|
ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11
[Copy link]
|
|
hi all tak sabar nak tunggu ni |
|
|
|
|
|
|
|
menunggu dan tetap sabar menunggu. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Dahlia
Happy Birthday to you”
Dahlia menampar dahi. Ya Allah! Hari ini berapa haribulan? Macam mana aku boleh lupa harijadi sendiri. Aku memang blur sejak beberapa hari kebelakangan ini. Puan Sri Sabihah, Puan Maya, Nia , Datuk Azmi, Rayyan dan Irhan berdiri keliling meja makan yang sarat dengan juadah. Di tengah meja, sebiji blueberry cheesecake dengan 26 lilin menunggu untuk di tiup. Mata Dahlia meliar mencari kelibat Amir. Harapannya yang hampa di sembunyi dengan senyum paksa. Sah! Aku dah masuk kelab Nora Danish; di sayangi mertua walaupun suami sendiri sudah ada orang lain di hati.
Dahlia menghembus lilin dan memotong kek. Puan Sri Sabihah dan Nia memeluk dan mengucup pipinya. Datuk Azmi, Rayyan dan Irhan mengucap tahniah. Selonggok hadiah terletak di tepi sofa. Hmmm… kalau dapat beg designer best juga. Dia mengagihkan kek. Rayyan dan Irhan ralit menyuap roti jala ke mulut.
“ Auntie Lia, kita nak ke London lusa. Boleh tak buat chicken pie sebelum kita pergi?”
“Eh, di London mesti ada chicken pie. Lagi sedap dari yang Auntie buat”
“ Tapi jarang ada yang halal .” jawab Rayyan. A’ah.. lupa pula aku. Dahlia terus mengangguk
“ Boleh. Besok Auntie buat” . Cara paling bagus untuk melupakan Amir ialah dengan mengisi masa terluang.
“ Hisyy.. Auntie Lia penat tu. Tunggu lah dia rehat dulu.” tegur Puan Sri Sabihah. Kasihan Dahlia! Walaupun senyum tak lekang dari bibirnya tapi mata Dahlia sudah hilang sinar. Kalau aku tahu ini hasilnya, aku tak akan berbaik dengan Salamah dan Sarah di Mekah tempoh hari. Sarah sudah keterlaluan. Dia hampir menghalau Sarah dari bilik Amir di KK tempoh hari. Selagi Amir tak keluar dari hospital selagi itulah dia menempel. Pasti dia lah punca Dahlia makan hati.
“ Lia terkejut tak dengan surprise kita?”
“ Terkejut gila. Nasib baik baby dalam perut baru tiga bulan. Kalau tak dah terberanak kot. Lia tak sangka Mummy ingat birthday Lia. Siapa yang buat decorations ini semua? ” Walaupun cuma keluarga yang hadir tapi persediaannya rapi bertemakan warna biru. Agaknya apa apa majlis orang berada mesti ada warna tema. Napkin warna biru laut dipadankan dengan alas meja warna biru cair. Jambangan bunga ros dicelup dye biru berselang seli dengan ros putih asli terletak di serata ceruk rumah. Selain cheesecake ada juga cupcakes beraising biru. Tetamu pun memakai warna biru. Aku seorang saja tak menepati syarat.
“ Ini kali pertama Lia raikan birthday sebagai ahli keluarga kita. Mestilah kita kena celebrate. Maya yang order makanan. Nia tolong gubah bunga. Do you like it? ”
“ Cantik. Mestilah suka. Blue is my favourite colour.” Dahlia mengambil tempat duduk di sisi Nia. Dia sedar semua orang pasti hairan kenapa dia tak bertanya tentang Amir tapi dia buat bodoh saja. Buat apa menagih pada yang tak sudi. Baik aku isikan perut. Sedap woo.. dah lama aku tak makan satay dan roti jala.
“ Kau pergi mana Lia? Puas kami cari tapi tak jumpa?” Bisik Nia bila perhatian Puan Sri Sabihah di curi oleh Rayyan dan Irhan yang sibuk bercerita.
“ Biarlah rahsia. Mana tahu kot kot aku nak lari lagi?” selamba jawapan Dahlia. Nia mencubit lengannya.
