CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 6-3-2015 01:18 PM | Show all posts
"AYLA..tahniah.." Muzafar menyapa Aylanins sebaik tiba di tempat pengantin baru itu.

"Terima kasih Muz.." Aylanins menyambut hadiah yang dihulur Muzafar tadi. Matanya sempat menjeling Hani yang cantik berbaju kurung biru air laut sedondon juga dengan Muzafar. Apakah gadis itu sudah berubah? Sudah terima semula Muzafar?

"Ayla..tahniah.." Linda pula mengucapkan tahniah sambil melagakan pipi.

"Terima kasih kerana sudi datang. Jemputlah makan.." Malik mula mencelah. Dia juga seperti tidak selesa dengan kehadiran Hani di situ.

"Malik..Ayla..selamat pengantin baru.." Kini giliran Hani pula mengucapkan tahniah. Tubuh Aylanins dipeluk seketika.

Aylanins merasa kekok. Terasa Hani sudah berlainan watak kali ini. Hani kelihatan tersenyum dari tadi dan mesra bersama Muzafar. Mungkinkah mereka berdua sudah menyambung kasih semula?

"Hani..terima kasih kerana sudi datang.." Perlahan suara Aylanins ketika ini. Dia jeling Malik di sebelahnya yang turut kelihatan tidak selesa. Dia tahu apa yang bermain di benak Malik ketika ini. Mungkin Malik juga merasa pelik dengan perubahan sikap Hani.

"Terima kasih juga sebab sudi jemput aku.." Hani melakar senyum. Dia hulurkan hadiah kepada Aylanins. Matanya beralih pada Malik pula. "Malik..selamat pengantin baru.."

"Terima kasih.." Malik menjawab dengan suara perlahan juga.

Hani, Muzafar dan Linda mula melangkah ke khemah untuk menjamu selera. Aylanins dan Malik masih kaku di situ memandang ke arah mereka bertiga. Terasa pelik dengan sikap Hani kali ini.

"Sudahlah tu..Hani dah sedar la tu. Jom, kita ke sana pula." Sekali lagi Malik pegang tangan Aylanins dan menapak ke arah tetamu lain pula sambil melayan mesra.Aylanins pula sudah bingung dengan sikap Hani tadi. Namun dia berharap agar Hani sudah benar-benar berubah.


MAJLIS itu berlansung sehingga ke petang. Penat tak usah cerita. Tetamu pula sudah ramai yang pulang. Kini hanya tinggal keluarga sebelah lelaki saja . Itupun sekejap lagi mereka akan pulang ke Gombak semula. Lusa mereka akan bertolak balik ke Terengganu, menguruskan majlis di sana pula. Aylanins dan Malik mula berehat di ruang tamu bersama ibu Aylanins dan maklong. Mereka sempat bersembang mesra selepas solat isyak sebelum Malik minta diri untuk pulang ke Gombak juga.

Aylanins menghantar Malik sampai ke kereta yang diparkir di luar halaman rumah kerana di halaman sudah penuh dengan khemah. Dia mencium tangan Malik.

"Jaga diri baik-baik tau. Lusa kita jumpa lagi di resort. Sayang awak.." Dahi dan pipi Aylanins dicium seketika.

Tersipu malu Aylanins saat pipi dan dahinya dicium suami. Nasiblah waktu sudah malam dan tetamu sudah pulang. Ibu dan maklong pun masih dalam rumah. kalau tidak, lagi merah pipinya nanti.

"Ya bang..bawa kereta hati-hati." Aylanins turut mengukir senyum.

"Ya..abang pergi dulu." Terasa berat hendak meninggalkan isteri tercinta. Terasa lama menunggu hari lusa. Malik turut menguntum senyum sebelum keretanya dipandu perlahan meninggalkan kawasan perumahan itu.

