CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U) - SAMBUNGAN ( SUDAH TAMAT)

   Close [Copy link]
Post time 6-8-2010 02:18 PM | Show all posts
Reply 1020# zafran_iman

harap2lah mereka selamat sampai hari ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2010 02:22 PM | Show all posts
salam jumaat semua....
cepat2 dato badri sedar.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 02:51 PM | Show all posts
Reply 1021# anieaina

Selamat...tp suspen si Yem kena mengadap Datuk Badri....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 04:10 PM | Show all posts
Tak sampai lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 04:33 PM | Show all posts
sian yem & lala jadi mangsa si izlyn saiko..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 04:38 PM | Show all posts
mana smiley ni ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2010 05:58 PM | Show all posts
sian yem & lala jadi mangsa si izlyn saiko..


sokong tu, diaorg di pihak yg benar. ramai yg akan backup...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 06:02 PM | Show all posts
kak juna mana nyorok ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2010 07:11 PM | Show all posts
“ Good luck” bisik Najlah bila Adham lalu depan kubikel nya.

“ Doa banyak banyak untuk I.” balas Adham  yang berpapasan dengan Shahrul. Sambil bersarapan, dia  di beri “ taklimat” tentang apa yang berlaku di JB selepas dia “ melarikan diri”.  Izlyn Sofia terus menelefon Datuk Badri untuk mengadu nasib. Kemudian dia paksa Jazlan menghantarnya balik ke hotel dan mengurung diri dalam bilik sepanjang malam. Tapi mood dia keesokannya terlebih ceria. Pelik sungguh.

“ Apa apa hal pun, aku akan backing kau. Jangan risau” Shahrul memberi sokongan moral sebelum masuk ke biliknya.

“ Thanks, bro. Entah entah ini last day aku di sini”

Aktiviti harian di Akitek Karyabina berjalan seperti biasa. Masing masing sibuk dengan tugasan. Cuma Adham yang rasa serba tak kena. Adakah aku akan di baham oleh Datuk Badri? Dia ibarat orang yang menerima hukuman walaupun  tak bersalah. Inilah bahana bekerja dengan orang gila.

Mrs Chin mengangguk sebaik Adham tiba depan bilik Datuk Badri. “ He is waiting for you. “. Maksud yang tersirat dalam nada suaranya ialah “ He is waiting to kill you”

Sebaik menolak pintu kayu resak yang berukir itu, Adham dapat merasa bahang amarah Datuk Badri. Tiada senyuman apatah lagi ucapan selamat pagi. Renungan Datuk Badri tajam.

“ Good morning Datuk” Gantinama Uncle tak sesuai di guna pada waktu darurat begini.

“ Tutup pintu. Duduk” perintah Datuk Badri sambil memandang Adham seperti seorang guru besar memandang anak murid yang akan di rotan kerana melakukan kesalahan besar. Adham melabuhkan punggung dengan wajah selamba walaupun hatinya bergelodak. Apa angkara si Izlyn yang buat Datuk marah benar dengan aku?

“ Adham, apa kamu buat pada Izlyn di JB? Selama ini saya sangka kamu anak yang baik, lelaki yang budiman. Saya percayakan kamu 100 peratus…”

“ Datuk, let’s get to the point. Izlyn tuduh saya buat apa?” potong Adham. Dia mengetap rahang. Aku dah agak dah. Tapi  aku sudah bersedia dengan alibi yang kukuh.

“ Oh,, kamu pura pura tak tahu. Saya suruh kamu jaga dia sebab percayakan kamu. Rupanya harapkan pagar, pagar makan padi. Typical modus operandi lelaki buaya darat yang merosakkan gadis kampung yang innocent. Come on Adham. Don’t give me this bullshit. Baik awak mengaku” suara Datuk Badri meninggi. Dia mengepal jari seolah ingin menumbuk Adham.

