CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 7-3-2015 08:26 AM | Show all posts
nak lagi tt...suspennya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2015 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhuhu... gigih tekan next... cepat laaa sambung tt oiii....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 03:03 PM | Show all posts
cikjeela replied at 7-3-2015 05:44 AM
Huhuhu... gigih tekan next... cepat laaa sambung tt oiii....

sabar cikjeeeeelaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 03:30 PM | Show all posts
MESTI ZACK KAN...DAH AGAK KN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2015 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mawibotak replied at 7-3-2015 03:30 PM
MESTI ZACK KAN...DAH AGAK KN


Zack?

mungkin ! Haha

Tapi Zack no body la mase tu... hanye seorang software engineer berstatus yatim piatu..

ce teka
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 05:01 PM | Show all posts

Gigih aku bukok thread ni just nk tgok hapdet.rupanya ni..-_-
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2015 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 7-3-2015 05:01 PM
Gigih aku bukok thread ni just nk tgok hapdet.rupanya ni..-_-

Sabaaarrr cik ess...

Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 06:45 PM | Show all posts

Viana kakak jie..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2015 07:41 PM | Show all posts
cikjeela replied at 7-3-2015 10:11 AM
Sabaaarrr cik ess...

Hahaha

aiiiikk..awok knakan sy..hmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti Mak mertua jie nih gigih suruh bunuh jie..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya makcik Maznah punya angkara... motip? Xtau ler...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2015 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cikjeela replied at 7-3-2015 08:17 PM
Rasanya makcik Maznah punya angkara... motip? Xtau ler...

Ini speku klako
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2015 10:43 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 12-3-2015 01:39 AM

Kata kata Rizal masih tersemat dikotak fikiran. Sukar untuk dipercayai ! Logik akal menidakkan fakta yang baru Jie dengari. Namun Jie tetap akan bersiaga. Musuh dalam selimut memang payah dihidu ! Ada kemungkinan Rizal tersilap orang. Selagi bukti belum jelas ditangan Jie tak mahu menuding jari menuduh melulu. Pasti kebenaran akan muncul jua.

Usai berbual dengan pasangan suami isteri yang ditemui tadi, Jie terus saja mengundur diri. Perut pula sudah berkeroncong tanda lapar. Niat hati untuk menemui Rayyan ingin makan bersama.

Setelah mengetahui kebaikan yang Rayyan lakukan diluar pengetahuannya buat Jie rasa perlu untuk berterima kasih kepada suaminya. Tindakan Rayyan memberi peluang kedua kepada Rizal secara tak langsung membantu sahabat baiknya Sheera  menjalani hidup baru. Manakan tidak, Rizal berjaya mengubah laluan songsang Sheera ke arah yang lebih bermakna. Alhamdulillah  ! Semoga Rizal dan Sheera istiqamah dalam penghijrahan mereka. Amin.

Pandangan Jie jatuh pada Rayyan yang masih lena tidur. Puas sudah tubuh suaminya digoncang dari tadi tetapi Rayyan tetap  diam tidak berkutik.Kalau dibiarkan Jie pasti Rayyan hanya akan bangun ketika hari menginjak tengah hari. Satu idea nakal terbit. Jie senyum sendiri.

Kaki Rayyan digeletek. Suaminya dilihat mula membuka mata. Menggeliat kegelian. Seketika kemudian Rayyan memejam mata semula.

Jie menarik nafas menahan sabar. Kalau ikutkan hati mungkin Jie akan menyimbah saja air ke muka suaminya supaya bangun.


Ini percubaan kali terakhir. Seandainya Rayyan tetap tidur mati, Jie tidak akan teragak agak untuk keluar makan sendirian. Biarlah suaminya tidur sampai petang !

"RAYYAN HARDY !!!!!! Nada suara nyaring. Kalau diukur tahap kenyaringan mungkin boleh mengejutkan seluruh penghuni hotel.  

