|
SELANGOR RED GIANTS - caya la...kepala Rangel (1) vs Pahang (0)
[Copy link]
|
|
steadyyyyyyyyyy selangor.......
maner tuan umah nie.... senyap je |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1041 mirage_46\ catat
musim tak start lagi............ slow sikit kot......... |
|
|
|
|
|
|
|
SKUAD Selangor sudah lengkap.
Benteng terakhir sudah diisi selepas dua bekas penjaga gol Perak, Hamsani Ahmad dan Nasril Nourdin menyertai latihan skuad dari Lembah Kelang itu Sabtu lalu.
Hamsani, 32, berkata penyokong setia Selangor tidak perlu sangsi dengan usianya itu kerana dia masih mampu menggalas tugas menjaga gawang Selangor dengan baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Selangor saingan getir Felda United
KUALA LUMPUR - Tuan rumah, Felda United berdepan laluan agak getir untuk melepasi peringkat Kumpulan A Kejohanan Bola Sepak Pramusim 2008-2009 anjurannya, apabila diundi sekumpulan dengan naib juara Piala Malaysia dan Piala FA, Selangor, lapor ABDUL HAFIZ AHMAD.
Pasukan Liga Perdana ini turut bertembung lawan kelab setarafnya juga dari Selangor, Proton selain CIMB yang bakal menyertai Liga FAM musim depan dalam kejohanan yang berlangsung dari 15 hingga 23 November ini di Bangi, Kajang dan Subang Jaya serta Kuala Lumpur.
Kelab bimbingan bekas pemain tengah negara pada era 70-an, Reduan Abdullah ini bagaimanapun menyifatkan undian itu membuka peluang keemasan untuk mereka menguji kemampuan dengan lawan seperti Selangor yang diakui antara pasukan elit Liga Super.
"Kami mengalu-alukannya demi mencuba kesesuaian corak dan sistem permainan pasukan kerana Selangor pasti jadi pilihan utama walaupun Felda United lebih menganggap kejohanan ini sebagai pemanas badan menjelang perlawanan Liga Perdana di mana kami menyasarkan empat teratas," katanya.
Majlis undian kejohanan di Dewan Perdana Felda di sini, semalam, turut meletakkan sebuah lagi pasukan Liga Super, KL PLUS ke Kumpulan B dengan dua pasukan Liga Perdana - Kuala Lumpur dan T-Team serta Ban Hoe Leong Klang yang pernah beraksi dalam Liga FAM musim lalu.
Lima gelanggang kejohanan ini ialah Stadium Pusat Latihan Bank Simpanan Nasional Bangi; Stadium Majlis Perbandaran Kajang; Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya, Padang Pusat Latihan Petronas Permata, Bangi dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.
Agak berbeza dengan tradisi kejohanan bola sepak tempatan sebelum ini ialah kesemua perlawanan yang turut mendapat kerjasama Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (PBKL) ini dilangsungkan pada sebelah siang iaitu pukul 8 pagi dan 4.45 petang.
Mengenai persediaan ke Liga Perdana, Januari ini, kata Reduan: "Kami cuma perlu seorang pemain bawah 20 tahun untuk melengkapkan kuota pasukan. Bagi ketua pasukan, kami kini mencalonkan empat orang antaranya Nazrulerwan Makmor (bekas pemain Selangor, PKNS dan KL PLUS)."
Jurulatih Selangor, K. Devan pula berkata: "Kejohanan ini tiba tepat masanya kerana kami mahu menguji persefahaman ramai pemain baru pasukan dan tahap kecergasan serta percaturan taktikal dalam permainan sebenar selepas menjalani latihan sejak beberapa minggu lalu.
"Kami tidak letak sebarang sasaran. Cukuplah dengan pasukan menunjukkan prestasi tinggi selain membantu saya mengkaji bagaimana gandingan mereka apabila turun tanpa tiga pemain utama yang masih bersama skuad kebangsaan (Safee Sali, Amirulhadi Zainal dan Asraruddin Putra Omar)," katanya.
Sementara itu, Pengarah Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Ahmad Tarmizi Alias berkata, Kejohanan Futsal Kebangsaan Felda-FAM Kedua yang baru-baru ini ditunda daripada jadual asalnya 30 Oktober lalu atas faktor kewangan, dijamin bakal dilangsungkan pada tahun ini juga.
"Kami masih meneruskan perbincangan dengan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan pada dasarnya, sedikit pengubahsuaian perlu dibuat," katanya tanpa menjelaskan sama ada format kejohanan itu bakal ditukar daripada liga antara Oktober hingga Februari seperti sebelum ini kepada karnival yang lebih singkat tempohnya.
