CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hanni

UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 26-11-2009 11:33 PM | Show all posts
1037# aziefa

Batul kata-kata azie tu...
Terasa dekat dan eratnya tali silaturahim bermula di thread ini
Semoga ayahjoe terus diberi kemudahan bagi menyempurnakan ibadahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2009 11:40 PM | Show all posts


Mengutip batu di Muzdalifah.

Mungkin Dalam tempoh masa dua atau tiga jam lagi, ayahjoe akan berangkat ke Muzdalifah sebelum meneruskan perjalanann ke Mina..


Nostalgia...nostalgia....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 11:43 PM | Show all posts


Jemaah sedang beratur nak menaiki Bas menuju Arafah..
Di kala itu Hujan turun membasahi Bumi Mekah..
Gambar dari Al makki.com ( Ustaz Rahman )..

Husain..
Tadi Mak Cik rasa terharu jugak tiba tiba dapat sms dari Ustaz Rahman..
Dia kata dah masuk waktu wukuf...nak kirim doa apa apa ke..
Masyallah...tak terfikir pun akan ada orang yg ingat kat kita di saat wukuf tu..
Alhamdulillah..   
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 11:52 PM | Show all posts
http://farm4.static.flickr.com/3167/2654975077_2ff42a6309_m.jpg

Mengutip batu di Muzdalifah.

Mungkin Dalam tempoh masa dua atau tiga jam lagi, ayahjoe akan berangkat ke Muzdalifah sebelum mener ...
Rosputih Post at 26-11-2009 23:40


Kak Ros..
Rasanya tahun ni dia orang tak payah kutip batu..
Pasal H1N1...Arab Saudi dah siap kan uncang yg berisi batu yg sudah disterelise..
Dok dengar dari Program Khabar Haji Astro Oasis..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 11:55 PM | Show all posts
Keluarga Dokter Layani Haji            
Kamis, 26 November 2009 11:22

Jakarta (MCH). Jika sakit di Mina sekali-kali datang ke poliklinik di dekat jamarat. Di sana akan ada seorang dokter bernama Dokter Thaha Khatib. Jangan kaget jika di poliklinik itu, ia sekeluarga menjadi pelayan Allah dalam melayani jemaah haji yang sakit.

Sebab, Thaha Khatib juga didampingi istrinya Dokter Amal Asy-Syinthi yang tercatat sebagai dokter umum. Ia juga dibantu tiga dokter anaknya yang cantik-cantik dokter Maram, dokter Manar, dan dokter Mallak.

Lima keluarga anak dan istri ini akan bergiliran selama 12 jam di poliklinik yang dikelola Kementerian Kesehatan Arab Saudi. “Kami bangga bisa melayani jemaah haji dan membantu memecahkan penderitaan mereka,” katanya kepada harian Al-Madinah edisi Kamis, 26 November hari ini.

Kelima dokter ini bangga melayani jemaah haji karena musim haji tahun ini menghadapi wabah berat, Flu Babi. Suka duka menghadapi pasien dari berbagai negara adalah komunikasi. Bahasa tarzan ia lakukan untuk menebak penyakit jemaah. Obat pun yang dibnerikan adalah obat yang aman, selain kasus demam tinggi yang ditakutkan Flu Babi. (MH)


Alhamdulillah..
Macam macam cara kalau nak buat kebajikan..
Semoga Allah memberkati akan keluarga Doktor ni..

l
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2009 06:30 AM | Show all posts
Assalamualaikum..
Dapat sms dari Lina..
"On the way nak pi Mekah dulu..
Pukul 2 Pagi baru ke Muzdalifah..
Alhamdulillah wukuf dah selesai..saat nikmat yg tak pernah dirasai..
Tenang dah happy syukur sangat..
Dah doakan utk Ka Zie..
Semoga kita semua dijemput sampai kesini lagi..
Aminnn.."
Masyallah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2009 06:31 AM | Show all posts


Banjir di Jeddah ragut 77 nyawa



SEBAHAGIAN jemaah haji yang berpakaian ihram berdoa di Padang Arafah ketika menunaikan fardu haji. – AP

JEDDAH 26 Nov. – Hujan lebat dan banjir menyebabkan sekurang- kurangnya 77 orang maut dan beribu-ribu jemaah haji terkandas di bandar pelabuhan Jeddah pada permulaan ibadah haji semalam.

