CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: comel91

Go Abam Harith, Sindir Lagi Teksi! Ramai-ramai call Uber

[Copy link]
Post time 31-3-2016 12:18 PM | Show all posts
matchstick replied at 31-3-2016 12:11 PM
Ooo...ok. Tq byk2. Nt nk register.
Rasa nk register jd driver uber pun ada gak ni..hehe

boleh gak
cari duit tepi
iols ade reg jd driver
tp xpenah start buat
sbb pemalas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2016 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
syue86 replied at 31-3-2016 12:18 PM
boleh gak
cari duit tepi
iols ade reg jd driver

Adik iols dah register dan uber dah panggil dah
Tapi malam before dia nak start tu
Dia ada tengok video teksi tahan kereta uber & panggil SPAD
Dia tanya iols sebab dia pakai kereta iols
Terus iols kata tak payah sebab tak sedap hati
Kalau takat saman, iols tak kesah nak bayar
Tapi kalau sampai masalah macam tu, iols malas nak pening kepala
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 12:47 PM | Show all posts
Penah kena time KL naik air, banjir. Dr times square nak ke mana2 LRT; asal dapat balik. mntk tlg drop. sb bwk anak2.
dia charged rm40. mcm nak menangis. tp sb hujan. anak2 pakai topi n pampers atas kpala takot demam.
Uncle vavi tu xnak kurg sikit pn harga.
sejak dari hari tu. walau apa pn jd, aku lg rela redah guna kaki.
kalo bwk anak2 direct pakai kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 01:00 PM | Show all posts
stroberi replied at 30-3-2016 06:20 PM
teringat aku pernah kena masa awal2 masuk usm nak pergi tesco sg dua from usm call teksi rm15 kena ...

Sejak bila Sg Dua ada Tesco?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
leenali replied at 31-3-2016 01:00 PM
Sejak bila Sg Dua ada Tesco?

Sg Dua Island la sis....pintu masjid USM....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 01:50 PM | Show all posts
revolusi_30 replied at 31-3-2016 01:26 PM
Sg Dua Island la sis....pintu masjid USM....

Tu yang tanya tu.. kat pintu Masjid tu.. ms study sana apa pun takdak hihi KFC tu ja ada.. la ni ada lagi ka?

Sorry OT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2016 01:55 PM | Show all posts
uber n grabacar ni bukan ke xde lesen.
yg buat pemandu teksi ni marah, spad seakan2 xboleh buat apa2.. bila ditanya Spad jwb its beyond deme nya  kuasa.. bkn ke pengangkutan awam ni under spad?
teksi kena byr lesen kalau nk bwk.. kene buat inspection kalau nk renew roadtax n insurance. n bla bla.. nk kena byr itu ini.... n teksi ni kalau accident and ada penumpang masa tu... cedera ke mati ke.. penumpang ni dcover insurance... uber n grab a car ni xdicover ya... since diorg xregister... apa yg teksi ni minta ialah supaya spad jgn berat sebelah n tolong diorg.. hak diorg... attitude tu memang la..xdinafikan... pemandu teksi ni itu je punca diorg.. xsemua pemandu yg busuk.. be fair ..
mana SPAD.. tdo.. dh byk makan duit
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 02:04 PM | Show all posts
BebeQ replied at 31-3-2016 11:43 AM
sbb uber tak terima cash. semua transaksi pakai credit card or debit card. driver memang tak boleh ...

kalau penumpang jenis yang takde credit card or debit card susah jugak la kan??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2016 02:30 PM | Show all posts
faiz-za replied at 31-3-2016 12:30 PM
Adik iols dah register dan uber dah panggil dah
Tapi malam before dia nak start tu
Dia ada tengo ...

benda tu yg cuak tu
pastu ade SPAD sita kereta jugak
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 02:54 PM | Show all posts
BebeQ replied at 30-3-2016 02:32 PM
Husb i buat Uber dengan Grab bila weekend dan tengah malam kalau tak mengantuk. Penumpang dia ada ma ...

setelah puas kena tipu dgn teksi masa zaman belajar, zaman kerja ni dah tak ingin teksi..

amik uber saja. (tapi tak selalu guna pun, mungkin sebulan sekali)

-- melayu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 03:03 PM | Show all posts
syue86 replied at 30-3-2016 01:55 PM
asik berarak je
takde sapa nk setelkan ke?

siapa yg nk setelkan? mereka ni dah merayu minta tolong gomen settlekan masalah tapi tak ada yg endahkan...tu yg terpaksa berarak tu...