Rayyan bingkas bangun. Terpinga mendengar jeritan isterinya yang mengalahkan gempa bumi.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 12-3-2015 01:37 AM

"You ok tak sayang ?" Pantas isterinya didekati. Rayyan panik ! Bimbang sesuatu berlaku terhadap Jie.

"I lapar !" Jie lega. Akhirnya Rayyan bangun. Seksa betul mahu mengejutkan suaminya.

Rayyan berbaring semula. " Room service tak hantar breakfast ke?" Kerisauan berlalu pergi. Ingatkan musibah menimpa sehingga isterinya melaung namanya sebegitu rupa.

"Ada pukul 7 tadi. I dah makan. Tapi I lapar lagi.." Jie memang sudah makan tetapi sejak kebelakangan ini perutnya mudah lapar. Selang beberapa jam pasti tekak inginkan makanan. Padahal licin pasta dan hamburger dimakan tadi.

"You makanlah semua. I tak nak !" Rayyan menarik selimut. Berniat untuk menyambung tidurnya.

"I dah makan semua tapi I lapar lagi ! I tak nak makan dekat sini !  I nak japanese food !" Tangan pantas menarik selimut yang menyelubungi tubuh Rayyan.

Rayyan malas mempedulikan isterinya. Badan terasa letih. Penat.

" Fine !" Jie bengang. "I keluar sendiri !" Kunci kereta Rayyan dicapai. " I pakai kereta you."Tiada jawapan balas dari Rayyan.

" Bye you ! I nak keluar dating dengan Iskandar Zulkarnain. You sambunglah tidur you sampai tahun depan !" Pintu bilik dibuka kasar.

Mendengar nama Iskandar Zulkarnain yang terpacul dari mulut isterinya membuatkan Rayyan bangkit terus dari tidur. "You better stop right there ! Tunggu I ! " Sepantas kilat Rayyan menuju ke kamar mandi.

Jie senyum kemenangan. " You have 10 minutes Ray ! It starts from now ! The clock is ticking !" Puas hati dapat mengenakan suaminya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 04:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 22-7-2015 02:25 AM

Manalah anak bertuah ini pergi.. Tengku Safiah menggumam dalam hati. Marah dengan tingkah Rayyan yang sanggup membiarkan Safihah pulang sendirian semalam hanya kerana mengejar Najiha ! Kadang Tengku Safiah pelik dengan anak sulungnya. Sudah terang Najiha itu bukan isteri yang baik tetap sahaja Najiha yang didambakan. Sampai sekarang Tengku Safiah tak tahu ilmu penunduk atau guna guna yang dipakai menantunya sehingga ramai lelaki jatuh cinta.

Malah, Tengku Safiah dapat membaca jauh disudut hati Zack juga  masih terselit cinta buat Najiha.  Anak bongsunya tampak tidak bersungguh mencintai Zeeta. Simpati menggunung buat menantu kesayangannya. Tengku Safiah faham betapa sakitnya bila suami yang dicintai sepenuh hati masih menyimpan rindu buat bekas kekasih. Tak mungkin membiarkan Zeeta merasai keperitan itu ! Kasih sayang Tengku Safiah pada Zeeta lebih dari seorang mertua menyayangi menantu. Zeeta dianggap lebih dari anak sendiri !

Tambahan pula, Zeeta bijak mengambil hati. Membuatkan Tengku Safiah dekat dengan menantu bongsunya. Mereka memiliki minat yang sama. Keakraban sudah terjalin sekian lama.

Justeru, Tengku Safiah sanggup melakukan segala asal Zeeta kekal bahagia disisi Zack dan cucunya. Tengku Safiah tak mahu Zeeta mengalami nasib seperti dirinya.

Meski sudah lebih 30 tahun Tan Sri Isa mengahwininya, Tengku Safiah tahu Tan Sri Isa masih merindui Maznah, cinta pertamanya. Walau zahir tak terucap, namun Tengku Safiah dapat merasakan. Cinta dan kasih sayang suaminya bukan milik Tengku Safiah sepenuhnya. Sedih tetapi itulah kenyataannya !