“ Teruk lah kau ni. Risau kita orang. Kalau kau tak telefon bapa kau, sampai sekarang kami tak jumpa kau”
Huh… dah agak dah. Babah pembelot. Pandai dia trick aku. Suruh jumpa pegawai Mara konon! Menjadi pula lakunan Babah. Tak sangka begitu mudah aku masuk perangkap.
“ Kau lari sebab merajuk dengan Amir ya? He was so distraught. Kesian dia. Nasib baik tak relapse balik”
Mulutnya terpaksa di kunci walaupun dia betul betul ingin tahu di mana Amir. Aku pun ada harga diri. Kena jaga gengsi. Dia tak kisah pasal aku, takkan aku terhegeh nak tahu. Dahlia menyusun pinggan kotor untuk di bawa ke dapur.
“ Lia tinggal saja di situ. Mummy bawa Sutri. Dari hari ini, Su akan datang setiap hari untuk tolong Lia buat kerja rumah. Mummy suruh Pak Wan hantar dia pagi pagi dan jemput dia balik waktu petang. Mummy tengok badan Lia dah susut. Lia tak boleh buat kerja berat.”
Aku kurus sebab sakit hati lah Mummy oi. Hati aku di kisar lumat dan di curah asid oleh Sarah dan Amir.
“ Lia ingat minggu depan Lia nak balik KK. Bila Danial keluar hospital, tak ada orang nak jaga dia di rumah. Kesian Babah. Dia nak jaga diri sendiri pun tak larat.”
“ Lia jangan risau. Bila Danial keluar nanti, ada jururawat yang akan datang ke rumah. Dia akan bantu apa yang patut. Mummy dah buat arrangement dengan hospital. Babah Lia tak payah susah susah nak jaga Danial. Kalau Lia nak pergi tengok Babah dengan Danial bagi tahu Mummy. Nanti Mummy suruh Pak Wan hantar. Bahaya memandu jauh bila mengandung. Lia tak boleh lasak sangat, kena ingat baby dalam perut.” Dahlia sekadar mengangguk hiba. Sekurangnya masih ada yang ambil berat tentang aku dan keluarga aku. Macam manalah aku nak balas budi mereka.
“ Mummy, jomlah kita balik. Mesti Lia nak rehat” usul Datuk Azmi.
“ Ya..ya.. Lupa pula Mummy. Lia jaga diri baik baik. Jangan nak lari lari lagi. Buat semua orang risau saja tau. Kalau ada masaalah, Lia bagi tahu Mummy. ”
“ I hope you like the presents. Take care ya” Nia mengenyit mata. Gelagatnya susah di tafsir Dahlia.
Dahlia tercegat di pintu sehingga mereka masuk dalam lif. Sampai ke sudah nama Amir tidak di sebut. Dahlia mula rungsing. Mungkin mereka menyembunyikan sesuatu dari aku. Adakah Amir masih sakit? Atau Amir sudah buat keputusan yang dia akan bersama Sarah dan tidak mahu berjumpa aku lagi? Pengecut! Tak gentleman langsung! Mata Dahlia berkaca. Dia menghempas tubuh ke sofa. Walaupun penat tapi di gagahkan matanya supaya enggan tutup. Lagipun sudah hampir waktu Maghrib. Baik aku buka hadiah untuk hilangkan kantuk.
Pembalut bungkusan hadiah yang paling besar di koyak. Seperti yang di jangka, kotak berlogo Christian Dior mengandungi beg tote. Hadiah dari Datuk Azmi dan Nia. Seterusnya dia membuka hadiah dari Mummy. Sepasang anting anting berlian yang comel dan simple tapi pasti berharga ribuan ringgit. Puan Maya menghadiahkan selendang. Dari Rayyan dan Irhan buku resepi Chef Wan. Mesti ada niat tersirat ni.
Ada lagi satu kotak yang masih belum di buka. Dari siapa hadiah ini?
