1) Buta Hati
Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua yang tidak berdaya itu.
2) Gaji Buta
Saya mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bersungguh-sungguh supaya tidak makan gaji buta sahaja.
3) Jalan Buntu
Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan buntu kerana sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca penyakit tersebut.
4) Kepala Angin
Susan nak layan orang yg berkepala angin mcm Amin tu
5) Lupa diri
Dia menjadi seorg yang lupa diri setelah berjaya dalam hidupnya.
Terkesima membaca pengorbanan seorang guru Bahasa Melayu yang sanggup meredah perjalanan berlumpur sejauh berpuluh-puluh kilometer. Kisah seorang guru dari Kota Bharu, Kelantan ini menjadi contoh apabila beliau sanggup melupakan rasa selesa yang wujud di kebanyakan sekolah di kawasan bandar sebaliknya beliau bersama-sama guru-guru lain tekad menabur bakti kepada anak-anak Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman. Syabas di atas pengorbanan.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Selamat menyambut hari guru diucapkan kepada semua guru-guru tidak kira di mana jua berada. Guru-guru telah mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada kita supaya kita dapat menjadi insan yang berguna pada masa depan. Tanpa guru, kita tidak mendapat pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Komitmen guru-guru dalam mengajar kita amat tinggi dan tanpa jemu.
Guru ibarat lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain. Pengorbanan guru amat murni kerana sanggup buat apa sahaja demi kepentingan kita
tanpa mengira penat lelah. Seharusnya kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka kerana sanggup luangkan masa mengadakan kelas tambahan, program berbentuk motivasi dan melatih dalam acara sukan demi kebaikan kita di masa hadapan. Mereka sanggup ketepikan hal peribadi demi kejayaan kita.
Bukan ganjaran yang mereka hendakkan dari kita tetapi melihat kita berjaya sudah cukup memuaskan hati mereka. Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.
Kesungguhan mereka dalam mendidik, membimbing kita wajar kita kenang sehingga akhir hayat. Semoga guru-guru dapat teruskan mengajar walau rintangan di zaman sekarang amat tinggi.
Marilah kita sama-sama menghargai jasa-jasa guru. Semoga ingatan kita pada mereka membuatkan mereka terus bersemangat untuk mengajar pada generasi seterusnya. Terima kasih guru-guru kerana telah memdidik dan membimbing kami dengan sabar. Selamat hari guru. Semoga senyum selalu.
Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia. Sanggup mengharungi kepayahan di pedalaman untuk menyumbang dan mengajar anak-anak di sana.
Sanggup menghadapi kerenah dan segala macam ragam para pelajarnya tanpa mengira umur, status dan latar belakang.
Sanggup memikul beban kerjaya mendidik yang semakin mencabar intelektual, skop matapelajaran kian meluas dan pelbagai aktiviti kokurikulum di setiap sekolah.
Sanggup menjadi tempat rujukan, banyak memberi ruang dan masa di mana sahaja berada untuk setiap pelajar yang memerlukan tunjuk ajar mereka.
Terima kasih cikgu kerana pengorbanan-mu hanya Allah layak membalasnya.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik si seluruh Malaysia tidak kira di bandar, kampung atau yang jauh di pendalaman.
Guru yang pertama sekali yang akan kita jumpa ialah ibubapa atau penjaga yang mendidik dan memberi tunjuk ajar sejak dari kita kecil hingga sampai dewasa. Kerana sesungguhnya pendidikan bermula dari rumah.
Profesion perguruan sangat di pandang tinggi oleh masayarakat suatu masa dahulu kerana ibubapa akan memeri sepenuh kepercayaan kepada guru guru di sekolah untuk mengajar dan mendidik anak anak tanpa banyak campur tangan. Berbanding sekarang, guru pula seakan akan takut untuk menegur kesalahan anak murid kerana campur tangan ibu bapa yang agak melampau.
Sebenarnya banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh para guru untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi celik huruf hingga bijak pandai. Ada masanya bukan sekadar tenaga malah mengorbankan duir ringgit untuk membantu pelajarnya.
Jadi, marilah kita sama sama menghormati dan mengharga jasa guru guru kita kerana sedikit sumbangan mereka menjadikan siapa kita sekarang ini.