DUA HARI berlalu. Aylanins dan keluarganya makin sibuk dengan persiapan pernikahan yang hanya tinggal dua hari saja lagi. Majlis akad nikah pada pukul sebelas pagi hari Khamis dan selepas itu jamuan kesyukuran. Ahad nanti, majlis sebelah lelaki pula di Terengganu. Sudah banyak persiapan yang sudah dibuat. Sekarang ini hanya menunggu hari saja.
"Ayla..nah, pakai ni.." Maklong hulur dua utas gelang emas berukir bunga tanjung kepada Aylanins.
"Apa ni maklong?" Aylanins segan hendak ambil. Yalah..dia pun bukan suka sangat pakai barang kemas. Tambah lagi dia seorang pegawa polis. Lagi dia tidak biasa dengan semua itu.
" Pakailah..itu harta pusaka dari arwah ibu kami..nenek kamu." Ibu pula mencelah.
"Tapi...Ayla tak biasa la pakai ni semua.."
"Alah..kamu ni. Mari sini tangan tu!" Terus saja tangan Aylanins ditarik dan gelang disarung ke lengan Aylanins.
"Ha..kan cantik tu! Nanti, bila dah nikah, minta Malik tu belikan untuk kamu. Biar berseri sikit tubuh badan kamu tu. Orang pantai timur suka benda ni." Ujar Maklong lagi.
"Maklong..kat sini bukan tak boleh pakai tapi banyak bahayanya. Kes ragut berleluasa sekarang ni. Silap hari bulan, lengan ni putus sebab peragut nak curi gelang ni." Jawab Aylanins pula. Dia sudah banyak kali kendali kes ragut.
"Hish! Kamu ni! Ada ke minta jadi macam tu!!" Maklong tepuk paha Aylanins yang sedang bersila menghadap barang hantaran dan sekotak barang kemas milik Maklong.
Terpaksalah juga Aylanins mengenakan barang kemas pemberian maklong padanya tapi baginya barang kemas itu hanya akan dipakai pada majlis nikah nanti. Lepas itu dia akan simpan dalam kotak semula. Yalah, nak ambil hati orang tua, merajuk orang tua ni susah dipujuk.
"Kamu fikir apa sampai tak berkelip tengok gelang tu?" Maklong usik lagi. Tiba-tiba Aylanins senyap dan menilik gelang dari tadi.
"Tak ada apa maklong..gelang ni, bukan boleh pakai selalu..bahaya.." Aylanins tekankan lagi perkara itu.
"Yalah..yalah..suka hati kamulah. Nanti kalau Malik tu hadiahkan kamu barang kemas, jangan pulak kamu simpan je. Kecik hati dia nanti. " Balas ibu Aylanins pula.
Aylanins senyum saja. Dia menyambung mengemas dan menyusun barang hantaran. Lusa, hari nikahnya dengan Malik. Rasa waktu begitu cepat berlalu. Rasanya baru saja dia bertunang dengan Malik. Bersediakah dia untuk jadi isteri Malik nanti? Bagaimana kehidupannya nanti bersama Malik? Ah...kalau asyik fikir pasal ini, sampai kiamat pun tak akan ada jawapan selagi perkara itu belum jadi kenyataan.
ok lompat tinggi lagi.....
MERIAH majlis pada hari itu. Ramai tetamu yang datang meraikan pengantin baru. Aylanins yang cantik dan anggun dengan busana pengantin berona hijau lumut itu kelihatan sangat sepadan dengan Malik yang turut mengenakan baju melayu berona sama, siap dengan songkok dan samping. Dari jam sembilan tadi lagi tetamu sudah mula memenuhi ruang tamu rumah. Perancangan awal hendak diadakan majlis akad nikah di masjid terpaksa dibatalkan kerana Aylanins pula uzur. Terpaksalah majlis itu diadakan di rumah pengantin perempuan saja. PakNgahlah yang menjadi wali nikahnya pada hari itu. Abang kepada mak yang hanya ada tiga beradik. Mak anak bongsu.
