|
Erkkk.. tanak panggil ipo niki amir alif ke?? Korang kan suka buat rombongan cik kiah ke mana2
tiba2 aku nk speku bapak conan punye kije |
|
|
|
|
|
|
|
adeh...rombongan dah dibubarkan
motip bapak conan jadi dalang???
|
|
|
|
|
|
|
|
mak aih..seksi ko
|
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu..kesian ayla...baju pengantin pun belum ditukar lagi..
eh ko pun nak curiga ex ko gak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 8-3-2015 01:59 PM
DI SEBUAH restoran mamak, Malik bersama Conan dan Linda masing-masing diam. Jam hampir tiga pagi, tidak ramai pelanggan yang datang ke restoran itu. Mungkin pelanggan yang ada hanyalah pemandu lori yang singgah membasah tekak sebelum meneruskan perjalanan mereka ke destinasi. Nampak ada beberapa buah lori di depan restoran.
"Linda..cuba beritahu saya..apa yang dah berlaku?" Malik mulakan bicara. Tiga gelas kopi panas yang dipesan tadi sudah tiba di meja. Dia sua satu gelas kepada Linda dan satu gelas lagi kepada Conan.
"Kak Hani..dia dah keluar tadi. Bawa kereta.." Linda masih merasa ralat dengan semua itu. Dia yakin, kakaknya akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.
"Tahu dia ke mana?" Conan pula bertanya.
Malik pandang Conan. "Kalau Linda tahu, tak adalah dia call aku.."
Conan sengih. Yalah, soalan bodoh pula rasanya. "Err..jadi, awak syak Hani ke yang culik Ayla?"
"Apa??" Luas mata Linda terarah ke muka Conan yang duduk di sebelah Malik. "Ayla diculik???"
Conan pula terkejut. Tersentak sekejap. "Jadi..awak tak tahu ke yang Aylanins dah diculik??"
"Tak tahu..bila?"
"Lepas dia hantar saya ke kereta tadi. Mak Aylanins yang beritahu..saya syak Hani.." Jawab Malik lemah.
"Ya Allah..." Linda meraup muka. Kini sudah jelas yang kakaknya sudah membuat onar dan mungkin juga kak Hani sudah bertukar identiti. Ubat yang bersepah dalam bilik itulah buktinya yang selama ini kak Hani memang diganggu penyakit itu. Dia semakin bimbang bila teringat kata-kata Dr. Izani dulu. Kak Hani akan bertindak ganas jika dia merasa tertekan dan kak Hani akan lupa siapa dia yang sebenarnya.
"Linda..kenapa ni?"Malik mula merasa tidak sedap hati melihat reaksi Linda.
"Sebenarnya kak Hani..dia.." Linda menarik nafas seketika sebelum menyambung kata. Dia mula bercerita hal kakaknya yang masih dirawat oleh Dr. Izani dan keadaan Kak Hani yang boleh berubah watak.
"Ya Allah..." Malik pula meraup muka. Sungguh dia tidak menyangka yang Hani jadi begitu.
"Dia terlalu lama menderita. Jadi..apa yang berlaku padanya selama ni adalah tidak tertanggung olehnya. Kita yang melihat ni sudah merasa bebannya apa lagi dia yang menanggungnya. Kak Hani pernah mengandung..dan dia pernah cuba gugurkan kandungannya. Sebulan dia terlantar di hospital tanpa pengetahuan kami.." Linda menyeka air mata. Terasa liku hidup kakaknya sudah terlalu perit untuk seorang wanita menghadapinya seorang diri.
"Mengandung??" Malik menelan liur. Sekali lagi Malik meraup muka. Betapa perit penderitaan Hani selama ini. Sungguh ketika ini dia merasa sangat bersalah pada gadis itu.
Linda mengangguk lemah.
"Awak tahu tak tempat Hani selalu pergi?" Conan pula mencelah.
"Ada beberapa tempat.."
