|
UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum semua
jang lupa menonton siaran tertunda wukuf di arafah
jam 1230 malam nie...
live tak tahu ada ke tidak..cuba lah tgk CNN ke BBC ke...al jazeera ke..biasa art astro 111 tu ada live telecast macam tahun lepas..tahun ni tak tahu plak... |
|
|
|
|
|
|
|
at this point of time malaysia 10am 26/11/2010, makkah 4am, di kaabah tentu lengang selenggangnya... semua sedang bertolak ke padang arafah, by all means.. |
|
|
|
|
|
|
|
1003# liya71a
liya71a..
tgk saudi tv 1..
haram lenggang..
arafah..fuuh ramai...full.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rosputih at 26-11-2009 10:38
BERITA HARIAN
26 November 2009
Cinta Dunia Buat Kita Lupa Pengorbanan Kepada Allah
Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh
salidasuhaila99@ya
Peristiwa 10 Zulhijah sebagai ingatan tetapkan iman
PERISTIWA korban mengajar kita supaya taat kepada perintah Allah, beriman dan berserah kepada-Nya. Ia juga membawa erti kesanggupan seseorang itu melepaskan dengan ikhlas sesuatu yang amat disayangi atau dihargai untuk memberi manfaat kepada orang lain. Sudah tentulah menjadi korban untuk mendapatkan cinta Ilahi adalah kesanggupan yang tiada galang gantinya, berkorban untuk keredaan-Nya juga tidak mampu dilakukan oleh setiap hamba, malah pengorbanan menuntut desakan hati yang kasihnya hanya pada Yang Esa.
Kerana kuasa 'korban' yang begitu besar, sering kali ada yang bertanya, apa ganjaran berkorban? Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata bahawa sesungguhnya suatu hari sahabat Rasulullah SAW bertanya:"Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?" Jawab Rasulullah:"Ia adalah sunnah bapa kamu, Ibrahim."
Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya." Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya." (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)
Hadis di atas mengingatkan kita kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sanggup bergadai nyawa demi reda Ilahi dan akur bahawa setiap khazanah bumi hanyalah milik Allah dan Dia berhak mengambil dan menganugerahkan apa saja. Kitab Tafsir Ibn Kathir merakamkan pada awalnya, Nabi Ibrahim tidak dikurniakan zuriat walaupun ketika itu baginda sudah lanjut usia.
Namun baginda tidak pernah berputus asa untuk berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat. Maka dengan kuasa Allah yang tidak dapat diduga baginda dikurniakan cahaya mata pertama bernama Ismail. Siapalah yang tidak gembira mendapat cahayamata? Kisah ini dinyatakan dalam surah al-Soffat ayat 101 yang bermaksud: "Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar".
Ulama termasuk ahli kitab bersepakat bahawa Nabi Ismail dilahirkan terlebih dulu berbanding Nabi Ishak. Bahkan tercatat di dalam kitab ahli kitab bahawa Nabi Ismail dilahirkan ketika Nabi Ibrahim berumur 86tahun dan Nabi Ishak dilahirkan ketika Nabi Ibrahim berumur 99 tahun. Selepas Nabi Ismail meningkat remaja, satu ujian yang amat berat diturunkan oleh Allah SWT ke atas dua beranak itu, dengan tujuan menguji keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah.
Allah SWT memerintah Nabi Ibrahim supaya menyembelih putera kesayangannya. Walaupun terlalu berat hati Nabi Ibrahim untuk menyatakan perintah Allah itu kepada anaknya, Ismail, tetapi ia adalah perintah Allah SWT yang wajib dilaksanakan.
Dengan hati yang sedih, Nabi Ibrahim menyatakan mengenai perintah Allah itu kepada Nabi Ismail, namun tiada apa yang mengejutkan Nabi Ismail sebaliknya baginda berkata: "Wahai bapaku laksanakanlah apa yang diperintahkan oleh Allah, moga-moga kamu akan mendapati aku dalam golongan orang yang sabar".
Ada dua dimensi pengorbanan yang boleh dijadikan iktibar, iaitu seorang ayah yang terpaksa mengorbankan perasaan cinta dan kasih kepada anak yang sudah lama ditunggu-tunggu dengan 'mengorbankannya',demi patuh dan redanya terhadap perintah Allah SWT. Seterusnya, ketaatan dan keyakinan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan kasihnya kepada ibu dan ayahnya dan zaman keseronokan remajanya, malah sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, semata-mata kerana ketaatan baginda terhadap perintah Allah dan perintah seorang ayah.