Walau cuba menelan semua kepahitan itu dengan redha, Tengku Safiah tidak dapat mengusir bayangan Maznah tatkala memandang ke arah Najiha. Menantu itu seperti bayang bayang Maznah yang menerbitkan kebencian dilubuk hati. Warna rambut, kulit dan matanya persis Maznah muda dulu. Cantik semulajadi tanpa bantuan mekap walau secalitpun !

Tak dapat dinafikan Maznah memang cantik dan menjadi rebutan dulu. Malah, kecantikan Maznah tidak luput ditelan usia. Sehingga kini Maznah masih lagi menawan walau sudah menginjak lewat 40-an. Tampak awet muda ! Menyemarakkan lagi kebencian Tengku Safiah terhadap anak beranak itu.

"Mama termenung ini kenapa?" Zeeta menyapa mesra Mama mertuanya. Bahu Tengku Safiah dipeluk.

Tengku Safiah yang ralit diulit khayalan tersedar. Diri kembali ke alam nyata. Senyuman manis terukir dibibirnya. "Mama berkenan dengan Safihah itu. Ala, anak kawan Papa." Pantas saja dalih diberi.

"Berkenan dengan Safihah ? Berkenan buat apa ?" Zeeta kerut dahi tidak mengerti.

"Mama cadang nak matchkan dia dengan Ray ! Jadi second wife ke .. Kalau Ray tak nak ceraikan perempuan curang itu, Mama nak Ray kahwini Safihah." Tengku Safiah yakin Rayyan takkan mampu menolak kali ini. Kalau terpaksa Tengku Safiah akan menggunakan senjata rahsianya.

Zeeta tersentak. "Mama.. please don't do this !" Mungkin dulu Zeeta membenci Jie kerana berebutkan Rayyan namun dirinya kini cukup matang untuk menilai. Zeeta tak mahu Mama mertuanya menjadi punca keruntuhan rumah tangga abang iparnya. Lagipula Jie dan Rayyan saling mencintai ! Kejam untuk perkahwinan mereka diganggu gugat. Sudahlah Jie baru kehilangan bayinya.

"Zeeta pun dah kena minyak pengasih perempuan itu ke?" Tengku Safiah berang. Wajah menantunya ditenung, garang.

Kecut dengan pandangan menyinga Mama mertuanya,  Zeeta senyum untuk menyejukkan hati wanita itu. "Bukan Zeeta nak menangkan Jie. Tapi kesianlah Jie. Dia baru hilang anak. Entahlah Mama ! Mama fikirlah baik baik !" Zeeta tak mahu berhujah dengan mertuanya. Elok kalau dirinya saja mengalah.

"Mama tahu itu bukan anak Ray !" Tanpa rasa bersalah Tengku Safiah berkata begitu. Mata tertangkap pada kelibat gadis yang baru melangkah masuk. Senyuman terpamer di bibir secara spontan. Pantas gadis itu dipersilakan duduk disisi.

"Aunty !" Safihah menyalam mesra Tengku Safiah. Kemudian beralih kepada Zeeta sebelum duduk disamping Tengku Safiah.

"Aunty minta maaf pasal anak Aunty ! Ray memang macam tu. Fiha sabar tau. Aunty akan pastikan Fiha jadi isteri Ray juga akhirnya." Ada satu rancangan bermain dimindanya. Hanya menunggu masa yang sesuai !

Safihah senyum senang. Yakin impian untuk hidup bersama Rayyan bakal terlaksana.

"Zeeta nak keluar jumpa Sofea dulu. Mama tolong tengokkan Danish tau. Bye Mama !" Zeeta baru teringat ada janji dengan Zarith Sofea. Mereka merancang untuk shopping bersama. Dengar khabar ada rekaan baru yang menarik di butik mereka biasa kunjungi. Gian untuk membeli belah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 05:09 AM | Show all posts
Puas membeli belah sakan Zeeta mengajak Zarith Sofea untuk singgah ke Secret Recipe. Tekak terasa kering manakala perut berbunyi minta diisi. Lagipun sudah lama mereka tidak berbual panjang. Hubungan Zeeta dengan Zarith Sofea memang rapat. Bak isi dan kuku.

