CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AyieBoyZ

~ ♥ CT @ MuzikMuzik 22 ♥-[DeSTiNaSi CiNtA ke FINAL AJL]

[Copy link]
Post time 29-1-2008 09:30 PM | Show all posts

Reply #1021 AyieBoyZ's post

kembalikan zaman kegemilangan tok ti di ajl...

tggu jer taun dpn...b4 dat kena rajin la vote tokti msk muzik2 nnti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2008 10:04 PM | Show all posts

Reply #1021 AyieBoyZ's post

yup...HATI ....akan membolehkan ct menang JL dan VOKAL terbaik...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 12:05 AM | Show all posts

Reply #999 eddysheddy's post

pastu aku geram ngan awan2 kat bawah skrin . makan dekat suku skrin. masa mula2 siti nyanyi tu nampak kepala jer... badan terus kena lindung!!!:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 12:07 AM | Show all posts

Reply #1023 fredbok87's post

aku nak ct calonkan lagu kumahu, hati, biarkan, mulanya cinta, wanita, sutramaya
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 11:04 AM | Show all posts

Reply #1025 adie82's post

Hoii..tamaknyerr..!!  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2008 04:47 PM | Show all posts

Statement KHAS SITI NURHALIZA dr gua.com.my

Acara Anugerah Juara Lagu Ke-22 (AJL22) yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini telah pun berakhir dengan jayanya. Kumpulan Estranged yang berjaya mengungguli AJL22 melalui lagu “Itu Kamu” dilihat sebagai sebuah kumpulan baru yang hadir dengan imej serta pakej tersendiri.

Namun dalam keseronokan kumpulan tersebut meraih kejayaan, nama Datin Seri Siti Nurhaliza yang sebelum ini begitu sinonim dengan AJL turut terseret sama. Semuanya gaga-gara kegagalannya memperolehi sebarang anugerah pada malam tersebut walaupun banyak pihak yang meramal untuk kategori Persembahan Terbaik atau Vokal Terbaik seakan sudah berada dalam genggamannya.

GUA yang sempat bertemu dengan penyanyi yang popular dengan lagu “Jerat Percintaan” dan “Wajah Kekasih” ini ternyata redha dengan kekalahan tersebut. Malah penyanyi nombor satu negara yang sentiasa murah dengan senyuman ini menyifatkan kumpulan Estranged sebagai sebuah kumpulan baru yang begitu menonjol dan perlu diberikan sokongan agar mereka terus dapat berkarya serta menyerikan industri seni tanahair.

GUA: Semua orang sudah tahu tentang kemenangan Estranged dalam AJL22 baru-baru ini. Sebagai seorang penyanyi yang turut bertanding, tidakkah Siti merasa kecewa dengan kekalahan yang dialami. Apatah lagi Siti sebelum ini tidak pernah pulang dengan tangan kosong apabila turun ke gelanggang AJL?
SITI NURHALIZA: Saya langsung tidak kecewa dengan kekalahan tersebut. Apatah lagi lagu “Itu Kamu” memang cukup bagus dan kumpulan Estranged sememangnya layak untuk menang. Dalam setiap pertandingan sememangnya sudah menjadi adat apabila ada yang kalah, ada juga yang menang. Mungkin sudah tiada rezeki saya dan saya redha dengan keputusan yang telah diumumkan. Saya tidak perlu kecewa kerana ini sudah merupakan lumrah pertandingan.