- Utusan Malaysia - |
|
|
|
|
|
|
|
Pramusim: Selangor 0-1 Felda United
DUA insiden, Amri Yahyah dilayangkan kad merah pada penghujung separuh masa pertama dan kegagalan R. Surendren menyempurkan sepakan penalti pada awal babak kedua menyebabkan Selangor kecundang 0-1 kepada Felda United dalam perlawanan terakhir Kumpulan A dalam Kejohanan Pramusim 2008/09 di Stadium BSN, Bangi pagi tadi.
Dengan keputusan itu, Selangor hampir pasti gagal untuk melangkah ke separuh akhir kerana hanya kemenangan pasukan tercorot, CIMB FC terhadap Proton FC malam ini mampu menyelamatkan nasib Selangor.
Namun ia tampak sukar kerana dalam dua perlawanan awal, CIMB FC tewas 0-3 kepada Felda United dan tewas 0-4 kepada Selangor sedangkan Proton FC mengikat Selangor 0-0 dan menewaskan Felda United 1-0. |
|
|
|
|
|
|
|
Persahabatan: Selangor 2-1 Terengganu
BERAKSI menentang lawan sebenar pasukan dari Liga Super, Selangor tetap berjaya mempamerkan aksi bertenaga untuk menewaskan Terengganu 2-1 di Padang SUK, Shah Alam malam tadi.
Perlawanan yang dimulakan tepat pukul 8.05 malam itu berlangsung di atas padang yang baik meskipun dalam keadaan hujan renyai.
Selangor tidak memerlukan masa yang lama untuk mencipta jaringan pertama apabila pemain sayap kanan, Sanjos Sundawat berjaya menjolok bola menerjah gawang gol Terengganu pada minit ke-15.
Namun, pada minit ke-24, kegagalan pertahanan Selangor, Fadzirul Zakaria menanduk bola ke belakang untuk penjaga gol, Nasril Nourdin dihukum penyerang Terengganu, Azlan Ismail yang berjaya memintas bola lalu menolak masuk ke gawang gol terbuka bagi menyamakan kedudukan 1-1.
Bermula babak kedua, jurulatih Selangor, K. Devan terus memasukkan pemain tengah, Fazilidin Khalid bagi menggantikan K. Nanthakumar yang kurang berkesan aksinya sepanjang separuh masa pertama.
Selangor akhirnya memperolehi gol kemenangan pada minit ke-60 setelah Rudie Ramli berjaya menyudahkan hantaran leret Sanjos dari sebelah kanan.
Kedudukan 2-1 itu kekal hingga wisel penamat. |
|
|
|
|
|
|
|
tahun depan lwn liverpool..............
harap2 jadi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Persahabatan: Selangor 5-1 Perak
SKUAD muda Perak ternyata bukan lawan Selangor.
Pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi, skuad Liga Super Selangor mudah meratah skuad Liga Super Perak 5-1.
Selangor berjaya mendahului 4-0 pada separuh masa pertama.
Gol pertama hadir seawal minit ke-4 apabila Amirul Hadi Zainal dengan tenang berjaya menyudahkan lambungan jauh Hardi Jaafar.
Amri Yahyah kemudian meletakkan Selangor berkelebihan dua gol apabila menyudahkan lorongan dari sebelah kanan oleh Safee Sali pada minit ke-11.
Pada minit ke-26, Amirul Hadi menjaringkan gol kedua peribadinya setelah menjolok bola melepasi penjaga gol Perak, Megat Amir Faisal setelah dia menerima lambungan dari kiri Asraruddin Putra Omar untuk kedudukan 3-0.
Selangor memperolehi gol keempat pada minit ke-39 apabila R. Surendren berjaya menyudahkan umpanan Amirul Hadi dari sebelah kanan.
Mendahului selesa 4-0 sebaik bermula separuh masa kedua, Selangor dikejutkan dengan jaringan pertama Perak apabila sepakan percuma, K. Puvinderan Naidu gagal diselamatkan penjaga gol Selangor, Nasril Nourdin.
Penyerang Selangor, Safee Sali mendapat peluang keemasan untuk menjadikan kedudukan 5-1 tetapi sepakan penalti yang diambilnya pada minit ke-69 sekadar menggegarkan palang gol.
