CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: koliba

UMRAH & HAJI VOL. 15, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH

[Copy link]
Post time 3-9-2025 10:41 AM | Show all posts
sitipayung replied at 3-9-2025 08:33 AM
rehab janadriyah bilik 350

eh sama maktab la kita...tingkat 3 ni tak silap KT dr Sabah kan..?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2025 10:48 AM | Show all posts
Alhamdulillah Isnin kelmarin kami dah bergathering..kehadiran penuh 10 org kesemuanya...4 org dr bilik 651 & 6 org dr bilik 652...masing2 ceria & seronok..ada yg nampak slim, ada yg nampak lebih sihat & bertenaga, ada yg nampak lain & lebih cantik...ye lah masa kt tanah suci kan kita bersiap seadanya..takde makeup, baju tak bergosok, pakai telekung sepanjang masa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
forselab replied at 3-9-2025 06:48 AM
Alhamdulillah Isnin kelmarin kami dah bergathering..kehadiran penuh 10 org kesemuanya...4 org dr bil ...

Hehe... Seronoknya ber ukhwah
Perjalanan 40 hari yg sangat-sangat terkesan

Sampai sekarang, kalau flashback.. airmata tu laju je nak kluar.. susah nak describe perasaan tu... Getaran tu lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2025 03:35 PM | Show all posts
forselab replied at 3-9-2025 10:41 AM
eh sama maktab la kita...tingkat 3 ni tak silap KT dr Sabah kan..?

saya dari penang , dua rakan sebilik dari sabah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2025 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kursus Asas Haji 1447H/2026M

3 Oktober - 28 Disember 2025

Walau turn lambat lagi, ada kelapangan boleh je dtg. Semoga semua mendapat peluang jemputan Allah SWT, insyaallah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2025 04:57 PM | Show all posts
sitipayung replied at 3-9-2025 08:33 AM
rehab janadriyah bilik 350

saya pun tingkat 3 Rehab Aljanadariyah tahun 2015
bilik 301.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2025 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya kursus asas haji
https://www.panduanmalaysia.com/kursus-asas-haji-jadual-lokasi-malaysia/#google_vignette
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2025 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
*Arab Saudi ketatkan syarat kesihatan jemaah, tiada lagi pusat rawatan TH*




KUALA LUMPUR, 20 OKT: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan syarat kesihatan baharu bagi bakal jemaah haji musim 1447H/2026M, selain tidak lagi membenarkan Lembaga Tabung Haji (TH) membuka Pusat Rawatan di Tanah Suci.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Mustakim Mohamad dalam kenyataan hari ini memaklumkan syarat kesihatan baharu itu akan dikuatkuasakan oleh TH dan perlu dipatuhi semua jemaah dari Malaysia bagi memperoleh visa haji.

Beliau berkata antara syarat yang ditetapkan ialah bakal jemaah perlu bebas daripada penyakit berjangkit, penyakit serius atau penyakit kronik yang tidak terkawal, serta berupaya melaksanakan ibadat haji secara kendiri.

“Jemaah tidak dianggap layak mengerjakan haji sekiranya menghidap penyakit atau keadaan seperti kegagalan buah pinggang kronik, kegagalan jantung atau penyakit jantung serius, penyakit paru-paru kronik dan penyakit hati kronik.

“Selain itu, turut tidak layak ialah mereka yang mengalami masalah neurologi atau mental yang menjejaskan fungsi kognitif atau motor, warga emas yang menghidap dementia atau lemah fizikal, kehamilan berisiko tinggi, penyakit berjangkit aktif serta pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan,” katanya.

Sehubungan itu, Mustakim menasihatkan bakal jemaah haji supaya membuat persediaan kesihatan fizikal secukupnya memandangkan mereka akan berada di Arab Saudi dalam tempoh panjang serta berdepan suasana berdebu dan cuaca panas.

Beliau berkata tahap kesihatan yang baik merupakan antara syarat kemampuan mengerjakan haji (istito‘ah) yang sentiasa ditekankan dalam resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan, selaras dengan keperluan lulus pemeriksaan kesihatan kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menerima tawaran haji.

Selain itu, katanya, bagi musim haji 1447H/2026M, TH tidak lagi dibenarkan membuka Pusat Rawatan di Tanah Suci. Bagi jemaah yang memerlukan rawatan lanjut, mereka akan dirujuk ke hospital yang disediakan Kerajaan Arab Saudi dengan pemantauan rapi oleh pakar perubatan KKM.

“Bagaimanapun, TH masih menyediakan klinik kesihatan di semua bangunan penginapan jemaah haji di Makkah dan Madinah.

“Setiap bangunan dilengkapi klinik pesakit luar dan farmasi yang dikendalikan petugas kesihatan bertauliah daripada KKM bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada jemaah Malaysia, termasuk pengiring bagi warga emas dan orang kelainan upaya,” katanya.

Beliau berkata TH turut merancang menyediakan kemudahan kesihatan di hospital swasta Arab Saudi sekiranya perlu, dan bagi tujuan itu, TH dengan kerjasama KKM akan menempatkan 225 petugas kesihatan pada musim haji tahun depan.