Apa yang Siti fikirkan semasa mengadakan persembahan pada malam tersebut? Mungkin Siti ada mengharapkan kemenangan. Maklumlah sebelum ini iaitu pada tahun 1996, 1998 dan 2000 Siti pernah mengungguli AJL. Selain itu harapan peminat yang terlalu tinggi untuk melihat penampilan baru Siti juga sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada Siti. Boleh berikan sedikit komen?
Saya memang tidak pernah memikirkan tentang kemenangan dalam apa jua pertandingan yang saya serta. Begitu juga dengan AJL22. Apa yang saya fikirkan ketika di atas pentas ialah saya berdoa agar dapat membuat persembahan sebaik mungkin dan segala apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Saya bersyukur kerana persembahan saya mendapat respon positif daripada peminat dan saya sendiri puas hati dengan persembahan yang telah saya lakukan. Malah saya telah pun melihat semula rakaman persembahan saya dan saya benar-benar gembira dengan nyanyian dan langkah tarian saya. Apa yang saya lakukan ialah menampilkan persembahan sebaik mungkin agar saya serta peminat berpuas hati. Tentang kemenangan saya tak boleh nak cakap sebab semuanya terserah kepada juri yang pastinya lebih arif menentukan siapa yang patut menang dalam mana-mana pertandingan sekalipun. Apapun saya gembira dengan semua keputusan AJL22 dan tiada apa yang patut dikecewakan..

Boleh Siti berikan sedikit pendapat peribadi Siti tentang kumpulan Estranged? Maklumlah bukan mudah untuk sebuah kumpulan baru mencipta nama apatah lagi menempa kejayaan yang cukup besar dalam AJL22.
Saya sebenarnya cukup suka dengan lagu “Itu Kamu” dan seronok apabila lagu tersebut diumumkan sebagai juara AJL22. Pada saya mereka merupakan sebuah kumpulan baru yang berbakat besar. Malah mereka boleh mencipta lagu sendiri dengan cukup bagus. Lagu “Itu Kamu” juga bagus dan mereka memang berhak untuk merangkul gelaran juara AJL22. Saya melihat Estranged sebagai sebuah kumpulan baru yang boleh pergi lebih jauh dalam industri seni kita. Selain itu saya juga berasa bangga kerana ada kumpulan anak muda yang mampu menghasilkan lagu yang bagus seperti “Itu Kamu” dan berharap mereka akan terus berjaya lagi pada masa-masa yang akan datang.

Ramai yang berpuas hati melihat persembahan Siti ketika menyanyikan lagu “Destinasi Cinta”. Malah ramai yang menjangkakan Siti mampu membawa pulang anugerah Persembahan Terbaik ataupun Vokal Terbaik. Apa pendapat Siti?
Persembahan Mawi juga sebenarnya cukup bagus dan menghiburkan. Jadi apabila juri memilih Mawi sebagai pemenang, saya juga berfikiran dia patut menang. Tentang persembahan saya, saya berterima kasih kepada peminat yang menyukainya. Sebab bukan mudah untuk menari sambil menyanyi. Saya memang serius dengan persembahan tersebut dan sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk mendapatkan mutu persembahan yang berkualiti. Terdapat lebih kurang 20 orang yang terlibat dengan persembahan itu malah saya juga berlatih menari dengan mereka banyak kali supaya segalanya berjalan lancar. Seperti yang saya cakap tadi, kalah atau menang merupakan adat pertandingan dan apabila peminat menyukai persembahan saya, itu sudah cukup bagus untuk saya.

Berbalik kepada perkembangan karier seni Siti, apakah yang sedang Siti lakukan untuk memantapkan karier Siti sebab ada orang yang beranggapan kegagalan Siti dalam AJL membuktikan kehebatan Siti semakin luntur dan populariti juga makin menurun sejak kebelakangan ini.
Sebenarnya sejak 10 tahun lalu saya sudah mendengar orang cakap benda yang sama. Tapi pada saya selagi saya terus serius dalam bidang seni serta sokongan semua pihak saya pasti akan berjaya. Sekarang saya sedang memulakan proses promosi album “Hadiah Daripada Hati”. Baru kini saya tak sibuk dan boleh mempromosikan album berkenaan. Maklumlah sebelum ini saya baru balik daripada menunaikan haji dan sibuk pula dengan persediaan AJL22. Buat permulaan saya akan melakukan promosi di stesen-stesen radio dan juga televisyen supaya “Hadiah Daripada Hati” lebih dekat dengan peminat.

