CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 13-1-2011 10:14 AM | Show all posts
Lewat petang dengan beg shopping di kiri kanan tangan kami, Kira girang berjalan ke kereta. Sampai di kereta, aku memasukkan semua barang, Kira terus ke tempat duduk hadapan. Bahu aku di sentuh membuat aku tertoleh.

“you nak apa?” pasti wajah aku sudah pucat tak berdarah.

“ini kan tempat awam” mata aku terlihat tangannya yang berbalut dengan kot.

“you nampak kan?” aku tahu maksudnya pistol yang ada di tangan nya.

“I nak you senyap dan ikut arahan i. Bawa budak tu ikut I”

“Kira, jom kita kena ikut uncle ni sekejap” tanpa soal Kira bergerak bersama aku.

Tanpa senyum, aku di arahkan memandu. Kira duduk senyap di belakang. Rusdi masih menghala kan pistol itu padanya.

“Rusdi, kita semua sudah makin meningkat usia. Kita matang. Pemikiran saya sepatutnya matang juga.”

“kenapa you buat I macam ni? You nak apa?” psikologi lagi hari ini. keadaan sudah semakin gelap, mungkin sudah masuk waktu maghrib. Kali terakhir tengok jam tadi di tempat letak kereta tadi, jam sudah 6.45 petang. Mesti En Hubby risau.

“you kecewa kan I Lisa, kalau I tak dapat you, orang lain tak akan dapat you” tegak bulu tengkok aku mendengar.

“apa yang I buat pada you?”

“I marah sebab you tak buat apa2 untuk i!”

“I tak faham”

“belok kiri depan tu! You tahu I masih sayang pada you. You masih tak nak tinggalkan Shah. I dah banyak habis untuk pisahkan you berdua. Tapi masih lagi bersama. Ini adalah jalan terakhir.”

Aku di arah berhenti di sebuah rumah usang. Pantas tubuh Kira aku raih, Rusdi menolak kasar badan aku masuk ke rumah. Kira mula takut melihat Rusdi yang telah bertukar watak.

Rumah usang itu, hanya usang di luar. Dalamnya kemas dan lengkap dengan perabot. Tidak sapa pun akan menjangkakannya. Aku di kurung berasingan dengan Kira.
Terdengar suara2 Kira yang menjerit, pasti dia amat takut. Tiba2 suara itu hilang. Aku mula berdebar, pintu bilik yang menempatkan aku pula di tolak kasar.

“apa yang you dah buat pada dia?” aku cemas bertanya.

“jangan risau, dia masih bernafas, aku tutup mulutnya dengan tape aje”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2011 10:15 AM | Show all posts
Reply 998# shahrinas


    dia ambik kesempatan masa lain...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2011 10:15 AM | Show all posts
Reply 997# norza79


    sudah.. selamat membaca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2011 10:16 AM | Show all posts
Reply 996# merahsilver


    orang jahat..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2011 10:18 AM | Show all posts
Reply 995# naza81


    rusdi dah beraksi...!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2011 10:18 AM | Show all posts
Reply 994# nallepooh


    selamat membaca..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2011 10:24 AM | Show all posts
jahatnya rusdi..smoga kira n Lisa selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 10:34 AM | Show all posts
Reply 1003# fazss


    fazss....nak lagi n3
tak cukup lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2011 10:45 AM | Show all posts
suspennya........
rusdi  tu bila la nak kena tangkap dan insaf.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 11:09 AM | Show all posts
Reply 1002# fazss

biolah dia ambik kesempatan masa LISA ngan SHAH...
senang nak jawab...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 12:11 PM | Show all posts
huhuhu saspen tu...
nak n3 leh?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 12:51 PM | Show all posts
dugaan kali nie lagi teruk rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 09:36 PM | Show all posts
eee...jahatnya rusdi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 09:24 AM | Show all posts
Terjaga dari lena, aku mengharapkan ini suatu mimpi. Namun semuanya tidak, memang aku berada di satu ruang sama seperti semalam. Kira! Aku teringat anak dara aku sorang, di mana Rusdi kurung dia? Senyap sahaja? Ya Allah selamatkan lah Kira.

“dah bangun?”

“apa yang you nak Rusdi, just say it..” aku merintih.

“sabar sayang..” gelak tawa nya menggila. Kuat.

Aku merasa sesak berdua dengan Rusdi di dalam bilik ini.

“nah” sepinggan makanan di hulurkan.

“Kira mana?”

“yang you sibuk dengan anak bedebah tu kenapa?!!”