TH, katanya, sentiasa mengutamakan keselamatan, kebajikan dan keselesaan jemaah haji Malaysia sebagai teras pengurusan operasi haji setiap tahun, justeru sebahagian besar kuota petugas di Tanah Suci diperuntukkan kepada petugas perubatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2025 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga semua bakal jemaah dah mula buat persediaan dr segi kesihatan, ilmu, mental fizikal. Semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2025 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni yg daftar 2010 ka
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2025 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kos menunaikan haji jemaah Muassasah tahun 2026 kekal – TH


Alhamdulillah

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2025 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 20-10-2025 05:41 PM
Tahun ni yg daftar 2010 ka

Rasanya giliran yg 2009 dah selesai. Insyaallah tahun ni 2010. Ninja tggu giliran ya
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2025 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
24 Oktober 2025 (Jumaat)- tawaran Haji akan mula keluar. Please alert dgn SMS, Thijari notification.
Kita pulak yg berdebar
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 10:08 AM | Show all posts
Edited by Vellfire at 23-10-2025 10:10 AM
lipsofanangel replied at 22-10-2025 07:54 PM
24 Oktober 2025 (Jumaat)- tawaran Haji akan mula keluar. Please alert dgn SMS, Thijari notification. ...

Esok keluar ya.. kepada bakal Duyufurrahman tahniah dan doa agar semua bakal tetamu Allah dapat menunaikan ibadah haji dengan lancar dan memperoleh haji yang mabrur.

Masih terasa debaran masa terima sms dari tabung haji tahun lepas


Yang dapat panggilan haji 2026 nanti jaga kesihatan baik2 ya.. setahun sebelum pergi tu memang kena pastikan darah, gula bagus


Skrg dah start jalan.. dlm 2-3km sehari/seminggu.. sebab kat sana nanti hari2 berjalan lebih 10km hari2 ikut jauh maktab/masjid Al-haram


Kat mina nak pegi melontar pergi balik dalam 7km utk 3 hari.. x rasa jauh jalan sebab ramai..




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2025 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 23-10-2025 06:08 AM
Esok keluar ya.. kepada bakal Duyufurrahman tahniah dan doa agar semua bakal tetamu Allah dapat men ...

Betul la tu, masa dpt sms tu... Terketar-ketar baca auto berjurai airmata

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2025 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Berikut adalah senarai syarikat pengelola jemaah haji 1447H/2026M:
1. TH Travel & Services Sdn Bhd
2. Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd
3. Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd
4. Amani Travel Sdn Bhd
5. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
6. Az Safir Travel And Tours Sdn Bhd
7. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
8. Busyra Holidays Sdn Bhd
9. CS Holidays Sdn Bhd
10. Eiman Travel & Tours Sdn Bhd
11. Felda Travel Sdn Bhd Feld
12. Gemilang Travel And Tours Sdn Bhd
13. Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd
14. In Saff Travel And Tours Sdn Bhd
15. Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd
16. JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd
17. Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd
18. Juara Travel & Tours Sdn Bhd
19. Kembara Umrah Sdn Bhd
20. KRS Travel Sdn Bhd
21. KUJDT (Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd)
22. Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd
23. MIMM Travel & Tours Sdn Bhd
24. Qashwa Travel Sdn Bhd
25. Rayhar Travels Sdn Bhd
26. Rehlah International Travel & Tours Sdn Bhd
27. Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd
28. TITIM Travel Sdn Bhd
29. Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd
30. Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd
31. Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd. –

Untuk yg nak ambik pakej, make sure ya deal dgn PJH yg dlm senarai ni saja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2025 05:08 PM | Show all posts
ninja boy replied at 20-10-2025 09:41 PM
Tahun ni yg daftar 2010 ka

hujung 2009 hingga ke awal 2010. masih ada daftar Sep 2009 belum dapat jemputan
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2025 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
hidet replied at 27-10-2025 01:08 PM
hujung 2009 hingga ke awal 2010. masih ada daftar Sep 2009 belum dapat jemputan

Assalamualaikum, lama x nampak. Serius ke  yg daftar tahun 2009 tak habis lagi? Ramai sungguh la yg daftar tahun tu ya
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2025 05:11 PM | Show all posts
lipsofanangel replied at 3-11-2025 06:44 PM
Assalamualaikum, lama x nampak. Serius ke  yg daftar tahun 2009 tak habis lagi? Ramai sungguh la y ...

waaalaikumussalam Lips. heheh.. ade je
ye, bulan 10, 2009 belum dipanggil. mungkin tahun ni la. tu diorang anggarkan yang daftar  hujung 2009- Jan2010 . saya dapat info pun dari group haji di FB. ramai jugak yg daftar hujung 2009  dok tunggu giliran
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum, Salam Jumaat..
Takde ke jemaah forum yg dpt jemputan Haji utk 2026?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
ja.esc.ell.esantravel
Views : 1784 Replies : 2
travel
kare.np.a.ras.8travel
Views : 808 Replies : 0
travel
kare.np.a.ras.8travel
Views : 909 Replies : 0
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang.
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 36849 Replies : 74
bhatt ji
akku7887fdddbhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdddbhatt ji
Views : 1920 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 2222 Replies : 0
bhatt ji
akku7887fdd5bhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 3131 Replies : 0
travel
t.rick18.1.9.88travel
Views : 3133 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.529884 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list