CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 5-2-2026 10:41 AM | Show all posts
​​​​​​​Tiga kanak-kanak lemas, terjatuh kolam kumbahan di Sibu Jaya
Februari 4, 2026, Rabu - 6:42pm

SIBU: Tiga kanak-kanak meninggal dunia akibat lemas setelah dipercayai terjatuh ke dalam sebuah kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini, petang tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Macx Devdynne Sharie Merdeka, 12, Macx Welwait Merdeka, 9, dan Daniella Arissa Tayas Maringgai, 10.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.03 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

Setibanya pasukan bomba di lokasi katanya, ketiga-tiga mangsa yang terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki dipercatai telah terjatuh ke dalam kolam kumbahan berkenaan yang dianggarkan sedalam kira-kira dua meter.

Bagaimanapun katanya, kesemua mangsa telah dibawa naik ke tebing kolam oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Pemeriksaan lanjut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kesemua mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Andy Alie ketika dihubungi berkata, kolam kumbahan berkenaan terletak kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan dan telah dipagari.

Namun terdapat beberapa bahagian pagar yang mempunyai kelemahan serta ruang yang membolehkan akses mudah, khususnya kepada kanak-kanak.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai memasuki kawasan berkenaan untuk bermain sebelum kejadian berlaku.

Andy menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya lebih berwaspada serta memantau pergerakan anak-anak, terutama di kawasan berisiko seperti kolam, tapak pembinaan dan longkang.

“Kanak-kanak secara semula jadi mempunyai rasa ingin tahu dan mungkin tidak menyedari bahaya di sekeliling mereka.

“Justeru, pemantauan berterusan oleh ibu bapa amat penting bagi memastikan keselamatan anak-anak,” katanya.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa berkaitan supaya menjalankan pemeriksaan berkala serta memperkukuh langkah keselamatan di kawasan berisiko bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

Mayat ketiga-tiga mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Operasi menyelamat melibatkan lapan anggota dengan bantuan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2026 10:44 AM | Show all posts
Pusat Khidmat Parlimen Sibu anjur kaunter khidmat bergerak di Paradom
Februari 5, 2026, Khamis - 7:22am



Pasukan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sibu ketika mengadakan kaunter perkhidmatan bergerak di Cafe Selalo, Sibu pada Rabu.

SIBU: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) meneruskan usaha mendekati rakyat apabila menganjurkan kaunter perkhidmatan bergerak di Cafe Selalo, Paradom, pada Rabu bagi membantu penduduk luar bandar memohon pelbagai skim kebajikan di bawah Kerajaan MADANI.

Kaunter perkhidmatan yang beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi itu memberi tumpuan kepada penduduk di kawasan Paradom, Tanjung Kunyit, Kerto serta kawasan sekitarnya, khususnya golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Sibu, Wong Lee Ting, berkata sambutan penduduk adalah agak rendah berikutan ramai pemohon telah berjaya mengemukakan permohonan lebih awal.

Menurutnya, faktor lain yang mempengaruhi kehadiran termasuk hujan pada waktu pagi, kekangan waktu bekerja serta kedudukan lokasi yang jauh dari pusat bandar.

"Penganjuran kaunter bergerak ini mencerminkan komitmen pusat khidmat dalam memberi perkhidmatan terus kepada rakyat, terutamanya bagi memudahkan urusan penduduk luar bandar dan warga emas.

"Tiga skim kebajikan utama ditawarkan menerusi kaunter berkenaan, iaitu Kenyalang Gold Card (KGC), Manfaat Kesihatan Warga Emas (SCHB) serta rayuan dan permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi KGC, Wong menjelaskan bahawa permohonan kini dijalankan secara elektronik susulan penaiktarafan sistem.

Jelasnya, pemohon dikehendaki membawa kad pengenalan asal, telefon pintar serta Sarawak Pass atau ID sekiranya telah berdaftar, dan mestilah berumur 60 tahun ke atas.

"Permohonan SCHB pula terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas, memiliki kad pengenalan berhuruf “K” serta pendapatan isi rumah bulanan di bawah RM7,000. Pemohon hanya perlu membawa salinan fotokopi kad pengenalan," ujarnya.

Bagi STR pula, katanya, permohonan dan rayuan melibatkan isi rumah dengan pendapatan tidak melebihi RM5,000 serta individu bujang yang memperoleh pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500.

