|
[Tempatan]
Amirah, teman lelaki didakwa hari ini
[Copy link]
|
|
korang ni cite lain2 la dlm 1 mahkamah reporter smbng je..kn dia tulis kt situ..sementara itu..selain itu. |
|
|
|
|
|
|
|
asik berdoa je pandanlah bangsa sendiri tak maju
|
|
|
|
|
|
|
|
boyagombak replied at 6-1-2016 12:57 PM
Woit abangCha,agak2la. Kalau setakat penipuan tdk melibatkan jenayah tu kira boleh diambil sebagai ...
Sumpah kelako analogi yg bam boya bagi ni.. Siap kak mah skali terbabit. Kelasss |
|
|
|
|
|
|
|
Bila lobai pejuang Isle memberi komen.....
Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cela mencela umpat mengumpat
Ramai bersoal segenap tempat
Perawan sekarang lakunya candal
Dengan teruna perawan bersenda
Bukannya bagai perawan dahulu
Banyak menaruh sopan dan malu
Sekarang ini bedah terlalu
Barang bicara sekeliannya tahu
Di mana banyak anak teruna
Anak perawan pun ada di sana
Kelakuannya itu berbagai warna
Kesudahannya itu berbuat zina
belum terlambat untuk berubah dik amirah... |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka..Menipu la lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian parent kamu dik. Conteng arang plak kamu ke muke dorg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak ni mayb pikiran.lom matang lagi..akal da umo 14 , 15 mudah sgt terpengaruh..harapanya pasni hakak hrp adik x sia2kn.chance yg ade ye..
cian emak ayah tanggung malu sbd ko dik..nk g kuar pasar pun malu kot.satu melesia tau gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Remaja 16 tahun dituduh rogol gadis dakwa diculik
KLANG: Remaja lelaki 16 tahun tidak mengaku salah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan merogol gadis berusia 14 tahun yang mendakwa diculik. Dia yang juga kenalan gadis itu, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pelabuhan Klang pada Disember 2014 mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Majistret Nor Asma Ahmad menetapkan esok untuk sebutan semula kes. Terdahulu di mahkamah yang sama, seorang lagi teman lelaki remaja perempuan itu, Gan Chin Teck, 19, turut didakwa atas pertuduhan melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan yang sah. Bagaimanapun, Chin Teck tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
Nor Asma menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali. Sementara itu, remaja perempuan terbabit yang mendakwa dirinya diculik Disember lalu mengaku bersalah di mahkamah yang sama atas pertuduhan mengikut seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan keterangan diculik sebagai keterangan yang benar sedangkan ia adalah palsu. Perbuatan itu dilakukan di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, kira-kira jam 9.12 pagi, 29 Disember lalu. Pada 27 Disember lalu, seorang gadis dilaporkan hilang berdekatan kediamannya di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Kes kehilangan gadis itu menjadi viral di laman sosial selepas rakaman perbualan telefon antara remaja itu bersama kakak angkatnya tersebar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cant comment, have been a in house corporate lawyer in kiasu land for way too long, cant even remember my basic CPC codes also. But would love to read on this more. Thanks in advance.
|
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, tindakan menyerahkan penjagaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk sementara waktu adalah tepat kerana yakin anaknya itu akan berubah sikap di bawah pemantauan jabatan itu. "Sekiranya tinggal dengan saya buat sementara waktu ini, mungkin akan lebih mengeruhkan keadaan," katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi mengikuti kes perbicaraan anaknya itu. Terdahulu, remaja berusia 14 tahun itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberi keterangan palsu membabitkan kes culik terhadap dirinya di Mahkamah Majistret Klang. Beliau berkata, mereka sekeluarga reda menunggu keputusan kes berkenaan daripada pihak mahkamah.
Selanjutnya di :http://www.bharian.com.my/node/111744?m=
Hmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
harap berubah ye dik.
kesian kat mak ayah |
|
|
|
|
|
|
|
Laa...dah kena rogol gak rupanya dengan boy umur 16 tahun tu. Advanve betul budak2 zaman sekarang. Sure doctor dah sahkan kena rogol |
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe...I've done that too.
Spent last night reading up the Indian cases and am sure they've used the wrong provision and/or law.
|
|
|
|
|
|
|
|
alaaa dik kesian nye ko,
btw aku tak rase kne rogol..
suke same suke but sbb bwh umur tu yg kne charge as rogol..
nauzubillah min zalik, harap dijauhkan dr anak2 kite kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
budak bawah umur
suka sama suka
tetap charge sebagai rogol |
|
|
|
|
|
|
|
Remaja lelaki 16 tahun tidak mengaku salah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan merogol gadis berusia 14 tahun yang mendakwa diculik. Dia yang juga kenalan gadis itu, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pelabuhan Klang pada Disember 2014 mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
dah lama kena rogol baru skg dpt dakwa
|
|
|
|
|
|
|
|
ai THINK.. DPP menguna pakai huraian 2 S.193 KK..
memandangkan peruntukan hukuman bagi S.196 adalah di bawah S.193
huraian 2 S.193 : suatu PENYIASATAN yang diarah oleh undang2 sebagai permulaan bagi suatu prosiding di hadapan Mahkamah, ialah suatu peringkat prosiding kehakiman, walaupun penyiasatan itu tidak berlaku di hadapan Mahkamah.
atau, ai THINK, DPP menguna pakai S.193 dalam pernyataan ".... dan barang siapa dengan sengaja memberi atau mereka keterangan palsu dalam mana-mana hal lain, hendaklah dihukum bla bla bla"
dan yea, kalau ai IO, atau DPP, ai akan guna pakai seksen ne..
|
|
|
|
|
|
|
|
Thanks Mimie.