Mungkin kerana hubungan akrab yang terjalin antara suami mereka. Ku Iz dan Zack memang rapat. Sesekali Zack akan membawa Zeeta dan Danish berkunjung ke rumah Ku Iz untuk merapatkan silaturahim. Begitu juga sebaliknya. Malah anak sulung Zarith Sofea yang kini genap berusia setahun setengah gemar melayan keletah Danish. Riuh rendah jadinya bila bertemu.

Usai membuat pilihan makanan , Zeeta dan Zarith Sofea hanya berbual kosong. Topik perbualan lebih kepada anak masing masing.

"Zeeta..." Zarith Sofea berat untuk bertanya. Tetapi rasa ingin tahu tak boleh dibendung lagi. "Betul ke Jiha dengan Ray dah nak bercerai?" Timbul perasaan takut dari lubuk hati. Gusar Ku Iz berpaling mengejar semula Jie.

Zeeta hanya menggeleng kepala. " Jie yang failkan perceraian tapi Ray tak nak. Entahlah ! I tak nak mereka sampai bercerai berai. You tahukan history hubby I dengan Jie? I takut jugak.." Zeeta juga seperti Zarith Sofea. Takut Zack terimbau kembali memori cinta dulu lantas tega meninggalkan Zeeta dan anak mereka.

Zarith Sofea mengeluh. " I cintakan Hafiz sangat sangat ! I tak nak kehilangan suami I !" Tak dapat bayangkan hidup sendirian tanpa Ku Iz. Walau Ku Iz berikrar sudah melupakan Jie dan hanya mencintai dirinya Zarith Sofea tetap takut !

Dulu Ku Iz juga pernah berjanji untuk mengahwininya setelah Zarith Sofea disahkan hamil anak hasil hubungan terlarang mereka. Namun, janji itu dilupakan setelah Ku Iz berjaya mengahwini Jie. Anak yang dikandung Zarith Sofea keguguran. Walau sedih namun Zarith Sofea lega kerana jika bayinya lahir ke dunia sekali pun anak itu tidak diakui ayah kandungnya !

" I faham perasaan you Sofea !" Zeeta juga merasakan yang sama. Zack memang mencintainya tetapi Zack juga tampak berjuang untuk membuang kenangan cinta dulu. Bimbang suaminya beralih arah.

"Kita kena buat something Zeeta !" Zarith Sofea dapat satu idea. "Any how we have to ensure Ray takkan ceraikan Jiha !" Hanya itu penyelesaian terbaik. Selagi Rayyan kekal suami Jie, Ku Iz mahu pun Zack tak akan ada peluang untuk menagih semula cinta Jie.

Zeeta terdiam sejenak. Menimbang kebenaran kata kata Zarith Sofea. Lama memikir langkah yang perlu diambil. Semuanya demi kebaikan rumah tangga Zarith Sofea dan Zeeta juga. Sekaligus dapat menyelamatkan perkahwinan Rayyan dan Jie dari musnah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2015 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 12-3-2015 12:33 AM

Pening kepala dibuatnya. Adik dan kakak membuat hidup jadi tak keruan.

Semak dengan Viana yang cuba mendekati dan bermesra dengannya. Jelingan manja dan lenggok suara lembut mendayu.

Adakala Zulkarnain dapat merasakan Viana cuba menggoda dirinya. Entah apa agenda yang tersembunyi disebalik perbuatan wanita itu malas Zulkarnain mahu mengambil tahu.

Sehingga Khalid Hardy juga memberi amaran keras supaya menjauhi isterinya sedangkan Viana yang menghimpit Zulkarnain !

Namun, baik Khalid atau Viana bukan masalah utama. Kekusutan dirasakan apabila berdepan dengan kerenah Rayyan.