Dalam pada itu, Wong turut merakamkan penghargaan kepada pihak Cafe Selalo atas kerjasama menyediakan kemudahan meja dan bekalan elektrik bagi melancarkan operasi kaunter perkhidmatan tersebut.

Beliau menambah, penduduk Sibu yang masih belum memohon sebarang bantuan kebajikan kerajaan dialu-alukan untuk berkunjung ke Ibu Pejabat DAP di Rejang Park Commercial Centre.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian 084-322001 atau WhatsApp 017-8331085 bagi mendapatkan maklumat lanjut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 10:45 AM | Show all posts
Penduduk Skim Sekuau kini nikmati kemudahan perhubungan yang selesa dan selamat
Februari 5, 2026, Khamis - 7:33am



Projek menaik taraf Jalan Kebun Kelompok Skim Sekuau (kiri) dan di Jalan Rumah Janting yang sudah siap.- Gambar FB DUN N.59 Tamin

SELANGAU: Penduduk di Skim Sekuau kini menikmati kemudahan perhubungan yang lebih selesa dan selamat apabila dua projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin berjaya disiapkan sepenuhnya dan diserahkan kepada komuniti setempat.

ADUN Tamin Christopher Gira Sambang berkata, projek berkenaan melibatkan kerja-kerja menaik taraf Jalan Kebun Kelompok Skim Sekuau serta Jalan Rumah Janting, yang memberi impak langsung terhadap kelancaran pergerakan harian dan aktiviti ekonomi penduduk luar bandar.

"Penyiapan jalan kebun, khususnya laluan ladang kelapa sawit, dilihat sebagai pemangkin penting kepada peningkatan hasil pertanian apabila akses jentera dan pengangkutan hasil dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan teratur.

"Keadaan ini secara tidak langsung membantu meningkatkan produktiviti serta pendapatan peserta penanam kelapa sawit di kawasan tersebut," katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya pada Rabu.

Selain manfaat ekonomi, Gira berkata, projek RTP ini turut meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan, terutamanya bagi penduduk rumah panjang yang bergantung kepada laluan ini untuk urusan harian, pendidikan dan perhubungan antara komuniti.

Menurutnya, usaha berterusan Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan projek berimpak tinggi seperti ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan infrastruktur luar bandar terus diperkasakan mengikut keperluan sebenar rakyat.

"Pelaksanaan projek RTP di Skim Sekuau adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk memperkukuh ekonomi luar bandar serta meningkatkan kesejahteraan penduduk," jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa pembangunan infrastruktur seperti jalan kebun bukan sekadar kemudahan fizikal, tetapi merupakan pelaburan penting bagi menjamin kelangsungan ekonomi dan kualiti hidup masyarakat setempat.

Majlis penyerahan projek siap tersebut turut disaksikan oleh wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu, Pegawai Pusat Khidmat DUN Tamin Kaunselor Ajan Dau, wakil rumah panjang serta kontraktor yang terlibat dalam pelaksanaan projek.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 10:48 AM | Show all posts
MPV musnah terbakar di Sibu
Februari 5, 2026, Khamis - 10:07am

SIBU: Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.08 pagi sebelum mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah ke lokasi kejadian, kira-kira sembilan kilometer dari balai.

“Pasukan tiba pada jam 6.21 pagi dan mendapati sebuah kenderaan di bahu jalan telah terbakar sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.29 pagi menggunakan satu aliran salur bantu mula, pam jentera serta sumber air dari tangki jentera.

“Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 6.50 pagi selepas anggota memastikan keadaan selamat dan terkawal,” katanya.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian malang itu.

Operasi melibatkan lapan anggota dengan kekuatan sebuah jentera FRT dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 10:50 AM | Show all posts
sbh - Terperangkap banjir, warga emas dan OKU diselamatkan bomba

swk - Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Sarawak ke-65 kini bermula

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 10:53 AM | Show all posts
Puasa Ramadan 2026 Berapa Hari Lagi?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-2-2026 10:54 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 01:17 PM | Show all posts
Warga asing mengamuk di Kampung Titingan, positif dadah
Februari 5, 2026, Khamis - 12:50pm



TANGKAP: Suspek terbabit berjaya ditangkap dan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai warga asing yang mengamuk dan menimbulkan kekecohan di kawasan Kampung Titingan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata pihaknya menerima maklumat awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.30 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Pondok Polis Kawasan (PPK) Titingan, Balai Polis Tawau digerakkan ke lokasi kejadian untuk mengesan suspek dan menjalankan siasatan lanjut.

