CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

PERLUKAH AKU?

  [Copy link]
Post time 10-5-2012 11:04 AM | Show all posts
Kalau dah dibukukan, war-warkan di sini, sanggup akak mencarinyer...  spt aprilsix, akak pun dah jatuh cinta dgn hj din...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2012 05:28 PM | Show all posts
As salam Adilla... sambung lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 01:40 PM | Show all posts
sedikit dari Haji Din n Minah...


28

“Penat?” tanya Haji Din bilamelihat aku memicit betis ku berulang kali.

Lelaki itu bangun dan menghampiriaku yang baru melepaskan lelah disofa. Sebaik aku balik tadi Haji Din sudahsiap sedia dengan kain pelikatnya. Rupa-rupanya lelaki ini menunggu aku untukberjemaah solat Asar. Segera aku membersihkan diri sebaik sahaja tiba bila HajiDin meluahkan hasratnya itu.


Hampir aku gelakkan Haji Dinbila melihat penampilannya ketika aku sampai tadi. Tidur hotel pun pakai kainpelikat. Tetapi memang dah jadi kebiasaan Haji Din berpelikat bila hendakberadu. Tak biasa katanya kalau berseluar panjang. Tetapi itu masa nak tidurmalam. Kalau orang lain lebih senang dengan boxer atau seluar kontot tetapitidak pada Haji Din. Bila menyebut perkataan boxer ini teringat aku dari manaaku mempelajarinya. Perkataan boxerini aku cilok dari sebuah majalah yang menayangkan beberapa pragawan bergayadengan sasanya. Tegang muka Haji Din bila aku leka menatap wajah-wajah kacakpragawan di dalam majalah itu ketika singgah membeli sesuatu di 7E. Nasib baikHaji Din tidak membuka mukadimahnya disitu. Tetapi didalam kereta banyaksyarahan dipahat dalam kepala otak aku yang sememangnya banyak ruang kosongini. Menurut Haji Din, tidak elok seorang perempuan menatap aurat lelakisedemikian rupa. Dalam erti kata sebenar akan berdosalah si penatap itu. Yangsebenarnya perhatian aku lebih terarah ke seluar kontot yang dipakai olehpragawan tersebut. Ada bermacam corak dan warna. Biasanya kalau di kawasan aku hanyaseluar berbelang biru dan putih saja yang banyak kelihatan. Jangan salah anggapiya. Bukan aku mengintai tetapi bila melalui ampaian rumah makcik Putih danbeberapa rumah jiran, ada seluar kontot itu tersidai. Satu corak dan satuwarna. Cuma orang sekarang saja yang mengelarkan boxer sedangkan seluar tersebut sudah lama wujud sejak zaman datukmoyang kita lagi. Cuma di fesyenkan pada zaman sekarang ini.   


"Kemana agaknya Umi bawaAminah Amia isteri saya ini jalan-jalan, sampai penat begini. Adik-adik sayaada dera Aminah Amia ke?" Haji berkata semasa melabuhkan tubuhnya disebelahku yang tersandar sebaik saja selesai mengerjakan solat tadi. Terasa lenguhsegala urat betis dan seakan mengigit setiap pelipat  tubuh ini. Aku memicit-micit betis yang butingpadi ini bagi menghilangkan lenguh. Kalau ada minyak panas atau minyak anginpasti seluruh kaki aku dah berbau minyak.


"Mana ada. Semua melayanMinah dengan baik. Terutama Shahrul dan Syukri. Berebut-rebut mereka nakbawakan barang Minah. Sampai Umi mengamuk marahkan mereka yang bergaduh sesamasendiri pasal Minah." luah ku jujur dan becok bercerita. Teringat keletahmereka yang berebut hendak membawa barang yang aku beli. Tiada sahutan dariHaji Din membuat aku berpaling. Tanpa aku sangka wajah Haji Din berubah riak.Tegang semacam. Mata helangnya kembali tajam merenungaku. Serba salah jadinya.

"Minah ada salah cakapke Haji Din?" dalam takut aku terus bertanya. Iyalah   Haji Din yang mengajar.

"Errrmmmm.....tiadaapa-apa." dalam lemah suara Haji Din kedengaran. Pandangannya dikalihkandan Haji Din bersandar di kepala sofa sambil matanya dipejamkan. Aku amatikekeruhan yang terlukis diwajah itu. Kenapa tadi wajahnya ceria tetapi berubahbila mendengar aturcara aku hari ini. Aku selami semula kata-kata ku danakhirnya aku tahu dimana point yang membuat Haji Din berubah rentak. Sertamerta senyuman aku merekah dibibirku. Haji Din...Haji  Din....cemburu rupanya. Takkan dengan adiksendiri pun nak cemburu.


