengan alasan belum bersedia untuk bercinta ! Azim menganggap masih ada peluang untuknya memiliki hati Jie.
Keakraban Zack dan Jie pada masa itu membuatkan Azim rasa tercabar meskipun Zack adalah sahabat baiknya.
Jie tampak lebih menyenangi Zack berbanding dirinya. Azim cemburukan kemesraan mereka berdua ! Dendam membara terhadap Zack kerana berjaya mendapatkan perhatian Jie !
Justeru, Azim terus saja bersetuju untuk membantu Ku Iz yang pada masa itu tampak membenci Zack.
Entah apa permusuhan di antara mereka, Azim malas masuk campur. Tujuan hanya untuk mengenakan Zack.
Satu perkara penting yang Azim terlepas pandang Ku Iz juga sebenarnya memburu cinta Jie !
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 11-3-2015 11:55 PM
Malam itu, berdekatan North High Street, Azim ternampak Ku Iz memandu kereta menghala ke Le Meridien Columbus bersama seorang gadis disebelah.
Masak dengan perangai Ku Iz yang kaki perempuan, Azim hanya membiarkan ! Beranggapan gadis itu adalah Zarith Sofea atau mana mana gadis murahan yang selalu menemani Ku Iz.
Keesokan hari, Azim terkejut apabila Ku Iz meminta tolong menjadi saksi pernikahannya kerana masih kekurangan satu lagi saksi. Pada mulanya Azim fikirkan Ku Iz bergurau. Tak masuk akal kerana lelaki 'buaya' seperti Ku Iz memilih untuk berkahwin dalam usia yang sangat muda !
Namun apabila melihat pengantin perempuan yang bakal menikahi Ku Iz, Azim tersentak. Mana mungkin ini terjadi ! Jie dilihat endah tak endah saja saat menerima Ku Iz sebagai suami. Hanya Ku Iz saja yang tampak bersungguh.
Selama ini Ku Iz dan Jie tak pernah bersua sewaktu di Ohio. Mustahil untuk bercinta dan berkahwin ! Rupanya Ku Iz memang menjejaki Jie dari Malaysia sampai ke Columbus ! Ada sejarah silam antara mereka .
Dan, Azim yakin Jie sendiri tidak rela dinikahi.
Kebenaran terbongkar jua. Gadis yang dilihat bersama Ku Iz pada malam sebelum itu adalah Jie yang telah diberi pil supaya tidak sedarkan diri. Ku Iz mengambil kesempatan meniduri Jie semata mata memaksa gadis itu tunduk menjadi isterinya.
Azim diminta untuk merahsiakan pernikahan mereka. Itu adalah permintaan dari Jie sendiri.
Azim tahu Jie meletak syarat begitu supaya senang untuk bercerai dengan Ku Iz. Malah Jie juga bijak ! Perkahwinan mereka hanya atas kertas. Sekadar nama. Jie dan Ku Iz tidak hidup sebumbung seperti pasangan lain.
Cuma Ku Iz dilihat banyak berubah. Tiada lagi bertukar ganti perempuan. Jie juga semakin menjarakkan diri dari Zack. Mungkin kerana sedar diri sudah bergelar isteri.
Azim cuba mencari jalan untuk meruntuhkan perkahwinan Jie dan Ku Iz. Bila dapat tahu Zarith Sofea mengandungkan anak Ku Iz, Azim nampak peluang baik menanti.
Malangnya, Jie ditimpa kemalangan. Hilang ingatan dan lupa perkahwinan dengan Ku Iz.
Jie dan Zack kembali berhubungan rapat. Azim sakit hati apabila mengetahui Jie menerima lamaran Zack sebagai kekasih sedangkan selang beberapa bulan saja Jie menolak cintanya kerana tidak bersedia. Azim rasa tertipu !
Sejak itu Azim berdendam dengan Jie !
Pelbagai rancangan diatur bersama Zarith Sofea yang menganggap Jie perampas Ku Iz hanya untuk membuat Jie sengsara. Dendam itu kekal membara walaupun sudah pulang ke Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 13-3-2015 01:28 AM
Nissan Skyline GTR yang meluncur laju berhenti mengejut. Ada sebuah Audi R8 berjaya memintas kereta yang dipandunya dan menghalang laluan. Pemandu peribadi Azim meminta izin untuk keluar meninjau keadaan.
Azim tersedar dari khayalan. Leka. Jie mengambil kesempatan untuk merampas pistol dan pisau yang diletak bersebelahan. Masa untuk bertindak !
Pantas muncung pistol diacu tepat ke kepala Azim. "I nak you suruh driver you buka pintu untuk I ! Sekarang !!" Jie mengarah tegas.
"Come on Najiha !!" Azim senyum mengejek. " Just pull the trigger and shoot ! I dare you !" Yakin Jie tidak pandai mengendalikan senjata.
"You tak kenal siapa I !! "Picu pistol ditarik. "Do not ever underestimate me !!" Satu tembakan dihala ke bahu Azim. Lelaki itu mengaduh kesakitan.
Jie beralih ke pemandu peribadi Azim. "I nak kunci kereta sebelum I tembak mati dia !!" Jie menggertak.
Pemandu yang tidak mengerti punca Jie bertindak begitu panik. Bimbang Tuan Mudanya disakiti hanya menurut kata. Takut. Tangannya terketar menyerahkan kunci pada Jie. Kunci beralih tangan.
Jie terus keluar dari kereta. Sempat menembak kempis tayar GTR itu sebelum pergi mendapatkan Zulkarnain.
Zulkarnain lega. Tidak sempat menolong kerana Jie mampu mengawal keadaan sendirian. Syukur.
Buru buru masuk ke kereta yang memang tidak dimatikan enjin.
Jie tahu Azim ramai pengikut. Mujur saja mereka berpecah dan pemandu kereta Azim tidak menyedari keretanya diekori.
Melalui cermin pandang hadapan, Zulkarnain nampak ada sebuah kereta datang dari arah belakang dan berhenti bersebelahan GTR yang dinaiki Azim
Samar anak mata mengecam itu adalah antara penyangak yang ditemui tadi, segera memecut laju menuju ke tempat selamat.
Jie disebelah juga cemas. Tak sedar darah pekat mengalir membasahi tempat yang diduduki.Trauma. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 12-3-2015 09:14 AM
"Zul.." Jie tersentuh cairan pekat pada seluar yang dipakai. Darah ! Jantung berdegup kencang. Hampir saja pitam !
"Jiha you .." Zulkarnain hilang kata kata.Pemanduan dipercepatkan. Hala tuju adalah hospital ! Takut kandungan Jie terjejas.
"You sabar Jiha ! I akan pastikan you dan baby selamat !" Zulkarnain sukar memaafkan diri sendiri jika terjadi sesuatu ke atas Jie dan anak yang dikandungnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|