“Suspek berjaya ditahan dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Tawau bagi menjalani ujian saringan awal air kencing.

“Hasil ujian saringan awal mendapati lelaki berusia lingkungan 30-an itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai warga asing.

Jasmin berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis akan terus meningkatkan rondaan dan pemantauan bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara di daerah ini.

“Orang ramai digesa agar segera melaporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak berkuasa,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2026 01:18 PM | Show all posts
Penyelesaian jangka panjang projek tebatan banjir di Bintulu perlu bagi kurangkan impak bencana
Februari 5, 2026, Khamis - 11:13am



Pang (kiri) bersama Dr Sim (kanan) semasa menghadiri sesi taklimat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Bintulu.

BINTULU: Pelaksanaan projek tebatan banjir untuk Bintulu tidak boleh ditangguhkan sebaliknya memerlukan penyelesaian jangka panjang dalam usaha mengurang, mengawal atau mencegah impak bencana banjir khususnya dalam pengurusan isipadu air sungai di bahagian ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, sistem saliran sedia ada di Bintulu terutamanya di kawasan perumahan lama tidak lagi mampu menampung pertumbuhan penduduk yang pesat dan pembangunan bandar.

Di banyak lokasi katanya, pelbagai kawasan kejiranan masih berkongsi infrastruktur saliran yang ketinggalan zaman yang menjadi faktor penyumbang utama kepada banjir berulang.

"Kita telah melihat apabila pendekatan betul diambil hasil yang baik akan menyusul," ujarnya hadir bersama Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dalam sesi taklimat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak di sini pada Selasa.

Pang berkata, beliau merujuk mengenai keberkesanan sistem saliran yang telah dinaik taraf di Kampung Assyakirin di sini yang kekal bebas banjir meskipun berlaku banjir teruk pada awal tahun lepas (2025).

Beliau berkata, ini jelas menunjukkan bahawa pembesaran, pendalaman dan perancangan semula sistem saliran yang betul adalah salah satu langkah tebatan banjir yang paling praktikal dan berkesan pada hari ini.

"Saya telah mencadangkan agar kolam takungan dipertimbangkan untuk kawasan yang mudah dilanda banjir di Bintulu, sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan banjir yang lebih komprehensif dan mampan melangkaui penyelesaian jangka pendek ke arah daya tahan jangka panjang," katanya.

Jelasnya, tebatan banjir bukan projek sekali sahaja ia adalah komitmen jangka panjang.

Justeru katanya, beliau akan terus membangkitkan perkara ini dan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk mendapatkan pembiayaan lebih besar dalam memastikan penyelesaiannya supaya rakyat tidak lagi perlu hidup dalam kebimbangan setiap kali musim hujan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 01:20 PM | Show all posts
Kerajaan negeri sokong DPPC bangunkan bakat atlet belia Sabah
Februari 5, 2026, Khamis - 1:10pm



KUNJUNGAN: Dr. Joachim ketika menerima kunjungan daripada rombongan DPPC.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyatakan sokongan padu terhadap Dinkers Point Pickleball Club (DPPC) sebagai usaha memartabatkan sukan pickleball serta membangunkan bakat atlet belia di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, berkata kunjungan hormat yang diterima daripada rombongan DPPC baru-baru ini menunjukkan komitmen kelab berkenaan dalam membangunkan sukan dan memberi peluang kepada belia untuk menonjol di peringkat kebangsaan.

“Kelab seperti DPPC memainkan peranan penting dalam pembangunan bakat atlet belia, selain memupuk gaya hidup sihat dan membina semangat kesukanan dalam komuniti,” katanya.

Rombongan DPPC diketuai Presiden kelab, Mohd Noh Adzlie, yang memperkenalkan kelab itu secara rasmi serta berkongsi visi dan misi untuk memperluas penyertaan belia dalam sukan pickleball.

Dr. Joachim turut memberi sokongan terhadap penyertaan DPPC dalam kejohanan APP Next Kuala Lumpur, yang dilihat sebagai platform penting untuk memberi pendedahan dan pengalaman berharga kepada pemain di peringkat kebangsaan.

“Peluang sebegini sangat bernilai dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain untuk membina pengalaman, keyakinan diri dan jati diri sebagai atlet,” katanya.

Sementara itu, Mohd Noh berkata, kunjungan hormat itu bukan sekadar sesi pengenalan rasmi DPPC, malah mencerminkan keyakinan terhadap peranan sukan sebagai medium pembangunan belia, pengukuhan komuniti serta pembudayaan gaya hidup sihat di Sabah.