Aylanins yang bersimpuh sebelah ibunya dari tadi asyik tunduk. Malu sebenarnya bila menjadi tumpuan tetamu. Tidak betah dia memakai baju pengantin yang lip lap seperti itu. Selalunya, hanya uniform polis saja dan jika dia bertugas di luar, dia hanya mengenakan jeans dan blaus saja. Hari-hari biasa pun begitu juga, sekali sekala dia mengenakan baju kurung. Terasa banyak mata memerhati ke arahnya. Dia mengangkat muka, terpana melihat Malik yang segak di sebelah maksu dan beberapa orang lelaki lain. Terpegun seketika. Baru kini kekacakan lelaki itu terserlah. Tidak berkelip Aylanins melepas pandang pada Malik.
"Ehem.."
Aylanins cepat menoleh. Maklong tersengih di situ. Dia tunduk semula. Hai la Ayla..kenapa dengan kau hari ni?? Selalunya Malik tu tak kacak ke sebelum ni? Takkan hari ni baru perasan?
"Lepas sah nanti, kamu tengoklah puas-puas.." usik Maklong.
Tersipu Aylanins bila diusik begitu. Dia mengangkat muka semula. Kali ini matanya tertancap pada seseorang. Ya, lelaki yang pernah dicintainya dulu, datang bersama isteri tersayang. Sedondon pula tu. Memang sudah jelas mereka berdua sudah bahagia hidup bersama. Nayla yang juga turut bersama Arisha tadi terus saja bersalam dengan tetamu yang lain. Conan dilihat sudah bersalam dengan tetamu yang lain termasuk Malik sebelum duduk di sebelah Malik. Arisha pula menapak ke arahnya.
"Ayla..selamat pengantin baru.." Arisha laga pipi kiri dan kanan sambil sebelah tangan merangkul erat kedua bahu Aylanins yang manis dengan busana pengantin. Kemudian Nayla pula bersalam dengannya.
"Terima kasih Arisha..Nayla.." Aylanins cuba mengukir senyum walau saat ini hatinya berdebar sakan. Entah berdebar kerana menunggu saat diijabkabulkan atau pun sebab terpandang Conan tadi. Dia perasan, Conan juga asyik melihat ke arahnya walaupun duduk di sebelah Malik.
Ketika ini juga, muncul pula Ipo bersama Hanna dan anak lelakinya, Danish. Mereka turut bersalam dengan Aylanins dan tetamu yang lain. Amir dan Alif pula muncul sepuluh minit kemudian. Aylanins hanya melempar senyum saja. Perasaan berdebarnya terasa semakin rancak mengetuk hati, terasa mata tetamu masih melekat padanya ketika ini. Beginikah rasanya bila jadi tumpuan? Oh...sungguh tidak selesa..
Imam Munawir sudah mula sampai bersama beberapa orang lelaki lain. Usai meneliti borang dan mendapat tandatangan pengantin, majlis akad nikah dimulakan. Pihak keluarga lelaki juga sudah bersedia di ruang tamu. Dengan sekali lafaz, Aylanins sah menjadi isteri Malik.
nak sambung lagi...kalau boleh habiskan hari ni..takdak lah aku duk fikir lagi citer ni..
boleh meroyan kat citer orang lain plak
KINI Aylanins sudah sah menjadi isteri Malik. Usai ijabkabul tadi, Malik tunaikan solat sendirian memandangkan Aylanins uzur. Usai tunaikan solat, Malik kembali ke ruang tamu dan bersila di hadapan Aylanins. Sebentuk cincin berlian disarung ke jari manis Aylanins dan mas kahwin turut dihulur kepada Aylanins. Jurugambar khas yang ditempah Malik mula mengambil gambar sekitar majlis nikah itu. Lama Aylanins mencium tangan suaminya bila masing-masing sibuk ingin mengambil gambar.
Usai bergambar pula, pengantin baru mula bersalam dengan tetamu yang datang. Ke hulu ke hilir Aylanins dibawa oleh Malik dengan tangan tidak lepas dari genggamannya, bersama bertemu tetamu dan menikmati juadah yang disediakan. Malu pula bila dia seperti berkepit saja dengan Malik. Macamlah orang lain tak ada suami.