Dengar cerita album “Hadiah Daripada Hati” sudah mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun Siti belum mengadakan sesi promosi secara besar-besaran. Malah di tengah-tengah masalah cetak rompak nampaknya album Siti masih boleh jual. Mengapa agaknya?
Saya bersyukur kerana album saya masih diterima oleh peminat. Sehingga kini selepas sebulan berada di pasaran saya diberitahu sudah lebih 28 ribu unit yang terjual. Pada saya itu adalah jumlah yang memberangsangkan dalam keadaan industri seni kita yang agak perlahan kerana pelbagai masalah. Melalui peminat saya dapat tahu mereka merindui kemunculan album baru dari saya dan sebab itu jugalah album “Hadiah Daripada Hati” dapat diterima baik oleh peminat. Saya harap selepas sesi promosi saya jalankan, jumlah penjualan album itu akan terus meningkat.

Betulkah Siti akan ke Indonesia untuk mempromosikan album ini. Bila agaknya dan mengapa Indonesia menjadi pilihan Siti?
Betul saya akan ke Indonesia pada awal bulan hadapan untuk mengadakan majlis pelancaran album saya di sana. Album saya telah pun mula dijual di Indonesia sejak 23 Januari lepas dan sehingga kini saya masih belum mendapat respon tentang penjualan album tersebut. Saya harap kehadiran saya di sana kelak dapat membantu proses penjualan album saya dengan lebih baik. Saya memilih Indonesia kerana album saya sebelum ini pernah dipasarkan di sana dan mendapat sambutan yang agak memberangsangkan. Daripada situ kami mahu mencuba sekali lagi dan berharap percubaan ini akan berjaya.

Apa komen Siti bila ada yang cakap album “Transkripsi” lebih baik daripada album “Hadiah Daripada Hati” dan apa harapan Siti pada album ini?
Sebenarnya setiap kali saya hasilkan album orang pasti akan membandingkan dengan album saya yang terdahulu. Saya tak kisah kerana menganggapnya sebagai sesuatu yang normal. Harapan saya sudah pasti mahu album ini berjaya di pasaran dan kalau boleh bukan sahaja setakat berjaya di Malaysia malah di Indonesia. Saya yakin dengan sokongan semua pihak album ini akan diterima baik oleh peminat
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-1-2008 04:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 05:39 PM | Show all posts
Siti hanya juara yang tertewas di gelanggang AJL...

tetapi tetap Juara dihati peminat2 nye....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2008 05:43 PM | Show all posts
wah bestnye baca
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 05:50 PM | Show all posts
siti amat positif
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 05:50 PM | Show all posts
Originally posted by cinta_ungu at 31-1-2008 05:39 PM
Siti hanya juara yang tertewas di gelanggang AJL...

tetapi tetap Juara dihati peminat2 nye....



Betul tue...

LAgipun, kat mana mana pun....setiap Juara akan Tertewas punya
melainkan kalau Juara tue tetiba bersara....atau tetiba meninggal dunia
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 06:08 PM | Show all posts

Reply #1027 AyieBoyZ's post

Aku lebih suke bace artikel berbentuk questionaire mcm nih..baru kite tau the exact questions n how actually she handled them..artikel yg general tuh selalu buat org salah paham..n kekadang diorg tukar struktur ayat yg simple tp jadik mcm org yg ditanye tuh berapi bagi statement..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 08:15 PM | Show all posts
HDH dh 28k terjual dlm masa x smpi 2 bln???

OMG...mmg susah nak dpt angka tu beb...

ada org tu kan...dh setaun kuar album br 40k jer yg jual...

kalo camni lebih dr 40k leh gak terjual HDH niee....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 08:55 PM | Show all posts
album HDH dah terjual lebih 28 ribu unit..


ini belum dato ct wat promosi lagi...

