|
Reply 974# mijot
belum..biasa lah kes gini, lambat sikit, selak sini tak kena selak sana tak kena... |
|
|
|
|
|
|
|
“sayang..!” Shah berjalan kasar, memandang sekeliling mencari Lisa.
“what?” terjerit apa lah En Hubby aku ini.
“apa ni?” beberapa keeping gambar dihulurkan. Terpampam Lisa. Cubaan baru dalam rumah tangganya.
“mana dapat ni?”
“betul ke tidak?” jelas En Hubby tak berpuas hati.
“of couse lah tidak my dear..”
“ye la tu..” serius riak muka En Hubby.
“you jangan nak mengada dear.. jangan nak mula yer..” Lisa menjeling.
“apa bukti you kalau itu bukan you?” sindir En Hubby.
“mama..boleh tolong Kira?” terjengul wajah anak dara kecil tu di muka pintu.
“what my honey..”
“I don’t know how to write this..” buku tulis dihulurkan pada Lisa.
“ooo.. come here..” tanpa memandang wajah Shah, Lisa terus mengajar Kira. Sengaja dia melambat2kan bersama Kira. Sakit betul hati melihat muka tak percaya Shah.
Gambar2 tadi sudah pun selamat Shah simpan dalam sampul semula. Sampul itu di masukkan dalam laci meja kerja. Lisa yang asyik mengajar Kira di sofa di hadapannya. Lelah dengan bahang yang menjalar.
“I’m not done with you..” Shah bangun keluar.
“I know..” Shah terhenti mendengar balasan dari Lisa. Lisa tidak memandangnya langsung.
Lisa rasa sebal, malas nak melayan Shah. Ini bukan perkara baru dalam hidup mereka. Gambar tidak tahu hujung pangkal pun sudah menjadi isu. Sudah lah kes Melati dan Rusdi tidak ke mana lagi.
Mengingatkan hal itu, Lisa rasa kecewa. Pelbagai kerjasama yang diberikan namun masih buntu. Kes Karina juga begitu. Bertahun berlalu masih lagi tidak dapat di sahkan. Balik2 kes pembunuhan terancang, namun master mind masih di cari.
“ada apa lagi ?” |
|
|
|
|
|
|
|
“maaf Puan, kita temui bukti baru”
“what now?” Lisa memandang tepat pada pegawai polis di hadapannya. Entah apa nama nya, Lisa malas nak ambik tahu. Lisa semakin bosan. Dalam kesibukan nya, kena pula singgah ke sini.
“Puan rapat dengan arwah?”
“not really, ada la jumpa several time.”
“Puan rapat dengan En Rusdi?” Lisa mula mengeluh.
“he is my x” dia mula mengangguk, entah apa yang di catat, Lisa hanya memandang kosong.
“bila nak selesai kes ni?” jelas aku menyindirnya.
“kita masih menyiasat Puan”
“yes, I saw it. Tapi terlalu lama kan. Anak I pun dak besar tahu?”
“kami mencari dari segala sudut Puan, harap Puan akan terus membantu kami. Kes begini memang susah untuk kita selesaikan”
“like it or not I’ve no choice kan?”
Sampai di butik, hati aku terubat melihat pelanggan yang ramai ‘walk in’. Satu perkara yang baik dalam perniagaan. Segala barang untuk di bawa ke Pejabat Kemas sudah tersusun rapi. Ini mesti kerja Intan. Senang rasa ada staff yang memahami.
Bandar Kuantan apabila musim tengkujuh tiba tak ada beza dengan musim2 lain. Jalan masih juga jem. Mujur tak seteruk KL lagi. Kalau tidak berasap la baru sampai.
Tidak ada langsung senyuman mesra dari penyambut tetamu. Lisa sedikit kelat. Inikah wajah kakitangan kerajaan. Sudah lah penyambut tetamu.
“duduk lah dulu, Puan Rohayati tengah makan” jam di belakangnya menunjukkan sekarang sudah pun pukul 2. Makan lagi?