Teksi kena byr premit..yg tak ada premit terpaksa byr sewa teksi dgn company..1 hari dlm rm50 lebih bergantung kpd jenis teksi. Rosak tanggung sendiri. Pakai teksi proton sekejap rosak itu, rosak ini....duit yg dapat habis ke situ je. Setengah2 company cuti langsung tak de. Setiap hari kena byr sewa teksi. Sakit ke apa ke tetap kena byr sewa teksi. Kalau nk selamat dapat lebih pendptan kena rajinlah bwk pagi smpai tgh malam. Bukan semua pemandu teksi yg tak jujur. Ramai lagilah yg jujur kat luar sana. Ada waktu2 tertentu kena bwk ke Puspakom. Saya taulah sebab sedara saya bwk teksi juga.

Sedangkan uber ni tak perlu ada premit. Driver uber pun tak de lesen memandu kenderaan awam. Tak perlu check Puspakom.

Cuba baca komen ni..

Kalau ikutkan perundangan di Malaysia, cara Uber berfungsi adalah seolah-olah “kereta sapu”. You may google apakah terma yg saya gunakan.

Anda kena faham, apakah itu Lesen Memandu Vokasional (VDL) yg dimiliki oleh pemandu teksi. Uber sebaliknya menggunakan pemandu yg hanya mempunyai lesen memandu kompeten (CDL), juga, kenderaan yg digunakan adalah kenderaan jenis persendirian.

Kalau basic thing tentang lesen CDL dan VDL pun tak tahu, maka anda perlu sekali lagi mengambil kelas memandu.

Saya faham harga Uber jauh lebih murah utk membantu rakyat marhaen mendapatkan perkhidmatan pengangkutan yg bagus, tapi matlamat tidak menghalalkan cara Uber yg melanggar undang-undang.

Jika Uber;
-Menggunakan kenderaan perdagangan yg telah didaftarkan,
-Pemandu mempunyai lesen jenis VDL,

sudah pasti harga yg ditawarkan pasti sama dengan teksi yg sedia ada.

Saya bukan lah pengerusi pemandu-pemandu teksi, namun selama saya menggunakan perkhidmatan teksi, saya faham bagaimana dan apa yg dilalui mereka dengan pelbagai karenah birokrasi.

Kasihanilah pemandu teksi yg jadi mangsa ditengah-tengah antara birokrasi kerajaan dan tawaran murah yg illegal dari pesaing lain.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahukah anda? Begitu ramai veteran dari perkhidmatan awam seperti veteran tentera dan polis yg menjadi pemandu teksi?

Di negara luar, veteran dari bidang pertahanan akan disanjung tinggi kerana perkhidmatan mereka, namun di Malaysia mereka sekadar menjadi “ayam pencen”, dan ada yg terpaksa mencari sumber lain seperti menjadi pemandu teksi. Jadi,jika anda generalized semua pemandu adalah sama adalah seolah-olah menghina mereka.

Btw, jika adalah salah seorang penumpang yg dilayan secara tidak adil,berlaku penipuan terhadap servis yg anda terima anda sebenarnya boleh terus telefon talian SPAD.

Dan utk pengetahuan anda, nombor SPAD ada di kedua-dua belah cermin kira dan kanan penumpang belakang.





Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 03:04 PM | Show all posts
http://www.astroawani.com/gaya-h ... -kata-netizen-75710

Pemandu Uber dan teksi berdepan isu yang sama, kata netizen

KUALA LUMPUR: Dengan persaingan semakin meningkat antara pemandu teksi berdaftar dengan pemandu Uber, rata-rata pelanggan dilihat lebih selesa dengan perkhidmatan Uber kerana ia dikatakan menawarkan servis yang lebih baik, pemandu yang lebih mesra serta harga berpatutan.

Walaupun, Uber bukan perkhidmatan kenderaan yang berdaftar di bawah kerajaan, namun ia menerima sambutan yang sangat baik.

Tetapi, apakah punca disebalik kemorosotan perkhidmatan pemandu teksi, tambahan harga meter semakin menaik?

Berikut adalah pandangan yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Abu Ubaidah yang juga merupakan seorang anak pemandu teksi berkenaan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh setiap pemandu untuk mencari duit demi menyara hidup.

Menurut Abu, keperluan asas untuk menjadi seorang pemandu teksi adalah jauh lebih berbeza berbanding pemandu Uber.

