Fred Kougar! Sangkaannya selama ini benar belaka. Tak sia-sia laptop gadis itu digodamnya. Kerja-kerja menggodam adalah perkara mudah baginya. Ternyata gadis yang begitu lantang dalam email itu begitu naïf orangnya.
Tersengih dia bila mengingatkan bagaimana laptop gadis naïf itu digodamnya. Dengan mencipta akaun email yang baru, dia selitkan kod-kod untuk menggodam di dalam email yang dihantarnya. Apabila si penerima membuka email tersebut, kod-kod itu dengan pantas akan menjalankan operasinya.
Dia tidak berniat jahat terhadap Najiha tapi dia perlu menyelidik siapa si penghantar email yang tidak dikenalinya itu. Agak menghairankan apabila seseorang yamg tidak dikenali tiba-tiba mengirim email memberitahu adiknya sakit. Apabila tidak mendapat respon, gadis itu menuduh pula yang bukan-bukan.
Selepas membaca tred Fred Kougar, hatinya semakin kuat mengatakan Najiha bersembunyi di sebalik nama itu. Untuk memastikan sangkaannya benar, dia perlu ‘mematikan’ sebentar laptop kepunyaan Najiha. Dona pasti akan memintanya memperbaiki laptop sahabat baiknya itu. Segala perencanaannya berhasil. Apabila laptop kepunyaan Najiha sudah jatuh ke tangannya, checkmate! New mission... I’ll hack your heart honey! Bibirnya mengukirkan senyuman.
Lama matanya memerhatikan gambar-gambar yang terdapat di dalam laptop. Entah kenapa hatinya terusik dengan perwatakan gadis itu. Sejak gadis itu memarahi dan menuduhnya macam-macam dalam email, dia sudah merasakan ada sesuatu yang menarik hatinya.
Kali pertama bertemu muka melalui webcam, sudah cukup membuatnya ceria. Dengan tudung yang tersenget, berhempas pulas gadis itu mengejar masa dua minit yang diberinya untuk menghantar surat dari hospital mengenai penyakit Dona. Bukannya dia tidak boleh menunggu gadis itu mengemailkan surat itu tapi sengaja dia meminta Najiha mmskan surat itu kerana dia mahukan nombor telefon gadis naïf itu. Dari nombor telefon bimbit itu, mudah saja dia mengesan lokasi Najiha sebaik sahaja dia pulang ke Malaysia.
IT is really great! Kata hatinya sambil tersenyum riang. Beberapa gambar yang menarik hatinya dibluetoohkan ke telefon bimbitnya. Akan menjadi peneman di kala rindu bertandang.
Mengingatkan pertemuan pertama kali mereka di biliknya, membuatkan hatinya kian terusik. Comel dirasakannya Najiha ketika itu. Gabra dan ketakutan melihat ada lelaki berbaring di sebelahnya. Pasti dialah lelaki pertama yang pernah berbuat sedemikian. Dia kan gadis Melayu Islam yang taat perintah agama? Tak hairanlah Najiha begitu marah sekali setiap kali tangannya disentuh. Sikap Najiha itu mengingatkannya kepada seseorang.
“Ini bukan sekadar prinsip. Ini hukum.” Begitulah alasan yang diberikan. Dia sedar dia perlu menghormati pegangan gadis itu jika hatinya mahu ditawan.
Tetikus digerakkan lagi. Kali ini matanya terpandang kepada folder yang berlabel housemate. Pantas jarinya menekan butang tetikus. Satu gambar dibukanya. Terpapar gambar Najiha bersama seorang gadis lain. Mungkin ini Lili, bicara hati kecilnya.
Beberapa gambar lagi ditatapnya. Kemudian matanya terpegun apabila pandangannya jatuh kepada gambar seorang perempuan persis wanita Arab. Lama gambar itu direnungnya. Ternyata memang benar dialah yang aku nampak tempoh hari. Sekali lagi hati kecilnya berkata.
Lama matanya memerhatikan gambar-gambar yang terdapat di dalam laptop. Entah kenapa hatinya terusik dengan perwatakan gadis itu. Sejak gadis itu memarahi dan menuduhnya macam-macam dalam email, dia sudah merasakan ada sesuatu yang menarik hatinya.