|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
ok abe. ni las komen.aku.kat sini.kbye. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-3-2015 03:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 12-3-2015 12:41 AM
Bab 51
Seminggu tidak masuk pejabat banyak kerja yang tertangguh dan laporan yang perlu diteliti. Rayyan terpaksa membatalkan hasrat untuk bercuti lama dengan isterinya lantaran kekangan masa.
Setiausaha peribadi Rayyan masuk sambil membawa kertas kerja berkaitan projek pembinaan hotel bertaraf lima bintang di Terengganu yang diminta .
Deria bau Rayyan terhidu aroma minyak wangi yang dipakai oleh Juwita. Wangi ! Persis wangian yang selalu dipakai oleh isterinya. Spontan ingatan melayang kepada Jie.
Walau hubungan masih dingin, namun Rayyan tidak kisah asalkan masih hidup dibawah satu bumbung. Jie kini sudah kembali ke rumah mereka.Masa pasti akan mengembalikan kemesraan dulu. Berharap juga Jie tidak meneruskan hasrat untuk berpisah.
Berderau darah Rayyan melihat baju yang dipakai Juwita. Mendedahkan sepasang kaki panjang dan paha gebu yang dimiliki. Seksi sehingga membuatkan Rayyan terpaku merenung. Lumrah untuk seorang lelaki normal !
Malah, Juwita juga dilihat semakin cantik menawan. Rayyan baru sedar setiausahanya sememangnya jelita ! Mujur jantungnya tidak tercabut lantaran berdegup pantas menatap keindahan rupa paras gadis dihadapannya.
Satu perasaan aneh timbul. Terlupa isteri yang sedang berbadan dua dirumah. Liur yang ditelan terasa kesat. Pandangan sukar dialih dari Juwita.
"Encik Rayyan !!" Juwita pelik dengan tingkahlaku Rayyan. Namun hati berbunga melihat Rayyan tidak keruan berhadapan dengn dirinya. "Encik tak sihat lagi ke?" Mengerti Rayyan kerap pening dan mual maka Juwita menunjukkan sikap prihatin. Bahu Rayyan dipicit lembut. Ingin membantu membuat Rayyan selesa.
Urutan tangan Juwita diterima dengan senang hati oleh Rayyan. Rasa bertuah memiliki pembantu sebaik Juwita. Fikiran melayang jauh. Berkhayal.
"Saya pergi dulu Encik Rayyan.." Juwita meminta diri lantaran ada kerja yang menanti. Sempat senyuman manis menggoda dihadiahkan kepada Rayyan.
Rayyan hanya mengangguk. Masih lagi terpukau dengan bau dan sentuhan lembut Juwita. Wajah setiausahanya bermain diruang mata. Cantik dan mempesonakan !
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-3-2015 03:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 8-3-2015 01:15 PM
ok abe. ni las komen.aku.kat sini.kbye.
Aik? Sentap ke gapo ni? Tak pahe den |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 8-3-2015 04:25 PM
Cermin mata hitam yang dipakai Jie dibuka. Wajah Zack ditenung. Ada maklumat penting yang ingin dikongsikan berdua. Buat masa ini hanya Zack sahaja yang boleh dipercayai. Jie ingin mencari dalang sebenar disebalik kes cubaan membunuhnya 3 tahun dulu. Walau sudah lama berlalu , kebenaran perlu dicari ! Bukan untuk menghukum namun Jie sudah penat hidup dalam tanda tanya. Kenapa dirinya didendami sebegitu rupa?
Tambahan pula, Rizal juga menyatakan kesanggupan untuk memberitahu Jie jika ada fakta yang masih diingati berhubung kejadian malam itu. Individu yang disebut Rizal sebagai manusia yang memperalatkan Azim untuk membunuh Jie juga perlu dipastikan kesahihannya. Jie tidak mahu tersalah hukum ! Kelak buruk padahnya.
Mungkin memerlukan masa yang panjang namun Jie yakin semua persoalan bakal terjawab jua.
Segalanya Jie lakukan diluar pengetahuan Rayyan. Tak mahu suaminya campur tangan. Biarlah Jie berdepan semua masalah ini sendirian.
"SMS yang I dapat sampai jadi punca Ray tolak you sebenarnya spoofed SMS. It was faked ! I pun tak double check ! Sorry Bie." Zack kesal. Sepatutnya sebagai jurutera perisian komputer, Zack seharusnya lebih peka dengan taktik penipuan era cyber.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 30-5-2015 02:07 PM
"It's okay !" Jie senyum. "I dah check dengan network provider I hari itu. Memang ada orang saja nak kenakan I." Sudah lama tahu SMS itu satu penipuan. Jie sudah meneliti rekod SMS yang dihantar terus ke penyedia perkhidmatan talian yang digunakannya tetapi gagal mengesan SMS yang dikatakan. Bermakna SMS itu memang bukan dihantar dari telefon bimbitnya. Cuma ada orang lain yang menyamar memalsukan penggunaan nombor telefon bimbitnya.