“dia anak Lisa jugak, tolong lah..” aku mengharapkan pengertiannya.

“you makan dulu, baru I bring dia ke sini” demi melihat Kira di depan mata. Sesuap nasi, semangkuk air mataku. Aku habis kan juga nasi sepinggan.

Aku di bawa keluar ke ruang tamu, Kira diikat kaki dan tangan dengan tali guni. Pasti itu menyakitkan, kesian anakku.

“Kira ok..” aku merenung Rusdi, mohon kebenaran untuk meleraikan ikatan tali itu.

“please..” aku merayu mohon pengertiannya.

“terima kasih” dalam sedu sedan aku membuka satu demi satu ikatan. Tubuh aku di peluk, berderai air mata Kira membuat hati aku makin sayu.

“Kira dah makan?” serak mengalahkan Ella dah suara aku. Dia menggeleng, nampak dia terlalu takut pada Rusdi. Apa yang dah berlaku?

“nah!” Rusdi menghulurkan sebungkus nasi pada aku.

Sehari berlalu tanpa ada apa perubahan. Aku resah sendiri. Kami bernasib baik, kami dibenarkan bersama tidak seperti semalam. Hati tidak pernah berhenti berdoa, semoga Shah mampu menemui kami. Aku jadi rindu pada Adam. Sihat kah dia?

Adam. Pasti si kecil itu menangis. Aku tersenyum, terbayang2 gelagatnya.

“kenapa mama senyum?” Kira berbisik. Rusdi yang sentiasa mengawasi kami memasang telinga.

“mama teringat Adam”

“I miss him, mama”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 09:25 AM | Show all posts
“sabar yer..ingat tak mama ajar apa dulu kalau kita tengah susah hati?” dia mengangguk. Perlahan Kira mengalun kan istifar, dalam dakapan aku hingga dia terlena kepenatan.

“Rusdi, sampai bila you nak kurung I kat sini?”

“tak lama Lisa, I nak bawa you jauh dari sini” selamba dia menjawab, aku yang terjerut.

“ke mana?”

“mana2 sahaja”

“I isteri orang”

“I tak kisah, I akan bawa you ke mana sahaja yang tak ada orang kenal kita. Selagi you ikut setiap arahan I , both of you should be fine.”

“isteri you macam mana? Kat mana dia sekarang?” tajam mata memandang aku yang meriba Kira.

“Mastura dah tinggalkan I”

“dia tinggal kat mana sekarang?”

“dalam kubur” sekali lagi aku terkejut dengan kenyataan baru di depan aku kini.

“dia mati semasa memandu pulang ke rumah. Kami nak berbaik, tak nak cerai berai. Aku memang kesal, tapi aku tahu dia sayang pada aku. Dia tak pernah membantah arahan aku dengan kasar. Dia terlalu sempurna, bukan untuk aku” jelas matanya berkaca2 menceritakan kisah Mastura. Siapa sangka Mastura akan pergi dalam cara begitu.
Kecuaian ada di mana2. Kemalangan di jalan raya bukan lah satu perkara yang mustahil sekarang. Namun benarkah tiada muslihat di sebalik kemalangan itu. Orang seperti Rusdi, apa2 boleh berlaku.

“bila dia tiada. Aku semakin yakin, dia yang paling aku sayang, bukan you Lisa” Aku mengakui itu kenyataan. Kalau tidak, takkan perkahwinannya boleh bertahan.

“you kena banyak2 bersabar. So kenapa you kurung i?”

“I nak Shah merana”

“kenapa?”

“kisah lalu”

“Rusdi, kisah yang berlalu seharusnya kita simpan buat kenangan bukan satu garis ukuran untuk kita berdendam. Tak guna you buat semua itu. You takkan dapat apa. Melainkan, you want to kill me” kata ku berani. Sebenarnya, takut2 berani aje.

“Shah tak berdendam dengan you. Tidak pernah Rusdi. Kenapa tidak you lupakan”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 09:26 AM | Show all posts
Reply 1013# calla


    betul! betul! betul!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2011 09:26 AM | Show all posts
Reply 1012# shahrinas


    semoga ini pengakhir...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 09:28 AM | Show all posts
Reply 1011# iwimz


    sudah ada sikit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 09:31 AM | Show all posts
Reply 1010# shahrinas


    belum lagi.. Shah tengah gila mencari..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2011 09:32 AM | Show all posts
Reply 1009# uda08_za


    insaf... nanti dia insaf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.051071 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list