CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI X, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 4-8-2011 11:35 AM | Show all posts
Nakkkk ..   ntt akak pm ya... nk tanya kalu kita beli simcard zain ntt ,kalu nk call hp kat ...
AlongCute Post at 3-8-2011 09:34



Assalamualaikum...
Dah pm ...   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2011 11:36 AM | Show all posts
Reply  aziefa

Assalamualaikum azie...nnt tolong sampaikan salam saya
pada kak ros dan suami ye. ...
jellybee Post at 3-8-2011 13:22



Insyallah...   
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 12:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 5-8-2011 00:17

Rindu nak Solat Terawih kat Masjidil Haram.
Live Astro 106 Solat Terawih dari Masjidil haram..jam 3.30 am..




Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 10:09 AM | Show all posts
Salam semua...
Rindu sgt rasanya tengok gambar2 kat sini...rasa sayu mengenangkan pengalaman pertama menjejakkan kaki di tanah suci & pertama kali melihat kaabah...masa saya pegi bulan jun hari tu suhu agak panas & alhamdulillah saya sihat walafiat sepjg menjlnkan ibadah di sana..

Masa di sana  saya dh pasang niat nak bersolat di kwsan hijr ismail...hari2 & tiap masa saya tengok tempat tu penuh dgn jemaah yg berpusu2 dan berebut2 nak bersolat dlm kwsan hijr ismail tu sampai saya rasa ada ke peluang saya nak solat dalam tu...alhamdulillah saya dpt juga bersolat di situ dgn aman & lapang je tempat saya nak sujud tu...pas tu saya terfikir Subhanallah dgn keizinan Allah saya dapat juga solat di situ walaupun keadaan org penuh sesak sampai nmpk mcm xde ruang je nak bersolat...Allahu Akbar...saya bersyukur sgt2 pada Allah kerana telah mempermudahkan urusan saya di sana dan saya berhasrat nak pegi lagi ke tanah suci pada tahun depan kalau diiznikan Allah...Amin
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 10:51 AM | Show all posts
Assalamualaikum...

Selamat menunaikan ibadah Ramadan buat kawan2 semua..

entah kenapa hati tiba2 jadi sayu dan rinduu...
rindu pada tanah suci dan kaabah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 11:45 AM | Show all posts
Rindu nak Solat Terawih kat Masjidil Haram.
Live Astro 106 Solat Terawih dari Masjidil haram..jam 3 ...
aziefa Post at 5-8-2011 00:14


wahhh... meriahnye kat sana kan!!! MIL pegi dlm 2wks lg nih... beshnyer kalo dpt bertarawih kat sini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2011 11:59 AM | Show all posts
dah khatam thread ni...    bertambah2 rasa rindunya nak sampai kesana.    InsyaAllah Catt & suami akan berangkat utk menunaikan Umrah Ramadhan pada 25hb August ni.    Mudahan Alllah permudahkan segala urusan kami..  Amin..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 03:38 PM | Show all posts
dah khatam thread ni...    bertambah2 rasa rindunya nak sampai kesana.    InsyaAllah Catt & suami ak ...
Cattleya Post at 5-8-2011 11:59



Alhamdulillah..Masyallah
Seronoknya dpt berpeluang mengerjakan Umrah di 10 terakhir Ramadhan..
Akak pernah sekali dapt mengerjakan Umrah di 10 terakhir Ramadhan..
Di 10 terakhir Ramadhan ada Qiamulail Berjemaah di Masjidil haram..rasanya bermula jam 1.00 pagi.
Masanya padat dgn ibadah..
Kalau Akak dulu..routinenya..
Start berbuka ye..
Berbuka puasa di Masjid dgn kurma da air zam zam..
Solat Maghrib..
Balik Hotel berbuka puasa dgn nasi..
Rehat sekejap..di Bulan Ramadhan Solat isyak dilambatkan sedikit.
Pergi Masjid Solat isyak..Solat Terawih 20 rakaat dan witir.
Solat terwaih 1 malam 1 juzuk..
Solat witir doa qunut dia panjang..selalunya pukul 110 30 -11 mlm baru habis.
Balik Hotel tidor..
12.30 mlm bangun bersiap nak pi Masjid..
1.00-3.00 am Qiamulail..
Balik Hotel bersahur..
Pukul 4++ pergi Masjid Solat Subuh..
Habis solat subuh mengaji sampai syuruk..solat Duha then balik hotel
Tidor..pukul 11.30 am pergi Masjid .
Solat Zuhor..Mengaji..Solat Asar..Mengaji.
Kadang kadang lepas Zuhor balik tidor.
Lepas tu Solat Asar sampai Maghrib tak balik duduk kat Masjid Mengaji.
Kadang kadang lepas Zuhor takbalik samapi Asar.
Lepas Asar balik..tidor..
Lepas tu dpt janji dgn Husband berbuka sama sama kat Dataran Masjidil Haram..
Seronok suasananya..