Siap di ikat dengan riben besar lagi. Tangkas tangan Dahlia membuka ikatan riben. Walauwei… gaun BCBG Max Azria yang sangat gojes! Dress labuh itu di acu ke tubuh. Sexxxaaayyyyy! Tapi bila masa aku nak pakai baju ala ala artis Hollywood di Academy awards? Setakat peraga depan cermin bolehlah. Dia menggeleng perlahan. Macam macamlah keluarga Amir buat untuk menceriakan aku. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti gaun tu dari amir.................... |
|
|
|
|
|
|
|
smile nak lagi ....next............ |
|
|
|
|
|
|
|
takan itu jek juna...sambung la lagi sket... tak puas baca tau... |
|
|
|
|
|
|
|
amir ade dml rmh tuh,,,,sambung2,,,x ckp nih |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik azan Maghrib berkumandang dia melangkah gontai ke bilik. Ketika menolak pintu matanya terbeliak. Biliknya penuh dengan jambangan bunga mawar. Mahu dalam 5 dozen bunga mawar beranika warna. Bau harumnya toksah cakaplah. Di atas katil kelopak bunga di atur membentuk perkataan I’m Sorry. Adeh… macam peserta Raja Lawak yg nama Amir juga punya tagline. Matanya tertancap pada tubuh yang tidur di sofa. Oh, di sini rupanya Amir. Dia terusik memandang wajah Amir yang polos. Amir nampak kurus dan serabai dengan misai tak bercukur. Eei Dahlia… jangan nak kesian, kesian. Dia berjingkit ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk. Amir masih tidur pulas bila dia keluar. Berdosa pula kalau tidak kejutkan dia.
“ Amir, bangun. Dah masuk Maghrib.” Dia menguis bahu Amir dengan tangan di lapik telekung
“ Hmm… Lia , I miss you” Gumam Amir dengan mata masih terkatup. Dia mengalih badan. Sebelum Amir bangun Dahlia mengambil sejadah dan beredar ke bilik tamu. Panjang pula cerita nanti. Aku tak ada mood. Pintu di kunci dari dalam.
Selesai memberi salam, Dahlia membaca ayat ayat yang di ajar oleh Ustazah Munirah. Doa di pohon agar di permudahkan segala urusan, di beri kekuatan untuk menempuh dugaan. Airmatanya yang di tahan akhirnya tiris juga. Jantungnya hampir terlucut bila jejari hinggap di pipi dan menyapu deraian tangis.
“ MAKK!” jeritnya. Macam mana Amir boleh masuk? Ilmu apa dia pakai.
Amir bersila di sisi dengan segugus kunci di tangan. Rambutnya masih basah dengan air wuduk.
“ Happy Birthday sayang” Amir mengucup dahinya. Tubuh Dahlia bagai kena renjatan elektrik.
“ Lia , are you okay? Abang risau sangat. Lia pergi mana? Lia merajuk dengan abang, ya” Soalannya tidak berjawab.
“ I’m sorry. Abang tak tahu apa kesilapan abang. Tapi abang minta maaf. Sorry atas segala yang abang lakukan sama ada secara sengaja atau tidak, kesalahan kecil atau besar, yang di ketahui atau tidak.” Dahlia buat muka sardine. Ingat lawak lah konon. Macam orang tak tahu itu ayat ciplak dari doa yang selalu di baca selepas solat.
“Hari tu masa abang sampai di KK, abang tengok kereta Lia remuk teruk. Bila orang beritahu anak cikgu Zul mangsa kemalangan, abang rasa macam Tuhan dah cabut nyawa abang. Dunia terus gelap. Memang abang sangka Lia dah tak ada. Doktor yang merawat abang kata abang hilang keinginan untuk terus hidup. Itu sebab lama abang tak sedarkan diri.”
Dahlia bersandar pada birai katil. Jarinya bermain dengan kerawang di hujung telekung “Abang, Lia tahu semuanya. Tak payahlah abang nak cover. Masa mula mula Lia dapat tahu pasal Sarah, Lia memang sedih tapi Lia dah boleh terima. Its okay Abang. Lia boleh survive tanpa Abang. Selama kita kahwin abang dah buat Lia cukup gembira. Sekarang giliran Abang untuk cari kebahagiaan dengan dia” Sendunya tak dapat di tahan
Amir menggenggam jarinya. “ Lia.. apa Lia cakap ni? Jangan merepeklah. Lia seorang saja dalam hati abang. There’s no one else. I only want to be with you. Sumpah!”