“ Apa kata Datuk panggil Izlyn. Biar kita bersemuka. Saya nak dengar dengan telinga saya sendiri apa tuduhan dia. Let me tell you Datuk, saya sikit pun tak terkejut kalau dia tuduh saya buat sesuatu pada dia. Datuk tahu kenapa? Sebab dia ada penyakit mental, tak siuman.”  Adham tersenyum sinis sambil memutar jari di sisi kepala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2010 07:13 PM | Show all posts
Muka Datuk Badri merah menyala. Namun dia menekan intercom dan meminta Mrs Chin memanggil Izlyn Sofia. Adham menentang mata Datuk Badri dengan tenang. Berani kerana benar. Hari ini hari penentuan bagi aku dan Izlyn Sofia. Kita tengok siapa yang kena. Biar padan muka orang tua ini. Percaya sangat kat budak sewel itu.

Tak sampai lima minit kemudian Izlyn Sofia masuk dengan senyuman manis.

“ Selamat pagi Pakcik. Eh.. Encik Adham pun ada.” Dia menukur memandang lantai sambil bermain dengan bucu tudungnya dengan gaya gadis pingitan berjumpa kekasih di hujung bendang.

“ Duduklah Izlyn. Pakcik nak Izlyn cerita apa yang berlaku di JB. Jangan takut.” Lembut suara Datuk Badri. Izlyn menarik kerusi di sebelah Adham. Dia mengilas pandang pada lelaki pujaan hati. Kerlingan matanya membisik seribu rasa.


“ Encik Adham, saya minta maaf. Saya terpaksa ceritakan pada Pakcik apa yang berlaku malam tu walaupun Encik Adham suruh saya janji jangan bagi tahu sesiapa.”

Dada Adham berombak. Pandai nya minah ni berlakun. Aku pun kena mainkan peranan aku. Dia menyandarkan tubuh ke kerusi empuk sambil memerhati Izlyn.

“ Tak apa, saya tak marah. Apa yang dah berlaku itu semuanya dah tertulis. Ceritalah.” Datuk Badri mendengus. Patutlah Izlyn senang terpaut pada Adham, tengok saja cara dia menggula gulakan Izlyn dengan gaya kasanova.

“ Betul? Encik Adham tak marah? Saya gembira bila Encik Adham tak  sembunyikan perasaan Encik Adham pada saya lagi. Apa yang berlaku malam itu bukan salah Encik Adham seorang. Kalau saya tak benarkan Encik Adham masuk bilik saya, peristiwa itu takkan terjadi.” Izlyn menundukkan muka.

“ Izlyn tak akan buat repot polis, Pakcik. Tak payah nak kecoh kecohkan hal kecil. Lagipun kami suka sama suka. Encik Adham sanggup bertanggungjawab”

“ Eh… kejap. Bila pula saya masuk bilik Izlyn? Malam itu saya tak tidur di Thistle Hotel. Hantu raya yang menyerupai saya kot yang masuk bilik kamu” Adham ketawa kecil.

Bibir Izlyn bergetar. “ Tipu! Dia tipu pakcik. Dia masuk bilik saya. Dia tanggalkan baju saya. Kemudian dia… dia..” Izlyn menekup muka dengan kedua belah tangan. Bahunya terhinggut hinggut. Very the adegan  drama swasta tahun 80an. Kalau nak  gila pun biarlah ada originality, desis hati kecil Adham.

“ Kau jangan kurang ajar Adham. Baik kau mengaku. Aku tak sangka kau ni buaya darat. Dah ada bini pun masih nak menggatal! Aku tak peduli, aku nak kau kahwin dengan Izlyn. Dia gadis yang suci sebelum kau  rosakkan dia.  Sekarang kamu kena bertanggungjawab. Kesian Najlah dapat laki macam engkau. Malunya aku kat Datuk Fuad. Kalau lah aku  tahu perangai kau macam ini aku tak pergi pinangkan si Najlah dulu. “ Datuk Badri bertempek. Dia sudah tidak hiraukan yang suaranya boleh di dengar dari luar. Pasti ada yang tengah pasang  telinga tepi  pintu, teka Adham.


Mata Izlyn mula bertakung. Mulutnya terbuka dan terkatup macam tak cukup oksigen.
“ Najlah?.. Kenapa Pakcik pinangkan Najlah untuk Encik Adham. Izlyn yang sepatutnya kahwin dengan Encik Adham. Kad kahwin pun dah siap. Pakcik nak tengok? ”  Aha… dah keluar dah perangai sebenar Izlyn. Adham mengulum senyum memandang muka Datuk Badri. Terkebil kebil orang tua itu.