   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2011 10:28 AM | Show all posts
salam, saya akan pegi 15 hb ni...dengarnye..mekah sekarang 57 celcius...betul ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2011 01:18 PM | Show all posts
Senarai Jemputan Umrah tahun 2011.

BilJemaah
TarikhHari

1haziq_97
21.02.11
Isnin

2 Innova77
26.02.11
Sabtu

3
ainunaina
01.03.11
Selasa
4
ilacantik
11.03.11
Jumaat

5
cmf_gremlins
13.03.11
Ahad

6
LeyyaHanna
14.03.11
Isnin
7
jinak_merpati
14.03.11
Isnin
8
me_shhiza
16.03.11
Rabu
9
Nara_Gara
18.03.11
Jumaat
10
takumi_ae11
23.03.11
Rabu
11
mama_damia
23.03.11
Rabu
12
nurul_akmar
26.03.11
Sabtu
13
sabriina
27.03.11
Ahad
14
elle1011
30.03.11
Rabu
15
Zamnie
18.04.11
Isnin
16
aily
23.04.11
Sabtu
17
kopmerah
28.04.11
Khamis
18
babasai
04.05.11
Rabu
19
alvienna
24.05.11
Selasa
20
zila3z
27.05.11
Jumaat
21
nurulqisztyna
29.05.11
Ahad
22
Yattie
29.05.11
Ahad
23
suriaa
31.05.11
Selasa
24
carold
31.05.11
Selasa
25
mautau
06.06.11
Isnin
26
izrine
13.06.11
Isnin
27
Suaffiqa
22.06.11
Rabu
28
green~tea
30.06.11
Khamis
29
Silver_stream
05.07.11
Selasa
30
Serimelur
19.07.11
Selasa
31
Rosputih
29.07.11
Jumaat
32
nuris
Julai 2011

33
aziefa
Awal ramadhan


34
cute_binjai
07.08.11
Ahad

35
AlongCute
08.08.11
Isnin

36
mancheese
15.08.11
Isnin

37
t1cherNur
17.08.11
Rabu

38
Cattleya
25.08.11
Khamis

39
kecibung_abang
Ramadhan


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2011 01:57 PM | Show all posts
Alhamdulillah..Masyallah
Seronoknya dpt berpeluang mengerjakan Umrah di 10 terakhir Ramadhan. ...
aziefa Post at 5-8-2011 15:38


Alhamdulillah akak dh penah merasa kemanisannya 10 terakhir Ramadhan di Mekah.  Terimakasih sgt2 Catt ucapkan kerana akak sudi berkongsi pengalaman semasa menjalani ibadah 10 hari terakhir tersebut.   Sekurang2nya Catt  & suami dah dpt gambaran buat plan semasa kat sana nanti.. Seronoknya kan akak... Umrah kali pertama buat suami, sementara Catt  pernah ke sana pada April 2006, bersama bonda.    Dah lama sangat.  Umrah biasa dgn umrah semasa ramadhan byk bezanya kan. . Tak sabar rasanya..  Mudahan Allah permudahkan segala urusan kami.. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2011 07:10 PM | Show all posts
assalamualaikum..

maaf kerana lama tak masuk forum..sibuk dengan urusan dunia hehe

dapat sms dari Ibu semalam dan juga tengahari tadi

ibu kirim salam buat semua rakan2 forum..

ibu mendoakan kita semua..Alhamdulillah..semoga ALLAH berikan ibu dna uncle umrah maqbulah dan dipermudahkan amalan..

buat rakan2 akan berangkat saya mendoakan tuan/puan diberikan umrah maqbulah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2011 07:12 PM | Show all posts
salam, saya akan pegi 15 hb ni...dengarnye..mekah sekarang 57 celcius...betul ke?
macncheese Post at 6-8-2011 10:28

macncheese..wsalam

selamat berangkat..moga mendapat umrah mabrur...makkah skrang 39C
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 11:23 AM | Show all posts
Tarif hotel Makkah naik 150 peratus

MAKKAH: Bilangan jemaah umrah ke Makkah dari dalam dan luar Arab Saudi dilaporkan meningkat sejak permulaan Ramadan sehingga menyebabkan tarif hotel dan bilik di sekitar Masjidil Haram meningkat sehingga 150 peratus.

Laman web akhbar Gulf News yang membuat tinjauan di beberapa buah hotel dan bangunan kediaman di kawasan berkenaan mendapati kebanyakan bilik dan pangsapuri hampir penuh manakala harga suite di sebuah hotel lima bintang dilaporkan mencecah sehingga 3,000 riyal (RM2,405) dan bilik biasa pula berharga 950 riyal (RM761). Pemilik hotel dan pengendali pangsapuri sewa berkata, sekurang-kurangnya 400,000 jemaah umrah termasuk 250,000 jemaah asing berada di bandaraya itu ketika ini. Hotel dan bangunan kediaman di kawasan Masjidil Haram cuba untuk memenuhi keperluan yang semakin bertambah itu.