Pemandu teksi berdaftar tertakluk kepada pelbagai syarat dan terma manakala pemandu Uber tidak perlu berhadapan dengan birokrasi proses. Berikut adalah antara perbezaan yang disebut oleh Abu;

1. Pemandu teksi memerlukan lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) manakala pemandu Uber hanya memerlukan lesen memandu.

2.  Pemandu terksi mempunyai pelbagai pakej untuk mendapat sebuah teksi bersama permit. Anataranya ialah pakej sewa permit bersama teksi daripada syarikat, dimana kos sewa minimum RM50/sehari.

3. Pemandu teksi memerlukan kelulusan PUSPAKOM.

4. Pemandu teksi perlu mematuhi peraturan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), sebagai contoh; tidak boleh ambil pelanggan lebih daripada empat.

Menurut Abu, golongan pemandu teksi merupakan golongan yang ditindas daripada pelbagai sudut, tambah-tambah lagi angka pemandu teksi semakin meningkat.

Dia juga mengingatkan orang ramai bahawa kebanyakan pemandu teksi menawarkan tambang yang tinggi, kerana itu merupakan kesan tindasan syarikat atasan mereka.

Anak pemandu teksi itu turut menyoal tekanan yang dialami oleh pemandu Uber, dimana sering kali pelanggan memuji perkhidmatan mewah mereka, padahal mereka tidak tertindas oleh mana-mana pihak. Jadi, perkhidmatan Uber serta bayaran lebih murah berbanding teksi biasa.

“Pengguna hanya melihat perkhidmatan yang diberikan, mereka tak peduli apa yang perlu dilalui oleh pemandu teksi sebelum boleh berkhidmat. Sudah pasti pemandu Uber yang tak perlu melalui ini semua dapat fokus pada servis,” jelas Abu.

Pemuda itu juga menekankan bahawa dia tidak menyalahkan mana-mana pihak, malah menyeru orang ramai untuk tidak membuat kesimpulan berdasarkan apa yang mereka lihat. Hal ini kerana, menurutnya, bukan semua pemandu teksi tidak berperikemanusian, malah mereka juga mempunyai keluarga yang perlu ditanggung.

Syarikat Uber juga dilapor memecahkan monopoli teksi yang selama ini dikuasai oleh syarikat-syarikat berkepentingan yang menindas pemandu teksi.

Selain itu, Abu berpendapat bahawa situasi akan bertambah baik jika pemandu Uber berkerjasama dengan pemandu teksi biasa dalam menangani tindasan yang dialami oleh pemandu teksi secara keseluruhan.

Perkara itu akan membantu semua golongan pemandu teksi dan secara langsung, akan meningkatkan perkhidmatan teksi.
Menurut Abu, kebanyakan pihak yang mempromosi Uber menganggap pemandu teksi sebagai musuh dan pesaing, sebaliknya Uber boleh menjadi platform untuk menambah baik perkhidmatan teksi, dan bukannya menjadi pesaing.

“Hakikatnya, Uber dan pemandu teksi mempunyai "musuh" yang sama, iaitu polisi yang amat sempit dan membebankan serta hanya menguntungkan syarikat-syarikat yang mengeluarkan permit.

“Oleh kerana Uber juga memerlukan sebuah polisi sokongan kerajaan untuk kekal bertahan lama, saya rasa Uber seharusnya perlu bergabung dengan para pemandu teksi yang sedia ada, dan bukannya bergaduh sesama sendiri.

“Pecahkan monopoli syarikat berkepentingan, desak SPAD untuk wujudkan polisi yang lebih baik, isu permit, PUSPAKOM dan sebagainya,” seru Abu.

“Namun sekiranya masih ada yang menyukai Uber atas alasan pemandu teksi itu rata-rata tak boleh dipercayai, maka kalian adalah termasuk dalam golongan ignorant privileged ********. Kalau tak privileged pun, anda poyo,” kata Abu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 03:23 PM | Show all posts
abbyhoney replied at 31-3-2016 03:03 PM
siapa yg nk setelkan? mereka ni dah merayu minta tolong gomen settlekan masalah tapi tak ada yg en ...