“ Bukan .. itu dulu. Adham dah kahwin dengan Najlah. Sekarang Adham kena kahwin dengan Izlyn sebab dia dah tidur dengan Izlyn” terangnya satu persatu seperti bercakap dengan budak tadika.

Izlyn menggeleng kepala berulang kali. Airmatanya makin lebat. “Tidak… Kak Najlah bukan isteri Encik Adham.  Dia sepupu Encik Adham”

Adham cepat mencelah. Dia mengeluarkan passport dan di letak depan Datuk Badri.

“ Datuk, sebelum Datuk makin konfius biar saya tunjuk bukti yang saya tidak bersalah. Selepas meeting, saya pergi ke Singapore dengan Najlah. Ini cop Immigration. Hari Ahad baru kami balik. Datuk boleh check passport saya. Kalau saya balik ke JB malam itu dan menodai anak angkat kesayangan Datuk mesti ada cop.   Takkan saya berenang  merentasi Selat Tebrau. Kalau Datuk tak puas hati, Datuk boleh telefon Jazlan Datuk Jalil dan drivernya yang membawa saya dan Najlah ke Singapore. ”

Datuk Badri menelan airliur. Dia nanar. Matanya mencerlun memandang Izlyn yang tiba tiba tersenyum. Sungguh mengerikan. Ini bukan Izlyn Sofia yang aku kenal. Betulkah desas desus yang aku dengar.

Izlyn bangun dan menghentak kaki.” Izlyn tak peduli. Izlyn cintakan Encik Adham dan Encik Adham cintakan Izlyn. Kami nak kahwin.”

“ Izlyn, dengar cakap Pakcik. Izlyn tak boleh kahwin dengan Encik Adham. Izlyn muda lagi. Izlyn kena habis belajar dulu, lepas itu kerja. Izlyn nak tolong keluarga Izlyn , kan?” Datuk Badri cuba berdiplomasi. Peluhnya muka menitik di celahan rambut. Malunya aku pada Adham. Aku melulu menuduhnya tanpa usul periksa. Pandai betul Izlyn Sofia mempengaruhi aku.  Aku di perbodohkan oleh budak sakit jiwa. Mana aku nak letak muka aku!

“ TAK NAKKKKK! PAKCIK JAHAT!! ” jerit Izlyn sebelum meluru keluar. Adham bangun untuk menahannya tapi di sekat oleh Datuk Badri.

“ Biarkan dia Adham. Uncle tak sangka langsung.” Datuk Badri menggeleng kepala Kasihan Pak Mamat. Izlyn Sofia yang menjadi kebanggaan keluarga rupanya ada masaalah mental. Dia perlu mendapat rawatan psikiatri secepat mungkin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2010 07:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 6-8-2010 23:08

“ Oh ya Datuk, saya nak bagi tahu yang saya akan resign dari Karyabina.  Terimakasih atas tunjuk ajar Datuk dan peluang yang Datuk beri pada saya selama ini. Saya akan bagi surat sebentar lagi”

“ Adham, tolong jangan berhenti. Uncle minta maaf sebab menuduh Adham tanpa usul periksa. Please reconsider your decision.  Uncle tak mahu kehilangan akitek yang terbaik di sini. Masa depan Karyabina bergantung pada Adham.”

“ Datuk, saya tak boleh kerja di sini lagi. Bila kepercayaan seorang ketua terlalu tipis terhadap saya hingga sanggup mempercayai tuduhan yang tak berasas, maruah saya tercabar. Saya dah kerja sini hampir lima tahun, Datuk dah kenal rapat dengan saya dan saya anggap Datuk macam bapa  saya sendiri. Bila Datuk tergamak menuduh saya merogol Izlyn Sofia, its too much. Saya tak boleh terima. Saya dah hilang respek pada Datuk.“ Adham menolak kerusinya dan menuju ke pintu tanpa berpaling. Datuk Badri mengikut di belakang.

“ Am.. please… I’m sorry. Uncle tertipu dengan lakunan Izlyn Sofia. Uncle tak sangka dia mentally unstable. Adham jangan tinggalkan Karyabina. Uncle dah tua. Kalau Uncle bersara, Uncle nak Adham take over the company “  Datuk Badri  memaut bahu Adham. Mata orang tua itu berair.