“DPPC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan yang diberikan dan beriltizam untuk membawa nama Sabah dengan penuh kebanggaan di pentas kebangsaan melalui sukan pickleball,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 01:20 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 5-2-2026 01:22 PM

sbh - Kerajaan negeri sokong DPPC bangunkan bakat atlet belia sabah

swk - Penyelesaian jangka panjang projek tebatan banjir di Bintulu perlu bagi kurangkan impak bencana

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 02:52 PM | Show all posts
Jangan politikkan pelantikan KMKK di Sarawak, kata Khusyairy
Februari 5, 2026, Khamis - 2:05pm



KUCHING: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kapit Khusyairy Pangkas (gambar) meminta agar urusan pelantikan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) di Sarawak tidak dipolitikkan.

Khusyairy menerusi kenyataan berkata, pelantikan KMKK seharusnya berasaskan adat, nilai kepimpinan, keadilan, integriti serta pengetahuan mendalam mengenai budaya dan tradisi  sesuatu kaum bukannya dipengaruhi kepentingan politik.

Katanya Dayak khususnya amat menjunjung tinggi adat dalam proses pemilihan dan pelantikan ketua kaum, walaupun terdapat elemen demokrasi dalam amalan semasa.

“Penubuhan Panel Pemilihan KMKK (PPKMKK) oleh Kerajaan Sarawak bertujuan menginstitusikan proses rasmi pelantikan KMKK yang seharusnya berpaksikan keputusan pemilihan di peringkat komuniti kampung atau rumah panjang.

“Persoalan yang timbul ialah, mengapa ahli politik perlu menganggotai atau hadir dalam mesyuarat PPKMKK yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian.

“Memadai panel ini dianggotai oleh pentabdir seperti Residen, Pegawai Daerah serta pemimpin adat termasuk temenggung, pemanca dan penghulu yang mewakili penduduk setempat,” ujarnya.

Beliau turut mendakwa terdapat bebeberapa calon KMKK yang telah dipersetujui di peringkat Panel Pemilihan KMKK (PPKMKK) digugurkan dan digantikan dengan individu lain yang tidak dipersetujui oleh panel mahupun penduduk setempat.

Keadaan itu katanya, jelas menunjukkan wujud campur tangan politik dalam urusan pelantikan KMKK yang sepatutnya dihormati sebagai institusi berasaskan adat.

“Selagi keputusan yang telah dipersetujui di peringkat PPKMKK diubah atau dimanipulasi atas kepentingan politik, selagi itulah adat akan terus dinodai dan tidak dihormati,” ujarnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 02:53 PM | Show all posts
PBDS lancar tiga cawangan parti baharu di DUN Baram
Februari 5, 2026, Khamis - 2:28pm



Dr Bernard memalu gong sebagai simbolik pelancaran tiga cawangan parti sempena kembalinya PBDS ke landskap politik Baram sambil disaksikan Pahang (empat kiri) dan yang lain baru-baru ini.

MIRI: Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) kembali mewarnai landskap politik Baram selepas sekian lama menyepi apabila melancarkan tiga cawangan parti baharu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Baram.

Majlis pelancaran yang diadakan di Miri pada 31 Januari lalu menyaksikan penubuhan rasmi cawangan PBDS di N76 Marudi, N77 Telang Usan dan N78 Mulu, sekali gus menandakan usaha parti pembangkang itu untuk membina semula kekuatan akar umbi di kawasan pedalaman Sarawak.

Menurut Ketua Penerangan PBDS Sigie Badang, langkah tersebut adalah usaha strategik untuk menyusun dan memperkukuh struktur organisasi parti di Baram.

Menurutnya, penubuhan cawangan baharu itu juga bertujuan memperluas penglibatan parti dengan komuniti setempat di Baram selain mengukuhkan peranan PBDS di peringkat akar umbi.

“PBDS kekal komited memperjuangkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), pembangunan seimbang, keadilan sosial serta masa depan politik Dayak yang lebih adil dan saksama melalui saluran demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan PBDS akan terus memastikan suara masyarakat Dayak di kawasan pedalaman diwakili melalui proses demokrasi.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Presiden PBDS Dr Bernard Tahim yang memalu gong sebagai simbolik pelancaran, sekali gus menandakan permulaan rasmi operasi parti serta usaha mobilisasi di kawasan tersebut.

Langkah itu sempena kemunculan semula PBDS di Baram menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-13 yang dijangka diadakan tahun ini.