Aylanins masih di depan rumahnya melihat kereta Malik dipandu keluar dari situ sehingga hilang dari matanya. Senyuman masih melekat di bibir. Lega dan bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar. Dia pandang langit. Bintang cantik berkerlipan di dada langit. Dia menghela nafas. Kakinya mula mengatur langkah ke arah pagar rumah semula. Belum sempat dia berpusing, terasa tangannya ditarik kasar oleh seseorang dan mulutnya ditekup kuat dan mengheretnya masuk ke dalam kereta. Dalam keadaan begitu, dia cuba menjerit dan melepaskan diri. Kakinya cuba menendang dan tangannya pula menyiku perut orang yang memeluknya dengan kuat tadi. Terlerai saja dia dari pelukan itu, segera Aylanins berlari ke rumah semula tetapi sekali lagi tangannya ditarik kasar dan kali ini terasa hidung dan mulutnyanya ditekup dengan sapu tangan. Perlahan matanya layu tidak sedarkan diri lagi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh tidakkkkkkk Hani ke yang colek????
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak! Siapalah pulak yg nak dajalkan ayla ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 11:04 AM | Show all posts
kata nak abihkan semalam jugekkk
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak ..pengantin kene culik daaa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 09:23 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 16-3-2015 09:58 AM

ok sambung sikit....


IBU AYLANINS dan kakak sulongnya atau lebih selesa dipanggil maklong, masih bersembang di ruang tamu. Dua anak maklong yang turut berada di rumah itu sudah lelap di dalam bilik. Agaknya penat, seharian majlis nikah hari itu, melayan tetamu yang datang sampai ke petang.

"Mana Ayla ni? Lama sangat dah ni?" Ibu Aylanins mula jenguk ke halaman rumah. Rasanya Aylanins hanya ingin menghantar saja Malik ke kereta, bukan ikut sekali ke Gombak.

"Alah...dia orang bersembang la tu. Biarlah..dah sah nikah dah pun." Sengih pula maklong melihat kerisauan adik bongsunya yang terjenguk-jenguk dari tadi. Perbualan mereka pun tersekta-sekat saja tadi.

"Tak ada la..ni dah dekat dua jam dah ni. Tengok jam tu! Dah nak pukul 12 malam dah!"

Maklong turut mendongak melihat jarum jam. Memang, sepuluh minit lagi pukul 12 tengah malam. Dia mula jenguk ke halaman rumah. Hanya cahaya dari lampu jalan saja yang menyinari halaman itu. Tambah lagi khemah yang masih ada di situ, sukar untuk mereka melihat ke arah luar pagar. Adik bongsunya sudah pun menyarung selipar dan berjalan ke arah luar pagar. "Kereta Malik dah tak ada..mana pulak Ayla ni pergi?"

"Ayla!!!!!"

Terkejut  mendengar suara menjerit kuat adik bongsunya, dia segera berlari ke arah luar pagar. Adik bongsunya sudah menangis di situ sambil memegang sebelah selipar milik Aylanins.

"Kenapa Idah?"

"Ayla kaklong...ni selipar dia..Ayla tak ada.." Teresak-esak Wahidah sambil memegang selipar Aylanins.

"Ya Allah..kau dah cari semua tempat? Entah-entah dia pergi bilik air ke?"Maklong turut buntu. Melilau dia mencari Aylanins di sekitar situ. Rasanya tidak ada dalam rumah kerana mereka dari tadi berada di ruang tamu dan anak-anaknya pula tadi berada di ruang dapur.

"Dah..mari kita cari lagi. Kalau tak ada juga, kita beritahu Malik.." Pujuk maklong pada Wahidah yang sudah tersedu-sedu. Dia tahu, adiknya itu begitu sayangkan Aylanins.

Hampir sejam mencari dan masih tidak jumpa, mereka maklumkan perkara itu kepada Malik. Tidak sampai setengah jam kemudian Malik tiba di rumah.

"Mak, macam mana Ayla boleh hilang?" Malik cemas. Sebaik tiba tadi, dia terus saja mencari Aylanins di segenap ruang rumah dan juga halaman. Hendak menghubungi Aylanins pula, telefon bimbit isterinya tidak bersama Aylanins. Memang dia pun tahu tentang itu, masa Aylanins menghantarnya ke kereta tadi. Aylanins masih dalam pakaian pengantin dan bertudung.

"Malik..tolong cari Ayla Malik. Mak takut jadi apa-apa dia..tolong ya Malik ya.." Rayu Puan Wahidah pada menantunya.

"Mak jangan bimbang, dia isteri saya, saya lagi risau mak.." Malik pujuk ibu mertuanya yang sudah teresak-esak di sofa di ruang tamu.

