|
|
[Tempatan]
Restoran mamak di Bangsar kenakan caj pendingin hawa RM10
[Copy link]
|
|
|
flawless and glowing OMG... taknak kalah dgn nekmah letteww

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Peluh berbaldi masuk makanan diorang ni tak caj ke skali  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
customer lah bodo tak alert. mohon pergi gantung diri jah kepada customer2 bodoh tak alert ini. settle tak payah menyusahkan pihak2 lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada ke org gi restoran duk saje x order makan or minum.. x kena halau pulok.
kalau btol ada yg mcm tu, nk kuar kedai mesti mamak sekat suh byr dulu rm10.60. tmbh gst 0.60 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 18-4-2016 11:43 PM
flawless and glowing OMG... taknak kalah dgn nekmah letteww
Baru hari ini aku perasan gambar ni.. Taknak tunjuk badan dia lebar, bahu sebelah kiri dikaburkan  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak jauh dari Syed ada satu kedai mamak bwh pokok yg famous
tu confirm tak kena charge aircond |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bising2 kata mamak mahal la... kotor la...
restoran mamak tetap punuh juga |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Caj pendingin hawa: Restoran patut letak papan tanda
PETALING JAYA: Pengusaha restoran perlu meletak papan tanda bagi memaklumkan bayaran akan dikenakan kepada pelanggan yang tidak berbelanja di premis mereka.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata demikian sebagai reaksi terhadap sebuah restoran mamak di Bangsar, yang mengenakan caj pendingin hawa sebanyak RM10 kepada pelanggan.
Bagaimanapun, pengurus restoran mamak itu kemudiannya menjelaskan, ia adalah kesilapan pekerjanya ketika mengeluarkan resit itu dan resit baru tanpa caj pendingin hawa telah diberikan kepada pelanggan terbabit.
Tambahnya, caj pendingin hawa RM10 hanya akan dikenakan kepada pelanggan yang tidak memesan makanan atau minuman dan duduk di dalam premis itu melebihi dua jam.
Nadzim menegaskan, sudah menjadi kebiasaan untuk pelanggan memasuki restoran berdingin hawa, khasnya ketika cuaca panas terik.
“Ia adalah normal bagi orang ramai masuk ke restoran tanpa memesan makanan atau minuman.
“Kami sering terima banyak aduan mengenai orang ramai yang berbuat demikian. Ia adalah perkara yang perlu kita tangani setiap masa,” katanya ketika dihubungi FMT.
Namun, jelasnya, adalah luar biasa bagi sebuah restoran untuk mengenakan caj pendingin hawa yang disifatkannya sebagai isu “etika manusia”.
“Saya bersimpati dengan restoran itu, tetapi ia masih tidak normal.
“Apa-apa pun, pengusaha restoran perlu meletakkan papan tanda bagi memaklumkan mereka akan mengenakan caj kepada pelanggan yang menggunakan ruang tanpa berbelanja.
“Ia hanya adil, jika mereka berbuat demikian (meletakkan papan tanda) dan dari segi undang-undang, pelanggan tidak boleh mempertikaikan tindakan itu,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
iye ke? entah2 sengaja je cas. kalau jenis org takkisah, diorg tak tengok pun bil. bayar je..
yg tertangkap mcm ni, baru terngadah nk btlkan, konOn kesilapan teknikal la sgttt  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jelitanyaaaa kak bik...patut dapat gelaran wanita tercantik asia!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
klau x check resit...
rugi buta je la..
ni taktik bisnis...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
untong la meniaga camni
mesti anak2 menjadi
x mcm anak polis, imi, kastam, jpj dll gomen
yg benar,
napisah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo x lepak mamak x urban kata mereka
lepak mamak best doplopatjam
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang celaka sangat orang yg duduk melepak di kedai makan hinggakan pelanggan lain yg datang nak makan tak ada kerusi dan meja untuk duduk. Even orang yg dah habis makan tapi masih lagi duk releks berbual 10 minit pun aku tak suka. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bluehedgehog replied at 19-4-2016 08:47 AM
klau x check resit...
rugi buta je la..
ni taktik bisnis...
A'ah..mmg rugi la klu x check..yg untung la tauke kedai tu lah..huhu
sama gak klu p kt pasaraya yg x letak tag harga kt brg tp letak kt rak..mcm TES.. or GIA.. tu..kt rak harga lain..dh scan harga lain pulak..bila tanya leh lah ckp staff blm@lupa tukar tag harga baru..alasan clise ja semua tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mamak2 bangsat ni mmg kejam. mana tak slhkan kerajaan, ada kementerian tapi tak wat kerja dok duk tengok internet ntah2 berforem kt sini. Byr gaji buta jer, alih2 harga barangan naik meleluasa gara2 kerajaan korup n pekerja mkn gaji buta. gaji di bayar rakyat tapi tak menyenagkan rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Restoran mamak caj pendingin hawa disiasat
Harga makanan yang dikenakan kepada pelanggan tidak sama dengan harga yang dipamer di papan tanda.
PUTRAJAYA: Pemilik restoran mamak yang mengakui kesilapan apabila pekerjanya mengenakan caj RM10 kepada pelanggan disiasat kerana didapati mengenakan harga makanan kepada pelanggan tidak sama seperti yang dipamer pada papan tanda harga.
Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementeraian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayudin berkata, harga makanan di premis itu berbeza-beza dengan harga yang dicetak pada resit makanan.
“Contohnya sup maggie pada menu RM6.50, tetapi pengguna kena bayar RM6.90, harga mi hailam RM6.50, tetapi pelanggan bayar RM7.50,” katanya.
Beliau berkata restoran itu boleh disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 atau Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana mengenakan caj lebih tinggi daripada harga yang tertera pada menu atau papan harga.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, menerusi siasatan yang dibuat, pemilik sebuah restoran di Kuala Lumpur mengaku berlaku kesilapan apabila pekerjanya mengenakan caj RM10 bagi pendingin hawa kepada pelanggan.
Beliau berkata, pemilik restoran di Bangsar itu mengenakan caj tersebut kepada pelanggan yang menempah bilik makan untuk acara tertentu atau yang inginkan privasi dan caj tersebut telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan.
“Sesetengah restoran ada caj seperti itu bagi pelanggan yang menempah bilik untuk acara tertentu dan ia tidak menyalahi peraturan jika caj tersebut dimaklumkan kepada pelanggan.
“Cuma dalam kes ini kita tidak dapat pastikan sama ada pelanggan terbabit makan di dalam bilik atau di luar bilik kerana kita tidak dapat berjumpa dengannya,” katanya kepada pemberita ketika merasmikan Sambutan Hari Penguatkuasa KPDKK Ke-44 di sini hari ini.
Isu tersebut menjadi viral dan dikecam ramai apabila gambar resit yang bertarikh 15 April yang tertera caj RM10 disebarkan pelanggan di media sosial.
– BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|