Namun, penyerang gantian, Rudie Ramli akhirnya meledak gol kelima Selangor pada minit ke-79 dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan pengadil. |
|
|
|
|
|
|
|
JADUAL LIGA SUPER 2009
Pusingan Pertama
3 JAN, SABTU - KEDAH V SELANGOR
6 JAN, SELASA - SELANGOR V PERAK
10 JAN, SABTU - SELANGOR V NEGERI SEMBILAN
13 JAN, SELASA - JOHOR FC V SELANGOR
10 FEB, SELASA - SELANGOR V PERLIS
14 FEB, SABTU - KL PLUS V SELANGOR
17 FEB, SELASA - SELANGOR V MYTEAM
21 MAC, SABTU - KM NAZA V SELANGOR
4 APRIL, SABTU - SELANGOR V PDRM
11 APRIL, SABTU - KELANTAN V SELANGOR
2 MEI, SABTU - SELANGOR V TERENGGANU
5 MEI, SELASA - PAHANG V SELANGOR
16 MEI, SABTU - SELANGOR V PULAU PINANG
Pusingan Kedua
23 MEI, SABTU - PULAU PINANG V SELANGOR
30 MEI, SABTU - SELANGOR V KEDAH
2 JUN, SELASA - PERAK V SELANGOR
6 JUN, SABTU - NEGERI SEMBILAN V SELANGOR
13 JUN, SABTU - SELANGOR V JOHOR FC
16 JUN, SELASA - PERLIS V SELANGOR
20 JUN, SABTU - SELANGOR V KL PLUS
23 JUN, SELASA - MYTEAM V SELANGOR
27 JUN, SABTU - SELANGOR V KM NAZA
30 JUN, SELASA - PDRM V SELANGOR
4 JULAI, SABTU - SELANGOR V KELANTAN
7 JULAI, SELASA - TERENGGANU V SELANGOR
11 JULAI, SABTU - SELANGOR V PAHANG |
|
|
|
|
|
|
|
steadyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
hebat slangoq season ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah menang.. |
|
|
|
|
|
|
|
steadyyyyyyyyyyyyyyyy selangor... |
|
|
|
|
|
|
|
SELANGOR berjaya mencipta kejutan terbesar di Stadium Darul Aman, Alor Star malam tadi apabila dengan mudah menewaskan Kedah 4-1 pada perlawanan sulung Liga Super 2009.
Dengan kemenangan bergaya itu, Selangor berjaya menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali ketujuh selepas memenanginya pada musim 1985, 1987, 1990, 1996, 1997 dan 2002.
Ia juga merupakan Piala Sumbangsih pertama yang berjaya dijulang jurulatih Selangor, K. Devan sepanjang kariernya sebagai jurulatih beberapa pasukan di negara ini dan juga merupakan piala pertama berjaya dimenangi pengurus Selangor, Zakaria Ab. Rahim.
Ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah memulakan pesta gol apabila mencipta jaringan pertama menerusi sepakan percuma leret yang berjaya melepasi benteng serta gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias seawal minit ke-3.
Pada minit ke-32, Selangor terus melebarkan penguasaan mereka apabila sepakan kaki kiri pemain berusia 19 tahun, Zameer Zainun dari jarak jauh sekadar termampu ditampan masuk ke gawang sendiri oleh Helmi Eliza untuk gol kedua Selangor.
Tiga minit kemudian, Kedah semakin tertekan apabila sepakan percuma R. Surendren dari sebelah kiri berjaya ditanduk masuk oleh Amri tatkala Helmi sekadar menumbuk angin untuk Selangor mendahului selesa 3-0.
Jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah nyata berang dengan aksi goyah Helmi Eliza lalu mengeluarkan penjaga gol kebangsaan itu dan memasukkan penjaga gol simpanan, Mohd. Al-Hafiz Hamzah sejurus selepas gol ketiga Selangor itu.
Kedudukan separuh masa pertama, Selangor 3-0 Kedah.
Babak kedua bermula, Kedah memilih untuk menghabiskan kuota pertukaran pemain mereka dengan mengeluarkan penyerang Azrul Ahmad dan Nazmi Baharom bagi memasukkan Farizal Rozali dan Faizal Abu Bakar.
Namun, percaturan Azraai memasukkan Farizal menggantikan Azrul tidak mendatangkan hasil sebaliknya Farizal pula telah dilayangkan kad merah pada minit ke-53 selepas bekas penyerang Pulau Pinang itu bertindak menyepak muka penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.
Menentang pasukan yang hanya dibarisi 10 pemain memudahkan tugas Selangor untuk menguasai permainan selepas itu.
Hanya empat minit selepas Farizal diarah keluar, Safee Sali pula melakukan rembatan kencang kaki kanan dari luar kotak penalti menggegarkan tiang gol Kedah dan bola terus menerjah jaring tanpa sempat diselamatkan Al-Hafiz untuk gol keempat Selangor.
Mendahului selesa 4-0, Selangor mula mengendurkan asakan dan akibatnya Kedah berjaya juga mendapatkan gol saguhati menerusi jaringan Khyril Muhymeen pada minit ke-89.
Selepas perlawanan berakhir, Amri telah diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Selepas ini, Selangor akan menanti kunjungan Perak pada perlawanan kedua Liga Super 2009 di Stadium Shah Alam, Selasa ini |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
congratz selangor..
personally, aku kagum ngan amri
dgn lilit tangan dia tu..
dia mcm berubah dr amri sblm ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|