Kalau Mimie yang mendakwa dan Maideen membela, Maideen akan tetap menghujahkan bahawa pendakwa terkhilaf.
Memang Huraian 2 kepada Seksyen 193 menyatakan:
Explanation 2—An investigation directed by law preliminary to a proceeding before a Court, is a stage of a judicial proceeding, though that investigation may not take place before a Court.
Tetapi Maideen akan berhujah bahawa perkataan "penyiasatan" di dalam huraian tersebut, tidak boleh dibaca berasingan atau tersendiri sehingga memberi maksud "sebarang penyiasatan" termasuklah penyiasatan polis.
Perkataan "penyiasatan" hendaklah dibaca secara konjunctif dengan perkataan perkataan " yang diarah oleh undang2 sebagai permulaan bagi suatu prosiding di hadapan Mahkamah".
Maideen akan berhujah bahawa huraian 2 itu bertujuan untuk menerangkan maksud "prosiding kehakiman" yang, kerana takrifan, merangkumi suatu penyiasatan yang undang undang arahkan musti dilakukan sebelum suatu prosiding kehakiman boleh dimulakan. Ianya tidak termasuk peyiasatan polis yang dibuat setelah menerima aduan.
Hujah ini diperkuatkan lagi dengan illutrasi kepada huraian 2 tersebut yang menyebut:
ILLUSTRATION
A, in an enquiry before a Justice of the Peace for the purpose of ascertaining whether Z ought to be committed for trial, makes on oath a statement which he knows to be false. As this enquiry is a stage of a judicial proceeding, A has given false evidence.
Jelas lah di dalam contoh di atas, "A" memberi keterangan palsu didalam enquiry untuk menentukan samada "Z" patut dibicarakan atau tidak. "Oleh kerana enquiry ini adalah satu peringat dalam suatu prosiding kehakiman", maka "A" telah melakukan jenayah memberi keterangan palsu di bawah S.193.
Jadi akan bertanya di prosiding kehakiman yang diarahkan oleh undang undang manakah OKT telah membuat keterangan palsu?
Untuk membalas hujah Mimie ke 2 bahawa bahagian akhir section 193 boleh memberi maksud bahawa sebarang keterangan palsu tak kira dimana di buat, boleh didakwa dibawah s193 ia itu:
193. Whoever intentionally gives false evidence in any stage of a judicial proceeding, or fabricates false evidence for the purpose of being used in any stage of a judicial proceeding, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine; and whoever intentionally gives or fabricates false evidence in any other case, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years, and shall also be liable to fine.
Di sini Maideen akan cuba mengunakan hujah peraturan menakrif "ejusdem generis" (ejusdem generis rule of construction) di mana apalah perkataan umum didahului dengan dua atau lebih perkataan yang sama jenis (same genus), perkataan umum itu kenalah ditakrifkan sebagai perkataan yang sama jenis dengan perkataan yang memula.
E.g. " Dilarang membawa anjing, kuda, kucing dan lain lain binatang kedalam taman bunga." Di sini lain lain binatang adalah perkataan umum. Ianya di dahului dengan perkatan perkatan anjing, kuda, kucing - kesemuanya binatang berkaki empat. Oleh itu menggunapakai "ejusdem generis rule of construction", "perkataan lain lain binatang adalah bermaksud lain lain binatang berkaki empat. Ianya tidaklah termasuk, misalannya "burung".
Oleh itu membaca semula Section 193, jelas lah sebelum perkataan perkataan keterangan palsu dalam mana-mana hal lain, perkataan itu telah didahului dengan false evidence in any stage of a judicial proceeding, or fabricates false evidence for the purpose of being used in any stage of a judicial proceeding.
Oleh itu Maideen akan berhujah "hal hal lain" haruslah ditakrifkan sebagai bermaksud "hal hal lain dalam suatu "prosiding kehakiman" sahaja (dan penyiasatan polis tidak termasuk dalam "judicial proceeding".)
Akhir sekali Maideen akan berhujah yang dikatakan "palsu" dalam pertuduhan ialah "keterangan". Keterangan atau "evidence" haruslah diberi maksud biasa dalam kamus. Ianya tidak boleh dimaksudkan sebarang statement sehingga termasuk statement yang dibuat oleh OKT kepada Kakaknya dalam perbualan telepon.
Kalau hujah hujah Maideen di terima oleh mahkamah, Maideen akan belanja Mimie makan lepas tu. Jika ianya di tolak, Mimie belanja!
Thanks Mimie.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|