Majlis itu turut menarik perhatian dengan kehadiran bekas temenggung Pahang Ding, yang disifatkan sebagai melambangkan kesinambungan kepimpinan Dayak serta memberi sokongan moral terhadap perjuangan parti.

Untuk rekod, PBDS sebelum ini pernah mencatat kemenangan di kerusi Marudi dan Telang Usan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 1987, yang diadakan susulan tindakan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri meninggalkan parti masing-masing untuk menyertai PBDS dan Permas dalam insiden yang dikenali sebagai peristiwa Ming Court.

Pada ketika itu, Datuk Edward Jeli dan Datuk Seri Joseph Balan Seling yang masing-masing keluar daripada SNAP, berjaya memenangi kerusi berkenaan.

Bagaimanapun, Jeli kemudiannya kembali menyertai SNAP manakala Seling menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

PBDS kemudiannya dibatalkan pendaftarannya susulan perpecahan kepimpinan yang membawa kepada penubuhan Parti Rakyat Sarawak serta PBDS Baru, sebelum parti itu dijenamakan semula sebagai PBDS.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 03:01 PM | Show all posts
sbh - Hentikan spekulasi isu sempadan Malaysia-Indonesia: Suryady

swk - PBDS lancar tiga cawangan parti baharu di DUN Baram

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 03:41 PM | Show all posts
Jalan berturap beri keselesaan kepada penduduk
Februari 5, 2026, Khamis - 3:06pm



SELESA: Beginilah keadaan jalan yang sudah diturap, memberikan keselesaan kepada penduduk setempat dalam menjalani kehidupan seharian.

KENINGAU: Selepas lebih 40 tahun melalui laluan uzur serta berisiko, kini penduduk di Mukim Senagang dan Keritan Ulu akhirnya dapat menarik nafas lega setelah dua projek menaiktaraf jalan raya kini dilaksanakan.

Pelaksanaan dua projek menaiktaraf jalan raya itu secara tidak langsung berupaya meningkatkan keselamatan, perhubungan sekaligus menambahbaik kualiti hidup masyarakat luar bandar.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah melaksanakan projek menaiktaraf Jalan Senagang Bridge, Senagang Ulu, Keningau di bawah peruntukan Kerajaan Negeri Sabah bagi memperkukuh infrastruktur jalan raya di kawasan berkenaan.

Projek itu didaftarkan di bawah rujukan AK(S)/2025/PH4/003, dengan Kementerian Kewangan Negeri Sabah bertindak sebagai pelanggan dan dilaksanakan oleh Kenari Express Sdn. Bhd. bermula 25 November 2025 hingga 25 November 2027.

Dalam masa yang sama, projek menaiktaraf Jalan Keritan Ulu, Keningau turut dilaksanakan di bawah rujukan AK(S)/2024/PH3/005, juga oleh kontraktor yang sama, bermula 28 Oktober 2024 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 28 Oktober 2025.

Kedua-dua projek berkenaan dipantau oleh Pengarah Kerja Raya Sabah dengan sokongan wakil pegawai penguasa dari Cawangan Jalan Raya.

Penduduk setempat mengaitkan pelaksanaan projek berkenaan dengan usaha berterusan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, yang sebelum ini telah mengusahakan naik taraf aspal Jalan Keritan Laut–Keritan Ulu serta Jalan Senagang Lama–Senagang Ulu, sekali gus membuka laluan kepada pelaksanaan projek semasa.

Jurucakap Penduduk Kampung Senagang Ulu, Jimsimun Ahip berkata walaupun Annuar tidak lagi memegang jawatan sebagai ADUN, sumbangan beliau kekal dirasai penduduk sebagai pemimpin yang berjaya memperjuangkan keperluan asas rakyat selepas penantian puluhan tahun.

Menurut beliau, hasil yang dinikmati hari ini membuktikan bahawa kepimpinan dinilai melalui tindakan dan kesan jangka panjang, selari dengan peribahasa Melayu 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama', apabila legasi yang ditinggalkan terus memberi manfaat kepada generasi seterusnya.

Pelaksanaan kedua-dua projek itu dijangka meningkatkan keselamatan jalan raya, melancarkan perhubungan harian serta menyokong pembangunan sosioekonomi penduduk luar bandar di Mukim Senagang dan Keritan Ulu.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 03:42 PM | Show all posts
Ishak hulur sumbangan khairat kepada tiga keluarga
Februari 5, 2026, Khamis - 3:21pm



SAMPAIKAN: Nurdin menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada keluarga Almarhumah Hajah Aminah Imam sempena ziarah itu.

