|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: NEW YEAR'S RESOLUTIONS
[Copy link]
|
|
dari kalangan umur 70 ke atas |
|
|
|
|
|
|
|
check in rumah baru
thanks tashu |
|
|
|
|
|
|
|
masuk balik nanti mesti dah roboh balik |
|
|
|
|
|
|
|
sempat masuk check in je dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat RM500,000, tapi cuma guna RM200,000 buat filem

Yusof keceea ada segelintir penerbit menerima geran RM500,000 daripada FINAS, tetapi menghasilkan filem dengan kos RM200,000.
KUALA LUMPUR: Penerbit Datuk Yusof Haslam menggesa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) supaya lebih berhati-hati memberi dana kepada penerbit filem. Menurutnya, ada segelintir penerbit menerima geran sebanyak RM500,000 daripada FINAS, tetapi menghasilkan filem dengan kos RM200,000 sahaja dan ia amat mengecewakan. "Standard filem seperti telefilem, malah telefilem lagi bagus. Bagi saya, itu penerbit yang tidak bertanggungjawab. FINAS perlu berhati-hati sebab ini babitkan wang rakyat. "Carilah orang-orang baru yang bertanggungjawab, ada rekod bagus. Bagi mereka buat telefilem terlebih dulu dan kalau nampak bagus berilah peluang.
Ini kadang-kadang orang yang terus terjun dalam industri diberi geran dan mereka bukan penerbit serius. Bukan apa, pemilihan perlu logik," katanya kepada Harian Metro. Yusof berkata, pengarah yang kali pertama mengarah filem tidak seharusnya perlu mengarah filem dulu. Boleh diberikan peluang mengarah filem pendek sebelum buat telefilem. "Kalau nampak bagus dan ada bakat barulah buat filem. Anak saya, Syamsul buat filem bukan kerana bapanya, Yusof Haslam. Saya beri Syamsul arah drama Gerak Khas. Dia buat bagus, telefilem pun bagus dan kemudian barulah filem. "Bukan saya buta-buta beri peluang. Kita pun berhati-hati sebab ini babitkan wang. Kadang-kadang orang kata mereka bertuah sebab saya ada duit. Tapi kalau saya keluar duit dan mereka buat filem hancur, saya takkan buat lagi. Saya orang berniaga," katanya. Ditanya pendapat berkenaan penerbit menyiapkan filem dalam masa singkat, Yusof berkata, perkara ini sangat subjektif. "Tak boleh juga hentam orang yang buat filem dua minggu sudah boleh siap. Ada yang buat filem cepat, tapi berkualiti. Ada juga makan masa dua bulan, tapi kualiti hancur. Isu ini sangat subjektif dan bergantung kepada filem. "Macam filem Babah, saya suka filem ini dan menitiskan air mata. Sebagai bapa, saya dapat rasa. Ia filem yang bagus, bajet pun tak besar, tapi kualitinya bagus. "Begitu juga filem Imaginur. Saya sukakannya dan memang layak dapat anugerah. Ia bukan filem biasa. Penggambaran pun tak lama, tapi hasilnya bagus," katanya.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/01/1344004/dapat-rm500000-tapi-cuma-guna-rm200000-buat-filem
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyanyi dikir barat ditahan di Narathiwat kini ada kelab peminat

Pakar Pengurusan Jenayah (Bahagian Wanita) Penjara Wilayah Narathiwat, Panata Yononarongdetkul (gambar kecil). - Foto NSTP
NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat yang ditangkap bersama lima lagi rakyat Malaysia kerana disyaki memiliki 6,000 pil kuda pada 1 November, kini mempunyai kelab peminat di penjara di sini. Pakar Pengurusan Jenayah (Bahagian Wanita) Penjara Wilayah Narathiwat, Panata Yononarongdetkul, berkata kelab peminat penyanyi itu ditubuhkan baru-baru ini. "Selain mempunyai kelab peminat di selatan Thailand termasuk di Narathiwat, penyanyi yang berusia 29 tahun itu juga mempunyai kelab peminat di penjara ini. "Kebanyakan peminatnya di penjara ini terdiri daripada banduan wanita dan mereka akan menyanyi bersama-samanya pada waktu tertentu.
"Ada antara mereka meminta pihak penjara memuat turun lagu-lagu penyanyi itu dan memasangnya sebagai hiburan mereka," katanya ketika ditemui, di sini hari ini. Ditanya keadaan penyanyi itu sekarang, Panata berkata, wanita yang berasal dari Kelantan itu mulai ceria sekarang. "Selepas lawatan pihak media dari Malaysia pada 21 Disember lalu, penyanyi itu kelihatan makin gembira dan seolah-olah dia mendapat suntikan semangat baharu. "Dia dapat merasakan peminatnya masih memberi sokongan kepadanya dan beliau amat teruja untuk kembali kepada peminatnya," katanya. Susulan penangkapan mereka, mahkamah Narathiwat memberikan polis perintah tahanan lanjut selama 84 hari terhadap enam individu itu. Penyanyi itu dikenali ramai kerana lagu hit popularnya 'Cinta Setandan Pisang' atau 'Bea Soba Bea'.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/01/1344144/penyanyi-dikir-barat-ditahan-di-narathiwat-kini-ada-kelab-peminat
|
|
|
|
|
|
|
|
Mark terkilan dituduh jual sate 'harga Yahudi'

