CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 31-3-2014 12:35 PM | Show all posts
sarizu posted on 31-3-2014 11:14 AM
Lupa nk bgtau...Vios putihhh

Cekap....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2014 12:54 PM | Show all posts
Usai membuat pesanan makanan, Zack memandang Zareen yang sedang memerhatikannya.

“Sorry, sebab heret awak teman saya makan.” Ujar Zack.

Zareen senyum. “It’s okay. Tak sampai hati pulak saya nak tinggalkan awak kat sini. Nanti awak cakap, saya ni tak ada hati perut…”

Zack ketawa lega. Zareen sudah mahu berbual kembali. Tidaklah masam seperti tadi. Wajah Zareen dijeling pandang secara diam-diam.

“Stop being a loser, Zack. Just tell her straight that you like her…”

Kata-kata Kate terngiang-ngiang di telinga, bagai menjadi sumber sokongan moralnya. Zack tarik nafas panjang, mahu menghilangkan rasa tak keruan.

“Zareen…”

“Zack…”

Serentak mereka bersuara. Serentak pula mereka ketawa.  

“Lady's first.” Ujar Zack, sambil senyum.

“Zack, saya nak tanya awak soalan ni. Tapi, taknaklah nanti awak ingat saya busybody…”

“Nak tanya apa?” Zack membuat muka tanda-soal.

Zareen senyum kelat. “Awak dengan…hhmmm……” Ayat termati. “Tak apalah. Saya rasa, saya tak patut masuk campur hal peribadi awak.”

“Tanya ajelah…” Balas Zack. Zareen senyum.

“Awak…gaduh dengan Kate ke?” Zareen seperti berhati-hati mengeluarkan soalan.

“Gaduh? Tak adalah." Zack terkejut sedikit mendengar soalan itu. "Mana saya ada gaduh dengan Kate. Kita orang okay je…”

“Habis tu, mana dia ya? Saya rasa, macam dah lama tak nampak Kate. Selalunya, lepas habis kerja, awak dengan Kate keluar berdua…” Zareen bersuara lagi.  

“Kate…” Zack terdiam sebentar. “Dia dah balik Birmingham. For good.” Terang Zack. Kate muncul dalam ingatan. Nafas dihembus perlahan.

“Oh…” Zareen terangguk-angguk. “Oh…” Zareen bersuara lagi dengan nada berbeza. “Is that the reason why?”

“Why…what?”

“Saya perhatikan awak sejak dua menjak ni. Awak nampak pendiam, banyak termenung. Macam ada masalah.”

Zack mendiamkan diri.

“Awak sedih sebab Kate balik Birmingham?”

Zack senyum sumbing. Rambut ditolak ke atas. “She’s my best friend. Tipulah kalau saya cakap, saya tak terasa kehilangan Kate.” Jawapan jujur Zack berikan.

“Saya faham. Susah nak terima kalau orang tu tiba-tiba hilang dari kita...” Zareen berkata perlahan. Senyuman dari bibir terus pudar. Terdiam.

Last edited by Nicki_Meow on 31-3-2014 03:23 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2014 01:31 PM | Show all posts
“Awak okay ke?” Setelah lama memerhatikan Zareen yang tiba-tiba termenung, Zack bertanya. Sedikit pelik dengan sikap Zareen.

Kate balik Birmingham, kau pulak yang sedih?


"Cik Reen..." Zack menguatkan suara apabila Zareen tak menyahut.

“Ehhmmm?”

“Awak…okay?” Zack mengulang soalan.

“Okay…”

“Macam tak okay je…”

Zareen senyum sumbing. Segera tersedar yang dia hanyut dalam perasaan secara tiba-tiba. Segera pula melarikan anak mata dari terus berpandangan dengan Zack.

“Apa yang awak fikir? Tiba-tiba termenung?”

“Nothing…” Zareen senyum.

“Betul?”

Zareen angguk.

“Kalau awak sudi cerita, saya sudi dengar…”

Zareen senyum, lebih manis kali ini namun masih tidak memberikan apa-apa jawapan. Hal peribadinya belum mampu diceritakan pada sesiapa. Apatah lagi, berkongsi kisah dengan Zack.

Zack…hhhhmm….


Sekali-sekala, hati wanitanya terusik dengan kerenah Zack. Sebolehnya, dia tidak mahu melayani perasaan itu. Cuba untuk tidak melayani rasa itu. Dia cuba untuk tidak membenarkan rasa itu datang.

Percubaannya gagal beberapa kali.

“Saya harap, satu hari nanti awak sudi nak berkongsi cerita dengan saya…” Ujar Zack.