"Kalau macam tu..jom! Kita kena cari Hani dan Ayla!" Malik bingkas bangun. Dia segera ke kaunter membayar minuman dan sekali lagi dia bersama Linda dan Conan meninggalkan restoran itu dan mula menaiki kereta mencari Aylanins dan Hani.
|
|
|
|
|
|
|
|
maaf ler kalau bahasa aku ke laut dalam..
tak puitis, tak sedap dibaca atau sewaktu dengannya..
kadang2 bila aku baca semula...macam baca buku teks je
aku budak masih belajar kekdahnya..
neber pun tak tahu
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboiii.. senang hati je encik2 suami ni angkut anak dara org ke hulu ke hilir pg2 buta neh terserempak ngan nenek seripah kang guaner?? |
|
|
|
|
|
|
|
mak aih..lawa cun gila !
Patutlah Conan tak berkelip pandang Ayla masa majlis akad nikah
|
|
|
|
|
|
|
|
aylanins replied at 8-3-2015 03:14 PM
Over tak kalau kene culik dengan baju nih...
Kalo cenggini.. jgn kata penculik.. malik nk heret ko pon payah |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 8-3-2015 03:36 PM
mak aih..lawa cun gila !
Patutlah Conan tak berkelip pandang Ayla masa majlis akad nika ...
Maunye tidak.. pengantin dok sorang2 penuh karpet 5'x5' .. nak parking baju je |
|
|
|
|
|
|
|
owh...terlebih sudeeeehhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
SEMUA tempat mereka pergi namun tidak juga berjumpa Hani dan Aylanins. Linda sudah buntu. Dia tidak tahu lagi di mana harus mencari kakaknya yang sudah disyaki menculik Aylanins. Dari satu tempat ke satu tempat, masih tidak menemui apa-apa petunjuk yang Hani dan Aylanins pernah berada di situ. Jam sudah hampir waktu subuh. Malik terpaksa menghantar Linda pulang semula, bimbang ibu Linda mencari nanti.
"Linda..kalau ada apa-apa berita, beritahu kami ya?" Pesan Malik. Dia juga sudah buntu.
"Ya baiklah. Terima kasih kerana hantar saya balik..hati-hati.." Linda menapak masuk ke dalam rumah setelah melihat kereta Malik sudah mula meninggalkan halaman rumahnya.
Lemah langkahnya menuju ke ruang tamu. Jam sudah pun lima setengah pagi. Linda sandar kepala di sofa. Penat masih terasa, perlahan matanya dipejam. Lena di situ. Entah berapa lama dia terlelap, terasa bahunya disentuh. Perlahan mata dibuka.
"Hah?? Kak..." Bagai terkena renjatan elektrik, Linda terloncat dari duduknya. Terkejut melihat kakaknya sudah berdiri di depannya dengan siap bertelekung. Di sebelah kak Hani pula, ibu yang juga sudah siap bertelekung. Terus saja matanya terarah pada jarum jam di dinding. Hampir 6.30 pagi. Dia genyeh mata berkali-kali.
"Kenapa tidur di ruang tamu? Cepat ambil wudhuk! Subuh dah nak habis ni!" Suruh Puan Zawiah melihatkan Linda masih berpisat-pisat di situ. Pelik sungguh melihat Linda yang seperti kepenatan. Takkan sudah ada 'on call'. Setahunya anaknya masih dalam tahun akhir.
"Err..ya..ya.." Linda seperti orang mamai. Dia cepat-cepat ke bilik air mengambil wudhuk. Di cermin, dia masih berfikir, bagaimana kak Hani sudah berada di rumah. "Ah..nantilah aku tanya dia.."
Laju saja Linda mengenakan telekung dan mula ke bilik solat yang terletak di sebelah dapur. Mereka bertiga mula menunaikan solat berjemaah sekali. Usai solat, Linda berpura-pura sibuk di dapur membantu kak Hani dan mak menyediakan sarapan. Dia cuba mencari peluang untuk bertanya hal malam tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke hani yg lakukan semua ni? Kenapa naluriku mengatakan bukan dia? Bukan hani yg lakukan ini semua... |
|
|
|
|
|
|
|
zam dah mula speku...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku masih lagi nak suspek diri sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
SENYAP seketika di meja makan. Linda menyuap perlahan nasi goreng ke mulut sambil matanya melirik pada kak Hani. Dari raut wajah kakaknya, seperti tiada apa yang pelik berlaku malam tadi. Serba salah pula ingin bertanyakan hal itu. Dia jeling pula ibu yang turut mengunyah nasi goreng. Sekali sekala ibu membebel hal kak Hani yang asyik berkurung dalam bilik.