Malik mundar mandir di situ, cuba  berfikir, macam mana Aylanins boleh hilang. Kalau betul, hilang, siapa yang culik? Hani? Muzafar? Atau Conan?? Hanya nama-nama itu saja yang terlintas di benaknya sekarang ini. Hani, dia ada motif kuat nak apa-apakan Aylanins. Muzafar, mungkin juga boleh bertindak begitu kerana sejak dulu dia dan Aylanins berkawan baik dan mungkin juga Muzafar ada hati pada Aylanins setelah dia putus tunang dengan Hani. Conan..ya Conan, sebelum Aylanins sah menjadi isterinya, lelaki itu seperti tidak jemu memujuk Aylanins supaya kembali padanya dan buktinya siang tadi, tidak berkelip Conan memandang Aylanins. Bukan dia tidak perasan semua itu.

"Ah..baik aku call Conan dulu..mana tahu." Nombor Conan segera dihubungi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-3-2015 10:00 AM | Show all posts
CONAN masih leka meneliti kertas kerja projek terbaru yang perlu dibentangkan lusa nanti. Dari semalam lagi dia sudah mendapat arahan dari ayah agar kertas kerja itu disiapkan esok. Lusa akan dibentangkan dalam mesyuarat dengan klien dari Jepun. Matanya yang melekat pada skrin komputer riba tadi dialih pada telefon bimbitnya yang berdering kuat.

"Siapa pulak call aku malam-malam ni?" Conan jeling jam kecil di sudut kiri meja. Tepat 12.30 malam.

Panggilan itu dijawab juga. Terdiam sebaik mendengar suara di hujung talian yang memarahinya tanpa sempat dia mencelah.

"Malik..kau merepek apa ni?" Terpaksa juga Conan mencari ruang menyampuk. Laju saja Malik menghambur amarah padanya tadi tanpa diketahui kisah hujung pangkal.


"Ayla..dia hilang!"


Kedengaran agak tinggi nada suara Malik di hujung talian. Saat mendengar kata-kata Malik tadi, tercegat Conan berdiri. Sungguh dia tidak menduga kejadian itu akan berlaku pada Aylanins. Talian diputuskan dan dia segera capai kunci kereta sebelum melangkah keluar dari bilik. Sempat dia memandang ke arah bilik Arisha yang terbuka pintu biliknya. Ah, balik nantilah beritahu Arisha tentang itu. Langkahnya diatur laju ke kereta. Kereta dipecut ke rumah Aylanins.




ARISHA lurut selimut dari tubuhnya. Tadi, dia ingin bersembang dengan Conan kerana dia merasa matanya sukar diulit. Dia menapak ke bilik Conan dan langkahnya terhenti di daun pintu. Terdengar Conan menjawab telefon dan nama Aylanins disebut-sebut. Niatnya untuk berbual dengan suami terpaksa dilupakan. Ternyata Conan masih tidak melupakan Aylanins dan ketika itulah dia cepat-cepat berlari ke biliknya semula bila mendengar Conan sudah mula menapak ke arah pintu bilik.


"Kenapa dia nak jumpa Ayla malam-malam ni?" Arisha turun dari katil dan jenguk melalui tingkap, langsir diselak sedikit. Kereta Conan sudah tiada di halaman rumah.  Conan sudah ke rumah Aylanins agaknya. Lemah Arisha melangkah ke katil semula. Kini dia sedar, dia hanya bermimpi di siang hari. Conan tidak penah ada rasa cinta untuknya.


Nombor Nayla dihubungi. Hanya pada kakak kembarnyalah dia meluahkan semuanya. Mujurlah Nayla masih belum lagi tidur waktu begini. Usai berbual dengan Nayla, Arisha keluar dari bilik dan menunggu Conan di ruang tamu. Matanya yang sukar diulit malam itu dan ditambah lagi dengan perasaannya yang bercampur baur sekarang ini, terasa dia seperti seorang isteri yang tidak dihargai. Mundar mandir Arisha di ruang tamu. Sesekali matanya menghala ke arah halaman rumah. Sudah hampir sejam Conan keluar rumah. Jarum jam sudah pun menunjukkan ke angka dua pagi. Lama menunggu, dia terlelap di sofa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh motip aku nak culik bini orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2015 10:06 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 6-3-2015 02:18 PM
Oh tidakkkkkkk Hani ke yang colek????