Kedua-dua pengorbanan ini sebenarnya berpusat daripada hubungan cinta sejati mereka kepada Allah SWT yang tidak berbelah bahagi. Sebab itulah, seandainya seorang Muslim itu mendahulukan cinta Allah daripada cinta makhluk, mereka pasti akan beroleh jaminan besar sebagaimana isebut oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Ada tujuh golongan yang mendapat perlindungan daripada Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Allah SWT iaitu imam yang adil, pemuda yang mengabdikan diri untu kberibadah kerana Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang lelaki yang bersahabat, mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah, lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan kemudian menolaknya lalu berkata: 'Sesungguhnya aku takutkan Allah', lelaki yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang tangan kanannya sedekahkan dan lelaki yang menitiskan air mata, beribadah menyebut nama Allah ketika bersendirian." (Riwayat Muslim).
Sesungguhnya sumber cinta daripada Allah adalah sumber cinta yang paling tinggi dan utama. Apabila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta makhluk, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memenangkan cinta mereka kepada Allah tanpa ragu-ragu. Baginda mengetahui bahawa bukan mudah meletakkan cinta pada pemiliknya tetapi keyakinan terhadap Ilahi memungkinkan segala-galanya dan ia hanya akan dimiliki oleh sesiapa yang sudah cukup kenal Allah SWT.
Menurut Imam al-Ghazali, ma'rifah (ilmu pengetahuan) itu akan mendahului cinta kerana cinta tanpa ma'rifah tidak mungkin berlaku kerana manusia hanya dapat mencintai sesuatu yang dikenalinya saja. Sebab itulah kita perlu rasional memilih cinta yang sementara, agar ia tidak mengatasi cinta yang kekal sampai bila-bila.
Takut mengorbankan dunia kerana akhirat pernah menjadi peringatan kepada setiap Muslimin. Sifat tamak terhadap cinta dunia lumayan menjerumuskan kita ke lembah yang sia-sia, tiada apa pun menjadi milik kita, walau pasir sebesar zarah pun. Di dalam al-Quran Allah SWT memberi amaran kepada manusia melalui firman-Nya dalam surah At-Taubah, ayat 24 yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad) jika bapa, anak, saudara, isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang kerugiannya dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasiq".
Justeru, biarlah peristiwa 10 Zulhijjah yang mengimbau sebuah pengorbanan menjadi zikir untuk kita menetapkan hati agar sentiasa beringat bahawa segala khazanah dunia ini pemiliknya hanya satu saja dan kita perlu sentiasa bersedia untuk berkorban apa saja.
Penulis ialah Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 26-11-2009 10:51
Makanan percuma bagi jemaah haji
600,000 topeng muka turut diedar sebagai langkah berjaga-jaga hadapi wabak H1N1
JEDDAH:
Sekumpulan ahli perniagaan dan pertubuhan kebajikan Arab Saudi menandatangani kontrak bersama hotel lima bintang dan restoran mewah untuk menyediakan 10 juta hidangan makanan percuma bagi diberikan kepada jemaah haji di Mina, Arafah dan Muzdalifah sepanjang lima hari ibadat haji.
"Hotel InterContinental di Jeddah dan Makkah menandatangani kontrak bersama kira-kira 20 ahli perniagaan dan badan kebajikan Arab Saudi untuk menyediakan makanan sejuk dan panas bagi diberikan secara percuma kepada tetamu Allah," kata Bandar Al-Harbi, pengurus besar hotel InterContinental di Arab Saudi.
Al-Harbi berkata, rangkaian hotel berkenaan menyediakan dan memberikan makanan secara percuma dari trak sejuk beku dan kenderaan katering kepada jemaah haji di Tanah Suci sejak beberapa tahun lalu.
Muhammad Al-Rifaie, seorang pegawai perhubungan awam di sebuah hotel lima bintang di Jeddah berkata, krisis kewangan dunia sekarang tidak langsung menjejaskan kerja amal di negara itu terutama sepanjang bulan haji dan Ramadan.
"Berjuta-juta makanan panas dan sejuk akan diedarkan secara percuma di kalangan jemaah haji," katanya.
Beberapa pertubuhan kebajikan juga dilaporkan mendirikan restoran untuk mengedarkan makanan percuma di Arafah termasuk di kalangan mereka yang membawa nama Raja Fahd, Raja Abdullah dan ahli perniagaan, Muhammad Abood Al-Amoudi.
Restoran Al-Amoudi akan dibina berhampiran Jabal Rahmah dan akan memiliki bahagian berasingan untuk lelaki dan wanita. Katanya lebih 2,000 jemaah boleh duduk dan makan di meja restoran terbabit atau membawa pulang makanan berkenaan.
"Kami juga menyediakan teh, kopi, air dan minuman ringan percuma kepada jemaah terbabit," katanya.
Disebabkan pandemik H1N1, Al-Amoudi akan juga mengedarkan 600,000 topeng muka dan lebih 1.2 juta ubat nyah kuman kepada jemaah melalui 37 gerai yang dibina di Tanah Suci.
