syanamir posted on 2-4-2013 03:28 PM
Tak sabar menunggu next plot....
Go rahul go...
Esok! Ptg ni preview sajorkkk...
---
BAB 37
Hospital Besar Kuala Lumpur.
POP!!! Terkejut lagi aku apabila laptop aku bagaikan meletup sebaik sahaja aku menghidupkannya. Namun kali ini aku tidak lagi panik. Aku menunggu sehingga skrin selesai pecah berderai. Selepas perkataan biasa yang selalu keluar muncul, laptop aku akan 'bernyawa' semula. Aku sudah lali dengan hal itu. Tak apa... jadi hiburan pula pada aku mendengar bunyi skrin berderai. Cuma bunyi dentuman sering membuatkan aku terperanjat sedikit.
CHECKMATE!
Berkali-kali mataku berkejip. Selalunya ayat ANDA SUDAH DIGODAM yang akan terpapar. Kali ini lain pula yang keluar. Jantungku bergetar. Rasa tidak sedap hati. Tiba-tiba laptopku mengeluarkan bunyi seperti bunyi siren yang agak kuat. Tak lama kemudian bunyi itu hilang dan laptop aku terus terpadam.
Ah, sudah! Aku tergamam.
“What's wrong?”Dona yang sedang berbaring di katil pesakit bertanya.
“Tak tahu... tiba-tiba lappy aku black out.” Aku masih lagi panik. Mahunya aku tak panik? Semua gambar kenangan aku tersimpan dalam laptopku.
“Rosak? Kau nak aku suruh Rahul tengok kan?”
“Tak payahlah.. Memang dah nak kong lappy aku ni. Nanti aku beli baru.”
“Abang aku pakar komputer. Dia boleh repair.”
“Aku taknak susahkan dia.” Aku cuba beralasan.
“Tapi gambar-gambar semua ada dalam lappy tu, kan?”Aku mengangguk lemah bagi membenarkan soalan Dona.
“You really really need Rahul.”
Last edited by ladyFinger12 on 2-4-2013 03:42 PM
|