yup uber ni mmg itulah kelemahannya
peranan SPAD penting dlm ni
ini main lepas tangan aje
yg teksi keep on mogok
and kualiti servis kbanyakan masih tak diperbaiki
mmg bukan semua tak jujur..tapi kebanyakan bermasalah
bermasalah dari kejujuran, atitude, kondisi kereta dll
itu yg pengguna alami..in the end pengguna yg ade hak memilih
jd bila dh ade a few choice gini, diorg bley pilih

lets say Uber kena apply permit and all
so, dah jd legal..pengguna akan prefer teksi or Uber?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 03:25 PM | Show all posts
syue86 replied at 31-3-2016 03:23 PM
yup uber ni mmg itulah kelemahannya
peranan SPAD penting dlm ni
ini main lepas tangan aje

kalau baca kt komen tu kalau uber kena ikut semua prosidur yg teksi kena ikut, tambang dan segala mcm kos akan jadi lebih kurang sama dgn teksi juga...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
syue86 replied at 31-3-2016 03:23 PM
yup uber ni mmg itulah kelemahannya
peranan SPAD penting dlm ni
ini main lepas tangan aje

Kalau uber kena apply lesen sama macam teksi
Dan tambang uber akan jadi lebih kurang macam teksi
Tapi service sama macam yang uber sekarang ni
Rasanya orang ramai akan tetap pilih uber
Sebab kebanyakan orang tak kesah bayar lebih tapi service tip top
Time tu, tak tau lah apa alasan teksi nak mogok ke apa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 03:49 PM | Show all posts
go abam harith !!

selayaknya la puak2 ni

#taxivsuber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2016 04:21 PM | Show all posts
abbyhoney replied at 31-3-2016 03:25 PM
kalau baca kt komen tu kalau uber kena ikut semua prosidur yg teksi kena ikut, tambang dan segala  ...

yup..might be akan sama
tp kena igt kete2 uber better kondisi dr teksi
and driver mmg registered
klu jd pape tgh jln bley detect sape
compare ngn hail teksi sbrangan

pastu ade point system
naik brp byk, nnt dpt free ride

byk lg point yg user uber akn upkan
so org2 teksi kena tgk gak bab ni

i will more glad if uber betul2 jd legal
tp ending teksi akn jd sedih

hrga sama tp servis yg dpt blainan
why not pilih servis yg the best
for the same price?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 04:23 PM | Show all posts
faiz-za replied at 31-3-2016 03:45 PM
Kalau uber kena apply lesen sama macam teksi
Dan tambang uber akan jadi lebih kurang macam teksi
...

yup exactly
benda mcm ni teksi kena fokus
kenapa org beralih ke uber wpn x halal
takde proper insurans..tp org still guna
bukan nak mogok smpai sudah
pgusaha teksi kena amik point2 ni
bagi kondisi yg baik utk pemandu teksi
kesian kat diorg, tsepit kat tengah2
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 04:51 PM | Show all posts
syue86 replied at 31-3-2016 04:21 PM
yup..might be akan sama
tp kena igt kete2 uber better kondisi dr teksi
and driver mmg registered ...

kalau bab kondisi teksi tu tak boleh nk salahkan driver teksi 100% sebab sesetengah teksi tu masa ambil memang la elok tapi pakai tak smpai sebln dah meragam....aircond la...enjin la..bunyi sana bunyi sini....tingkap bhg pemandu rosak lah....duit habis utk repair...yg mati tgh jln waktu hantar penumpang pun pernah juga smpai sedara saya tu kena marah dgn penumpang....byr deposit ribu2 tapi teksinya...atas nasib2 kalau dpt yg okey tak pe lah jugak.... demam2 pun kena bawak juga. Tak nafikan memang ada driver teksi yg kurang ajar dan saya pun pernah gaduh juga dgn driver yg mcm tu....tak nak pakai meter...saya report je ke bhg aduan.  Uber saya tak pernah try lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dzeko replied at 30-3-2016 01:57 PM
langit dgn bumi klu compare bluebird dgn teksi2 kat Malaysia

BETUL TU! TEKSI MALAYSIA KECIK DAH LAH KECIK SPRING NAK TERCABUT.. NAIK SAKIT PUNGGUNG DUDUK.. BAU BUSUK HAPAK.. DREBAR TEKSI PUN ADA YG PENGOTOR KEMPRUK! PERANGAI MCM SAMSENG SUKA2 NAIKKAN TAMBANG! AIR CON PUN LOKEK!
BLUEBIRD PAT INDONESIA LAGI BERADAP KHIDMAT PELANGGAN..
PADAN MUKA DGN TEKSI2 DREBAR YG KEPALA BATU BESAR KEPALA... KALO TAK SEDAR DORANG GI TERJUN LONGKANG PUN BAIK!

HARAP2 UBER,GRAB CAR KHIDMAT PELANGGAN LEBIH BAIK KRETA LEBIH SELESA DARI TEKSI2 KEMPROK TU!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.091520 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list