CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

(GAMES) MARI SAMBUNG CERITA - TAMAT KISAH 1 (PAGE 10). BOLEH MULA CERITA BARU

[Copy link]
Post time 27-8-2015 10:23 PM | Show all posts
Xain leka memerhati Qaseh dan Sayang yang sedang sibuk memasak. Malam ini menu mereka ialah nasi berlaukan ikan bakar cecah air asam. Sayur? Salad sahaja.

Haihh.. sepanjang dia menjadi penjaga Qaseh, makanannya hanyalah sisa-sisa ikan yang digaul dengan nasi. Takpun ikan bilis yang digaul dengan nasi. Sekali sekala dapatlah makan makanan kucing, Friskies atau Smartheart. Tak sedap! Sudah lama dia tidak merasa makan yang sedap-sedap! Dia mahu dorayaki! Ayam panggang, donat, kek tiramisu, puding jagung, air kelapa madu. Meleleh air liur memikirkannya.

Tiba-tiba Xain terfikir sesuatu.

'Aku boleh buat sesuatu tapi ini serupalah melanggar amanah. Tapi tak ada salahnya kot? Efeknya hanya lah 24 jam sahaja. Hantam saja lah labu. Aku dah bosan dengan makanan kucing!'

Dia memandang Sayang yang sedang menuju ke ruang tamu. Ah, ini peluang! Dengan mata memandang tajam ke arah Sayang, mulutnya mula terkumat-kamit.

"Kucing jadi orang, orang jadi kucing
Kau kucing, Aku orang
Kucing jadi orang, orang jadi kucing
Kau kucing, Aku orang
Kucing jadi orang, orang jadi kucing
Kau kucing, Aku orang"

Dengan tak semena-mena dia berlari dan pura-pura terlanggar Sayang. Sayang terkejut dengan kehadiran Xain secara tiba-tiba itu terus melatah,
"O mak kau kucing gatal!".

Dan kala itu juga Sayang merasa segala benda di rumah itu menjadi besar. "Apa dah jadi?" Sayang bermonolog sendiri tapi yang kedengaran hanyalah bunyi 'Miaowww'. Lantas dia menekup mulutnya. Errkk..! Bulu??


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2015 02:03 AM | Show all posts
Edited by akudansesuatu at 28-8-2015 02:04 AM

TIBA-TIBA pintu rumah 2 gadis itu ditendang kasar. Beberapa lelaki dan wanita yang entah datang dari mana menerpa ke dalam ruang tamu. Xain terkejut namun dia sempat bersembunyi di sebalik peti sejuk. Sayang yang turut terkejut segera berlari tapi langkahnya tersadung kerana dia tak reti untuk berlari menggunakan kaki dan tangan. Dia mula menggelabah kerana dirinya berubah menjadi seekor kucing jantan. Hampir sahaja dia pengsan tapi kerana terlalu takut dan terkejut, dia gagahkan diri untuk cuba berlari dalam keadaan 4 kaki itu. Namun dia masih gagal dan sudahnya dia berlari pantas dengan kakinya sahaja. Penceroboh rumah itu kehairanan melihat kucing bertompok itu berlari dengan 2 kaki. Bukan 4!


Xain menepuk dahi! Aduh... masa-masa macam ni jugak mereka datang menyerang. Dahlah Sayang pakai baju kurung tadi, ni macam mana aku nak bergerak ni??? Xain jadi buntu. Tak pernah seumur hidupnya dia memakai pakaian perempuan. Siap dengan baju dalamnya lagi! Kalau dia bertarung dalam keadaaan ini, pasti dia tewas! Otaknya mula ligat hendak melakukan sesuatu. Dalam hatinya dia berharap yang Qaseh tidak keluar dari biliknya ketika ini. Penceroboh itu sedang mencarinya. Jika mereka melihat Qaseh, pasti keadaan akan jadi lebih sukar. Xain menjeling dari celahan peti sejuk itu. Sekali lagi dia menepuk dahi. Dia kenal 3 lelaki dan 2 orang wanita yang memecah masuk ke dalam rumah itu. Mereka adalah orang suruhan Ratu Neng yang pakar dalam serangan hendap. Bergerak dalam kumpulan kecil seramai 5 orang, jarang sekali mereka gagal. Malah mereka setanding dengan pembunuh upahan cuma mereka bertopeng kemas dan setiap dari mereka memakai baju berlainan warna. Ketuanya menggunakan pakaian merah, 2 orang penolongnya memakai pakaian bewarna hitam dan hijau. Manakala 2 wanita itu menggunakan pakaian warna merah jambu dan kuning.

