|
akak aku service kt tmpat eon service je...
pape masalah bleh klaim lek..
tol x??aku ase la... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tentu laa, yang penting orang2 kat service center tu kita kenal, so takder laa ada buat palat nyer. Kalau sekarang ni aku beli keter Proton pun memang aku akan hantar kat service center EON tempat pak lang aku laa... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ashna at 29-2-2008 11:58 AM
nyah...
better kau masuk sinih..
www.savoc.net
kalau nak service ke hapa..kau jgn la main taram pegi service tanpa tanya quote ke hapa dolu...
takat neh haku pegi service tak pernah la ...
ashna.. aku bukn bute huruf ke ape?
ko tau la service kt proton tuh mahal giler.. aku service sampai bape km je kt proton.
then aku hantar service kt luar.. ko paham2 je la kalo pompuan yg pegi. aku tkdela malas membace ke ape... ade yg aku dgr 10ribu km bru tukar timing bell n so on...
thats why aku nk tnyer pendapat forumer je...
anyway thanks ahsna pendapat bernass mu itewww! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cintakalin at 3-3-2008 11:52 AM
ashna.. aku bukn bute huruf ke ape?
ko tau la service kt proton tuh mahal giler.. aku service sampai bape km je kt proton.
then aku hantar service kt luar.. ko paham2 je la kalo pompuan yg ...
sapalah yg 10k pon dah tukau timing belt nih... |
|
|
|
|
|
|
|
malam td aku balik dr ofis n bila aku lalu kt area jln sungai besi lepas dr jln loke yew tu, aku nmpk New Saga dh pasang hazard lamp, buka bonet depan belakag.......nmpk mcm rosak......
tp aku x le berhenti tanya rosak apa........sad to see it....... |
|
|
|
|
|
|
|
ada New Saga breakdown mlm td kt area jalan sungai besi mlm td time aku balik umah dr ofis...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1025 rambutan's post
sediakan payung sebelum hujan. |
|
|
|
|
|
|
|
pada sape2 yang dah pakai saga baru nih
camne ek dia punya FC, jimat ke
teringin jgk nak book satu
kalu keta FC RM10 dapat pegi 70+- km tu jimat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aik
mana posting gue
mengong jugak ke petang2 nih |
|
|
|
|
|
|
|
Tukau timing chain bulehh ? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sore_itam at 1-3-2008 10:15 PM
booked 19 Jan
dapat 28 Feb
M-Line Manual Silver
so far beshh
weh sore_itam..
cepat gle ko dpt.. bukan 5-6 bulan baru leh dpt ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1036 acit_hensem's post
|
|
|
|
|
|
|
eheheh aku silap la...bukn 10k..100k |
|
|
|
|
|
|
|
saya nak tanya sesape yg dah order saga manual dah dpt ke?? aku ni dok menunggu dah byr book sblm launch lagi... ejen tu cakap stok auto je yg baru keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
weh, lama sgt tuh, dah patut kena maki hamun tu... aku pun book bfore launch, tp auto la, sebulan je tnggu... jiran aku book manual 1 week pas launch, dah 3 mnggu dpat. klau aku jadik ko, memang aku maki hamun je, dah book bfore launch pun xdpat..... pi call skrang! :@ K |
|
|
|
|
|
|
|
Masih model terbaik
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Benar, dari segi fizikalnya Proton Saga melalui evolusi yang cukup ketara. Namun, sudah tiba masanya Proton memastikan keselesaan pemanduan.
BUCU-BUCU tajam pada Proton kini telah diganti dengan bentuk yang lebih bulat.
Tempahan untuk model yang menjadi penyumbang utama kesinambungan survival pengeluar kereta tempatan, Proton, ketika ini sudah pun melebihi angka 40,000 unit. Lebih menarik lagi, angka itu dilihat terus bertambah saban hari, di sebalik kelembapan jualan dalam sektor automotif negara.
Pastinya, signifikan kepada jumlah ini ialah tempoh menunggu yang mungkin menjadi semakin lama, selain membuktikan jenama Proton masih ada tempat di hati pengguna tempatan.
Untuk menjadikan penantian itu lebih mendebarkan, Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd., Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir ketika pelancaran model Gen2 facelift baru-baru ini memberitahu, pihaknya ada menjalankan cabutan bertuah untuk para pembeli Proton Saga.
| KUALITI binaan ruang kabin Saga harus mendapat pujian.
|
Setiap pembeli Proton Saga layak menyertai cabutan bertuah yang dijalankan pada setiap hari Jumaat. Nama-nama pembeli bertuah dipilih secara rawak dan akan menerima kereta mereka dalam tempoh dua minggu. Bagi setiap cabutan, sebanyak 15 buah kereta disediakan sebagai 'hadiahnya'.
Dari aspek fizikalnya, Proton Saga sudah melalui evolusi yang ketara. Anda tidak akan jumpa lagi bucu-bucu tajam pada tubuhnya kerana ia sudah diganti dengan bentuk yang lebih bulat. Sementara garis kontur dari bahagian hadapan ke belakangnya menunjukkan ia direka dengan penuh ketelitian.