Dahlia masih menukurkan mata. “ Kenapa Abang berahsia dengan Lia pasal Sarah? Lia susah nak percaya kata kata Abang. Lia bukan marah sebab abang ingat Lia dah mati. Tapi Lia rasa abang suka kalau Lia mati”
“ Astaghfirullah. Lia ingat abang se jahat itu kah? Abang cuma tolong Sarah sebab dia kawan lama. Dia baru bercerai, abang cuma bagi moral support. Kasihan anak anak dia. Sebab itu abang tolong bagi resume dia pada kawan abang. Bukannya abang ada rasa cinta pada dia lagi. Semua itu dah luput sejak abang jumpa Lia. Kenapa susah sangat Lia nak percaya?”
“ Encik Amir, I’m not stupid. Lia baca SMS antara abang dan dia. Kalau abang tak layan, takkan dia berani? Bengkek hati Lia baca. Bukan main lagi. Asyik asyik cerita pasal our lovely moments together, your eyes, your smile. Entah apa lagi lah… ha.. ini yang tak boleh blah.. your sweet kisses still linger on my lips, I still remember the scent of your body… urgghhh! Nak muntah! Abang.. abang pernah buat benda tu dengan dia? Abang tinggal serumah dengan dia kan?” Api cemburu meluap. Betullah kata Kak Darina, Amir pernah tinggal serumah dengan Sarah. Bila teruna dan dara tinggal serumah , beribu batu dari ibubapa di negara yang tiada pegawai pencegah maksiat, macam macam boleh jadi. Takkan baca buku dan buat assignment bersama saja. Takkan setakat main Monopoly atau Scrabble saja bila masa terluang. Tak moderen lah.
Amir mengeluh. “ Sayang, I admit it. Dulu abang memang teruk. Tapi sejahil jahil abang, taklah sampai berzina. Abang masih tahu batas agama. Kami pernah tinggal serumah tapi dengan dua pelajar lain. Sarah duduk sebilik dengan kawannya bernama Mariam. Abang sebilik dengan pelajar dari Indonesia, Budiman. Itu normal bagi pelajar di luar negara.”
Beberapa saat berlalu dalam kesepian. Tiada respon dari Dahlia yang masih membatu. Kerasnya hati Dahlia. Akhirnya Amir memecah kelohongan.
“ Lia dah benci abang? Lia nak abang buat apa supaya Lia maafkan abang? Nak abang melutut? ” Ada serak dalam suara Amir.
“ Tak payah. Pergilah pada Sarah. Dia janda, ibu tunggal. Besar pahala kalau Abang kahwin dengan perempuan teraniaya. Abang kena lindung dia. Biar Lia sendiri. Selama ni pun abang dah tak pedulikan Lia. Abang asyik sibuk dengan kerja dan sibuk uruskan Sarah dan anak anak dia. ” Luahan Dahlia merenggut tangkai jantung Amir. Tidak! Jerit hatinya
“Abang minta maaf. Memang abang sibuk dengan kerja sampai tak ambil berat tentang Lia. Tapi abang janji abang akan berubah. Kalau Lia benci abang pun, ingatlah baby kita. Dia perlukan kasih sayang seorang bapa. Please give me another chance“ rayu Amir. Airmata lelakinya hampir tiris. Macam mana aku nak convince Lia yang aku tak ada apa apa dengan Sarah?
“Lia nak bersemuka dengan Sarah? Okay, jom kita pergi rumah dia sekarang. Kalau itu dapat puaskan hati Lia”
“ Nak buat apa? Buang masa saja. Silap silap dia halau Lia dengan penyapu” Dahlia masih berdegil. Amir memegang kedua belah pipi Dahlia. Mata mereka bertaut.
“ Abang nak Lia dengar dengan telinga Lia sendiri apa abang nak cakap kat dia. Ini permintaan terakhir abang. Kalau lepas ni Lia masih tak percaya abang, I give up. ”
……………………………………………………………………………………… |
|
|
|
|
|
|
|
Sarah mengenakan skirt panjang dan blaus lengan pendek. Rambut nya di ikat ekor kuda. Wajahnya di solek tipis. Dia memandang imbasan wajahnya dalam cermin bilik tidur dengan senyuman. I knew it! Amir pasti akan cari aku juga. Lama mana dia boleh tahan kerenah keanak anakkan si Dahlia tu. He needs a woman his age. Amir tak mampu melupakan kenangan lama.