Tanpa banyak soal aku duduk di ruang tetamu. Jenuh menanti, setengah jam aku membantu di sofa. Sudah lah tak ada air minum.
“Puan Rohayati, I dah tunggu kat pejabat you” sengaja aku memberitahunya. Ikut hati nak juga cakap, I tunggu you berjam dah.
“hi Puan Lisa, I’m waiting for you.” Ye la tu.
“Puan kat mana?” masih bermanis. Biasa lah nak tender ni berjalan lancar.
“dalam pejabat, you?”
“kat ruang tetamu.” Panggilan terus termati.
Muncul kelibat Puan Rohayati, terus muka penyambut tetamu tadi manis mengalahkan tebu gula. Manusia2. Susah sangat ke nak melayan orang. Mujur tak dapat pekerja macam ni. Parah aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Perbincangan aku dan Puan Rohayati berjalan tenang. Setakat ini tiada lagi percanggahan atau pertikaian. Sikit2 tu umpama tidak berbekas sahaja. Maklum lah, ini bukan kali pertama aku berkerjasama dengan Kemas.
“jadi Puan Lisa, you ready for the amount?” aku meneliti perancangan yang di atur.
Bukan senang untuk menjadi penceramah. Rezeki dalam kemelut ini namanya.
“everything fine Puan Rohayati, date kekal kan?”
“yes, tender kain tu macam mana?”
“I akan hantar seperti yang kita janji. 3 hari ke 7 hari bekerja selepas I terima application dari you all lah. Application macam biasa lah, via mail atau fax. Just call my office to confirm back.”
“ok”
“I’ve to go, Puan Rohayati. Any changes call me ok” salam berbalas, aku terus berlalu menghala ke butik.
“cik Lisa, your hubby dan kawannya tunggu Cik Lisa dalam pejabat”
“dah buat air?”
“sudah” sekilas Intan menjawab, kaki aku terus melangkah. Ada seseorang yang tidak aku kenali bersama Inspektor Ibrahim dan En Hubby.
“dah lama sampai?” walau hati masih geram dia tetap my hubby. So salam dan ciuman rutin seperti biasa bila bertemu. Matanya bercahaya, seperti ada perkara yang ingin di perkatakan.
“boleh tahan” jawab Shah.
“kenapa tak cakap nak datang, I pergi Kemas tadi”
“I nak jumpa you personally” wanita itu bersuara.
“do I know you?” tak sengaja aku bertanya. Kasar ke? Tak la kot.
“ini, Cik Suriyati, pendakwaraya bagi kes SPRM tu” pantas Shah menjawab kekeliruan aku.
“so?”
“macam ni, segala kertas kerja telah lengkap. Saya nak minta Puan untuk menjadi saksi bagi pihak pendakwaan. Segala2 nya saya akan aturkan untuk Puan”
Aku memandang En hubby, boleh ke aku jadi saksi? Tidak pernah sepanjang hayat nak masuk dalam kandang saksi. Tetiba, perasaan marah pada En Hubby hilang sekejap.
“Lisa, you have to do it, it’s all about Shah” Inspektor Ibrahim pula bersuara. Masih menagih persetujuanku.
“apa yang I perlu cakap?”
“saya akan bantu Puan, jangan risau. Kita akan adakan beberapa sessi latihan supaya Puan biasa dengan tekanan dalam mahkamah” beria Cik Peguam tu terang kan. |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua... fazss nak buka rumah dah...
*************************************************************************
“kalau you tak nak it’s ok sayang.. you don’t have to do it” jelas Shah hampa dengan riak Lisa.
“you don’t get me..” datar suara Lisa.
“cik, bila saya perlu jumpa awak, dan bila tarikh masuk court you email or call me. Ini kad I. I akan buat yang terbaik”
“good”
Kami teruskan perbincangan ringan dengan semua fakta yang terkumpul. Beberapa kali Cik Suriyati menegaskan, setakat itu sahaja fakta yang dapat di kongsi. Aku pun tak pasti kenapa. Padahal ini semua tentang En Hubbyku.