“ Datuk bagilah company ini pada Izlyn Sofia. I am sure she will do a good job. “ perli Adham. Dia terus ke biliknya dan baru menghidupkan computer bila suasana di luar menjadi kecoh. Kedengaran bunyi jeritan sayup. Sejenak kemudian  Tasha tercungap cungap dengan muka yang pucat datang ke arah Adham

“ Najlah… Najlah .. kat toilet… Izlyn bawa pisau”  

Adham tidak menunggu sesaat pun.Dia terus merempuh sesiapa yang menghalang. Aku akan ajar betina sial tu cukup cukup kalau dia berani sentuh Najlah.  Pintu bilik air wanita di tolak kasar. Matanya berpinar. Najlah tersandar di dinding dengan darah membasahi bajunya. Mukanya pucat lesi. Lantai dan dinding bilik air penuh dengan percikan darah. Ya Allah!

“ Izlyn…” Najlah bersuara dengan lemah sambil menunjuk pintu tandas yang tertutup.

GEDEBANG! Adham menendang pintu bilik air dengan sekuat hati. Dengan sekali tendangan , pintu terkopak. Tubuh Izlyn di tarik keluar.

“ Celaka! Apa kau buat kat Najlah? Aku bunuh kau, perempuan gila!” Dia menggoncang Izlyn yang longlai tak bermaya dan berlumuran darah. Izlyn ketawa mengilai

“  Saya tak gila. Najlah yang gila. Dia gila kat Encik Adham. Tapi Encik Adham sayang saya”

PANGG! Penampar sulungnya singgah di pipi Izlyn. Gadis itu jatuh terjelepok ke lantai. Darah memercik ke baju Adham.

“ Adham… jangan.. !” laung Najlah. Walaupun tak berdaya, Najlah cuba menghalang Adham yang seakan di rasuk syaitan. Tangan Najlah di tepis. Nasib baik Najlah sempat memaut sinki sebelum tubuhnya mencecah lantai. Pandangannya berbalam balam dan nafasnya semput. Ketika itu Datuk Badri, Mrs Chin dan dua pengawal keselamatan menerpa masuk. Datuk Badri menarik Adham.

“ Sabar Adham. Jangan ikut nafsu. Mengucap”  Hembusan nafas Adham kasar. Dia mengurut dada sambil menyeru nama Allah dan beristighfar. Dia terus menerpa ke sisi Najlah yang terkulai di lantai.

Mrs Chin dan seorang pengawal melutut di samping Izlyn yang berlumuran darah. “ Kita kena bawa Izlyn dengan Najlah ke hospital. Cepat”

Tubuh Najlah di cempung. Airmata lelaki Adham menitis. “ Sayang, jangan tinggalkan I. I love you. I love our baby. Ya Allah, selamatkanlah Najlah ” esaknya sambil membenamkan muka ke leher isterinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 07:24 PM | Show all posts
hantu raya punye pompuan gle... kalo jd apa2 kat lala memang den sula hang idup2..
kak juna nk lagi... tengah berdebar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 08:22 PM | Show all posts
minta2 la lala ngan baby nyer selamat
sume ni datuk badri punya pasal la
kali ni aku sokong pura sula teruuiihhh la budak sewel nyusahkan org tu
aarrgghhhhh geramnyer ngan budak sewel tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 08:28 PM | Show all posts
smiley cepat..tak sabo nk tunggu sambungannyer.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 08:32 PM | Show all posts
mmg la izlyn tu mental disable...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 08:42 PM | Show all posts
agaknye nape minah nie.... giler babas???????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2010 08:47 PM | Show all posts
hantu raya punye pompuan gle... kalo jd apa2 kat lala memang den sula hang idup2..
kak juna nk lagi ...
pura Post at 6-8-2010 19:24


Pura sabar si Izlyn tu pun dah tinggal nyawa2 ikan aje tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 08:54 PM | Show all posts
dah sah si izlyn memang saket mental tu...
cepat kena anta kt tanjung rambutan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 08:55 PM | Show all posts
semoga lala dan baby selamat....
next...next....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 09:20 PM | Show all posts
Reply 1031# sang_arjuna

Juna..Thanksss!!!   tp x cukup ..nak lggggg..


  kesian Lala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.077142 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list