"Tahniah Ayla..Malik.." Nicki yang baru tiba di situ bersama Dr. Harlina turut mengucapkan tahniah pada pengantin baru.
"Terima kasih. Wah..bila nak tunang?" Usik Aylanins, nampaknya jadi juga Nicki dengan Dr. Harlina. Memang serasi, sama-sama kacukan.
"Doakan yang terbaik untuk kami.." Dr. Harlina jeling Nicki di sebelahnya. Memang pertama kali jumpa lagi, dia suka pada lelaki itu. Sejak peristiwa di KLIA itulah, dia seolah teringat-ingat pada Nicki dan takdir pertemukan mereka lagi di klinik.
Arisha yang berada di sebelah Conan hanya memandang Nicki dan gadis itu yang baru tiba. Harapannya agar Nicki bahagia dengan doktor muda itu dan dirinya juga sudah boleh menerima semua itu. Matanya dialih pada suami di sebelah. Terasa hatinya sudah diberikan pada Conan. Dia mengukir senyum, wajah Conan ditatap seketika.
"Apa yang senyum-senyum ni?"Conan perasan Arisha asyik merenungnya tadi. Ayam goreng yang diratahnya sudah tinggal tulang. Nasi Arisha masih tidak luak. Entah apa kena pula dengan Arisha hari ini. Tersengih-sengih sendiri.
"Tak ada apa.." Arisha senyum lagi. Malu untuk mengaku yang dia sudah jatuh cinta pada Conan, suaminya sendiri. Yalah..hari-hari bersama Conan, orang kata lama-lama boleh jatuh hati. Benar bagai dikata, dia sudah jatuh hati pada Conan, sejak bila, dia sendiri tidak tahu dan dia tidak akan beritahu Conan tentang perasaan hatinya.
AYLANINS dan Malik masih lagi sibuk melayan tetamu yang hadir. Sempat Conan mengucapkan tahniah kepada Aylanins dan Malik sekali lagi sebelum dia dan Arisha pulang. Aylanins tidak tahu hendak membalas kata apa. Hanya Malik yang bersembang mesra dengan Conan. Dia hanya melihat Conan pergi dari situ bersama Arisha.
"Hmm..awak masih ingat ex awak ke?" Malik palingkan wajah Aylanins yang dari tadi tidak lepas dari memandang Conan. Dia tahu, Aylanins cintakan Conan dulu dan kecewa selepas Conan dipaksa bernikah dengan Arisha selepas ditangkap basah di resort miliknya.
"Err..tak adalah..abang kan dah jadi suami Ayla.." Aylanins tunduk malu. Jari Malik masih melekat di kedua pipinya.
"Sedap dengar awak panggil abang..baru ni dapat dengar.." Malik mengukir senyum.
"Assalamualaikum.."
"Wa'alaikumussalam. Eh, bos!" Aylanins mula tersenyum. Ana Dahlia sudah datang bersama anak dan suami.
"Abang..ni bos saya, Puan Ana Dahlia. Dan ni..suami dan anak.." Aylanins segera perkenalkan pada Malik.
Malik bersalam pula dengan Kudin. Mereka berdua dipelawa menjamu selera makanan yang disediakan di bawah khemah. Aylanins dan Malik kembali menyambung melayan tetamu yang lain. Nicki dan Dr. Harlina pula minta diri untuk pulang.
"Abang..tengok tu!" Aylanins menuding ke arah Nayla yang kelihatan mesra dengan Alif. Amir pula bersendiri di situ. Tidak nampak pula kelibat Linda pada majlisnya hari ini.
"Nayla dengan Alif ke?" Malik turut terjenguk-jenguk.
"Mungkin la kut. Macam mesra saja.." Aylanins turut terjenguk-jenguk. Matanya tertancap pada Linda yang baru tiba bersama Hani dan Muzafar. Dia menelan liur. Apakah yang bakal berlaku nanti? Apakah akan ada drama tarik rambut nanti?