Keadaan kami masih lagi dingin. Bertegur bila perlu sahaja. Kadang2 Kira lah posmen tidak berbayar. Pakaian yang telah siap aku seterika, aku gantung kemas dalam almari di bahagiannya. Aku kemas ruang meja solek.
Baru sahaja melangkah keluar bersama kain kotor, dengan mulutnya memanggil.
“Lisa”
“ermmm..”
“tak siap lagi mengemas? Dah malam”
“biasa lah kerja perempuan mana pernah habis, bukan you nak tolong pun?” sengaja ayat bercili terkeluar.
“maaf I tak tolong you buat kerja rumah” datar suaranya. Matanya bercahaya memanah mata ku.
“tapi I tolong you jaga anak kan?” nada seperti memujuk? Dia nak pujuk aku?
“ye la..thanks, dah I nak turun” ujar aku lemas dalam renungannya.
“ok” baru berpaling, lengan ku diraih.
Hanya mata bertanya, memandang sepi pada wajah nya. aku rindu padanya. Ait mata dah bertakung. Rindu itu bertamu, namun dia En hubby aku yang masih mengecewakan aku. Kalaulah mulut dia tak gatal marah aku pasal gambar tu tentu kami baik2 saja.
“I hantarkan untuk you” bakul kain bertukar tangan.
Shah muncul bersama secawan air di tangannya. Aku tersenyum nipis. Pasti dia cuba menutup peluang untuk aku mencipta alasan untuk berbual dengannya.
“hot milo special for you..”
“thank you so much, jangan lah baik sangat nanti tak terbalas jasa you pada I” tiba2 sedih menyelubungi aku. Aku hamba yang lemah. Neraka lah tempat aku, terlalu banyak dosa yang terkumpul sejak kami dingin. |
|
|
|
|
|
|
|
“jangan cakap macam tu, I yang banyak dosa pada you. I lukakan hati you”
Aku masih bersama sedu. Aku letakkan cawan di meja lampu tidur. Kami bersandar di kepala katil. Beberapa hari berlalu, ini kali pertama kami duduk dekat.
Mutiara dari takungan mataku masih tegar mengalir. Tidak mampu mendengar kata2 maafnya. Aku rasa terlalu kerdil.
“Lisa tahu, Lisa tidak sempurna. Kalau ada yang lebih baik dari Lisa, you ambik lah. Kalau you nak lepaskan Lisa. Lisa faham.” Berjurai air mataku. Tidak jelas pemandangan mataku kini, tapi telingaku mendengar esak halusnya.
Pipi aku di jamah jejari kasarnya.
“sayang..jangan cakap macam tu. Kita memang tak sempurna. Sebab kita saling melengkapi”
“I’m tired”
“please don’t sayang.. you kan my strong, you adalah segala2nya.” tubuh aku diraih. Aku tidak berdaya untuk menolak. Badai ini terlalu kuat. Disaat dia hilang kepercayaan terhadap kejujuran aku, aku lemah.
“I’m sorry..i betul2 minta maaf..”
“kita mula kan segalanya dengan kejernihan yer sayang..” tambahnya. Aku hanya mampu teresak di dadanya.
Wajah aku diangkat. Seluruh wajah aku di cium, melata tangan nya bergerak menenangkan hati wanita aku yang terguris.
“hati I terluka” baru aku mampu bersuara.
Tiada jawapan bdari bibir nya. Di satu kan bibirnya ke bibir aku. Sembuhan buat mendamaikan hati wanita.
Ombak yang menghempas tinggi, lebih tinggi dari nya. Ombak musim tengkujuh tidak ada siapa yang mampu mempertikaikan. Ia datang sesekali tanpa kata mesra. Silap kata, nyawa yang di ragut. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa terus berlalu, tanpa sedar Lisa masih berada dalam kepungan. Kepungan masalah yang tidak berkesudahan. Melati masih lagi dalam tahanan.