"Minah minta maaf. Minahbetul-betul minta maaf." aku capai tangan sasa itu dan menciumnya beberapakali. Tindakan aku itu membuat Haji Din terkejut. Besar matanya memandang ku.


"Hey! Kenapa ni AminahAmia?" Haji Din menarik tangan aku rapat kepadanya.


"Minah tahu yang Minahdah buat silap dengan Haji Din  bilaMinah sebut nama Shahrul dan Syukri tadi. Minah tak anggap apa-apa pun padamereka berdua. Mereka adik-adik Haji Din dan juga adik-adik Minah duniaakhirat." terang ku sungguh-sungguh. Aku tidak mahu Haji Din salah fahamdengan aku. Aku tidak mahu kesangsian dalam kasih sayang kami. Aku mahu sikapjujur mewarnai cinta kami. Aku mahu Haji Din ikhlas melepaskan aku keluarberjalan. Aku tidak mahu ada sekelumit pun rasa was-was dalam dirinya dan ituakan menerbitkan dosa untuk diri Haji Din.


"Minah mahu Haji Dinpercaya dengan cakap Minah ini." rayu ku bersama tangisan bila tiadatindak  balas dari Haji Din sebaiknyarenungannya menusuk terus jatungku.


"Isteri saya AminahAmia, maafkan saya kerana terleka dengan hasutan syaitan. Maafkan sayasayang." terus aku didakap erat oleh tubuh sasa itu. Lama aku didakap.Akhirnya aku menarik nafas lega bila Haji Din kembalikan semula keceriaannyauntuk diri aku.


“Mana kaki yang sakit tu?”Haji Din merenggangkan pelukan dan merenung aku dengan senyumannya. Terbiasdari anak matanya, airmata yang tidak sempat turun.


“Kaki Minah tak sakit tapiterasa lenguh saja.” Ujar ku sambil memicit kembali betis ku.


“Mari saya tengok Aminah Amia.”Haji Din menarik kedua belah kaki ku dan hendak diletakkan diatas pahanya.Tetapi cepat sahaja aku menahan.


“Kenapa?” Haji Din terusbertanya dan memandang aku hairan. Terbantut tindakannya. Aku segera mengepitkedua-dua kaki ku.


“Tak mahulah. Kaki Minahkan.”Aku dah mula tidak betah bila Haji Din masih memandang aku pelik. Takkan HajiDin nak melihat kaki ku yang penuh dengan cop mohor ni. Seganlah. Lagi pun takbaik aku meletakkan kaki ku atas kedua paha suami ku.


“Kenapa dengan kaki AminahAmia saya pula? Aminah Amia kata sakit kaki tadikan.” Haji Din masih hendakbersoal jawab dengan aku.


“Memanglah lenguh tapi takelokkan kalau Haji Din letak kaki Minah atas paha Haji Din. Kotorlah.” Terangku untuk menghalau rasa tanda tanya pada Haji Din.


“Errrmmm….Aminah Amia. Siapakata kaki itu kotor?” Haji Din membetulkan duduknya dan mengadap dengan ku.


“Semua orang tahu kaki inikankotor.” Aku cuba menegakkan pendapat yangsering ku dengar sejak dulu lagi.


“Baiklah. Tadi Aminah Amiaambil wuduk ada tak basuh kedua-dua kaki Aminah Amia?” Haji Din terus mendugadan bagaikan anak murid aku mengangguk.


“Jadi! Masih kotorkah kakiitu?” sekali aku diasak.


“Errkkk….” Teragak-agak akumenjawab dan idea terus kering dalam kepala.


“Aminah Amia….kenapa haruskaki dijadikan mangsa jika kita sendiri melangkah ketempat yang tidaksepatutnya? Errrmmm?” Haji Din tersenyum lantas menarik tangan aku. Jari jemariku dibelai satu persatu. Diurut dan diusap-usap.


“Tapiii…” aku masih tidakdapat menyangkal apa yang Haji Din katakan itu.


“Cuba bayangkan jika seluruhanggota badan Aminah Amia sihat walafiat tetapi kaki Aminah Amia tidak bolehbergerak. Jadi apa yang akan berlaku pada Aminah Amia?” dalam suara yang lembutHaji Din bertanya.


“Mesti Minah tak bolehberjalan dan  tidak boleh kemana-mana.”Bagaikan anak kecil aku terus menjawab.


“Errmmm…begitulah kitasayang. Setiap anggota badan melengkapi sesama sendiri. Seperti juga keimanankita. Jika harta dunia kita cari hingga ke hujung dunia, iman di dada kosongtidak berguna juga sayang. Kita mesti melengkapi luar dan dalam dengan sekata.Faham tak apa yang saya katakan ini?” Haji Din masih memandang ku denganpandangan redupnya. Terpancar keikhlasan dari lubuk hatinya untuk berkongsirasa dengan ku.


