CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
Post time 7-6-2022 11:33 AM | Show all posts
1) alim-alim kucing
Akhirnya terbongkar rahsia Adnan yang selama ini alim-alim kucing.

2) anak gahara
Pertama kali saya mendengar perkataan anak gahara membuatkan saya tertanya tanya apakah maksudnya.

3) atas angin
Ramai orang suka ambil untung atas angin saja.

4) buruk makan
Patutlah sampai sekarang belum ada yang masuk meninang, sebab Miah buruk makan.

5) makan suap
Amalan makan suap boleh meruntuhkan sesebuah negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 09:56 PM | Show all posts
Si Dayan alim-alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya

Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah

Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin

Budak yang buruk makan itu, membedal semua kuih-muih yang dihidang di atas meja

Pengawai imigrisen ditangkap ketika makan suap dari pendatang asing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 02:54 PM | Show all posts
1) alim-alim kucing
Dayan alim-alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.

2) anak gahara
Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.

3) atas angin
Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin.

4) buruk makan
Budak yang buruk makan itu, membedal semua kuih-muih yang dihidang di atas meja.

5) makan suap
jangan sekali kita cuba utk makan suap,kerana itu merupakan salah satu dosa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2022 09:36 AM | Show all posts
holaaa

keyword hari ni

1) bendera putih

2) campur tangan

3) gadai nyawa

4) kaki perempuan

5) kaki judi

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 09:49 AM | Show all posts
1) bendera putih
Azri terpaksa angkat bendera putih mengalah dari terus bergaduh dgn jirannya.

2) campur tangan
Campur tangan pihak ketiga banyak menjadi punca kes penceraian.

3) gadai nyawa
Muiz bergadai nyawa menyelamatkan anaknya dalam kebakaran pagi tadi.


4) kaki perempuan
Sikap Zainal yang kaki perempuan telah diketahui isterinya.

5) kaki judi
Zaki seorang kaki judi sanggup menjual rumah pusaka kedua ibubapanya untuk mendapatkan wang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 09:58 AM | Show all posts


1) Angkat bendera putih tanda mengalah.

2) Campur tangan mertua menyebabkan artis itu bercerai.

3) Dia gadai nyawa demi kekasihnya.

4) Sudah kaki perempuan memang sukar berubah.

5) Sudah kaki judi, habis harta tergadai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2022 01:20 PM | Show all posts
1) bendera putih
Pak Samad terus angkat bendera putih bila isterinya mula membebel dan berleter.

2) campur tangan
Ibubapa jangan terlalu suka campur tangan dalam masalah rumahtangga anak anak.

3) gadai nyawa
Seorang lelaki menggadai nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dari lemas semasa mandi laut.

4) kaki perempuan
Berbekalkan wajah yang tampan, Dollah suka dengan gelaran kaki perempuan yang diberikan kepadanya.

5) kaki judi
Rumahtangganya musnah kerana dia merupakan seorang kaki judi yang tegar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 07:12 PM | Show all posts
1) bendera putih
Kempen kibarkan bendera putih adalah cara berfikir di luar kotak.

2) campur tangan
Polis terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan setelah pemain-pemain saling menendang dan menumbuk.

3) gadai nyawa
Mei Kee bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dalam kebakaran itu.

4) kaki perempuan
Zali merupakan seorg yg kaki perempuan sejak muda lagi.

5) kaki judi
Sukar untuk menasihati seorg yang kaki judi ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2022 11:09 PM | Show all posts
Tentera musuh terpaksa mengibarkan bendera putih kerana tidak sanggup menentang serangan kerajaan Melaka yang hebat itu

Dalam perlawanan Piala Dunia 1962 antara Itali dan Chile, dua pemain Itali dibuang padang dan polis terpaksa campur tangan

Ikram bergadai nyawa untuk menyelamatkan kawannya yang lemas

Daniel pantang melihat perempuan berdahi licin kerana dia seorang kaki perempuan

Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya di meja judi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 10:19 AM | Show all posts

1) Bendera putih
Bendera putih menandakan salah satu pihak yang berperang menyerah diri atau menginginkan gencatan senjata.

2) Campur tangan
Campur tangan British di Tanah Melayu mengakibatkan raja-raja Melayu sedikit demi sedikit kehilangan kuasa mereka.

3) Gadai nyawa
Anggota bomba bergadai nyawa menyelamatkan mangsa lemas itu.

4) Kaki perempuan
Lelaki kaki perempuan merujuk kepada lelaki yang mempunyai ramai teman wanita dan sering bertukar-tukar pasangan.

5) Kaki judi
Ramai kaki judi pergi ke Genting Highland untuk berjudi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2022 10:27 AM | Show all posts
holaaa

keyword hari ni

1) bagai wau putus tali

2) seperti bertih digoreng

3) kalau menampi jangan tumpah padinya

4) seperti aur ditarik songsang

5) jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah

** 1 keyword 1 ayat


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2022 09:19 PM | Show all posts
Zahid terpaksa menerima bantuan dari sedara bagai wau putus tali

Suami mana yang tahan dengan sikap seorang isteri yang kuat mengomel seperti bertih digoreng

Amanah dalam pekerjaan seperti kalau menampi jangan tumpah padinya

"Jika kamu menelaah pelajaran apabila sudah hampir peperiksaan, kamu akan berhadapan dengan banyak masalah seperti aur ditarik songsang,” pesan cikgu kepada pelajarnya

Osman memberikan notis berhenti kerja 24jam jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2022 09:21 PM | Show all posts
1) bagai wau putus tali
Amran berserah sahaja nasibnya bagai wau putus tali selepas diberhentikan kerja.