"Tapi I ada good news !" Zack pasti Jie akan teruja untuk tahu. "I dapat trace sender's SMSC and memang betul it was from spoofing services but guess what ? I managed to track down IP address !" Mata Zack bersinar gembira.
"What ?" Jie yakin dapat mengesan penghantar SMS palsu itu. "Any defined location?"
Zack angguk. "I have coordinate ! Sebab tu I ajak you jumpa hari ini. I dah setting coordinate tu dekat GPS kereta I. You nak ikut I tak?" Zack tahu Jie juga seperti dirinya yang dipenuhi seribu satu pertanyaan.
Sesiapa saja yang menghantar SMS palsu itu pasti mengenali Zack dan Jie malah mengetahui sejarah cinta mereka. Motif mungkin untuk membuat Rayyan cemburu.
Jie hanya bersetuju dengan cadangan Zack. Mungkin lain kali saja berkongsi dengan Zack maklumat penting yang baru didapatinya. Biarlah satu demi satu persoalan terurai. |
|
|
|
|
|
|
|
Jie..tak serik lagi ke..sepatutnya berbincang dgn Rayyan.. |
|
|
|
|
|
|
|
She never learn from the previous cases... Jie... Jie... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-3-2015 06:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 8-3-2015 07:46 PM
Zack pasti inilah tempat yang tertera di koordinat GPS. Hanya ada sebuah rumah disitu. Jarak agak jauh dengan rumah yang lain. Mungkin inilah lokasi tempat tinggal penghantar SMS. Topi yang terletak didalam kereta dipakai. Untuk tujuan penyamaran. Malah Jie juga dilihat berpakaian seperti lelaki. Rambut panjangnya disorok didalam topi. Mereka memakai cermin mata hitam.
"Bie.." . Jie sengaja memanggil Zack dengan panggilan manja mereka dulu. "I masuk dalam check. You stay dekat sini. Kalau I tak balik dalam masa 15 minit, you call Daddy I." Jie tak pasti sama ada rumah itu berpenghuni atau tidak. Persekitaran dipenuhi lalang tinggi tidak bertebas. Tetapi hatinya bagai ditarik untuk masuk ke meninjau ke dalam.
"No Bie ! Kita monitor movement dari luar saja. Macam mana kalau owner rumah ini balik?" Zack pantas menghalang. Tujuan mengajak Jie ke sini hanya untuk mengawasi dari luar bukannya memecah masuk. Lagi pula ini harta persendirian , mereka boleh saja dikenakan tuduhan menceroboh !
"Look like I care ?" Jie malas ambil peduli. Tanpa mengambil kira keadaannya yang sedang berbadan dua, lincah saja kaki melompat memanjat tembok untuk masuk ke dalam. Zack masak dengan sikap degil Jie. Langkah Jie dituruti. Bimbang membiarkan Jie berseorangan.
Mata terpaku pada banglo itu. Baru Jie perasan reka bentuk ini seperti pernah dilihatnya. Otak ligat memikir. Teringat pen drive yang diberikan kepada Zack dulu.
Jadi bangunan dalam lakaran itu benar benar wujud ! Sempat gambar diambil menggunakan telefon bimbit untuk rujukan kemudian. Bermakna pemilik pen drive dan penghantar SMS itu adalah orang yang sama ! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 12-3-2015 12:46 AM
Tingkap yang separuh terbuka dikuak pelahan oleh Zack. Pantas Jie ditarik untuk mengintai ke dalam. Hiasan dinding dihiasi dengan lukisan yang kebanyakannya adalah potret Jie ! Jie terus saja menarik Zack untuk tunduk bersembunyi apabila melihat kelibat seseorang muncul di ruang depan. Takut kehadiran mereka disedari.
Identiti dan butir bicara lelaki yang berada dirumah itu sukar dicam. Lelaki itu kelihatan sedang memaki seseorang ditelefon. Baik Jie mahupun Zack hanya membatukan diri. Menunggu masa yang sesuai untuk pergi.
Kedengaran deruman enjin kereta dan bergabung bunyi pintu dibuka . Rupa rupanya terdapat garaj bawah tanah dibanglo itu. Sebuah kereta Honda WSH 11 memandu keluar menghala ke jalan besar.
Jie mula teringat peristiwa diserang gadis berpakaian sebagai jururawat sewaktu dihospital. Kalau tak salah gadis itu ada mengarahkannya supaya menaiki kereta Honda bernombor pendaftaran WSH 11. Kekalutan dengan Ku Iz yang mendakwa dirinya sebagai isteri pada waktu itu membuatkan Jie terlepas pandang perkara ini.