Aku terkejar2 turun naik mahkamah. Kes SPRM mula di bicarakan. Selama 2 hari berturut2 aku perlu wajib hadir ke mahkamah.
“you do great sayang..” Shah senyum pada aku.
“thanks, I cakap yang benar. Kesian pula pada Melati tadi dear..”
“kesian?? Memang she deserve that” Shah memandu tenang.
“tak baik lah cakap macam tu”
“you rela lah dia jadi madu you?”
“apa kes ni?? Nak kena potong ke?” sengaja aku menguatkan perkataan potong. Aku memang memaksudkan keputusan aku.
“la..hari tu kata izin?” Shah gelak besar, aku muncung.
“amboi..bab tu ingat, bab tukar kereta Lisa?” aku memandangnya.
“bila you cakap? Tak ingat pun?”
“tak ingat.. tipu!!” Shah gelak besar, aku tahu dia ingat.
Selepas beberapa siri perbicaraan, semuanya semakin jelas. Aku sentiasa menemani Shah menghadiri sesi perbicaraan. Melati yang duduk di kandang tertuduh adakal tertunduk ketika di tekan oleh Cik Suriyati. |
|
|
|
|
|
|
|
Segala yang berlaku ada rahmat. Shah tidak di sabitkan sebagai tertuduh. Dia hanya di minta untuk menjadi saksi pendakwaan seperti aku. Nilai rasuahnya bukan sedikit, 300K. Sesiapa pun akan tergoda.
“adakah Cik Melati bersetuju dengan saya, Cik telah memasukkan RM300K ke dalam akaun Encik Shahnizam tanpa pengetahuannya” tegas sekali Cik Suriyati bertanya, matanya tepat. Tidak pernah aku melihatnya seserius ini.
Tiada jawapan yang tercatat. Cik Suriyati masih lagi bertalu2 menyoal. Aku mula rasa berdebar. Shah memandang muka aku, lengan aku di elus.
“sabar” bisiknya. Aku memandang mohon jawapan. Apa maksudnya.
“tangan I you genggam kuat sayang..” bisiknya lagi kemudian. Aku tersenyum malu.
“sorry, sengaja” En Hubby senyum.
Perbicaraan ditangguh keesokkan harinya, kami bertemu dengan Melati di perkarangan tempat letak kereta. Aku hanya senyum nipis, Shah masih lagi dengan sisa tawanya.
“you all rasa lah dulu kemanisan ini. mungkin ia tidak lama” sindir Melati. Dia berdiri 4 kaki jauh di hadapan aku.
“insya Allah, terima kasih.” Aku hanya menjawab sekilas. Kami terus menuju ke kereta.
Dalam tidak sedar, perbicaraan telah pun sampai ke penghujung. Pagi ini tepat pukul 10 pagi. Mahkamah akan bersidang kembali bagi sesi penggulungan hujah. Sekali berhujah berjam2 bercakap. Memang patut aku tidak berminat untuk menjadi peguam atau pun hakim. Kalau tidak bernanah mulut sebab cakap banyak, aku kena bernanah telinga sebab dengar banyak.
Dua hari berlalu, sesi penggulungan hujah dan juri2 pun sudah selesai. Tiba pula sesi hukuman.Namun Rusdi masih bebas. Dia dibebaskan kerana tidak ada bukti secara langsung. Dia memang licik. Sudah masuk ke bibir masih lagi boleh terlepas. Rusdi tidak mampu di kaitkan dengan kes kali ini kerana tiada talian yang terbukti antara dia dan Melati.
Melati di penjarakan selama 5 tahun dari tarikh pengangkapan di buat. Cukuplah untuk dia menimba pelajaran yang berguna dalam sana nanti.
“selesai sudah satu bab” |
|
|
|
|
|
|
|
“insya Allah semua akan selesai” semua yang ada memandang Shah.
Aku sengaja membawa ibu tinggal dengan kami dengan izin Shah dan keluarganya. Ibu pun sudah semakin uzur selalu saja sakit2. Apa yang membimbangkan, masalah jantung ibu.