Keadaan ini disebabkan bilangan jemaah umrah tahun ini dianggarkan melebihi 50 juta manakala beribu-ribu bangunan dirobohkan berikutan peluasan kawasan Masjidil Haram. – Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 05:09 PM | Show all posts
teringin pulan nk pegi umrah...ade suggestion tempat nk berhubung area2 putrajaya ni. tq
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 05:53 PM | Show all posts
Reply 1068# aziefa


Assalamualaikum azie, bila membaca kenangan berpuasa
azie di bulan ramadhan di tanah haram tetiba terkenang
pengalaman saya dan suami jugak....yang bestnya kat
sana tak payah nak pening2 kepala nak pikir nak masak
ape...bila time buka nnt........yg kita tau semua yg dihidang
sedap2 belaka........makan pun x memilih, ala kadar aje asal
perut terisi dah kira okay.................dah makan...... angkat
kaki jalan....semua ada yang uruskan........terasa macam mem
besar pulak........hihihihiiii.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2011 02:30 PM | Show all posts
Reply 1076# jellybee

Walaikumsalam ..
Betul tu..
Itulah sebabnya kalau Ramadan tu nak pi Umrah ..
Boleh khusuk beribadah..tak ingat nak masak berbuka or bersahur...
Kalau di Mekah tu aktiviti dia ke Masjid solat mengaji..Umrah..Masyallah..
Ya Allah kau kurniakan kami rezeki utk kesan di Ramadhan yg akan datang..Aminnn..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 02:32 PM | Show all posts
Ramai mengeluh caj hotel di Makkah mahal
Kos tinggi sekat hayati Ramadan lebih lama di Masjidilharam

MAKKAH: Sewa yang terlalu tinggi penginapan di sekitar Masjidilharam sepanjang bulan Ramadan memusnahkan hasrat ramai jemaah yang mahu menghayati bulan mulia dengan memperbanyak ibadat lebih lama di Tanah Suci itu.

“Hasrat saya menjalani ibadat Ramadan dalam suasana kerohanian di Masjidilharam tidak kesampaian kerana sewa hotel di sekitar masjid itu terlalu mahal,” kata jemaah tempatan, Muhammad Husain. Begitupun, kebanyakan tempat menginap di Makkah penuh sejak permulaan Ramadan tahun ini, walaupun harga bilik hotel melambung. Apa yang pasti, keluarga berpendapatan sederhana tidak mampu tinggal di kawasan berdekatan Masjidilharam kerana sewa tinggi sehingga 7,000 riyal (RM5,604) sehari.

Bagi jemaah yang tidak terlalu kaya, selepas menunaikan umrah mereka segera meninggalkan Makkah menuju Taif atau Jeddah kerana sewa hotel lebih berpatutan, lapor akhbar al Riyadh.

Atas sebab itu, pelbagai pihak menuntut kerajaan bertindak ke atas pemilik hotel yang tamak kerana lebih mengutamakan keuntungan besar.

Sewa bilik pada musim Ramadan meningkat dua kali ganda dengan purata harga sewa semalam di hotel satu bintang mencecah 4,000 riyal (RM3,202) pada minggu pertama Ramadan dan ia dijangka meningkat di akhir bulan itu.

Bagaimanapun, 90 peratus bilik hotel sudah penuh ditempah untuk akhir Ramadan.

Bagi suite hotel pula sewanya 10,000 riyal (RM8,005) sehari untuk 10 hari pertama bulan Ramadan. Sewa bilik hotel berbeza kerana bergantung kepada kategori penginapan dan jarak paling dekat di antara hotel ke Masjidilharam, tambah laporan itu yang dipetik akhbar di sini.

Kenaikan melampau harga sewa di Makkah disebabkan permintaan pasaran yang tinggi berikutan kekurangan jumlah bilik yang ditawarkan.

Lebih 3,000 hartanah kebanyakan hotel dan apartmen untuk penginapan jemaah dirobohkan ketika pembersihan tanah untuk perluasan pekarangan utara Masjidilharam.

“Walaupun ada lebih 700 hotel di lokasi yang tidak jauh dari zon pusat, sebab utama kenaikan sewa yang melambung kerana cuti sekolah dan Ramadan jatuh pada tarikh sama tahun ini.

“Adalah perkara biasa bagi keluarga Arab Saudi mahu menghabiskan cuti mereka di satu daripada dua kota suci. Perkara inilah yang menyumbang peningkatan harga sewa bilik,” kata pengusaha hotel, Saeed Al-Saleh. – Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 03:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by aily at 9-8-2011 15:49

Salam Ramadan untuk Semua


Photo Credit to muslimtimes (tak pasti gambar ni tahun bila he he)

Solat Jumaat





Sedapnya roti tempayan

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 04:01 PM | Show all posts
Ramai mengeluh caj hotel di Makkah mahal
Kos tinggi sekat hayati Ramadan lebih lama di Masjidilhara ...
aziefa Post at 9-8-2011 14:32


Kadang2 tu caj hotel tak munasabah berbanding servis dan kemudahan. Hotel Owner memang ambik kesempatan sepatutnya Kerajaan Saudi pantau keadaan ini. Kesian pada jemaah2 persendirian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.065220 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list