Kalau adiknya cuma memberi amaran kepada Zulkarnain, tetapi abang pula bertindak sengaja menaikkan api cemburu dalam hati.

Zulkarnain tahu Rayyan sedang bermain psikologi dengannya. Mungkin Rayyan fikir dengan berkata begitu Zulkarnain akan berputus asa dan melupakan terus Jie.  Taktik murahan !

Malah, tindakan Rayyan hanya menyemarakkan tekad dalam diri Zulkarnain untuk merebut  cinta Jie ! Biar Rayyan putih mata !

Baru kini Zulkarnain tahu Rayyan dan Khalid adalah adik beradik. Maka, Ku Iz juga sepupu kepada Rayyan!

Tetapi, Rayyan tega merampas Jie yang pada ketika itu masih bergelar isteri Ku Iz. Itu bukti jelas lelaki itu seorang yang pentingkan diri dan rela melakukan segala untuk memperoleh semua yang dihajati ! Ku Iz telah menceritakan semua kepada Zulkarnain.

Jadi, tak salah rasanya jika Zulkarnain merampas Jie dari Rayyan kali ini. Biar padan muka Rayyan !

Zulkarnain bukan Ku Iz yang boleh diperbodohkan. Rayyan tidak tahu dengan siapa dia berurusan. Akan tiba detik untuk Rayyan tunduk mengakui kemenangan adalah milik Zulkarnain !

Best man win ! Zulkarnain pasti cepat atau lambat Jie pasti menjadi hak mutlaknya. Buat masa ini biarlah Rayyan merasa kemenangan berpihak pada dirinya kerana berjaya menjauhkan Jie dari Zulkarnain.

Hanya mencari masa yang sesuai untuk menjalankan strategi yang dirancang.

Zulkarnain tahu kelebihannya terletak dimana. Hubungan akrab dengan Dato' Hanafi dan Faridah akan dimanfaatkan bagi menjayakan misi untuk memiliki Jie.

Yakin Jie akan jatuh cinta dan memilih dirinya sebagai suami sebaik saja Rayyan berjaya disingkirkan. Zulkarnain takkan putus asa.  Biar masa saja jadi penentu !

" Semalam Zul cakap nak bawa bakal menantu Umi dengan Abi datang rumah. Puas kami tunggu !" Tengku Rahimah baru teringat anak bujangnya beriya menyuruh dirinya dan suami supaya duduk dirumah sahaja kerana ingin memperkenalkan calon isteri sekaligus mendapatkan restu untuk berkahwin.

"Ada problem sikitlah Umi, Abi.." Wajah Zulkarnain murung. Selera untuk makan terbang.

Dato' Sri Izham tersentak. Baru bercinta sudah bermasalah. Sukar memahami kerenah muda mudi zaman sekarang. "Gaduh pasal apa ?" Yakin serkap jarangnya mengena.

Zulkarnain hanya menggeleng. "Husband dia tak nak ceraikan dia.  Entahlah Zul pun pening." Makin serabut bila memikir Jie kini disamping Rayyan. Lelaki itu mungkin saja sudah tahu isterinya masih mengandung. Takut Rayyan menggunakan alasan Jie mengandungkan anaknya untuk membatalkan tuntutan perceraian yang difailkan.

Tengku Rahimah kaget. " Jadi, dia masih isteri orang?! Zul tahu tak hukum runtuhkan masjid orang?! Umi tak nak Zul tanggung dosa sayang.." Gusar memikirkan anak lelaki yang seorang ini.

Cukup sudah ilmu agama diterapkan. Tetapi kenapa bunga yang sudah dipetik orang  juga jadi pilihan Zulkarnain ? Ramai lagi gadis suci atau paling tidak janda yang boleh dijadikan isteri. Hak orang juga yang dikejar !