Usai makan, Linda mengajak kakaknya masuk ke dalam bilik. Hal itu tidak perlu diketahui ibu. Pintu ditutup rapat. Dia pandang bilik Kak Hani yang sudah bersih dan kemas. Malam tadi, setahunya bilik itu bersepah dengan ubat di atas lantai dan bersepah juga atas katil.
"Kak...akak pergi mana malam tadi?" Linda terus saja melontar soalan.
"Akak jumpa kawan, kenapa?" Hani berkerut kening. Pelik pula pertanyaan Linda kali ini. Dia tahu, Linda risau bila dia keluar malam-malam dan Dr. Izani juga sudah pesan tentang hal itu.
"Siapa?" Linda masih tidak puas hati.
"Ni, kenapa Linda banyak sangat soalan ni? Akak nak buat apa, nak pergi mana, jumpa siapa, perlu ke akak lapor pada Linda?" Menyinga Hani dengan sikap Linda kali ini. Dirinya seperti sudah dikongkong!
"Bukan macam tu kak. Akak keluar malam tadi, lagilah orang syak akak yang.." Terhenti kata-kata seketika. Linda menelan liur. Tidak tahu apa yang harus diucapkan ketika ini. Bimbang juga kak Hani tidak boleh terima semua itu.
"Akak apa??!!"
"Malam tadi..Aylanins diculik.." Terkejut Linda mendengar suara kuat kak Hani tadi. Wajah Hani semakin menyinga. Bimbang kak Hani akan berubah watak dan menjadi orang lain seperti yang diberitahu oleh Dr. Izani.
"Diculik??? Hahahahaha!! Padan muka!!" Hani ketawa terbahak-bahak.
Linda sudah kecut perut melihat tingkah kakaknya yang sudah berlainan watak. "Err..apa maksud akak?"
"Memang patutlah dia diculik. Malik tu hak akak! Malik pun satu! Dasar lelaki tak guna! Habis madu sepah dibuang! Dah tu, ada hati nak cari yang baik-baik, tak sedar diri tu pun bukan baik sangat!" Hani mengetap bibir. Kedua tangannya digenggam kuat.
Linda terdiam mendengar kata-kata kakaknya. Nampkanya Kak Hani sudah seperti kerasukan. "Jadi..akak tak culik Aylanins?"
"Kau pun sama! Asyik tuduh akak saja! Mentang-mentanglah akak ni ada sejarah hitam. Linda, akak tidak sejahat tu nak balas dendam. Untuk apa akak jadi polis kalau hanya untuk membunuh karier sendiri dengan bunuh orang? Cuba fikir sikit! Belajar saja tinggi, otak ke laut!" Geram Hani sudah membara.
"Err..kak, Linda tak pernah tuduh akak macam tu. Linda tanya saja.." Kali ini Linda perlahankan suara, dia tahu tidak susah untuk memujuk kakaknya.
"Habis tu? Semua orang menuding akak sebagai mawar hitam! Apa, jahat sangat ke akak ni?" Hani sudah mula berair matanya. Terasa penderitaannya tidak pernah surut.
"Kak...kalau akak tak lakukan itu semua, akak tak perlu takut kak.." Linda cuba tenangkan perasaan kak Hani yang sudah mula menangis.
"Sudahlah Linda.." Hani bangun dari birai katilnya dan duduk pula di kerusi mengadap cermin meja solek.
"Kak...saya hanya nak tahu saja. Kasihan Aylanins, dia diculik..." Linda cuba lagi memujuk Hani yang sudah memandang ke arah cermin solek.
"Itu bukan urusan akak. Kalau dah diculik, lapor saja pada polis. Akak pun tak boleh buat apa..akak dah digantung kerja.."Sebak suara Hani ketika ini. Terasa dirinya sudah tidak berguna. Duit simpanannya juga sudah hampir habis untuk menolong ibu dan Linda. Buntu!
Linda diam. Nampaknya sukar untuknya memujuk Kak Hani dalam hal itu dan dari kata-kata kakaknya tadi, mungkin juga Aylanins diculik oleh orang lain tapi siapa? Apa tujuan orang itu untuk menculik Aylanins? Ah! Bingung!!
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|