CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI X, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 31-7-2011 11:10 AM | Show all posts
Assalammualaikum... banyak nya thread pasal umrah haji, tak dapat nak hadam semua postings... insyaAllah kalau Allah izinkan, saya akan berangkat pada 17 ogos ni. tapi tak tahu kenapa hati ini berbelah bahagi. tak tahu apa nak di expect.. hmm... saya ingin bertanya:-

1. ini umrah pertama saya, tetapi umrah ke3 untuk suami. suami ada ajar saya bagaimana nak memaksimakan masa untuk ibadah waktu 10 terakhir ramadhan. beliau memberitahu, untuk 2 umrah ramadhan terdahulu yang beliau buat, beliau akan solat subuh jemaah di MH, lepas tuh miqat ke tanaim dan buat umrah, selepas umrah, balik ke hotel dan tidur sehingga pukul 2.30 pm dan zohor di MH (tak jamaah). kemudian, baca quran atau buat solat2 sunat di al-haram hingga masuk asar, dan asar berjamaah... solat sunnat dan baca quran lagi di al-haram hingga masuk waktu berbuka dan maghrib berjamaah. lepas maghrib berjamaah, balik ke hotek untuk makan dan kembali ke MH untuk isya' dan tarawih, qiamuliail hingga subuh. soalan saya, boleh kah kita lewatkan zohor?  mengikut rutin di atas?

2. saya suarakan keinginan saya pada suami untuk solat di dataran kaabah sepanjang 9 hari di masjidil haram, tapi beliau kata, susah nanti orang ramai berpusu2, nak keluar lambat dan pelbagai masalah lain yang mungkin timbul. terasa sedih pulak. belum pergi lagi dah rasa macam tertekan.

mohon doa kalian agar Allah permudahkan untuk saya. ini umrah yang pertama, saya ingin yang terbaik kalau2 ini juga yang terakhir. *sedang mengalirkan airmata*

Allah, permudahkan lah urusanku di dunia dan di akhirat. amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2011 01:19 PM | Show all posts
Reply 1041# t1cherNur

Soalan 1: ...boleh kah kita lewatkan zohor?  mengikut rutin di atas?

Tidak menjadi masalah sekiranya tidak solat berjemaah bersama Imam. Puan boleh berjemaah dengan suami puan dan mendapat ganjaran 27 kali ganda solat berjemaah. Asalkan  jangan terlampau lewat hingga masuk waktu haram.
Sekiranya puan ingin memaksimakan amalan, perbanyakkan tawaf sunat kerana ganjarannya melebihan ibadah lain selain ibadah umrah.


2. saya suarakan keinginan saya pada suami untuk solat di dataran kaabah sepanjang 9 hari di masjidil haram, tapi beliau kata, susah nanti orang ramai berpusu2, nak keluar lambat dan pelbagai masalah lain yang mungkin timbul. terasa sedih pulak. belum pergi lagi dah rasa macam tertekan.

Solat di mana2 bahagian masjid adalah sama. Cumanya jika kita beriktikaf dan melihat Kaabah, maka kita akan dapat pahala melihat Kaabah. Apa lebih penting adalah puan menjaga hati suami dan setiap amalan yang dilakukan diiringi dgn keredhaan suami. Itu yg lebih penting.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 01:46 PM | Show all posts
Alhamdulillah... lega dengar nasihat ustaz. syukran jazilan. insyaAllah, hati lebih tenang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 05:09 PM | Show all posts
Kelas kedua terakhir hari ni, rayhar jamu nasi Arab (ke itu nasi Mandi?)

anyway, saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakan forumers ..
Moga ada perkhabaran gembira  buat saya & suami Ramadhan kali ini ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 09:47 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua,

Insyaallah, malam ini saya akan berangkat ke tanah suci  untuk menunaikan  ...
Rosputih Post at 28-7-2011 14:16


Waalaikumsalam...