KENINGAU: Penduduk yang melalui saat sukar dan duka tidak dilupakan apabila wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Mohd Ishak Ayub mengadakan ziarah terhadap tiga buah keluarga di sekitar Bingkor.


Ziarah pertama diadakan di Kampung Sandapak apabila Pemaju Mukim Tuntumolod Nurdin Zainuddin bersama Pegawai Khas ADUN Bingkor, Jubirin Sugari hadir menyampaikan sumbangan khairat kematian serta takziah kepada keluarga mendiang Peter Daigo.


Kunjungan kedua diteruskan ke Kampung Merampong, dengan Nurdin mewakili ADUN Bingkor menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada keluarga Almarhumah Hajah Aminah Imam.


Ziarah terakhir diadakan di Kampung Bingkor Lama, apabila Nurdin bersama Jubirin menyampaikan sumbangan serta ucapan takziah kepada keluarga mendiang Joseph Sabayoi.


Ketiga-tiga ziarah itu bertujuan meringankan beban waris selain menyampaikan sokongan moral dan doa agar keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan serta kekuatan menghadapi saat kehilangan yang berat.


Ishak yang juga Pembantu Menteri Kewangan turut menitipkan rasa simpati yang mendalam serta menegaskan bahawa keprihatinan terhadap rakyat tidak bersifat bermusim.


Ziarah yang diadakan mencerminkan pendekatan kepimpinan berasaskan empati — bahawa khidmat kepada rakyat bukan hanya tentang membina masa depan, tetapi juga tentang hadir ketika saat sukar, menjadi jambatan hati antara kepimpinan dan rakyat yang sedang berjuang menenangkan kehilangan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2026 03:44 PM | Show all posts
Ishak tinjau kawasan terjejas banjir
Februari 5, 2026, Khamis - 3:31pm



TINJAU: Ishak bersama rombongan meninjau beberapa infrastruktur awam yang terjejas akibat banjir baru-baru ini untuk tindakan lanjut.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Mohd Ishak Ayub turun padang meninjau kawasan terjejas banjir yang melibatkan beberapa buah kampung di Bingkor, baru-baru ini.

Antara yang dilawatai beliau sendiri ialah Kampung Kota Ayangan, Kampung Bingkor Lama, Kampung Minansut dan Kampung Tuntumulud, dengan fokus terhadap kerosakan infrastruktur awam, sistem saliran serta aspek keselamatan penduduk.

Antara isu dikenal pasti ialah pintu gerbang Kampung Kota Ayangan yang rosak dan berisiko membahayakan pengguna jalan raya, rumah penduduk di Kampung Bingkor Lama yang terkesan akibat banjir, saliran tersumbat di Kampung Minansut, serta kerosakan jalan raya di Kampung Tuntumulud akibat hakisan air.

Di Kampung Tuntumulud, beliau turut meninjau laluan sementara yang telah dibaik pulih oleh pihak konsesi sebagai langkah awal memastikan perhubungan penduduk tidak terputus sementara menunggu pelaksanaan kerja pembaikan kekal.

Sepanjang lawatan, perbincangan bersama agensi berkaitan diadakan bagi mengenal pasti mekanisme pembaikan paling sesuai serta tindakan susulan yang boleh dilaksanakan dengan segera, khususnya bagi mengurangkan risiko kejadian berulang.

Turut serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor, Lectus Fung; Pegawai Daerah Keningau, Peter J. Moinjil; Penolong Pegawai Daerah, Noris; wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir Dechord Moujing; wakil Jabatan Alam Sekitar (JAS); Pembantu Jurutera Jabatan Air Sabah, Deo Rexleen Rudim; pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, kakitangan Pejabat Wakil Rakyat Bingkor, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor serta pihak konsesi terlibat.

Lawatan bersepadu itu mencerminkan pendekatan kepimpinan berasaskan tindakan, dengan penekanan terhadap keselamatan rakyat serta penyelesaian jangka panjang demi kesejahteraan komuniti setempat.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 03:45 PM | Show all posts
Malaysia raih pengiktirafan antarabangsa ekonomi kitaran
Februari 5, 2026, Khamis - 3:32pm



ANUGERAH: Malaysia ketika menerima Anugerah Kemahiran Hijau (Green Skills Award) 2025.