Bumper hadapannya pula nampak sedikit lebar, dipadankan bersama sepasang lampu utama dan lampu kabus di bahagian bawahnya. Di bahagian belakang, perumah lampu berkotak-kotak itu telah ditukar kepada lampu yang didakwa oleh ramai 'pemerhati' sebagai menyerupai lampu model Mercedes c-class yang lama.
Ruang kabin Proton Saga menerima perubahan paling drastik. Material plastik berkualiti berwarna hitam yang menyalut bahagian papan instrumentasi dan panel sisinya pasti dapat bertahan untuk beberapa tahun akan datang tanpa sebarang masalah.
| STERENG yang agak besar saiznya.
|
Konsol tengahnya dipasang dengan unit audio Blaupunkt dengan latar lampu berwarna merah. Di bahagian bawahnya pula, tombol kawalan pendingin hawa diletakkan pada kedudukan menegak.
Stereng Gen2 yang dipasang padanya nampak sedikit besar, mujurlah kedudukannya boleh diturunkan, membuatkan posisi pemanduan terasa lebih selesa.
Proton menukar lampu latar pada meternya kepada warna oren, berbanding warna biru pada model Saga sebelum ini. Pemandu dan penumpang boleh menyimpan barang-barang atau botol minuman ke dalam banyak ruang penyimpanan yang disediakan.
| UNIT audio Blaupunkt yang memuaskan.
|
Ruang kargo yang luas juga adalah antara ciri penting mengapa Proton Saga sangat diminati oleh mereka yang sudah berkeluarga. Tidak timbul sebarang masalah untuk anda mengisi beberapa bagasi untuk balik kampung atau bercuti.
Dari aspek pemanduan pula, rasanya Proton perlu mengubah kedudukan pedal brek dan minyak agar ia selari. Ini kerana pedal brek sedikit tinggi dan memerlukan pemandu mengangkat kaki sebelum dapat menekannya. Mungkin kedengaran remeh tetapi ia tetap memberi kesan kepada pemanduan seseorang.
Proton Saga bersesaran 1.3 liter ini dibekalkan dengan unit enjin Campro dengan sistem IAFM, 4 silinder sebaris, 16 injap DOHC yang mampu menjana kuasa sehingga 70 kW @ 6,000 rpm dan tork maksimum 120 Nm pada putaran enjin 4,000 rpm.
| ENJIN 1.3 liter yang dilengkapi dengan sistem ZAFM bagi tujuan kuasa lebih baik.
|
Secara ringkasnya, Saga mungkin sesuai untuk mereka yang gemar memandu perlahan. Sebabnya? Saga terasa cukup seronok apabila dipandu di bandar atau dalam kelajuan sekitar 80 hingga 90 kilometer sejam.
Tetapi apabila jarum meter mencecah 100 km/j ke atas, jarum rpm akan naik sekitar 3,500 hingga 4,000 rpm. Keadaan ini menyebabkan bunyi enjin mula dapat didengar, selain pemandu akan terasa jentera ini seolah-olah berada dalam gear ketiga sepanjang masa.
Proton Saga ini dipadankan dengan gear automatik empat kelajuan yang membuatkan penukaran gearnya dapat dirasai dengan agak ketara. Ia bukanlah unit transmisi yang baru.
| RUANG kargo yang luas juga adalah antara ciri penting mengapa Proton Saga sangat diminati oleh mereka yang sudah berkeluarga.
|
Jadi, mungkin sudah tiba masanya Proton memikirkan usaha untuk membangunkan sendiri kotak gearnya sendiri, atau mendapatkan mana-mana sistem transmisi yang lebih maju teknologinya. Ini kerana kolaborasi antara gear dan enjin ini kadangkala sedikit mengecewakan.
Aspek pemanduannya yang selesa banyak dibantu oleh penggunaan topang MacPherson dengan bar penstabil pada roda hadapan yang dipadankan dengan suspensi gander jenis torsion beam untuk bahagian belakangnya.
Pendek kata, kestabilan Proton Saga ketika mengambil selekoh adalah lebih baik berbanding model pesaingnya yang jauh lebih mahal.
| SAGA terasa cukup seronok apabila dipandu di bandar atau dalam kelajuan sekitar 80 hingga 90 kilometer sejam.
|
Cuma, setting sistem suspensi ini terasa sedikit lembut sekiranya semua tempat duduk di dalam kabin dipenuhi penumpang. Ini sekali gus mengurangkan sedikit keselesaan dan rigid pemanduan.
Andai dinilai dari segala aspek dan wujudnya kekurangan di sana sini, Proton Saga sebenarnya masih menjadi sebuah model terbaik (dalam lingkungan harga di bawah RM40,000) bagi mereka yang mahu mendapatkan sebuah kereta baru.
aku penah bawak saga keta brader sebelum dia tukar camry.. best aje.. aku rasa... biasa aje tak ada lak masalah apa pung.. wokey aje.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|