Zareen ketawa kecil dan menggelengkan kepala. “Mungkin…”

Mereka saling bertukar senyuman dan kemudian, Zareen mengalihkan pandangan.

“Oh...Cik Reen. There’s one more thing, saya lupa nak beritahu…”

“Iya? Apa dia?”

“Awak nampak cantik hari ni…”

Zareen memutarkan biji mata. “Zack…awak ni…”

Zack ketawa. Last edited by Nicki_Meow on 31-3-2014 01:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 01:56 PM | Show all posts
aiols nak speku... zack end up dgn kate...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2014 02:02 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 31-3-2014 01:56 PM
aiols nak speku... zack end up dgn kate...



Motif uols speku Kate?



Last edited by Nicki_Meow on 31-3-2014 02:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 02:05 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 31-3-2014 02:02 PM
Motif speku uols?

writer saja nak bg feeling naik roller coaster... Berpisah lah konon.... Lepas tu masing2 baru tahu ada cinta dlm hati....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2014 02:11 PM | Show all posts
alaaaa..i nak zack dgn cik reen...or awek vios putih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2014 02:14 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 31-3-2014 02:05 PM
writer saja nak bg feeling naik roller coaster... Berpisah lah konon.... Lepas tu masing2 baru tah ...

We'll see.....

Masih mengira undi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2014 02:16 PM | Show all posts
ovina posted on 31-3-2014 02:11 PM
alaaaa..i nak zack dgn cik reen...or awek vios putih..

Sila vote...

Undian masih dibuka....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2014 10:19 AM | Show all posts
Episode 43

Ruang dapur rumah dua tingkat di Taman Melawati ini dipenuhi dengan suara berborak rancak. Sambil menjamu selera, Zareen dan Zara rancak bercerita. Irfan yang turut sama menikmati makan malam, hanya menyuap nasi ke mulutnya dengan senyap. Walau cerdik di usia empat tahun namun, sel-sel otaknya belum mampu mencerna perbualan orang-orang dewasa atau lebih tepat lagi, perbualan di antara mama dan maksunya itu langsung tidak menarik minatnya.

Di rumah ini, mereka tinggal berempat. Haris, adik Zareen yang nombor empat masih belum pulang dari tempat kerja. Asalnya rumah ini adalah milik ibu-bapa mereka. Apabila Zara tamat pengajian di sebuah universiti awam, ibu bapa mereka yang telah bersara dari perkhidmatan kerajaan, memilih untuk pulang ke Bahau, tempat asal bapa mereka. Tinggal bersama abang mereka yang nombor dua.

“Adik macam confuse sikit dengan cerita akak ni…” Zara bersuara.

“Apa yang adik confuse?” Soal Zareen.

“Dulukan, akak pernah cakap. Akak tak nak fikir pasal Zack sangat, sebab akak rasa Zack dengan Kate ada something going on. Rapat semacam….macam orang bercinta…”

Zareen angguk. “Apa yang confuse kat situ?”

“Sekarang ni, Zack dengan Kate, bercinta ke tidak?”

“Zack kata cuma best friend. Tak lah kot…”

“Okay…” Zara terangguk-angguk. “So, teori adik yang mengatakan, Zack memang betul-betul minat kat akak tu, bolehlah diguna-pakai?”

Zareen angkat bahu.

“Hhhmmm. Betullah tu…dia memang ada hati dengan akak. Kalau tak, takkan dia bagi hint tiga empat kali pada akak, suruh akak faham sendiri…”

Zareen senyum kelat. “Setakat sakat sikit-sikit macam tu, boleh di kira bagi hint ke?”

“Kira bagi hint lah tu. Akak tu je, yang buat-buat tak faham. Lepas tu, saja main tarik tali. Kesian mamat tu.” Balas Zara. “Padahal, akak pun…dalam hati ada taman jugak. Mengaku ajelah…”

Zareen terus ketawa kali ini.

“Kak...”

“Ya?”

“Perasaan akak pada Zack, macam mana pulak?” Soalan dari Zara kedengaran lebih serius kali ini.

“Entahlah dik, susah nak cakap. Nak kata suka…” Zareen menarik nafas sebentar. “Adalah sikit…”

Zara gelak.

“Tapi, nak kata jatuh cinta tu, belum lagi kot…entahlah. Senang cerita, peringkat mengenali hati budi masing-masing.”