khbarnya di indonesia transkripsi terjual melebihi 50 ribu unit...di campur dengan jualan malaysia 60 ribu unit sudahpun mencecah 110 ribu unit... bukan senang nak dapat angka nie..lagipun ini kiraan sebelum dato siti menang artis wanita terbaik APM baru2 nie..belum lagi dikira ketika itu

jangkaan saya, HDH boleh capai melebihi 100 ribu unit di indonesia dan malaysia...tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 08:59 PM | Show all posts
saya dah pun tunjuk video siti ajl22 kat kawan saya,seorang wanita arab...dia sgt memuji karakter dan personaliti siti....dan sgt kagum dengan corak persembahan siti hari tu...

penari2 yang pakai hood pun sgt kelassstttttttt...bagi sy mmg world class...tp sayang nya kareografi ketika itu sgt teruk...director ajl22 macam nak kasi boikot siti jer
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 09:41 PM | Show all posts
Originally posted by zeey at 31-1-2008 08:59 PM
saya dah pun tunjuk video siti ajl22 kat kawan saya,seorang wanita arab...dia sgt memuji karakter dan personaliti siti....dan sgt kagum dengan corak persembahan siti hari tu...

penari2 yang pa ...
tp sayang nya kareografi ketika itu sgt teruk...director ajl22 macam nak kasi boikot siti jer


aku tak paham la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2008 10:51 PM | Show all posts

Reply #1026 MsJaneDoe's post

memang best semua lagu HDH ni cuma satu je yang kurang menyengat skit bagi aku. track 11.
aku payah skit nak hapal lirik dia... susah skit nak tangkap dalam otak!
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 11:09 PM | Show all posts

Reply #1038 adie82's post

sekian lama????best aaa


apa yg harus aku lakukan...agar dia pun mengerti...adanya cinta menanti...oooh sekian lama...aku mencintai diaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 03:06 AM | Show all posts
performance siti amat kelasss dan itulah yg aku harapkan drpd seorang diva.

koreografi persembahan siti sgt best!!!

cuma suara ada sedikit(sgt2 sedikit) semput...

hati aku berlagu riang apabila melihat siti nyer performance.sgt tidak jemu lihat byk kali kat youtube.

dan aku sgt2 setuju kemenangan vocal jatuh pada jac dal lah ve...second maybe bob.

aku juga boleh terima persembahan terbaik jatuh ke tgn mawi coz after siti,persembahan mawi juga turut menghiburkan hati aku(dan aku bukan peminat mawi)

lagu "itu kamu" by estranged merupakan lagu yg "baru" dlm aliran muzik malaysia.aku amat setuju lagu tu dinobatkan sebagai pemenang.korang dengar instrument muzik lagu tu.

pendek kata aku puas hati ngan keputusan ajl22.tapi kalau IKUTKAN HATI of course aku nak SITI menggondol SUME hadiah sebab aku peminat setia


sgt gembira dengar HDH dah terjual 28K copies.


aku amat berharap zaman kegemilangan siti di mana siti masuk utk sume kategori akan berlaku utk ajl23.insyaallah.

one thing for sure SITI TIDAK GAGAL KERANA DIA ALL OUT MEMBUAT PERSEMBAHAN. DAN YANG PENTING SEMUA ENJOY TENGOK PERSEMBAHAN SITI.ITULAH PERSEMBAHAN TAHAP DIVA.

aku ada beli 2 vcd juara lagu siti murhaliza,dan aku berani kata-persembahan destinasi cinta adalah yg terbaik darpd siti setakat ini diikuti kumilikmu/nirmala.

tapi persembahan terbaik siti di majlis anugerah ialah ketika siti nyanyi lagu HAPUSLAH AIR MATAMU.ABP2003-VOCAL AMAT(10X) FLAWLESS TAHAP DIVA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!AKU TERUS CONFIRM JADI PEMINAT

SITI TETAP DI HATI SAMPAI BILA2 walaupun masih dgr lagu2 penyanyi lain.

[ Last edited by  sixret at 1-2-2008 03:30 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 10:09 AM | Show all posts

Reply #1040 sixret's post

hmmm..persembahan hapuslah airmatamu tu memang flawless dan legend!!!

malah aku rasa 1 juta kali lebih bagus dari penyanyi asal..hokhok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.821488 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list