|
SELANGOR RED GIANTS - caya la...kepala Rangel (1) vs Pahang (0)
[Copy link]
|
|
Siapa ganti tempat Dollah?
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
[email protected]
SKUAD Liga Super Selangor bakal mempunyai jurulatih baru musim depan bagi menggantikan Dollah Salleh (gambar) yang tidak disambung lagi khidmatnya oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Setiausaha FAS, Hamidin Amin ketika dihubungi Kosmo! semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang berita khidmat Dollah tidak disambung itu.
"Saya tak mahu komen apa-apa. Tunggulah FAS akan buat sidang media pengumuman rasmi jurulatih baru pada minggu depan," katanya.
Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris telah memetik Dollah sebagai berkata bahawa dia sudah dimaklumkan tentang khidmatnya tidak disambung untuk musim depan dan dia menerima keputusan itu seadanya.
Sumber Kosmo! yang rapat dengan FAS semalam turut mengesahkan bahawa Dollah memang tidak lagi menjadi jurulatih Selangor bagi musim depan.
"Memang sah, Dollah tak disambung kontrak dan Selangor akan mempunyai seorang jurulatih baru yang akan diumumkan minggu depan," kata sumber terbabit.
Dollah, 45, sebelum ini telah menjadi jurulatih Selangor selama empat musim berturut-turut di mana musim sulungnya pada tahun 2005 begitu cemerlang apabila membawa tiga piala iaitu juara Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.
Namun, kecemerlangan Dollah sekadar terhenti di situ saja kerana pada tiga musim berikutnya (2005/06, 2006/07 dan 2007/08), Selangor gagal menjulang sebarang piala atau kejuaraan.
Justeru, nafas baru daripada jurulatih baru bagi menghadapi musim 2009 ini dilihat mampu menarik kembali sokongan dan minat penyokong Selangor untuk membanjiri stadium.
Buktinya, perlawanan akhir Piala Malaysia pada bulan lalu sekadar menyaksikan hanya 15,000 penyokong Selangor turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil berbanding 40,000 penyokong Kedah.
Musim baru 2009 juga bakal menyaksikan keupayaan sebenar Zakaria Ab. Rahim sebagai pengurus Selangor pertama yang berkhidmat sepenuh masa selepas dia hanya mengambil alih pengurusan pasukan pada baki tiga bulan terakhir musim 2007/08 lalu.
Namun, siapakah pengganti Dollah kini menjadi tanda tanya dengan beberapa nama dikaitkan dengan jawatan jurulatih Selangor yang baru termasuklah jurulatih Kuala Muda Naza, K. Devan dan bekas pemain import Selangor, Mehmet Durakovic.
Devan ketika dihubungi semalam bagaimanapun belum bersedia untuk mengulas lanjut tentang khabar angin yang mengatakan dia bakal menjadi jurulatih Selangor yang baru.
"Saya tak mahu komen apa-apa lagi. Saya langsung tak tahu menahu tentang perkara ini. Buat masa ini, saya masih dengan Kuala Muda Naza," jelas Devan.
Bagaimanapun, segala persoalan bakal terungkai awal minggu depan apabila FAS dijangka akan membuat pengumuman rasmi mengenai barisan kejurulatihan yang baru di samping senarai pemain-pemain dikekalkan, digugurkan dan juga pemain-pemain baru dari pasukan lain.
Kosmo! juga difahamkan, proses perundingan tentang kontrak pemain kini sedang dijalankan pihak FAS tetapi pada masa yang sama beberapa pemain musim lalu sudah pun bersetuju untuk terus bersama Selangor musim depan.
Selain itu, tiga pemain berusia 21 tahun yang membantu Selangor muncul juara Piala Presiden musim lalu bakal dinaikkan pangkat untuk menganggotai skuad Liga Super Selangor musim depan.
- Kosmo - |
|
|
|
|
|
|
|
Angin perubahan melanda skuad Gergasi Merah
SKUAD Selangor bakal berwajah baru pada kempen Liga Malaysia musim depan.
SELANGOR melakukan rombakan agak drastik dengan menggugurkan beberapa pemain berpengalaman termasuk jurulatih Dollah Salleh untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Begitupun, 13 pemain musim lalu dikekalkan serta dilanjutkan kontrak masing-masing.
Tiga pemain kebangsaan adalah antara nama besar yang tidak dilanjutkan kontrak bagi musim 2009 iaitu kapten skuad kebangsaan, Shukor Adan dan dua penyerang kebangsaan iaitu Indra Putra Mahayuddin dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli.