Jualan Satay Bhalut diusahakan Mark dan isterinya, Norazah di festival makanan di Shah Alam berdepan kritikan apabila dikatakan terlalu mahal. - Foto IG Mark Adam
KUALA LUMPUR: Penyanyi Mark Adam terkilan dengan komen dilemparkan segelintir individu yang menyifatkan harga jualan produk makanannya bersama isteri, Norazah Redzuan iaitu Satay Bhalut sebagai 'harga Yahudi'. Mark menerusi perkongsian video dalam media sosial berkata, setiap barangan digunakan untuk membuat sate adalah berkualiti tinggi, malah perlu mengambil kira beberapa aspek lain seperti sewaan tapak perniagaan. "Saya punya sate menggunakan daging premium di mana kami ambil daging dari kilang yang sudah 'established'. Kilang ini juga membekalkan daging sate ke hotel dan restoran terkemuka, bahkan digunakan di restoran milik chef selebriti terkenal. "Sate jualan saya bukan yang biasa, sebelum dibalut dengan popia, sate itu 30 gram. Ikut harga pasaran pilih yang termahal, 500 gram RM30 dan satu cucuk RM7.50 sebelum kilang ambil untung.
"Untuk air, saya guna cawan bersaiz besar dan kuat. Saya letak dengan campuran buah limau. RM3 jadi RM10.50," katanya.
Sebelum ini, jualan Satay Bhalut Mark bersama isteri di satu festival makanan di Shah Alam berdepan kritikan apabila dikatakan terlalu mahal untuk satu set menawarkan tiga cucuk sate berserta air. Untuk set sate ayam berharga RM19.90, set daging (RM21.90) dan set kambing (RM24.90) itu dilabel sebagai 'harga Yahudi' selepas klip video Mark mempromosikannya tular dalam media sosial. Mark berkata, harga itu termasuk dengan pengiraan kos logistik, sewa tapak dan gaji 10 pekerja yang perlu dibayar untuk berniaga. "Selepas kira-kira untung hanya RM2,900 dan adakah kalian rasa ini cukup untuk bayar sewa tapak? Minta maaf, tapi saya ini masih belajar dan baru sahaja nak mula berniaga. "Tapi, agak-agak dengan apa yang kalian fikir kalau tak tahu. Sudah ramai orang beli, tapi yang tak beli pula banyak komen. Apa hal? "Sudah tahun baharu dan baru saya rasa macam mana peniaga lain mereka punya kesusahan. Saya minta maaf kalau ada yang tersinggung, semoga sihat selalu dan jangan lupa sokong peniaga di luar sana," katanya.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/01/1344149/mark-terkilan-dituduh-jual-sate-harga-yahudi
|
|
|
|
|
|
|
|
"Untuk air, saya guna cawan bersaiz besar dan kuat. Saya letak dengan campuran buah limau. RM3 jadi RM10.50," katanya.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah tragis ibu jadi pedoman Nadia Brian