Loceng pintu di bunyikan dan kedengaran suara lelaki memberi salam. Sarah memastikan yang kedua anaknya sudah tidur sebelum turun ke bawah. Lampu ruang tamu sudah di malapkan. Sungguh romantis! Harap harap Amir akan cair seperti lilin ber aroma lavender yang di nyalakan.
Pintu di buka dan rahang Sarah terjatuh. Apa Zainal buat di sini? Mana Amir?
“ Assalamualaikum. Boleh I masuk? Budak budak dah tidur?” Matanya melingas. Janda aku makin cun. Hidungnya terbau haruman lavender. Hmm… Dia senyum dalam hati.
“ Apa you buat di sini? Tak bagi tahu pun you nak datang? Dah lewat tahu tak? Tak manis kalau jiran nampak.” Sarah mencekak pinggang. Wrong timing betul.
“ Bukan lambat sangat pun. Baru pukul 10 malam. I nak jumpa Man dengan Nuha. Besok seminar I dah mula di Cyberview Resort. Susah nak datang sini” Tanpa menghiraukan wajah Sarah yang cemberut, Zainal melangkah masuk. Dia terpana dengan suasana romantis.
“ Expecting someone?” Keningnya di jungkit. Desas desus sudah sampai ke telinganya yang Sarah sedang berusaha keras untuk mendapatkan Amir semula. Nampak gaya macam dia memasang jerat.
“ Er.. takdelah. Siapa nak datang malam malam begini?” Pintu depan di biar terbuka supaya tidak menimbulkan kecurigaan jiran jiran yang penyibuk. Rasa gusar menyaluti hati Sarah. Bagaimana kalau Amir datang? Pasti Zainal akan cuba mendapat hak penjagaan anak anak dengan alasan aku ibu yang tidak bermoral. Dia duduk berhadapan dengan Zainal dan cuba berlagak tenang walaupun jiwa nya kacau.
“ How’s life?” tanya Zainal. Walaupun isteri barunya lebih muda, tapi Sarah masih menarik di matanya. Sayang, dia terlalu obsess dengan Amir hingga hilang harga diri.
“ Okay. You nak minum?” Sarah meneliti susuk tubuh Zainal. Dah berisi sikit, senang hati kot. Tapi sedap mata memandang. Jiwa yang gersang mula berkocak.
“ Boleh juga. Kopi ada?”
Beberapa minit kemudian Sarah keluar membawa dulang berisi seteko kopi, dan sepiring biskut kering.
“ Apa khabar Dini?” tanya Sarah sekadar berbasa basi.
“ Sihat, alhamdulillah. You tak terfikir nak cari pengganti I?” Macamlah aku tak tahu yang hari hari dia dok fikir cara cara mendapatkan Amir.
Sarah menggeleng. Malas nak layan.
“ Bilik budak budak di atas kan? “ Zainal bangun
“ Budak budak dah tidur. Lain kali sajalah you jumpa. I tak nak kejutkan mereka. Besok dia orang kena bangun awal nak ke sekolah” pintas Sarah.
“ Ala.. dia orang baru di tadika. Kalau ponteng pun tak apa. Bukan selalu I dapat jumpa anak anak. I jenguk dia orang kejap ya” Zainal sudah menuju ke tangga.
“ Hey! Jangan nak memandai.” Jerit Sarah lalu menarik baju Zainal. Zainal tergamam. Kakinya tersadung di anak tangga dan jatuh menghempap Sarah. Sarah cuba menghadang dengan menampan dada bekas suaminya. Nafas Zainal hangat menampar wajah Sarah. Masing masing tidak daya menahan nafsu yang bergelora. Akal dan iman terbang. Bibir mereka bertaut. Tubuh saling berpautan.
“ Ehemmm…. Kalau nak buat projek pun tutuplah pintu” Amir tersengih di muka pintu.
Sarah menolak tubuh Zainal dan membetulkan skirtnya yang terselak. Mulutnya terlopong. Entah berapa lama dia dengan Zainal beromen di lantai. Zainal bangun dengan selamba dan bersalaman dengan Amir sebelum menaiki tangga. Biar Amir sangka yang aku akan tidur di sini. Musnah angan angan kau Sarah… ha ha ha!