Antara pemain lain yang turut digugurkan ialah Muhd. Nuraizat Abd Aziz (penjaga gol), Wan Mohd. Hoesne Wan Hussen (penyerang) dan Megat Amir Faisal Al-Khalidy Ibrahim (penjaga gol).
Manakala 13 pemain yang dikekalkan ialah Mohd. Safee Sali, Surendren Rasiah, Gunalan Padathan, Mohd. Amri Yahyah, Surendran Davaghan, Mohd. Razman Roslan, Mohd. Amirul Hadi Zainal, Mohd. Nasriq Baharom, Mohd. Asraruddin Putra Omar, Mohd. Fazilidin Khalid, Sritharan Selver Raju, Mohd. Zaiza Zainal Abidin dan Mohd. Fadzirul Zakaria.
Selain itu, tiga pemain dari pasukan Piala Presiden dinaikkan pangkat ke skuad senior iaitu Mohd. Fairul Azwan Shahrullai (penjaga gol), Mohd. Fitri Shazwan Raduwan (pemain tengah) dan Mohd. Fauzan Dzulkifli (pemain tengah).
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata pihaknya juga masih mengadakan rundingan untuk mencari jurulatih baru bagi menggantikan Dollah.
"Kami masih mempunyai banyak pilihan dan mempunyai banyak masa untuk mencari jurulatih tempatan dan luar negara.
"Setakat ini, kami masih belum mengesahkan jurulatih yang
bakal menggantikan Dollah," katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bersama media
di Kelab Sulta Sulaiman, Kuala Lumpur semalam.
Abdul Mokhtar berkata pemain yang tidak dilanjutkan kontrak itu disebabkan mereka mahu mengundurkan diri di samping tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pengurusan FAS.
"Pemain yang tidak dilanjutkan kontrak ini adalah perkara biasa
dalam bola sepak.
"Ada di antara mereka telah mendapat tawaran daripada pasukan lain, ini kerana pemain tempatan sudah menjadi buruan mana-mana pasukan yang menawarkan gaji yang lebih tinggi selepas FAM tidak membenarkan lagi khidmat pemain import sekarang. Namun ada juga yang tidak memenuhi kriteria yang kami tetapkan," katanya.
Ditanya mengapa kontrak pemain berpengalaman seperti Shukor Adan tidak dilanjutkan, Mokhtar berkata: "Ia adalah langkah untuk memberi peluang kepada semua pemain muda untuk tampil mengisi kekosongan pemain senior.
"Pemain muda lain juga perlu membuktikan mereka mampu melakukan persembahan yang lebih mantap.
"Bukan kami menggugurkan mereka kerana tidak beraksi dengan baik tetapi kami telah mencapai kata sepakat dalam perkara ini," katanya.
Katanya, FAS menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh pemain yang kontrak mereka tidak dilanjutkan.
Ditanya berhubung pemain yang digugurkan itu tanpa menunggu penilaian jurulatih baru, Mokhtar berkata: "Kita membuat keputusan ini selepas penilaian yang telah diberikan oleh anggota gabungan dalam FAS.
"Kita juga membuat penilaian berdasarkan laporan daripada jurulatih dan penolong jurulatih sebelum ini," katanya.
Sementara itu, pihaknya juga melepaskan empat pemain iaitu Safiq Rahim, Mohd. Fadzli Saari, Abdul Ghani Abdul Rahman dan Mohd. Suffian Ab Rahman yang menyatakan mahu menyertai pasukan lain.
"Pada dasarnya kami mahu melanjutkan kontrak mereka dan memberikan tempoh kepada mereka untuk mempertimbangkannya. Namun, pemain ini tidak hadir dan menyatakan mahu menyertai pasukan lain," katanya.