“meriah dah rumah kita” tiba2 Mak Yah bersuara. Ibu senyum memandangnya.
“terima kasih dear..”
“apa milik you, hak I kan. So secara tak langsung, ibu pun ibu I la kan.” Aku raih pipinya. Seperti Kira aku cium pipinya.
“Adam nak..” semua tertawa mendegar permintaannya, sambil mendekatkan pipinya ke bibir aku.
“sayang anak mama” beberapa kali aku cium pipinya. Kira di sebelah pula aku raih. Aku tahu dia menanti gilirannya. Semua suka dan gembira dengan suasana baru ini. Syukur Ya Allah.
Fail demi fail aku selak. Sebulan aku tidak memeriksa data2 butik. Kesuntukkan masa membuat aku terpaksa memilih sesuatu yang lebih penting. Seminggu berlalu, aku tenggelam dalam fail2 butik.
“sayang, lunch time”
“bila you sampai?”
“punya lah kusyuk tak perasan I datang yer”
“sorry dear..apa tu sedap yer bau” aku duduk bersamanya di sofa.
“duduk I ambik pinggan dan sudu” aku senyum suka. Gembiranya dapat layanan macam ni. Wah..chicken chop. Kegemaran aku. Pelik dah ni, ada something ke yang dia nak dari aku.
“dah makan?” terkejut aku di sergah begitu. Tersembur kentang goreng dalam mulut.
“tu la..makan tak tunggu suami” sempat lagi nak kenakan aku. Teruk lah En Hubby ni.
“sedap?”
“sedap..you beli kat mana?”
“ada lah” buat pertama kali kami makan bersama dalam bilik kerja aku. Selalunya, kami makan bersama dalam bilik pejabatnya kalau dia sibuk dengan kerjanya.
“comot” aku menggelap sisa sos lada hitam di dagunya.
“you pun” pipi aku pula di kucup.
“banyak lagi kerja?”
“banyak juga. Nak habiskan hari ni. Boleh?”
“banyak mana tu?”
“balik lewat sikit la..dalam pukul 6 lebih Lisa balik” |
|
|
|
|
|
|
|
“ok, balik rumah terus ok. I tak dapat teman you. Pukul 4 nanti I kena pergi MS Garden. Tak tahu pukul berapa habis meeting nanti.” Aku mengangguk faham. Keadaannya lebih teruk. Disebabkan kes itu, syarikatnya tidak berjalan, asset syarikat dibekukan. Sudah lama bercuti mesti banyak yang perlu dilakukan.
Sebaik Shah kembali ke pejabatnya, aku menyambung kerja2 aku. Sesekali Amy masuk apabila ada perkara yang mula aku tak faham. Data2 yang mereka tulis adakalanya tidak seragam dengan data yang aku kira. Serabut jugak otak aku lengkapkan data2 yang tertinggal.
Beberapa hari lagi tempoh matang untuk akaun butik. Sementara ada masa lagi aku selesaikan dahulu apa yang perlu. Telefon aku berbunyi, pasti En Hubby.
“sayang..” sekilas aku melihat jam di tangan.
“yes dear..”
“dah siap belum”
“dah. You kat mana?”
“masih kat MS Garden. Dah siap pergi lah balik.”
“baru pukul 5 kan, jap lagi I balik ok?”
“ok jangan lambat yer sayang”
“ok..love you”
“love you too” aku tersenyum. Aku mendapat semula En Hubby aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 985# fazss
tq fazss...seawal pagi dah dpt bekfes
nanti klu free letak lagi n3... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 991# Ju'a
sama2... insya Allah...{:1_144:} |
|
|
|
|
|
|
|
Fazss
Pagi2 dah dpt crite melegakan.