Tawa Zara terburai. “Retis sangat..jawapan…klise gila. Tapi, kalau dah ada yang berkenan…apa salahnya? Walaupun lagi muda, kategori anak ikan…”

“Adik…” Suara Zareen meninggi, membuat teguran. “Anak ikan pulak…”

Zara ketawa mengekek. “Maksud adik, memanglah Zack tu lebih muda. Tapi kalau dia serasi dengan akak, apa salahnya...betul tak? Zaman sekarang, tak ada yang peliknya kalau suami lagi muda. Nak ikutkan, memang tak ada apa yang pelik pun. Kalau dah jodoh…”

“Pandainya cakap. Macam awak pulak yang pernah kahwin…” Zareen mencebik.

Zara senyum lagi. Wajah manis Zareen dipandang lama. Memang dia sangat rapat dengan Zareen kerana dalam lima beradik, hanya mereka berdua saja yang perempuan. Setiap rahsia dan rasa, dikongsi berdua. Dan Zara tahu, ada sesuatu yang tersimpan dalam lubuk hati Zareen.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 11:05 AM | Show all posts
awek vios putih tu.....
belom reveal lagi kan?

zack!!!   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2014 11:28 AM | Show all posts
merahsilver2U posted on 1-4-2014 11:05 AM
awek vios putih tu.....
belom reveal lagi kan?

Ayoyoooooo.....

Kak Merah oi....

Awek vios putih itu memang takde kena-mengena pun dalam cerita ni. Dia muncul sekadar memeriahkan cerita.

Kereta vios putih tu aje yang significant...entah sapa punya....





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2014 11:51 AM | Show all posts
“Kak…you are holding back. Why?”

Zareen diam.

“Akak teringatkan arwah Abang Asyraf lagi ke?”

Zareen senyum sumbing.

“Sebab itu ke, akak sengaja taknak terima Akmal…walaupun akak tahu yang Akmal betul-betul sayangkan akak, sayangkan Irfan. Dengan Zack pulak, akak sengaja main tarik tali…”

Zareen melepaskan keluhan. “Bohonglah kalau akak cakap, akak tak pernah terfikirkan Akmal…atau Zack. Tapi, setiap kali akak terfikir soal hati, soal perasaan….akak rasa bersalah dengan arwah Asyraf…”

Zara diam dan menggelengkan kepala. Wajah satu-satu kakak kandungnya itu dipandang. Dia tahu, betapa sayangnya Zareen pada arwah Asyraf. Pemergian Asyraf secara tiba-tiba itu memberi impak yang cukup kuat kepada Zareen. Apatah lagi, ketika itu Zareen sedang sarat mengandungkan Irfan. Asyraf pergi tanpa pesan, tak dapat dijangka. Selepas melahirkan Irfan, setahun Zareen tidak bekerja. Diri sendiri pun tak terurus. Irfan juga hampir terabai. Mental Zareen terlalu terganggu dengan kehilangan itu. Zareen mengalami kemurungan.

Pernah ibu bapa mereka mahu membawa Zareen pulang ke Kuala Lumpur tetapi, Zareen menolak keras. Dia mahu tetap berada di Terengganu, mahu dekat dengan pusara arwah Asyraf. Keadaan Zareen ketika itu persis orang sakit jiwa. Hampir-hampir saja Encik Hakim, bapa mereka mahu merujuk Zareen kepada pakar psikologi.

Mujur ada keluarga mertua Zareen. Mereka yang menjaga Zareen dan Irfan sebaik mungkin di Terengganu. Doa dan ikhtiar dari kedua belah keluarga tak pernah putus untuk Zareen. Sedikit demi sedikit, keadaan Zareen kembali pulih seperti sediakala, sehingga kini. Pemergian Asyraf sudah dapat diterima dengan redha.

“Kak…” Zara tarik nafas. “Dah lima tahun Abang Asyraf meninggal. Adik rasa, tak salah pun kalau akak cari pengganti.”

“Tak ada siapa boleh gantikan Asyraf.” Suara Zareen bergetar. Zareen mengalih pandangan kepada Irfan. Rambut Irfan diusap perlahan. Matanya mula berkaca.

Zara melepas keluhan, perlahan. Dapur menjadi sunyi seketika. Last edited by Nicki_Meow on 2-4-2014 09:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 02:48 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-4-2014 11:51 AM
“Kak…you are holding back. Why?”

Zareen diam.

alorrrh i want zack with kate plz Nicki_Meow hukhuk dan2 emo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2014 03:12 PM | Show all posts
azahianas posted on 1-4-2014 02:48 PM
alorrrh  i want zack with kate plz Nicki_Meow hukhuk dan2 emo

bawak bertenang...bawak bertendang....

I masukkan Kate dalam vote FA undi masuk....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2014 03:16 PM | Show all posts
“Okay…fine. Arwah Abang Asyraf tu baik, jejaka idaman Malaya, suami soleh…apa lagi?” Zara bersuara. Cuba menukar rentak agar suasana sayu itu tidak kekal lama.