- Kosmo -
|
|
|
|
|
|
|
|
steadyyyyyyyyyyyy selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 17-9-2008 11:37 AM
Angin perubahan melanda skuad Gergasi Merah
http://img258.imageshack.us/img258/4743/selangorbaru2008kosmosm4.jpg
SKUAD Selangor bakal berwajah baru pada kempen Liga Malaysia musim depan ...
ikut suke korang lahh... |
|
|
|
|
|
|
|
steadyyyyyyyyyyyy selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
ala shukur adan ngan indraputra tuh tak kisah pon....... walau dorang hanya main tuk tim felda skalipon..... bila malaysia lawan tim EPL nanti... muka dorang gak yg jd first eleven..........
pengalaman kununnyaaa........... prrrfffffttt |
|
|
|
|
|
|
|
tp aku rasa tindakan yg bagus dibuat FAM........ cuma bab jurulatih tuh... kena cari yg betul2 power |
|
|
|
|
|
|
|
Indra, Shukor dikehendaki
DUA bekas pemain Selangor, Indra Putra Mahayuddin dan Muhammad Shukor Adan berada dalam senarai paling dikehendaki oleh DPMM FC Brunei.
Ia didedahkan oleh pengurus pasukan, Eady Sardi Abdul Razak yang mengatakan kedua-dua pemain kebangsaan Malaysia itu merupakan pemain berkualiti.
"Kami berusaha mendapatkan kedua-dua pemain ini," kata Eady Sardi kepada Bernama ketika dihubungi semalam bagi bagi mengesahkan laporan dalam laman web kelab itu.
Ditanya sama ada mereka telah berhubung dengan kedua-dua pemain itu, beliau berkata: "Kami belum lagi berhubung dengan mereka kerana mereka mempunyai tugasan bersama skuad kebangsaan di Eropah.
"Kami merancang untuk berbincang dengan mereka selepas Hari Raya Aidilfitri," katanya yang enggan memberikan maklumat berkenaan gaji yang akan ditawarkan kepada Indra Putra dan Shukor.
Permintaan terhadap pemain tempatan mula meningkat selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan pada Ogos lepas untuk mengharamkan khidmat pemain import dalam Liga Malaysia bermula musim depan.
Dalam saingan Liga Super musim lepas, DPMM FC yang menduduki tempat ke-10 liga menggunakan khidmat dua pemain import iaitu penyerang Keita Mandjou dari Guinea dan pertahanan dari Croatia, Rene Komar.
Selain Indra Putra dan Muhammad Shukor, Eady Sardi juga mendedahkan bahawa kelab itu dalam tempoh dua minggu lepas telah menguji empat pemain Malaysia termasuk penjaga gol Khairul Izwan Jamaluddin (Melaka), pemain tengah Md. Norhisham Hassan dan pertahanan tengah, Durahim Jamaludin (kedua-duanya dari PDRM) serta penyerang Sarawak, Md. Irme Mat.
Sementara itu, pemain tengah Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya dijangka tiba tidak lama lagi untuk menjalani ujian.
"Buat masa ini kami belum memutuskan pemain yang akan dipilih," katanya sambil menambah usaha mendapatkan khidmat penyerang Sabah, Bobby Gonzalez masih tidak mencapai kata putus kerana pemain itu belum lagi memberikan jawapan.
DPMM FC kini dilatih oleh Vjeran Simunic dari Croatia.
- Bernama / Kosmo -
|
|
|
|
|
|
|
|
Brunei pancing Indra, Shukor
KUALA LUMPUR - Dua bekas pemain Selangor, Indra Putra Mahayuddin dan Muhammad Shukor Adan berada dalam senarai teratas pemain yang diburu kelab DPMM FC dari Brunei dalam usaha pasukan itu mengukuhkan cabaran mereka dalam Liga Super Malaysia musim depan.
Perkara ini didedahkan oleh pengurus pasukan, Eady Sardi Abdul Razak yang mengatakan kedua-dua pemain kebangsaan Malaysia itu merupakan pemain berkualiti.
''Kami ingin cuba mendapatkan kedua-dua pemain," kata Eady Sardi ketika dihubungi semalam bagi mengesahkan laporan dalam laman web kelab itu.
Ditanya sama ada mereka telah berhubung dengan kedua-dua pemain itu, beliau berkata: " Kami belum lagi berhubung dengan mereka kerana mereka mempunyai tugasan bersama skuad kebangsaan di Eropah."
"Kami merancang untuk berbincang dengan mereka selepas Hari Raya Aidilfitri.''
Dalam pada itu, Eady enggan memberikan maklumat berkenaan gaji yang akan ditawarkan kepada Indra Putra and Muhammad Shukor.
Permintaan terhadap pemain tempatan mula meningkat selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan pada Ogos lepas untuk melarang khidmat pemain import dalam Liga Malaysia bermula musim depan.
Dalam saingan Liga Super musim lepas, DPMM, yang menduduki tempat ke-10 liga, menggunakan khidmat dua pemain import iaitu penyerang Keita Mandjou dari Guinea dan pertahanan Croatia Rene Komar.