2) seperti bertih digoreng
Nazim tidak dapat berehat di rumah kerana isterinya membebel seperti bertih digoreng.


3) kalau menampi jangan tumpah padinya
Sue sangat teliti dan berhati-hati membuang buku-buku lama kerana risau kalau menampi jangan tumpah padinya.

4) seperti aur ditarik songsang
Cikgu Hayati sering berpesan kepada murid-muridnya agar tidak menelaah pelajaran disaat akhir seperti aur ditarik sonsang.

5) jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
Khairul berbuat baik dengan Puan Mona kerana jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2022 09:33 PM | Show all posts

1) Hidupnya bagai wau putus tali selepas suaminya meninggal.

2) Suaranya seperti bertih digoreng memarahi anaknya.

3) Seeloknya tugas itu hendaklah dibuat dengan baik-baik bak kalau menampi jangan tumpah padinya.

4) Sudah salah cara pekerjaaannya seperti aur ditarik songsang..

5) Berilah pelbagai alasan jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 09:12 AM | Show all posts
1) bagai wau putus tali
Selepas kehilangan ibubapanya, Dian hidup bagai wau putus tali.

2) seperti bertih digoreng
Aduh pening kepala bila Mak Semah mula berleter, seperti bertih digoreng.

3) kalau menampi jangan tumpah padinya
Pak Leman menasihati anaknya kalau menampi jangan tumpah padinya.

4) seperti aur ditarik songsang
Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, fikirkan dengan teliti supaya tidak menjadi seperti aur ditarik songsang.

5) jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
Setelah bertahun tahun tiba tiba Adli pulang ke kampung, jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 10:02 AM | Show all posts
1) Hidupnya mula terumbang-ambing bagai wau putus tali semenjak di istihar muflis.

2) Mak Biah mula membebel seperti bertih digoreng apabila melihat sikap nakal anaknya, Hadi.

3) Amin cukup cermat melakukan kerjanya diibaratkan kalau menampi jangan tumpah padinya.

4) Amin tidak mahu melakukan pekerjaannya secara membuta tuli seperti aur ditarik songsang.

5) "Hai, bukan main baiknya Abang Abu dengan aku. Kalau tak sebelum ni ada sahaja nak cari fasal dengan aku." Mak Leha mula syak jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah dengan perubahan drastik abangnya itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 11:31 AM | Show all posts

1) Bagai wau putus tali
Hidup Ailin bagai wau putus tali selepas pemergian suaminya.

2) Seperti bertih digoreng
Danial membebel seperti bertih digoreng apabila Kak Sarah menggunakan komputer ribanya tanpa kebenaran.


3) Kalau menampi jangan tumpah padinya
Zaini  memikirkan tentang keputusan untuk berhenti kerja haruslah dilakukan dengan teliti kerana risau kalau menampi jangan tumpah padinya.

4) Seperti aur ditarik songsang
Ibu selalu berpesan janganlah bersikap seperti aur ditarik sonsang apabila membuat sesuatu pekerjaan yang sukar.

5) Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
Aidelia bersikap seperti jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah dengan mengambil hati Makcik Ani untuk berkawan dengan Amir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 11:59 PM | Show all posts
1) bagai wau putus tali
Azmi bersikap bagai wau putus tali setelah kehilangan kerja minggu lalu.

2) seperti bertih digoreng
Suami mana yang tahan dengan sikap seorang isteri yang kuat mengomel seperti bertih digoreng

3) kalau menampi jangan tumpah padinya
semasa berkemas rumah kita harus bersikap seperti kalau menampi jangan tumpah padinya.

4) seperti aur ditarik songsang
Jika kamu menelaah pelajaran apabila sudah hampir peperiksaan, kamu akan berhadapan dengan banyak masalah seperti aur ditarik songsang,” pesan cikgu kepada pelajarnya.

5) jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
Sifat Ali yg pelik itu bagai jikalau tidak berada ada,masakan tempua bersarang rendah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2022 08:54 AM | Show all posts
holaaa....

keyword hari ni

1) sehari selembar benang, hari-hari menjadi kain

2) bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi

3) burung terbang dipipiskan lada

4) bagai belanda minta tanah

5) terlayang-layang bagai bulu sehelai

** 1 keyword 1 ayat
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 09:26 AM | Show all posts
1) sehari selembar benang, hari-hari menjadi kain
Usaha yang dilakukan Kartini selama ini mendatangkan hasil ibarat sehari selebar benang, hari-hari menjadi kain.

2) bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi
Sebagai anggota keselamatan Shamsul sentiasa berhati-hati menjalankan tugasnya di sempadan bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi.


3) burung terbang dipipiskan lada
Ibu sering menyindir Amy seperti burung terbang dipipiskan lada kerana hanya tahu bercakap dari bekerja.

4) bagai belanda minta tanah
Puan Aishah sentiasa berhati-hati dengan pekerjanya kerana risau mereka bagai belanda minta tanah.


5) terlayang-layang bagai bulu sehelai
Sejak kematian kedua ibubapanya Amir sudah biasa tidur di masjid seumpama terlayang-layang bagai bulu sehelai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.331201 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list