"Umi..." Zulkarnain faham kebimbangan Umi. "Mereka dalam proses perceraian. Dia bercerai bukan sebab Zul ! Suami dia yang tolak dia sehingga keguguran ! Mujur, dia mengandung kembar ! Satu lagi bayi dia selamat! Itulah punca dia menuntut diceraikan. Tak sanggup hidup dengan suami dia lagi." Berterus terang lebih senang. Zulkarnain tak mahu status Jie menjadi pertikaian. Biarpun bukan gadis suci tetapi itulah pilihan hatinya.

Dato' Sri Izham tergamam. Pilihan hati anak bujangnya memang tak masuk dek akal. Seorang wanita yang masih lagi sah isteri orang malah masih hamil benih suaminya !

"Tapi Zul, walaupun suami dia zalim sekalipun, itu tak mengubah hakikat dia masih isteri orang malah masih mengandung. Kalau dia sudah diceraikan sekalipun Zul tak boleh bersama dia ! Zul kena sabar sampai dia tamat Iddah ! Masa itu kalau Zul nak sunting dia sebagai isteri , suka hatilah ! Umi tak kisah!" Ada terselit rasa terkilan dengan sikap  anak bujangnya. Bertindak melulu tanpa memikirkan hukum agama. Bercinta dengan isteri orang satu hal. Masih mengandung pula itu.

"Zul tak cakap Zul nak kahwin dengan dia sekarang ! Zul cuma nak kenalkan pada Umi dan Abi. Umi jangan risau Zul tahu hukum agama." Walau bukan alim ulama' , Zulkarnain tidak jahil ! Memandangkan Jie masih mengandung, Zulkarnain perlu menunggu sehingga anak itu dilahirkan. Itupun kalau Rayyan menjatuhkan talak kepada Jie dalam tempoh kehamilan ini.

"Sudahlah Umi !" Dato' Sri Izham tak mahu memanjangkan perbalahan anak dan ibu itu. "Abi yakin Zul takkan berbuat sesuatu yang menyalahi hukum agama." Wajah anaknya ditatap.

"Cuma satu pesan Abi. Tanggungjawab yang Zul kena pikul berat. Zul kena kuat terutamanya dari segi mental dan emosi ! Besar cabarannya mengahwini janda yang ada anak ini. Zul yakin ke Zul boleh terima anak lelaki lain dan layan seperti anak Zul sendiri?" Sengaja ingin menduga hati anak bujangnya.

"Zul yakin, Abi ! Insya Allah Zul akan jaga anak itu seperti anak Zul sendiri !" Keyakinan jelas terpancar diwajah.

Tengku Rahimah kelu melihat kesungguhan Zulkarnain. Beruntung wanita yang berjaya merebut cinta Zulkarnain. Sebagai Umi, Tengku Rahimah tahu anaknya serius dengan kata kata yang diluah. Rasa teringin pula untuk melihat sendiri gerangan pencuri hati anaknya.

"Kalau Zul yakin dengan pilihan hati Zul , Zul buat solat istikharah untuk dapatkan petunjuk. Umi dengan Abi restu sesiapapun dia yang Zul pilih !" Akhirnya kata sepakat termeterai.

"Thanks Umi, Abi !" Zulkarnain menarik nafas lega. Selesai satu masalah !  
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 09:14 AM | Show all posts
elia201 replied at 7-3-2015 08:30 PM
Manalah anak bertuah ini pergi.. Tengku Safiah menggumam dalam hati. Marah dengan tingkah Rayyan yan ...

Aku bosan la dgn cter ko ni tt. takde misteri pun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 09:19 AM | Show all posts
elia201 replied at 7-3-2015 10:50 PM
Pening kepala dibuatnya. Adik dan kakak membuat hidup jadi tak keruan.

Semak dengan Viana yang c ...

aku bca separuh jer hat ni. nafsu bca takde lorh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 09:37 AM | Show all posts
Esmiria replied at 8-3-2015 09:19 AM
aku bca separuh jer hat ni. nafsu bca takde lorh.



No obligation to read my dear..

Don't get bored just chill..

Enjoy ur day !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.190058 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list