Aku dah tersenyum dan apayang cuba disampaikan oleh Haji Dinterus masuk kedalam otak ku ini. Betul kata Haji Din. Seperti juga aku dan HajiDin. Jika tidak ada sikap memberi dan menerima pasti rumahtangga kami berduaakan kecundang akhirnya.


“Bagus! Sekarang hulurkankaki Aminah Amia.” Haji Din tersenyum sama bila aku memberi isyarat darisenyuman aku yang melontarkan aku amat memahami apa yang cuba disampaikan. Terima kasihHaji Din.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 01:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by Adilla at 8-6-2012 14:05

Dalam teragak-agak, akumengangkat kaki ku juga ke atas paha Haji Din.


“Sandar!” Haji Din memberiarahan dan aku menurutinya. Aku bersandar di pemegang sofa dan tenggelam denganrasa nyaman bila Haji Din mula memicit-micit betis ku. Terasa rongga-ronggalengguh mula hilang dan digantikan pula dengan rasa mengantuk.


“Jangan tidur!” Haji Dinmenyergah dan aku yang hampir terlelap terus membuka mata.


“Jangan tidur!” sekali lagiHaji Din memberi amaran bila pandangan kami bertemu.


“Minah mengantuk.” Renggekku. Mata bagaikan berat sekali untuk dibuka. Sperti kata Kak Kirah, kalau bolehbatang mancis dia hendak tongkatkan dipelupuk mata ku untuk membolehkan akuberjaga.


“Nak magribkan. Jangan mengada-gadanak tidur.” Tegas Haji Din menjawab dan aku terus tegak. Takut sebenarnya bilasetiap kali nada Haji Din bertukar rentak.


“Minah tidur sekejap saja.Minah betul-betul letih ni.” Aku memujuk Haji Din. Memang mata dah mula layu.Kalau ada batang mancis pasti aku dah tongkat kelopak mata ini.


“Saya kata jangan tidurAminah Amia. Kita magrib sama-sama dahulu. Zikir dalam hati. Jangan dengarbisikan syaitan mempengaruhi perasaan isteri saya Aminah Amia.” Haji Din masihkeras berkata.


“Lima minit!” aku merayu.


“Tak boleh!” Haji Din beralihpandang arah ke tv tetapi ayatnya masih ditujukan kepada aku. Tetapi tangannyamasih tekun berkerja.


“Tiga minit!” sekali lagi akumerayu dan menurunkan koata yang aku minta tadi.


“Tak boleh!” Haji Din masihberkeras.


“Satu minit boleh tak?” akuterus meminta lagi. Lembut aku menyapa.


“Kalau begitu, kita sama-samatidur dan biar saya yang tanggung dosa.” Haji Din terus meletakkan kaki kukebawah dan cuba hendak menempel disebelahku. Ekkk!!!! Biar betul! Takkan nak baring bersama disofa yang kecil ini danyang buat mata aku terus segar adalah kata-kata dari Haji Din. Takkan akusanggup membiarkan suami ku menanggung dosa aku semata-mata hendak menurutrayuan syaitan.


“Ok! Ok! Minah bangun.” Akuterus menolak tubuh Haji Din yang bersedia hendak berbaring disebelah kanan ku.


“Bukkk!!” akibat daritolakkan itu, tanpa disangka aku pula yang terjatuh. Manakala Haji Din pulaterbabas tubuhnya dan terlentang diatas sofa.


“Aduh! Sakitnya!” akumengaduh. Haji Din pula yang terbaring diatas sofa bingkas bangun. Segera tubuhku diangkat dan diletakkan kembali diatas sofa tersebut. Haji Din segeramemeriksa seluruh tubuh ku tanpa suara. Tak ada yang patahlah Haji Din.Bukannya tinggi sofa dan karpet itu. Lagipun karpet yang tebal berbulumembuatkan aku bagaikan terjatuh atas awan saja. Sempat aku amati wajahnya yangberiak kerisauan. Setiap inci  tubuh kudiamati. Tangan sasa menjalari sendi-sendi ku dan ia membuat aku tidak dapatmenahan rasa geli. Terus ketawa aku pecah.


“Aminah Amia!!!” Haji Dinmasih memandang aku serius. Aku yang masih tertawa. Bila bertemu pandang denganHaji Din makin tawa aku tidak dapat dikawal.


“Hei! Aminah Amia okey ke?”Haji Din masih mengamati wajah ku.