KOTA KINABALU: Malaysia terus mengukuhkan kedudukan di pentas antarabangsa apabila meraih pengiktirafan dalam bidang ekonomi kitaran menerusi kemenangan ‘ForOurPlanet Award’ pada Anugerah Kemahiran Hijau (Green Skills Award) 2025 anjuran Yayasan Latihan Eropah (ETF), baru-baru ini.

Anugerah berprestij itu mengiktiraf inisiatif pendidikan ekonomi kitaran yang dilaksanakan oleh pelajar di Sekolah Indonesia Kota Kinabalu (SIKK), Sabah, yang menampilkan pendekatan inovatif dan inklusif dalam pengurusan sisa makanan.

Projek berkenaan menggunakan kaedah biokonversi lalat askar hitam (black soldier fly) untuk menukar sisa makanan kepada kompos serta makanan ternakan, sekali gus menggabungkan pembelajaran sains secara praktikal, perubahan tingkah laku dan pendidikan iklim berasaskan komuniti.

Pengiktirafan itu diumumkan semasa EU-Italy Energy Days yang berlangsung di Politecnico di Torino, sekali gus meletakkan Malaysia sebaris dengan negara lain yang giat memacu agenda kelestarian global.

Kategori ForOurPlanet Award diperkenalkan pada 2025 dengan kerjasama Suruhanjaya Eropah dan Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah, khusus bagi menghargai kecemerlangan pendidikan ekonomi kitaran yang memberi impak nyata kepada alam sekitar dan masyarakat.

Pengarah ETF, Pilvi Torsti, berkata pengiktirafan berkenaan membuktikan pendidikan dan latihan memainkan peranan penting dalam menyokong peralihan hijau serta pembangunan mampan.

“Pendidikan kemahiran hijau bukan sahaja membantu menangani cabaran alam sekitar, malah melahirkan generasi yang lebih bersedia menghadapi perubahan teknologi dan krisis masa depan,” katanya.

Sejak dilancarkan pada 2021, Anugerah Kemahiran Hijau ETF menerima lebih 1,350 penyertaan dari lebih 60 negara, menjadikan kejayaan Malaysia sebagai satu pencapaian membanggakan di peringkat global.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 03:47 PM | Show all posts
Wanita mohon bantuan Hope Place sokong suami yang masih dalam proses pemulihan
Februari 5, 2026, Khamis - 3:01pm
  
KUCHING: Seorang wanita tampil mendapatkan bantuan daripada Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (Hope Place) bagi menyokong suaminya yang masih dalam proses pemulihan selepas mengalami  angin ahmar (strok).

Mathew Jabek, 64, yang kini tinggal bersama isteri dan tiga anak di Serian dikatakan mengalami strok tahun lalu dan pada Mei lepas telah menjalani pembedahan otak bagi membuang darah beku.

Menurut isterinya, hampir setahun selepas pembedahan, Mathew masih pulih secara perlahan dan tidak mampu bekerja seperti biasa.

“Walaupun dia tidak terlantar di atas katil namun keadaannya masih sangat lemah secara fizikal dan tidak mampu berjalan.

"Namun, dia masih boleh bercakap, duduk dalam tempoh singkat dan mengambil makanan pejal,” katanya.

Mathew sebelum ini pernah bekerja di sebuah hotel ketika usia muda sebelum bersara kira-kira sembilan tahun lalu.

Selepas itu, beliau mengusahakan ladang sayur-sayuran serta menternak ikan tilapia di tanah miliknya sendiri.

Bagaimanapun pada 2022, keadaan kesihatannya merosot secara mendadak menyebabkan ladang dan kolam ikannya terbiar serta tidak lagi diusahakan.

Kini Mathew dan isterinya tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan tetap dan terpaksa bergantung kepada bantuan kebajikan sebanyak RM500 sebulan untuk menampung keperluan keluarga, termasuk tiga anak berusia antara lima hingga 14 tahun.

“Walaupun menerima bantuan, kami masih berdepan kesukaran kewangan... namun abang Mathew banyak membantu terutama dengan menggunakan kenderaannya sendiri untuk membawa Mathew ke hospital bagi rawatan susulan,” katanya.

Sehubungan itu, Hope Place tampil membantu keluarga berkenaan dengan membekalkan lampin dewasa serta bantuan makanan asas.

Justeru, orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Hope Place atau Persatuan Kebajikan Harapan Kuching di talian 082-505987 atau 013-5672775.

Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun Maybank 511289001160 atas nama Persatuan Kebajikan Harapan Kuching atau melalui kod QR S Pay Global yang disediakan di laman Facebook rasmi pertubuhan itu.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2026 03:47 PM | Show all posts
Swinburne Sarawak dan Mango Media Borneo menganjurkan bengkel
Februari 5, 2026, Khamis - 3:05pm



Dr Wee bergambar bersama peserta bengkel '2026 Xiaohongshu Cara Baharu Untuk Bermain di Swinburne Sarawak baru-baru ini.

KUCHING: Hab Keusahawanan Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) bersama Mango Media Borneo menganjurkan bengkel dikenali sebagai 'Cara Baharu Untuk Bermain Xiaohongshu 2026'.

Ia sebagai simbolik lawatan julung kali Xiaohongshu (Red Note) dari China secara rasmi ke Sarawak pada 22 Januari lepas.

Dalam satu kenyataan kepada media menyebut, ia sebahagian daripada inisiatif Mango Space yang baru dilancarkan iaitu satu kerjasama strategik yang direka untuk melatih generasi usahawan media yang cemerlang.

Bengkel itu mendapat sambutan hangat apabila 50 tempat yang disediakan penuh dengan para peserta yang terdiri daripada para usahawan, pengurus industri, kakitangan universiti dan pelajar.

Bengkel itu menawarkan peluang yang jarang ditemui oleh para peserta yang akan berinteraksi secara langsung dengan tokoh-tokoh penting dalam industry antaranya Jeson seorang peneraju saluran pemasaran luar negara yang pakar dalam ekosistem global Xiaohongshu serta Pakar Pemasar Pertumbuhan Aset Pelanggan Xiaohongshu Fu Shan.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa antara pengisian bengkel merangkumi enam bidang kritikal yang disesuaikan khusus untuk pasaran Malaysia iaitu Kelas Induk Pemasaran: Panduan Untuk Jenama Malaysia Beralih Daripada 'Sifar Kepada Viral' dan Strategi Pertumbuhan: Mendapatkan Pengesahan 'Tanda Semak Biru' yang didambakan.

Kandungan lain termasuk Pembudayaan Kandungan: Teknik Untuk Menggandakan Trafik Melalui Penciptaan Kandungan Viral, Kolaboratif Influencer: Menggunakan Platform 'Dandelion' Untuk Mengenal Pasti Promoter Yang Tepat dan Mengelakkan Perangkap, Penjanaan Petunjuk: Memanfaatkan 'Iklan Cetus' Untuk Menyasarkan Bakal Pelanggan Malaysia Dengan Tepat selain Kemas Kini Dasar: Dasar Kebajikan Eksklusif Daripada Penyedia Perkhidmatan Rasmi.

Ketua Hab Keusahawanan Swinburne Sarawak Dr Gabriel Wee Wei En berkata bengkel menekankan kepentingan strategic kerjasama antara pihak Swinburne Sarawak danXiaohongshu, China.

“Bengkel ini lebih daripada sekadar seminar... ia merupakan langkah sulung untuk ‘Mango Space’ dan satu inisiatif bersama kami untuk merapatkan jurang antara teori akademik dan dunia keusahawanan media digital yang pantas.

"Dengan membawa platform global seperti Xiaohongshu terus kek ampus kami telah melengkapkan pelajar dan perniagaan tempatan kami dengan alatan bertaraf dunia untuk bersaing dalam ekonomi digital,” kata Dr Wee.

“Inisiatif juga selaras dengan visi Ad Astra 2030 Swinburne yang komited kepada kami untuk melahirkan graduan yang bersedia untuk masa depan dan memupuk hubungan industry tulen yang memacu impak dunia sebenar.

"Kami bukan sahaja mengajar keusahawanan tetapi turut membina ekosistem di mana ia berkembangmaju,” tambahnya.

Dalam pada itu, bengkel berfungsi sebagai yang pertama dalam siri program pada Januari di bawah Hab Keusahawanan Swinburne Sarawak.

Ia menetapkan momentum yang kukuh untuk tahun depan ketika university terus mengukuhkan kedudukannya sebagai perantara inovasi dan integrasi industri di rantau ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak boleh berkunjung ke laman web www.swinburne.edu.my, Facebook (@swinburnesarawak) selain Instagram (@swinburnesarawak), LinkedIn (Swinburne University of Technology Kampus Sarawak), laman X (@Swinburne_Swk), TikTok (@swinburnesarawak), YouTube (SwinburneSarawak) sertaXiaohongshu (@SwinburneSwk).


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.628238 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list