Nadia bersyukur memiliki wanita hebat seperti ibunya yang banyak berkongsi pengalaman hidup dengannya. - Foto IG Nadia Brian
KUALA LUMPUR: Pelakon seksi, Nadia Brian bersyukur 2024 mengajarnya menjadi wanita lebih berdikari. Pernah menyaksikan ibunya menjadi mangsa keganasan rumah tangga, Nadia mengakui, episod hitam itu banyak menjadikannya wanita lebih tabah, justeru menyokong wanita lain untuk berdikari dan berani berdiri atas kaki sendiri. Nadia atau nama sebenarnya. Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 33, berkata dia bersyukur mempunyai wanita hebat seperti ibunya yang banyak memberi pelajaran berguna kepadanya. "Alhamdulillah, saya ada 'role model' iaitu ibu saya. Dia bergelar ibu tunggal selama lebih 23 tahun dan pernah melalui keganasan rumah tangga.
"Bagi saya, sikap berdikari harus ada dalam diri setiap wanita. Kita kena ada kekuatan sendiri sebab tak boleh bergantung kepada sesiapa. "Itu diterapkan oleh ibu dan saya gunakan ilmunya. Hidup lebih seronok jika tidak bergantung pada sesiapa. Tak perlu pening-pening, saya kerja cari duit untuk diri sendiri. "Jadi, saya bersyukur dengan apa yang saya ada dan diberikan kebahagiaan bersama keluarga. Saya ada ibu, nenek, adik-beradik dan kesihatan yang baik. Malah, saya juga bersyukur tawaran kerja juga tidak pernah putus," katanya.
Selepas menjayakan teater Kerana Percayakan Siti, Nadia bersyukur diberikan tawaran menjayakan pementasan Teater Samaya - Puteri Laut Selatan sebagai penutup 2024. "Saya tetap akan buat teater sebab ia menggilap lakonan dan pada masa sama, boleh kumpul ilmu," katanya yang juga baru selesai menjayakan penggambaran filem Duyung. Terdahulu, Nadia sudah empat tahun hidup sendiri selepas bercerai dengan bekas suami, Muizz Nasruddin pada April 2020 Perkahwinan Nadia dan Muizz yang juga ahli perniagaan hanya bertahan selama empat bulan.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/01/1343813/kisah-tragis-ibu-jadi-pedoman-nadia-brian
|
|
|
|
|
|
|
|
Peminat boleh lihat hasil revolusi Harimau Malaya pada 31 Mac 2026

KUALA LUMPUR: Hasil awal revolusi Harimau Malaya dianggap akan dapat disaksikan pada tanggal 31 Mac 2026 iaitu selepas aksi menentang jaguh Asia Tenggara, Vietnam di gelanggang lawan. Pertembungan Malaysia dan Vietnam itu adalah aksi terakhir dalam Kumpulan F bagi kelayakan Piala Asia 2027 yang mana ia dijangka menjadi penentu perjalanan pasukan untuk ke pusingan akhir kejohanan di Arab Saudi. Harimau Malaya dan Naga Emas yang masing-masing berada di ranking 132 dan 114 dunia diundi dalam kumpulan sama dengan dua pasukan ranking lebih rendah, Nepal (175) dan Laos (186). Berdasarkan ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia dan Vietnam dianggap sebagai dua pasukan pilihan utama dengan hanya juara kumpulan yang akan meraih tiket ke Arab Saudi.
Harimau Malaya sedang melalui proses revolusi dengan ketua jurulatih baharu, Peter Cklamovski dan pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Nafuzi Zain sudah memulakan tugasnya secara rasmi, semalam.
Malah, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut mengumumkan tugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Robert Douglas Friend juga akan bermula bulan ini. Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar menyifatkan semua individu terbabit harus berkolaborasi dengan baik dalam usaha memastikan skuad Harimau Malaya yang lebih mantap dapat dibentuk terutama bagi kempen kelayakan Piala Asia 2027.
"Siapa pun yang dipilih dan siapa pun yang memimpin atau apa saja yang berlaku dengan pasukan kebangsaan ketika ini, kita semua kena tunggu 31 Mac 2026 kerana pada hari itu Malaysia akan bertemu dengan Vietnam bagi aksi terakhir kelayakan ke Piala Asia 2027. "Ia penentuan sama ada kita berjaya membawa satu perubahan besar dalam bola sepak negara atau tidak. Sekarang ini kita bawa Cklamovski dan sudah tentu dia dilantik selepas melalui proses penilaian dan bukan dipilih sebarangan. "Hanya satu pasukan akan layak ke Piala Asia, jadi perlawanan terakhir menentang Vietnam nanti akan menunjukkan sama ada kita sudah melakukan satu langkah yang tepat atau tidak.
"Peluang Malaysia (layak ke Piala Asia) nampak cerah, tapi Vietnam bukan calang-calang pasukan. Mereka semakin hari semakin meningkat, manakala kita pula tutup kalendar 2024 dengan tidak layak ke separuh akhir Piala ASEAN. "Sekarang ini Cklamovski perlu kenal pasti pemain untuk membentuk pasukan mengikut perancangannya. Ia mungkin tidak akan ambil masa yang singkat dan pemain juga harus memahami apa jurulatih mahukan," katanya kepada BH Sukan. FAM sebelum ini menjelaskan misi awal buat Cklamovski adalah untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2027 di Arab Saudi selain membawa skuad negara berada dalam kelompok 100 terbaik dunia. Semalam, BH Sukan melaporkan pemerhati sukan tempatan, Mohd Sadek Mustafa menganggap Friend perlu diberikan masa lima tahun untuk membawa perubahan besar terhadap Harimau Malaya terutama bagi meletakkan pasukan negara dalam kelompok 100 terbaik dunia.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/01/1344179/peminat-boleh-lihat-hasil-revolusi-harimau-malaya-pada-31-mac-2026
|
|
|
|
|
|
|
|
Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit

Azizulhasni belum membuat keputusan untuk kekal atau tidak dalam Program Podium. Foto: STR/Aziah Azmee
KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun ini atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui. Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh berkata, Azizulhasni masih belum mengesahkan keputusan beliau kepada badan itu dan Majlis Sukan Negara (MSN) setakat hari ini. "Saya rasa sebelum ini beliau menyatakan mahu berjumpa Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh) untuk berbincang mengenai perkara ini. Jadi kami sedang menunggu pertemuan itu. "Saya turut diberitahu, minggu depan Datuk Azizulhasni akan pergi menunaikan umrah dan saya percaya jika ada pertemuan, ia akan diadakan selepas beliau kembali. Jadi semuanya KIV (dalam perhatian) hingga lebih kurang dua minggu akan datang," katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, PKBM dan MSN bersetuju untuk mengekalkan juara dunia keirin 2017 itu dalam Program Podium bagi 2025 dan MSN memberi beliau hingga Selasa (31 Dis) lepas, sama seperti atlet kebangsaan lain, untuk mengesahkan minatnya. Meskipun terlepas tarikh akhir, pemenang perak Olimpik Tokyo 2021 dan gangsa Rio 2016 itu masih boleh menyertai program tersebut kemudian dengan gaji bermula dari tarikh kontrak ditandatangani. Mohd Azizulhasni yang menginjak usia 37 tahun Ahad ini, masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung penglibatannya dengan pasukan negara selepas kali terakhir beraksi di Olimpik Paris, Ogos lepas. Di Paris, penyertaan atlet dengan julukan 'The Pocket Rocketman' itu dibatalkan dalam saringan pertama keirin lelaki kerana memintas derny (pacer motosikal) sebelum derny meninggalkan trek. Selain gaji bulanan, atlet di bawah Program Podium layak mendapat pelbagai faedah termasuk kemudahan sains sukan, perubatan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/01/1344151/azizulhasni-belum-putuskan-sertai-program-podium-amarjit
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiga akta PERKESO dipinda tahun ini, usaha lindungi pekerja 24 jam

KUALA LUMPUR: Pindaan beberapa akta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun ini akan membuka lembaran baharu ke arah mewujudkan perlindungan 24 jam kepada golongan pekerja. Ia membabitkan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK), Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800). PERKESO dalam satu kenyataan hari ini berkata, melalui pindaan itu nanti akan dapat menutup segala kelompangan dalam jaringan keselamatan sosial sedia ada. "Bagi 2025, beberapa pelan besar menanti untuk direalisasikan PERKESO seperti pindaan Akta 4, Akta 800 dan SKBBK yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat.
"Ini demi menjamin keterangkuman aspek keselamatan sosial di Malaysia," menurut kenyataann itu. PERKESO menjelaskan siri pembaharuan itu dijangka direalisasikan tahun ini, dilaksanakan dengan mengambil kira jaringan keselamatan sosial terus kekal relevan seiring peredaran semasa. Selain itu, PERKESO memaklumkan turut memberi tumpuan kepada aspek inovasi yang menjadi antara perkara yang diberi penekanan dalam Forum Keselamatan Sosial Serantau (RSSF) Asia dan Pasifik, yang diadakan baru-baru ini. Dalam pada itu, PERKESO dan tiga lagi rakan strategik iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah bagi penganjuran Forum Keselamatan Sosial Sedunia (WSSF) 2025. "Perancangan ke arah forum berskala global berkenaan ketika ini giat dirintis kerana ia dijangka menghimpunkan 338 agensi dan institusi dari 163 negara dalam kalangan ahli Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA). "Forum terbabit akan diadakan pada 29 September hingga 3 Oktober depan," katanya. Untuk rekod, ISSA yang berpusat di Geneva, Switzerland ditubuhkan pada 1927 khusus sebagai pertubuhan antarabangsa dalam bidang keselamatan sosial yang bernaung dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan berperanan sebagai platform global bagi membincangkan dasar, strategi dan inovasi dalam bidang keselamatan sosial. Penganjuran persidangan kemuncak WSSF yang diadakan setiap tiga tahun adalah antara inisiatif ISSA yang dihadiri menteri, pegawai kanan, pengamal dan pakar dalam bidang keselamatan sosial.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344067/tiga-akta-perkeso-dipinda-tahun-ini-usaha-lindungi-pekerja-24-jam
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|