“ Amir… jangan salah sangka. I ..Zainal dengan I tak ada apa apa. We are just good friends” Airmata Sarah bergenang. Hancur segala harapan aku.
“ Itu cara you layan a good friend ? Tak apa, I bersangka baik. I’m happy for you. Really.” Muka Sarah makin keremot bila Amir menghulur tangan pada Dahlia yang terpaku di belakang Amir.
“ Hi Sarah. Sorry kacau you malam malam ni. Kita tak tahu you ada tetamu.” Dahlia senyum sumbing. Alamak, teruk lah aku kena tiaw dengan Amir.
“Hari ni birthday Dahlia. Ini ada cupcakes untuk anak anak you. I nak bagi nasihat sikit. Baik you kahwin balik semula dengan Zainal. Your kids need a father and you need a husband” Birah! Amir meletak bekas Tupperware di meja.
“ Goodnight Sarah. Have fun. Tapi jangan lupa tutup pintu” Dahlia mengenyit nakal lalu menaiki kereta bersama Amir. Sarah masih terjelopok di lantai dengan pandangan kosong.
“ Sekarang Lia percaya tak cakap abang?” Amir mengetuk jari di stereng.
Dahlia mencebik. “ Hm” jawabnya pendek.
“ Itu saja? That’s all you can say?”
“ Ya lah… I’m sorry. Lia minta maaf sebab tak percayakan abang.” Pipi Amir di usap.
“ Apa kata kita call pegawai pencegah maksiat?” Amir ketawa.
“ Tak baiklah you ni. Mengaibkan orang” Dahlia mencubit peha Amir
“ Sejak bila Lia masuk kem Sarah? Dia menyusahkan hidup abang. Sampai wife I ni lari entah ke mana. Nasib baik abang tak jadi gila. Kalau lepas ni dia tak serik lagi, tak tahulah nak cakap apa”
“ Sudah sudahlah tu. Jomlah balik.” Manja suara Dahlia.
“ Hmm…masih ada sejam lagi untuk celebrate your birthday. I nak bawa you somewhere special. Jangan nak protes. Lia banyak dosa dengan abang. Malam ni kena tebus” Amir mengerling nakal. |
|
|
|
|
|
|
|
best...best...besttttt....nak lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1030# sang_arjuna
" Hmm…masih ada sejam lagi untuk celebrate your birthday. I nak bawa yousomewhere special. Jangan nak protes. Lia banyak dosa dengan abang.Malam ni kena tebus” Amir mengerling nakal.
senyummm sorang2 lerrr juna;)
ehmmm.....gateiii jugak cegu amir nii,,,,,,almaklum dah lama tak seleberet.... |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha.... gelak jahat tuk Sarah... padan muka ...
konon2 nak perangkap Amir dgn suasana romantis tu.. tapi diri sendiri terjerat
dgn exhusband lak... sama2 ada perasaan... kalau Amir n Lia tak smpai lagi
harus jadi "malam seribu zina" buat Sarah n Zainal....
kata suka kat Amir.. baru kena goda dek Zainal dah cair.... MJ Sarah...
Harap lepas ni tak ada lagi scene "sedih, pilu, geram" buat Lia...
biarlah mereka berdua bahagia menunggu kelahirang buah hati cinta mereka berdua....
Good Luck with happy/nice ending...Smiley..... |
|
|
|
|
|
|
|
kak juna...cekgu amir bwk cik pai ayam blk ghumah try baju seksi dulu ker.....pastu baru g celebrate? |
|
|
|
|
|
|
|
cik juna tamo sambong lagik ke??
gen nak baca ini mlm kalo ade smbgn.. puhlisss |
|
|
|
|
|
|
|
padan nya muka si JANDA "mak jan" tue.....
ni lh padahnya kalu nk kacau umhtangga org... |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya aku bila Dahlia cakp cenggitu dengan amir..tumpah juak air mata aku..huhu
padan muka si sarah tu..gewdiks..hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
agagagaa bestttt...sarah dah kantoi... itu ler dah namanya MJ gatal merenyam boleh dia syok beromen atas lantai pun jadi sampai terlupa pintu umah terlopong... best arr amir ngan dahlia dpt tengok wayang free... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|