Alhamdulillah.. seronoknyer dpt berpuasa di Mekah.. Ya Allah jadikan lah kami menjadi tetamu Mu lagi nanti!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 10:12 AM | Show all posts
Reply  AlongCute


Assalamualaikum..
Bila nak pi Umrah?
Kak Ros sudah bertolak pagi tadi..F ...
aziefa Post at 28-7-2011 18:36



Salam k.aziefa...(oppss akak keee.. ) insyaallah along berangkat 8/8/11 ... lg dekat nk berangkat nie mcm perasaan along.. maklum nie 1st time along mengerja kan umrah... byk gak info2 yg along dpt dr forum nie.. terima kasih kpd forumer yg sudi berkongsi info2 & pengalaman ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2011 11:39 AM | Show all posts
Salam along... selamat berangkat.

Pertama kali pergi, ya? Nanti bila pertama kali nampak Kaabah, doa segala apa yg terhajat di hati. Doa pertama kali melihat Kaabah adalah doa makbul, insyaAllah, lebih2 lagi apabila kita berpuasa.

Buat mereka2 yg pertama kali pergi, pastinya akan rasa kekok. Apa2 pun pastikan ilmu yg akan dibawa ke sana sana cukup. Jangan terikut2 dgn jemaah lain dan kena yakin dgn apa yg kita lakukan. Jangan sekali2 rasa was2.

Pastikan 'survival skills' kita cukup, contohnya cara mengambil wuduk dgn air yg sedikit sahaja.

Dahulukan orang lain dan bantulah orang lain, insyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan kita kelak. Jangan komplen atau terfikir perkara2 negatif dalam minda kita. Sentiasa berfikiran positif.

Semoga mendapat umrah maqbullah, dikurniakan keafiatan, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan keselamatan dan diterima segala amalan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 12:19 AM | Show all posts
Salam k.aziefa...(oppss akak keee.. ) insyaallah along berangkat 8/8/11 ... lg dekat nk bera ...
AlongCute Post at 1-8-2011 10:12


salam semua ..   
cemburu nye baca orang gi umrah bulan2 ramadhan ni ..
dulu, sangat2 dulu, 1999, umrah pertama masa bulan ramadhan, masa tu bulan december ..
masa tu muda lagi dan kurang berpengalaman ..
mindset pun tak berapa nak prepare lagi ..


pada alongcute, ambiklah peluang ni sebaik mungkin ..
sampaikan salam pada rasulullah ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2011 05:59 AM | Show all posts
Alhamdulillah... lega dengar nasihat ustaz. syukran jazilan. insyaAllah, hati lebih tenang.
t1cherNur Post at 31-7-2011 13:46


kalo boleh apa yg fikir benda2 -ve buangkan sahaja...
Faham org yg pertama kali mcm2 dgr citer benda yg -ve sahaja walaupun +ve ada sket...
niat yg baik utk tujuan beribadah selalunya insyaallah Allah makbulkan...jikalau tak dpt mungkin rezeki di lain hari...
jikalau tak dpt cium hajaratul aswad...lambaikan sahaja sudah memadai
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 10:23 AM | Show all posts
Salam along... selamat berangkat.

Pertama kali pergi, ya? Nanti bila pertama kali nampak Kaabah, ...
ustaz Post at 31-7-2011 15:39



    terima kasih ustaz.. atas info yg sgt berguna ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 10:25 AM | Show all posts
salam semua ..   
cemburu nye baca orang gi umrah bulan2 ramadhan ni ..
dulu, sangat2 dulu, 1 ...
aishahahmad Post at 1-8-2011 04:19



aishah..insyallah along akan gunakan kesempatan yg Allah kurnia utk memohan ampun & keberkatan Nya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 02:56 PM | Show all posts
Salam ramadhan... ada tak sesiapa yg pernah pegi umrah bwak budak umur 1 1/2 tahun? cerita lh pengalaman kat sana?
nak tanya lgi, boleh tak bawa masuk handphone & camera dlm masjid? ada spot check tak sblum masuk masjid? tq
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 09:50 PM | Show all posts
Reply 1047# ustaz

Assalamualaikum ustaz dan kawan2 semua....
     

.................Dahulukan orang lain dan bantulah orang lain.........