Sesetengah mangsa mati lemas atau terbunuh dalam insiden jambatan runtuh dan nahas jalan raya, manakala pasukan penyelamat melaporkan, mereka menyelamatkan 900 orang yang terperangkap dalam banjir.

Perjalanan sebilangan jemaah haji ke Mekah turut tergendala apabila sebatang lebuh raya menuju ke kota suci itu ditutup kerana ditenggelami air.

Hujan lebat luar biasa semalam, menyebabkan jalan-jalan dan bangunan dinaiki air di Jeddah, pintu masuk utama bagi jemaah haji.

Kira-kira tiga juta jemaah dari luar negara sudah tiba di Arab Saudi untuk menunaikan haji tetapi tiada seorang pun daripada mereka dilaporkan menjadi korban banjir.

Seorang saksi melaporkan dia melihat beberapa mayat bersebelahan sebuah bas yang terbalik dalam hujan lebat.

Kesesakan teruk masih berlaku di jalan-jalan utama malam tadi selepas hujan berhenti dan air banjir surut.

Pegawai kerajaan, Jassem al-Yaquout berkata, dua jambatan di lebuh raya ke Mekah runtuh manakala agensi berita rasmi SPA melaporkan, beberapa kawasan di Mekah terputus bekalan elektrik.

Di Mekah, jemaah melakukan tawaf dengan membawa payung yang biasanya digunakan untuk berlindung daripada panas matahari.

Sesetengahnya bimbang mereka tidak dapat bermalam di kawasan perkhemahan di Mina, dalam perjalanan yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW lebih 14 abad lalu.

“Kami menginap di dalam khemah buat masa sekarang. Hujan lebat menyebabkan koridor yang dibentang permaidani merah bertukar menjadi laluan air yang menghanyutkan tin-tin minuman ringan yang kosong,” kata jemaah dari Maghribi, Zohra Nasef yang mengerjakan haji buat kali kedua.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mansour Turki berkata, sebilangan jemaah tidak mendapat tempat di dalam khemah dan pihaknya terpaksa mendirikan khemah tambahan bagi memenuhi keperluan mereka. – Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2009 07:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by Rosputih at 27-11-2009 19:46

BERITA HARIAN
27 Nov. 2009


Jemaah perlu tinggal lama, ditanggung Tabung Haji   

MAKKAH:Tabung Haji akan membiayai perbelanjaan jemaah haji yang terpaksa tinggal lebih lama di tanah suci berikutan masalah penjadualan semula penerbangan yang membawa mereka pulang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata ia susulan arahan pihak berkuasa Arab Saudi yang cuma membenarkan empat penerbangan sehari untuk membawa pulangj emaah haji ke tanah air iaitu dua Penerbangan Malaysia (MAS) dan dua Penerbangan Saudi bagi mengelakkan kesesakan di lapangan terbang.

“Berikutan itu ada antara jemaah haji yang terpaksa dijadualkan semula penerbangan pulang dan perlu tinggal lebih lama di tanah suci,” katanya kepada petugas media Tabung Haji di sini, hariini.
        

    Sehubungan itu, katanya, Tabung Haji akan membiayai kos tambahan setiap jemaah yang terpaksa menangguhkan perjalanan pulang terutama dari segi penginapan serta makan minum.

  Jamil Khir berkata, penjadualan semula penerbangan pulang mendapat reaksi yang positif daripada kalangan jemaah yang terbabit.

“Mereka menyatakan rasa gembira kerana dapat tinggal lebih lama di tanah suci tetapi bimbang bayaran yang mereka buat kepadaTabung Haji cuma untuk tempoh 40 hari.

“Saya sudah meyakinkan mereka bahawa Tabung Haji akan menanggung segala perbelanjaan penginapan serta makan minum sepanjang tempoh tambahan mereka berada di tanah suci,” katanya.