“Minah okey! Minah okey!” akucuba menghentikan perasaantertawa tetapi hanya sebentar dan kembali bersambung.


“Isteri saya ada cedera di kepalake?” Haji Din terus menarik kepala ku dan lelaki itu meneliti pula seluruhceruk kepala ku pula. Diselak-selak rambut hitam ku berulang kali. Mungkin HajiDin ingat kepala aku terhentak dan ia membuat aku menjadi otak aku mereng.



“Minah okey Haji Din.Astagfullahillazimmmmm….” Aku berusaha menenangkan diri dan menarik nafassedalam-dalamnya.


“Okey sayang?” Haji Din masihberusaha mencari kecederaan diri ku sedangkan dari tawa tadi bukan keranakesakitan tetapi akibat tangan sasanya yang lincah menyusuri tubuh kuterutamanya tempat sensitive seperti pinggang dan paha ku.


“Minah okey. Haji Din janganpegang Minah.” Pinta ku dan menolak tangan Haji Din yang memegang belakang ku. Nanti tangannya sampaidipinggang pasti sekali lagi tawa ku berkecai.


“Kenapa?” Haji Din dahkembali serius. Mungkin tersinggung dengan kata-kata ku.


“Tiada apa-apa. Cuma Minahgeli bila Haji Din sentuh kat pinggang dan paha Minah.” Terang ku jujur. HajiDin akhirnya tersenyum.


“Gelilah ni?” Haji Dinbertanya dan aku segera mengangguk.


“Betul geli?” Sekalilah HajiDin bertanya dan aku sekali lagi mengangguk. Haji Din dah bangun dan perlahanduduk disebelah ku. Wajahnya tajam memerhati ku dan mata helangnya tepatmemanah kehati ku. Parah ni.


“Kalau begitu saya nak cuba lagilah.” Habis berkatademikian sekali lagi aku menjadi mangsa geletek Haji Din. Aku cuba merayu dan tiada simpati pundari Haji Din.


“Haji Din tolonglah!Berhenti!” akhirnya aku yang kepenatan, menangis bila terasa kalah dengan HajiDin.


“Aminah Amia bahagia sayang?”Haji Din terus menarik aku dalam pelukan bila melihat aku dah semakin cengeng.Mungkin beralah melihat aku dah semakin kalah.


            “Ermmm
!!!” hanya itu jawapan ku dan rasa bahagiamenyerap dalam diri bila Haji Din mengeratkan pelukan. Perlahan-lahan satukucupan mengenai ubun-ubun ku dan terus ke bibir. Aku termalu dengan perbuatanHaji Din di dalam cahaya terang.

“Sakit kaki lagi?” perlahanHaji Din bersuara. Aku yang bersarang dengan perasaan malu tidak menjawabtetapi kepala aku yang bersuara. Kenapa Haji Din semakin berani menunjukkankasih sayangnya pada ku?


“Dah tak sakit…” denganperasaan yang bercampur aduk, aku menjawab perlahan. Hampir tak terkeluarsuara. Kena cium terus hilang sakit. Hahaha...memang kepala kau yang sakit Minah oii...


“Bagus! Sekarang kita bangundan bersedia untuk maghrib. Pastu kita keluar makan.” Ajak Haji Din dan lelaki ituterus bangun dan menarik aku sama. Aku yang dah jadi patung cendana hanyamengikut langkah Haji Din yang memimpin aku ke bilik air. Asyik bercinta saja,tak sedar suara azan dah lama berkumandang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 02:52 PM | Show all posts
lagik..nk sambungan lagik..tak puas baca nie...hehhee
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 02:54 PM | Show all posts
Uwah lamanya haji din & mina menghilang rupenya masih di johor lagi he he he he
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2012 03:12 PM | Show all posts
akhirnya...ada pun n3 nya...
walaupun x puas...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 03:21 PM | Show all posts
Dah lama tunggu sambungan baru hari ni ada. TQ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2012 12:55 PM | Show all posts
best...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 11:28 AM | Show all posts
sambung lah..lgiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 12:04 PM | Show all posts
Nk lagii..we want more
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 01:17 AM | Show all posts
menarik sambung lg...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 01:25 AM | Show all posts
menarik sambung lg...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 01:27 AM | Show all posts
menarik sambung lg...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 01:28 AM | Show all posts
bila la nk smbung nie...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 01:34 AM | Show all posts
menarik sambung lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2012 01:09 PM | Show all posts
best...
memang best
cam x puas lagi nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 04:43 PM | Show all posts
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 04:29 PM | Show all posts
kak shaaaaaaaaaaaaaaa

sambung lagi taw
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 10:13 PM | Show all posts
jatuh cinta pd hj Din...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.051601 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list