Selesai satu bab
cuma tunggu balasan buat Rusdi plak. |
|
|
|
|
|
|
|
fazss....cepatlah Rusdi ni di tangkap..kesian hidup shah dan lisa.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah..thanks fazs..rusdi still bebas kan..biasa la org licik ni..tpi lambat2 nti baru la kena ..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
lepas lagi rusdi ni...
liat betul nyawa dia....
tp nak tau gak gambar apa yg buat shah naik angin tu... ;) |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnye hbs gak baca sampai sini, fazs sambung lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
jgnlah RUSDI ambik kesempatan masa LISA keja OT... |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua..selamat pagi.. sarapan untuk hari ini... hehehe
*********************************************************************
“dear, Lisa nak keluar dengan Kira”
“ke mana ni ladies?”
“ECM aje”
“buat apa sana? Tak boleh tunggu I ke?”
“shopping..”
“ish3..tak habis2. Habis la duit I” Shah berseloroh.
“dear..tak baik berkira tau dengan isteri sendiri. tak baik.”
“kalau I tak izinkan” Shah sengaja mengusik.
“ala..please.”
“ok la..banjir Kuantan nanti dengan air mata you”
“tau tak pe” tawa aku bersama En Hubby. |
|
|
|
|
|
|
|
Seperti biasa, pengakhir perbualan pastinya ingatan yang telah berulang kali di ucapkan. Penat atau tidak, dengar aje lah Lisa. Anggap sahaja, lagu merdu yang sedang berkumandang.
Pelawaan aku di tolak oleh Mak Yah dan Ibu, jadi memang aku dan Kira sahaja lah. Mak Yah ada aktiviti dengan kawan2 nya. Ibu lebih senang bermain dengan Adam di rumah. Jika diikutkan melayan kerenah Adam memang tak menang tangan.
Aku singgah dahulu ke butik sebelum ke ECM. Sekadar melihat seimbas lalu. Hari ini sengaja aku tidak masuk ke butik seperti biasa. Semua urusan sudah kembali normal. Beberapa orang kakitangan di cawangan butik aku yang lain pun sudah boleh bekerja tanpa pengawasan sepenuhnya.
“Kira nak ke?” aku memerhati Kira asyik membelek baju yang terpamer. Baju itu saiz dewasa, kalau dia pakai macam pakai baju kelawar jadinya.
“nak. Cantik”
“yang ni tak sesuai untuk Kira, besar la..”
“mama buat lah..” pandai aje anak dara ni.
“ok, jom..”
“Kira nak teddy bear tu?” matanya tidak lepas dari bear yang tersusun rapi di rak.
“nak, tapi bilik Kira dah penuh mama, macam mana?”
“tak payah la beli baru. Lagipun Kira dah ada adik, dah jadi kakak kan. Kakak tak boleh selalu main bear aje. Kesian adik bosan. Betul tak?” psikologi Lisa. Tawa jahat dalam hati. Harga bear tu sungguh tidak tertahan. Wajiblah tidak beli!
“kenapa pula mama?”
“sebab adik Adam kan lelaki, mesti dia tak best main patung hari2. Apa kata kita beli mainan yang Kira boleh main dengan dia. Best kan?”
“betul3..” pengaruh siri upin dan ipin menjalar dalam diri anak dara aku. Tertawa senang dia.
“nanti Kira boleh ada adik lagi tak?”
“hah??” tercengang aku.
“dalam perut mama tak ada adik lagi?” kata2 nya seperti sesuatu. Pelik pula aku.
“belum lagi. Kenapa? Kira nak adik lagi yer?” cepat dia mengangguk.
“nak adik perempuan. Lelaki macam Adam tak best sangat” tergelak juga aku akhirnya. Macam2 lah akal anak dara ni. Ingat macam tu aje ke.
“kita tak boleh pilih lah sayang.. itu kuasa Allah. Kira faham kan?” dia mengangguk lagi.
“Kira doa sekarang” pantas tangan nya di tadah.
“Ya Allah, bagi lah adik dalam perut mama lagi. Kira nak adik perempuan. Amin” aku geleng aje. Orang lalu lalang memandang, ada yang tersenyum. Tak kurang juga ada yang berlalu dengan pandangan pelik. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|