Salam Jumaat Penghulu Segala Hari
Selamat tengahari dear
KT034, Maktab 83B (Jemaah Kedah, Perlis & Sarawak)
Hotel Madinah : Saja Al Madinah
Hotel Mekah : Abraj Al-Tayseer
09 Mei - 25 June 2025
tapi disebabkan atas keselamatan kita balik dan sampai kat tanah air pada 27 June 2025.
teringat sebelum tawaf wada'.. masa tengah tunggu rakan2 sampai.. kita duk sini,
terlepas cakap Ya Allah rasa tak nak balik dulu.. rasa nak tinggal sini lagi 2 hari.
kat Jeddah kita tinggal kat Karam Al Balad Hotel
Dua penerbangan balik jemaah haji dijadual semula
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Dua penerbangan balik jemaah haji akan dijadualkan semula atas nasihat keselamatan syarikat penerbangan dan bagi menyesuaikan dengan perkembangan semasa operasi penerbangan di Asia Barat. Lembaga Tabung Haji (TH) berkata, penerbangan yang akan mengalami penjadualan semula adalah KT043 (MH8301) dari Madinah yang sepatutnya dijadualkan berlepas pada jam 5.10 pagi dan KT034 (MH8291) dari Jeddah yang dijadualkan berlepas pada jam 6.40 pagi waktu tempatan.
Menurutnya, kedua-dua penerbangan carter haji tersebut telah ditunda sekurang-kurangnya 24 jam dari jadual asal. "Penjadualan baharu sedang disusun dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa, termasuk penyelarasan trafik udara dan keperluan logistik. "Kesemua jemaah yang terlibat telah ditempatkan sementara di hotel sekitar Jeddah dan Madinah bagi memastikan kebajikan dan keselesaan mereka," katanya dalam kenyataan pada Selasa. Terdahulu, media melaporkan, ruang udara Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini ditutup berdasarkan laluan penerbangan dan audio kawalan trafik udara, menurut satu hantaran oleh FlightRadar di X.
|