“Oh…lupa pulak. Handsome tahap petala tujuh. Tu yang akak angau siang malam masa bercinta dengan Abang Asyraf…kan?” Sambung Zara. Zareen mula tertawa.

“Yang pergi tu biarlah pergi. Terkenang tu boleh, tapi...tak bermakna akak kena hidup dalam kenangan silam, tahu?”

“Iyalah…” Jawab Zareen, pendek.

“So, my dear sister…please take note. Moving on doesn’t mean you forget things. It just means you have to accept what happened and continue living.”

“Bukan main lagi berfalsafah…” Balas Zareen. Zara ketawa.

“Sekarang ni…akak pilih mana satu? A bukan nama sebenar atau Z bukan nama sebenar?” Zara kembali mengusik.

“Sudahlah dik. Malas dah nak cerita pasal ni…”

“Irfan…” Panggil Zara.

“Maksu nak apa?” Irfan jawab dengan soalan.

“Irfan nak ayah tak?”

Irfan mengangguk laju lalu memandang Zareen. “Kita boleh jumpa ayah ke mama?” Zareen diam dan senyum sahaja.

“Tapi, bukan ayah Akmal tau. Ini Ayah lain...” Usik Zara. Irfan berwajah keliru lalu memandang Zareen lagi seolah meminta penjelasan.

“Dik.” Tegur Zareen, kurang senang dengan usikan itu.

“Kita jumpa Ayah Zack. Nak?” Usik Zara lagi.

“Taknak.”

“Ayah Zack lagi handsome tau…”

“TAK NAK.”

“Adik…” Zareen memberi amaran sekali lagi tetapi terlambat. Irfan mula membuat perangai. Pinggan di atas meja ditolak kuat sehingga berterabur nasi dan lauk.

“Irfan…” Tegur Zareen.

“Irfan taknak ayah lain!” Suara Irfan naik semakin tinggi. Dia terus berlari meninggalkan dapur menuju ke ruang tamu.

Zara tercengang manakala Zareen menghembuskan nafas kasar.

“Irfan!” Zareen terpaksa menuruti langkah Irfan ke ruang tamu. Last edited by Nicki_Meow on 2-4-2014 09:40 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2014 03:23 PM | Show all posts
ayooo...x tau Irfan dh nangis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2014 04:02 PM | Show all posts
“Irfan…” Zareen memanggil Irfan yang menyorok di balik langsir pintu.

“Irfan…”

Irfan menangis semahu-mahunya. “Nak ayah…”

“Ayah kan kat kampung …sayang…”

“Irfan nak ayah jugak!” Irfan menjerit. Pantas menepis tangan Zareen yang cuba memegangnya.

“Irfan nak jumpa ayah…” Irfan berterusan menangis, tidak mahu dipujuk.

Zareen mengeluh perlahan. Dia tahu sebabnya. Hampir dua bulan Irfan tak berjumpa Akmal. Sudah beberapa kali juga dia berjanji untuk membawa Irfan berjumpa Akmal tetapi, janji itu masih belum ditepati sehingga kini.

“Mama…nak ayah…”

“Ayah kerja sayang. Mama pun sibuk. Nantilah mama bawak Irfan jumpa ayah…”

“Mama tipuuuuuuuuuuu.” Irfan mula membentak-bentak.

“Irfan…” Zareen mati akal. Irfan mengamuk tak keruan.

“Irfan…maksu main-main je tadi. Irfan janganlah nangis…” Zara yang kini berada di ruang tamu, turut sama cuba memujuk.

“Nak ayaaahhhhhhhhhhhhhh.”

“Irfan…janganlah macam ni.”

Irfan kekal menangis. Nampaknya, Irfan merajuk teruk kali ini. Zara memandang Zareen dengan rasa bersalah. Tak sangka gurauannya keterlaluan.

“Okay…okay. Mama telefon ayah, okay?” Zareen akhirnya membuat keputusan. Telefon bimbitnya di sebelah rak tv di capai. Pantas mencari nombor telefon Akmal. Segera di dail.

***
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 04:27 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-4-2014 11:28 AM
Ayoyoooooo.....

Kak Merah oi....


konpius i tau....

itu la... rasanya watak tempelan je...
so, bila ada org tnya... adakah aku ketinggalan?
saspen jah...

jgn nicki bosan melayan akak ni dah ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2014 04:37 PM | Show all posts
shahrinas posted on 1-4-2014 03:23 PM
ayooo...x tau Irfan dh nangis...

Thanks for reading Nas...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.163215 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list