suspen kan??

ceh..aku plak yang jadikan suspen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 10:07 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 6-3-2015 07:59 PM
Alamak! Siapalah pulak yg nak dajalkan ayla ni?

ada orang yng dengki la tu agaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 10:08 AM | Show all posts
kakZue replied at 7-3-2015 07:12 PM
Alamak ..pengantin kene culik daaa..

ya kak...dah ada sambung tu kak..
baca ler..kalau tak nak baca pun tak per..
maaf lerr..dok dang nok sambung
sibuk manjang..
slang teganu kejap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 10:09 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 8-3-2015 10:01 AM
Eh motip aku nak culik bini orang

ko kan masih ada chenta kat ayla tu..
sebab tu la kut..si Malik tu syak ko
jangan bimbang..bini Conan dah setia dan cinta dah kat ko Conan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 8-3-2015 10:09 AM
ko kan masih ada chenta kat ayla tu..
sebab tu la kut..si Malik tu syak ko
jangan bimbang.. ...

Ko gilaaa? Turun tak bukak lampu pon dah kena hempuk ngan penyapu.. kalo bawak bini org mau kena hempuk ngan parang
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 8-3-2015 10:08 AM
ya kak...dah ada sambung tu kak..
baca ler..kalau tak nak baca pun tak per..
maaf lerr..dok dang ...

Dah baca..tp x tahu lg sapa kah gerangan pencolek itu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 10:32 AM | Show all posts
CONAN tiba di halaman rumah Aylanins. Kelihatan Malik dan yang lain sugul di ruang tamu yang terbuka luas pintu rumah. Perlahan dia keluar dari perut kereta dan menapak ke muka pintu. Salam diberi sebaik tiba di muka pintu.

"Maaf..apa yang dah berlaku pada Ayla?" Conan mula bertanya walaupun dia sudah tahu dari Malik yang menghubunginya tadi.

Malik mendongak. Dia tercegat bangun dan menghampiri Conan. "Maaf..tadi aku emosi sikit. Ayla..dia hilang. Aku pun dah tak tahu nak cari kat mana. Aku rasa...ini tentu kerja Hani.."

"Tak apa..aku faham." Conan mengajak Malik duduk semula. Perkara seperti itu tidak boleh diambil ringan dan perlu tenang menghadapinya. Jika panik dan emosi, satu apa pun tak jadi nanti.

Conan menghela nafas seketika. Dia pandang ibu Aylanins yang sudah kelihatan bengkak matanya, mungkin menangis sakan tadi. Dialih pula matanya ke arah saudara mara Aylanins yang masih berada di rumah itu. Semuanya sugul. Dia kembali menatap Malik yang sudah mencengkam rambutnya dari tadi sambil menundukkan wajah.

"Malik..apa yang kau cakap tadi, aku pun rasa macam tu. Aku rasa Hani yang lakukan semua ni." Conan turut mengiakan apa yang dikatakan oleh Malik tadi. Malah, tidak salah rasanya kalau dia menuduh yang Hani adalah mawar hitam yang dicari-cari itu.

"Aku tak sangka, Hani sanggup buat macam ni. Aku tolak cintanya kerana aku tak ada rasa itu untuk dia. Dulu aku hanya ada rasa ingin bertanggungjawab saja walaupun aku tidak pernah menyentuh dia. Aku hanya rasa bersalah sebab aku juga turut terlibat dalam kejadian tu." Malik berkata lemah.

"Sudahlah Malik. Semua tu dah lama berlalu. Sekarang ni kita kena cari Ayla. Kita kena cepat cari dia. Kita tak tahu apa penculik tu boleh buat. Kalau Hani yang culik, kita kena cepat bertindak. Aku syak dia mawar hitam tu. Amir pernah beritahu aku pasal Hani. Dia pun syak mawar hitam tu adalah Hani.." Ujar Conan pula.

Telefon bimbit Malik berdering. Panggilan itu segera dijawab. Terdiam Malik mendengar suara di hujung talian. Dia menelan liur. Pucat muka Malik ketika ini.

"Siapa?" Conan  pula tidak sabar.