Menurut jadual asal, penerbangan pertama yang membawa pulang jemaah haji di jangka pada 3 Disember manakala yang terakhir pula pada2 Januari 2010.

Mengulas wukuf yang berakhir semalam, Jamil Khir, gembira kerana jemaah haji Malaysia menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah masing-masing sungguhpun keadaan khemah penginapan mereka agak basah dan kurang selesa berikutan hujan lebat pada petang Rabu.

Beliau berkata, rata-rata jemaah haji Malaysia yang beliau temui menyatakan rasa syukur kerana kedatangan mereka ke Arafah disambut dengan hujan dan menganggapnya sebagai hujan rahmat kerana hujan jarang sekali turun di tanah suci Makkah apatah lagi di Arafah.

   Jemaah haji Malaysia kini berada di Mina untuk melontar Jamrah sebelum kembali semula ke Makkah untuk mengerjakan Tawaf dan Sae haji. -Bernama

* Beruntungnya kerana mereka dapat tinggal lebih lama lagi di Makkah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2009 11:49 AM | Show all posts
Gambar suasana Wukuf di Arafah..
Dari Ustaz Rahman blogspot..



Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 11:52 AM | Show all posts
Selepas Wukuf..mula bergerak ke Muzdalifah..



Semua jemaah telah bersiap untuk bergerak ke Muzdalifah.
Semua jemaah telah menunggu dalam stesen bas yang di sediakan
di tepi jalan di hujung khemah belah kiri.


Jazakallah Ustaz rahman.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 02:17 PM | Show all posts
1048# Rosputih
“Mereka menyatakan rasa gembira kerana dapat tinggal lebih lama di tanah suci tetapi bimbang bayaran yang mereka buat kepadaTabung Haji cuma untuk tempoh 40 hari.


Assalamualaikum Kak Ros..
Mana mana Jemaah yg penerbangan awal tentulah seronok..
Berpeluang lagi utk duduk dan beribadah di Kota Mekah..
Tapi rasanya kalau Penerbangan akhir mesti rasa sedih..
Coz kota Mekah dan Madinah dah semakin sunyi..
Dari hari kesehari Jemaah dari seluruh negara dah pulang..
Ini yg saya dengari dari kawan yg pergi Haji Penerbangan akhir...
Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 03:28 PM | Show all posts
Ketika Cinta Bertasbihhh...





Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 04:10 PM | Show all posts
insyaallah,suatu hari akan ke sana
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 04:10 PM | Show all posts
1051# aziefa

Waalaikumsalam Azie,

Memang ada kalangan jemaah yang suka kerana dapat duduk lebih lama di Makkah, dan mungkin juga ada yang nak balik awal kerana berbagai komitment di tanah air terutama jemaah-jemaah yang masih muda.

Betul tu zie,  kalau kita ambil penerbangan akhir,  Makkah semakin lengang.

Itulah sebabnya sekiranya Allah mengurniakan  rezeki untuk akak mengerjakan haji lagi, kakak memang berhajat dan memang ingin sekali pergi dengan penerbangan akhir kerana ingin duduk dan merasai pulak  suasana Makkah khususnya Masjidil Haram yang  lengang, tidak bersesak-sesak dan mungkin lebih mudah atau ketika itu kita berpeluang untuk mencium hajarul aswad...

Allahu Akbar...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 06:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by aily at 28-11-2009 18:11

Salam Semua

Photo credit to Boston.com

Di Mina. Dalam Perjalanan untuk melontar Jamrah

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 06:15 PM | Show all posts
Perkarangan Masjid Namira, Arafah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2009 06:17 PM | Show all posts
Photo credit to Boston.com

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 06:20 PM | Show all posts
Photo credit to Boston.com

Merentasi hujan. Suka tengok photo ni

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 06:26 PM | Show all posts
Photo Credit to Boston.com

Kelihatan payung2 telah dipasang sekeliling Masjid Nabawi

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 10:58 PM | Show all posts
shukran jazilan kpd ibu rosputih atas layanan yg mesra & mengenyangkan
ke atas kami sekeluarga tadi semoga Allah merahmati ibu sekeluarga.
insyaallah ada rezki kami singgah &  jenguk ibu lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.331326 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list