Akak suka dgn tulisan ustaz di atas.... Ini lebih
utk mengingatkan diri akak sendiri..................
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 11:52 PM | Show all posts
Reply 1051# AlongCute


Assalamualaikum..Akak ada terima sms dari Kak Ros..
Selamat sampai dan beritau Mekah puasa sama hari dgn kita..
Alongcute nak ke no hp sana?   
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 08:53 AM | Show all posts
Salam ramadhan... ada tak sesiapa yg pernah pegi umrah bwak budak umur 1 1/2 tahun? cerita lh pengal ...
Quinny Post at 2-8-2011 14:56


sy bwk budk umo 3thn ari tuh.. hmm agak sukar gak lah nak beribadat lebeh2 sbb dorang nih kan masih kecik!! agak terbatas sikit sbb org terlalu ramai so kena cepat bergerak kalau tak susah nak dpt tmpt kat Masjidil Haram..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 09:34 AM | Show all posts
Reply  AlongCute


Assalamualaikum..Akak ada terima sms dari Kak Ros..
Selamat sampai dan beri ...
aziefa Post at 2-8-2011 03:52



Nakkkk ..   ntt akak pm ya... nk tanya kalu kita beli simcard zain ntt ,kalu nk call hp kat sini kena dial up mcmana erk... ada country cord kee  ,kita just dial up mcm biasa ... (nk call anak2 ntt )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2011 11:33 AM | Show all posts
Reply  ustaz

Assalamualaikum ustaz dan kawan2 semua....
     

.................Dahulukan ora ...
jellybee Post at 2-8-2011 21:50


Wa'alaikumsalam kak....

terima kasih...

InsyaAllah, peluang membantu orang di sana sentiasa ada.

Sebut kisah bantu membantu ni, ada kisah menarik berlaku di hadapan mata saya sendiri...
Semasa haji tahun 2007, ramai orang Turki bercakap bahasa Turki kepada isteri saya kerana rupa dia macam orang Turki...
jadinya isteri saya berdoa agar dia faham bahasa Turki...tak semena2 alih2 dia faham bahasa Turki...

Tahun 2009, kami melakukan umrah pula...
Ada makcik tua Turki berkerusi roda, dia cakap sorang2 orang lain tak hiraukan dia, pasal orang tak faham...
Ketika itu saya dan isteri nak menghala ke pintu nak balik hotel...
lepas tu isteri saya patah balik, tolak kerusi roda makcik tu ke tempat air zam2 dan berikan dia air zam2 untuk diminum...
lepas tu makcik tu berterima kasih sangat2... dia kata dia lama tunggu nak minum, tapi takde orang pun tolong (dalam bahasa Turki).
Saya tergamam sekejap... seolah2 macam tak percaya.

Kesimpulannya, di Masjidilharam, perkara mustahil boleh berlaku, InsyaAllah. Doa dengan penuh ikhlas, insyaAllah, Allah akan kabulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 11:40 AM | Show all posts
Reply 1054# aziefa
Saya pun ada terima SMS dari Kak Ros hari tu...
Dia kata dia nak berangkat ke Mekah dah...

Nanti bila kat sana, beli sim card prepaid. Bila tiba di Madinah, dekat dataran Menara Jam tu ada kedai Mobily, boleh beli dekat situ. Ataupun kadang2 kat tepi jalan pun ada orang jual. Guna prepaid sana jauh lebih murah utk buat panggilan & SMS ke Malaysia. Lebih elok beli prepaid utk suami isteri, senang nak berhubung. 10 malam terakhir memang padat teramat. Jadi penting utk berhubung sekiranya terpisah.

Telefon, bawak je masuk masjid. Kalau kat Madinah ada tempat simpan handphone. Kat Mekah macam tak check sangat. Tapi ikut nasib juga.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 01:16 PM | Show all posts
Reply 1057# ustaz

Assalamualaikum,

Memang benar ustaz, Tanah Haram doa kita di bayar tunai oleh Allah s.w.t. InsyaAllah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 01:22 PM | Show all posts
Reply 1054# aziefa

Assalamualaikum azie...nnt tolong sampaikan salam saya
pada kak ros dan suami ye......terlambat reply msg kak ros
kat FB saya aritu.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.441440 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list