Selain Indra Putra dan Muhammad Shukor, Eady Sardi juga mendedahkan bahawa kelab itu dalam tempoh dua minggu lepas telah menguji empat pemain Malaysia - penjaga gol Khairul Izwan Jamaluddin (Melaka), pemain midfield Md Norhisham Hassan dan pertahanan tengah Durahim Jamaludin (kedua-duanya dari Polis Diraja Malaysia) serta penyerang Sarawak Md Irme Mat.
Sementara itu, pemain tengah Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya dijangka tiba tidak lama lagi untuk ujian.
"Buat masa ini kami belum memutuskan pemain yang akan dipilih," katanya sambil menambah, usaha mendapatkan khidmat penyerang Sabah Bobby Gonzalez masih tidak mencapai kata putus kerana pemain itu belum lagi memberikan jawapan.
DPMM kini dilatih oleh Vjeran Simunic dari Croatia.
- Bernama / Utusan Malaysia -
|
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT HARI RAYA
AMPUN DAN MAAF DIPINTA
ANDAI ADA TERKUTUK TERKEJI TERKASAR BAHASA
DIHARAP 0-0 LAH KITA SEMUA |
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT HARI RAYA
AMPUN DAN MAAF DIPINTA
ANDAI ADA TERKUTUK TERKEJI TERKASAR BAHASA
DIHARAP 0-0 LAH KITA SEMUA |
|
|
|
|
|
|
|
wooo
mendap |
|
|
|
|
|
|
|
Khairul Anuar sertai skuad Merah Kuning
BEKAS bek tengah kebangsaan, Khairul Anuar Baharom bakal mengepalai barisan pertahanan Selangor bagi menghadapi persaingan bola sepak Liga Malaysia musim depan manakala dua pemain Polis serta seorang penyerang Perlis turut disahkan menyarung jersi Merah Kuning.
Khairul atau turut dikenali sebagai Acong yang pernah mewakili Negeri Sembilan, Polis dan Perak, merupakan antara pemain di luar Selangor selain Sanjos Sundawat, Fauzi Baharuddin dan Rudie Ramli yang menyertai skuad naib juara Piala Malaysia dan Piala FA tahun ini.
Khidmat tulang belakang berpengalaman amat ditagih Selangor setelah gagal menambat Nazrulerwan Makmor yang dipinjam dari KL PLUS selain kehilangan Ghani Rahman ke sebuah kelab Liga Perdana dan pemergian Evans Chisulo kerana larangan pemain import oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Rudie yang turut dipinjamkan sebagai penyerang Kuala Muda Naza musim lalu, bagaimanapun pernah bermain untuk Selangor dari 2000 hingga 2004, PKNS (2005) dan TM (2006-7) selain sempat berguru di kelab bahagian bawah Jerman, SV Wehen pada akhir 90-an. |
|
|
|
|
|
|
|
Barisan Selangor
Pengurus pasukan: Zakaria Ab. Rahim
Penolong jurulatih: P. Maniam, Azlisham Ibrahim, Rosedy Nadzir
Pemain: Razman Roslan, D. Surendran, P. Gunalan, Asraruddin Putra Omar, Zaiza Zainal, R. Surendren, Amri Yahyah, Nasriq Baharom, Fazilidin Khalid, Safee Sali, Rudie Ramli, S. Sritharan, Fadzirul Zakaria, Fairul Azwan Shahrullai, Fitri Shazwan Raduwan, Fauzan Dzulkifli, Khairul Anuar Baharom, Sanjos Sundawat, Fauzi Baharuddin, Rudie Ramli. |
|
|
|
|
|
|
|
BEKAS jurulatih Kuala Muda Naza, K. Devan secara rasmi diumumkan sebagai ketua jurulatih Selangor yang baru petang tadi.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad.
Pengurus pasukan Selangor, Zakaria Ab. Rahim kemudiannya mengumumkan pula nama tujuh pemain baru yang telah disahkan menyertai Selangor.
Tujuh pemain tersebut ialah Fazli Baharudin (PDRM), Khairul Anuar Baharom (Negeri Sembilan), Sanjos Sundawat (PDRM), Rudie Ramli (Perlis), K. Nanthakumar (Perak), Nasril Nourdin (Perak) dan Hamsani Ahmad (Perak). |
|
|
|
|
|
|
| |
|