"Kita gerak Zack !" Jie bingkas bangun untuk memanjat keluar tembok setelah kereta Honda itu tadi hilang dari pandangan. Ingin segera menemui seseorang. Pasti gadis itu punya jawapan yang Jie perlukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-3-2015 01:45 AM
Rayyan pelik dengan dirinya. Sejak tadi tiada satu kerja pun yang mampu dilakukannya. Mata asyik membayangkan wajah Juwita. Rasa resah gelisah dari tadi. Rindu yang mendalam dirasakan padahal baru sebentar tadi bertemu muka dengan setiausahanya.
Gagal menahan perasaan, Rayyan terus keluar bilik. Niat hati untuk mengajak Juwita menemaninya makan tengah hari.
"Juwita.."Hati Rayyan berbunga riang melihat wajah setiausahanya. Segala kerinduannya berlalu pergi. Juwita tampak tersangat cantik dimatanya.
"Temankan I makan please !" Berharap sangat Juwita sudi menerima pelawaannya. Rayyan tak tahu kenapa sejak pagi tadi hati mahu gadis itu selalu disisinya.
Juwita hanya mengangguk setuju. Pertama kali Rayyan mengajak keluar bersama. Peluang seperti ini takkan dilepaskan ! Sudah lama diidamkan saat berduaan dengan boss nya yang kacak ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Jie menanti penuh sabar kepulangan Rayyan. Ada perkara penting yang ingin dibincangkan dengan suaminya. Jarang Rayyan pulang lewat sebegini. Jie risau. Takut sesuatu yang buruk menimpa Rayyan. Bunyi loceng kedengaran. Jie menarik nafas lega. Panjang umur suaminya ! Langkah diatur pantas untuk membuka pintu. Menyambut kepulangan suaminya.
Entah kenapa Rayyan menyampah melihat wajah isterinya. Jie tampak selekeh dan tidak terurus ! Berbeza dengan Juwita. Gadis itu sempurna di kaca matanya. Cantik dan menarik ! Pada pandangan Rayyan, wajah Jie buruk tak ubah seperti hantu !
"You tak mandi ke? Serabut saja I tengok ! Rimas !" Rayyan muak memandang Jie. Isterinya dijeling benci lalu melangkah terus ke bilik tidur mereka. Panas hati menatap Jie.
Jie tersentak mendengar teguran kasar suaminya. Segera membelek cermin. Wajahnya kelihatan kemas disolek nipis.Jie tetap menjaga penampilannya seperti biasa. Apa maksud Rayyan wajahnya serabut? Jie buntu.
Suaminya tampak berbeza. Bukan seperti Rayyan yang Jie kenali. Mungkin tekanan kerja kot.. Jie membuat andaian sendiri.
Memandangkan reaksi dingin Rayyan mungkin esok saja Jie berbincang dengan suaminya. Jie melangkah naik ke biliknya. Rayyan dilihat tidur tanpa sempat bersalin pakaian atau pun mandi. Mungkin terlalu penat.
Melihatkan suaminya tengah tidur Jie turun semula ke ruang tamu. Ada sesuatu yang ingin dilakukannya. |
|
|
|
|
|
|
|
dugaan buat jie dah bermula lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
PENING LA BACE CITER NI....KATE MISTERI BAKAL TERUNGKAI...TP MCM DH BERBELIT-BELIT |
|
|
|
|
|
|
|
x abis2 dugaan yg menimpa JIE ngan RAY...sapa je yg dengki kat diorg nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak macam berbelit kak
Tapi akan terjawab in one shot
Sabar na
|
|
|
|
|
|
|
|
TT pls update xsabar nk tau apa kesudahan nya... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-3-2015 07:08 PM
Gelas yang dipegang oleh Maznah terlepas. Jatuh lalu kaca berderaian. Tangan menggeletar. Niat untuk minum terbatal walaupun tekak terasa haus. Jantung berdebar kencang.
Perasaan sama yang dirasa 3 tahun dulu ketika anak bongsunya ditembak. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Agak lewat untuk menghubungi Jie bertanya khabar. Takut berlaku perkara buruk terhadap anaknya.
Lagipula Jie sudah kembali duduk bersama Rayyan. Maznah tak mahu menantunya rasa terganggu dengan panggilan awal pagi begini.
Sedang masih berkira kira untuk menelefon Jie, Maznah terlihat kelibat Dato' Hanafi terburu buru turun tangga menuju ke pintu. Suaminya dihampiri.
"Abang nak ke mana ?" Maznah hairan melihat Dato' Hanafi mencapai kunci kereta. Siapa yang ingin ditemui suaminya awal pagi ini? Persoalan terbit.
|
|
|
|
|
|
|
|
tt..bole x update pnjg2 trs..pening da baca pendek2..hihih..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|