"Linda..adik Hani. Dia cakap, Hani tak ada di rumah.." Balas Malik dengan suara lemah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 10:47 AM | Show all posts
"Hani tak ada kat rumah? Jadi.." Conan juga tidak tahu apa yang harus dikatakan. Sudah jelas yang sekarang ini, Hani adalah penculik itu.

"Nan, kita kena jumpa Linda. Tanya Linda.."Malik sekali lagi bangun dan mengajak Conan ke rumah Linda pula. Perkara itu perlu diselesaikan malam itu juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2015 11:28 AM | Show all posts
BAB 45


LINDA mundar mandir di ruang tamu. Tadi, dia pelik melihat kak Hani tergesa-gesa keluar dari bilik dengan jaket hitam dan yang pasti kak Hani membawa sesuatu yang tidak sempat dia lihat. Bilik kak Hani digeledah. Terkejut melihat semua ubat yang diberikan oleh Dr. Izani bersepah di atas lantai dan dia turut menyelongkar almari baju dan semua laci. Banyak botol ubat yang masih tidak dibuka disimpan di situ. Terduduk Linda melihat semua itu. Kak Hani nampaknya tidak pernah menyentuh semua ubat itu dan apa yang dirisaukannya selama ini sudah menjadi kenyataan.

Tadi, usai makan malam, elok saja Kak Hani masuk bilik dan tidur. Dia tahu, kak Hani menangis sebaik pulang dari majlis nikah Malik dan Aylanins tadi. Mata kak Hani bengkak. Dari siang tadi, kak Hani berkurung dalam bilik. Dia tidak mahu mengganggu kak Hani, biarlah dia melayan perasaan kecewanya sendiri. Tidak sangka, rupanya selama ini kak Hani cintakan Malik. Mungkinkah Kak Hani adalah mawar hitam? Semua lelaki yang merosakkannya dulu sudah menemui ajal sedangkan Malik masih bebas. Mungkinkah cinta Kak Hani pada Malik yang menyebabkan kak Hani tidak membunuh Malik?


"Ya Allah..apa aku fikir ni?" Linda meraup muka. Nampak sangat dia sekarang ini mudah menuding jari ke arah kak Hani sebagai mawar hitam. Semua itu bukan kerana dia suka-suka tetapi sudah banyak petunjuk yang menghala ke arah kak Hani sebagai mawar hitam walaupun pihak polis gagal mengenalpasti kesan cap jari. Keputusan dari makmal forensik semalam adalah negatif, kesan cap jari itu bukan milik kak Hani.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Suma dah lupakan mujapar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 12:04 PM | Show all posts

belum lagi scene mujapar..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 12:12 PM | Show all posts
Linda jenguk bilik ibunya pula. Ibu lena tidur di situ. Pintu ditutup rapat. Ibu tidak perlu tahu apa yang sudah berlaku. Linda menapak ke ruang tamu semula. Dia jenguk ke halaman rumah. Jam sudah hampir dua setengah pagi. Mundar mandir pula di situ sambil memerhati ke arah halaman rumah. Telefon bimbit dicapai dari atas meja sofa. Nombor Muzafar pula dihubungi. Mana tahu kak Hani mungkin jumpa Muzafar pada malam itu. Tiada jawapan dari Muzafar.

"Dah tidur agaknya.." Sekali lagi Linda mundar mandir di situ.

Dia terus ke halaman rumah, sebuah kereta sudah mula memasuki halaman rumahnya. Cahaya lampu kereta menyuluh terang ruang depan halaman rumah. Linda bergegas pakai tudung dan menapak ke kereta. Lega melihat Malik sudah sampai namun dia pelik pula melihat Conan ada bersama Malik.

"Linda, mana Hani?" Terus saja Malik bertanya.

"Err..boleh tak kita cakap kat tempat lain. Mak saya ada kat rumah,dia tak boleh tahu hal ni.." Linda  mula resah. Bimbang juga jika ibu tahu pasal ini. Teruk nanti kak Hani kena pukul seperti dulu.

"Ok..kalau macam tu, ikut kami.." Malik mengajak Linda masuk ke dalam kereta dan kereta dipandu ke sebuah restoran mamak yang dibuka 24 jam. Tiada tempat lain lagi yang dirasakan sesuai untuk berbincang waktu begini. Tambah lagi dengan adanya seorang gadis bersama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.081634 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list