Kebanyakan jemaah haji mula menuju ke Mina semalam di mana mereka melengkapkan solat lima waktu sebelum memulakan perjalanan ke Arafah hari ini yang disifatkan sebagai perjalanan penting dalam mengerjakan ibadat haji. - Agensi
Jazakallah Khairan Kathiro..
Teringat pi Haji 1999...
Seronok dapat Fresh Milk dan Buah Buahan... |
|
|
|
|
|
|
|
ustaz rahman citer dlm blog al-makki..tilam basa kt arafah kerana hujan lebat kt arafah..kayu api utk masak juga basah...semoga ALLAH membantu jemaah kita...Amin
HUSSAINTAHIR Post at 25-11-2009 22:22
Allahuakbar..
Ya ke...
Moga Allah mempermudahkan segala urusan Ibadah Haji mereka..
Yakin setiap apa yg Allah tentukan ada Hikmah disebaliknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 26-11-2009 11:07
Hujan hujan macam ni kena jaga aurat tu..
Pilgrims brave downpour
Arab News
TAKING IT IN THEIR STRIDE: Pilgrims taking cover from rains in the tent city of Mina. (AN photo by Adnan Mahdali)
MINA: Millions of pilgrims spent the first day of this year’s Haj (Yaum Al-Tarwiyah) in prayers in Mina on Wednesday as rains soaked the faithful and flooded roads snarling traffic. Security forces and other government agencies were striving to clear the mess caused by the rains and guarantee a safe and peaceful stay for the pilgrims in Mina. The pilgrims will converge today (Thursday) on Mount Arafat marking the climax of this year’s Haj.
Violent storms caused havoc at various Haj sites as pilgrims battled the forces of nature to reach their base camps safely. Arab News received reports of hundreds of pilgrims left stranded due to severe flooding at several places between Mina and Makkah on Wednesday.
The day started ominously as dark clouds gathered over the mountainous landscape surrounding the holy sites. However, this did not deter the pilgrims as they made their way to their white tents.
In a tunnel leading to Mina and the Jamrat Bridge, 29-year-old security guard Mohammed Rashed told Arab News he was confident that all necessary resources were in place to tackle natural disasters such as heavy storms. |
|
|
|
|
|
|
|
1007# aziefa
Ya allah... best nyer....Tabung Haji cakap d Mina,Arafah n Mekah ujan....... |
|
|
|
|
|
|
|
1007# aziefa
Ya allah... best nyer....Tabung Haji cakap d Mina,Arafah n Mekah ujan.......
sofiera Post at 26-11-2009 11:06
Risau jugak..
Takut jadi Banjir Besar di Mina masa Tahun 2004..
Moga Allah mempermudahkan segala urusan Ibadah Haji mereka..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak banjir masalah sampah agak teruk. Kalau dah banjir macam ni kemana agaknya sampah - sampah semua tu pegi ye? |
|
|
|
|
|
|
|
diorang tgh tukar kiswah..
tgk live kt saudi TV1 |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar..
Ya ke...
Moga Allah mempermudahkan segala urusan Ibadah Haji mereka..
Yakin setiap apa yg Allah tentukan ada Hikmah disebaliknya..
aziefa Post at 26-11-2009 10:54
semoga ALLAH mudahkan...Amin |
|
|
|
|
|
|
|
hujan dh stop...cuaca agak baik..banyak sgt jemaah kt atas jabal rahmah...
jalan raya arafah penuh dgn manusia... |
|
|
|
|
|
|
|
hujan dh stop...cuaca agak baik..banyak sgt jemaah kt atas jabal rahmah...
jalan raya arafah penuh dgn manusia...
HUSSAINTAHIR Post at 26-11-2009 12:12
Nampak perempuan arab pun ada. Diarang tak tido ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ramainya orang berjalan satu arah ke arafah... MasyaAllah... |
|
|
|
|
|
|
|
Eid mubarak pada semua forumer..
maaf zahir dan batin..
pada yg memandu balik kampung tu berhati2 semoga selamat pergi dan kembali..
Pada yg balik ke pantai timur.. hati2 dengan banjir dan juga penyakit taun
salam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 26-11-2009 16:07
SELAMAT BERPUASA KEPADA MEREKA YANG MENGERJAKAN PUASA SUNAT HARI INI
ALHAMDULILLAH..
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA..
|
|
|
|
|
|
|
|
hujan dh stop...cuaca agak baik..banyak sgt jemaah kt atas jabal rahmah...
jalan raya arafah penuh dgn manusia...
HUSSAINTAHIR Post at 26-11-2009 12:12
|
|
|
|
|
|
|
|
Acikjie,
Mekasih.. ni tengah tengok 'salam baitullah' kat tv1. best.. x dapat pergi, dapat tengok pun jadilah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|