Xain masih ligat memerah otak. Masanya makin suntuk. 5 pahlawan itu semakin menghampiri dirinya yang bersembunyi. Dia tiada pilihan lain kecuali bertarung tapi bukan di dunia nyata. Dia perlu membawa mereka dan segala isi rumah ini ke dimensi lain yang mana pertarungan ini tidak memberi kesan pada dunia nyata. Xain mengepalkan penumbuknya seolah-olah memegang sebilang pedang. Dia akan mengucap sepatah perkataan yang menjadi kunci kepada dimensi itu. Xain menarik nafas dalam dan lantas dia menjerit kuat, BANKAI!!

Bersambung...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 05:50 AM | Show all posts
akudansesuatu replied at 27-8-2015 09:03 PM
TIBA-TIBA pintu rumah 2 gadis itu ditendang kasar. Beberapa lelaki dan wanita yang entah datang dari ...
Ketuanya menggunakan pakaian merah, 2 orang penolongnya memakai pakaian bewarna hitam dan hijau. Manakala 2 wanita itu menggunakan pakaian warna merah jambu dan kuning.

Dah jadi citer power rangers dahhhhh.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2015 08:59 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 28-8-2015 09:01 AM

Xain mengambil masa selama lima saat sebelum matanya dibuka perlahan-lahan. Jelas pada pandangan Sayang dan Qaseh sedang memasak dan bergurau senda. Suasana di dalam dapur sungguh tenang. Sesekali, terdengar Qaseh bernyanyi-nyanyi kecil. Sepertinya, tiada apa-apa yang pelik sedang berlaku.

Dia menarik nafas lega. Bantuan telah sampai sebelum sempat dia bertarung. Masa telah kembali ke lima minit sebelum berlakunya serangan itu.

Serangan itu!

Matanya membulat. Segera dia meninggalkan dapur lalu berlari ke luar rumah. Di bawah kereta MyVi milik Qaseh, dia bersembunyi sambil bersiaga. Orang suruhan Ratu Neng akan tiba bila-bila masa dari sekarang. Kali ini, dia lebih bersedia.

“Kau ni kan, aku kata bodoh karang, marah pulak…”

Tiba-tiba, suara halus kedengaran di telinga. Nike sudah muncul di sebelahnya.

“Kalau jadi apa-apa pada Qaseh dan Sayang tadi, apa kau nak jawab pada Pahlawan Warrior?”

Xain tidak menjawab. Dia tahu, Nike mengungkit tentang dia mengenakan serapah pada Sayang tadi. Itu satu kesilapan, Xain sedar itu. Tapi dia benar-benar sudah tidak tahan lagi. Dia perlukan makanan sebenar, yang berzat, bergizi, sedap dan sesuai dengan selera. Bukan saki-baki lauk semalaman,   biskut kecil pelbagai bentuk ataupun ikan hanyir dalam peket dan tin itu.

Lainlah Nike. Azam memberikannya makanan sedap. Apa yang Azam makan, itu yang Nike makan.

“Lain kali… kalau kau….”

“Diamlah!” Sergah Xain. Sudah malas mahu mendengar bebelan Nike. Apatah lagi, pada waktu genting seperti ini.

“Terima kasih.” Ucap Xain, setelah beberapa saat mendiamkan diri. Jika tidak kerana Nike mengenakan mentera Summersault Masa Berpusing tadi, entah apa akan jadi. Mujur Nike hadir tepat pada waktunya. Mentera Nike telah mengembalikan masa seawal lima minit yang lalu.

“Sama-sama.” Nike membalas.

“Bersedia. Orang-orang Ratu Neng sudah datang.” Tutur Xain. Nike mengangguk. Mereka bersiap-sedia.

“Tok Ki…… ooooo Tok Ki….”

Xain dan Nike berpandangan. Mata terbuntang. Itu suara Azam.

“Adoilah…” Nike menghembus nafas kasar.

Kenapalah si Azam ni datang sini?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 09:34 AM | Show all posts
    "Tok Ki......kau pergi mana pulak ni? Tau la kau dah jumpa geng tapi janganla merayap je. Pantang aku bukak pintu je kau hilang. To Kiiiiiiiii," laung Azam sekuat hati.

     "Nike, kita kena jauhkan Azam dari rumah ni. Kalau orang suruhan Ratu Neng nampak Azam, keadaan akan tambah bahaya. Sekarang ni sasaran mereka hanya Qaseh tapi kalau Azam ada sama, maknanya tu bonus buat mereka," Xain semakin resah dengan keadaan ini. Bila-bila masa orong suruhan Ratu Neng akan muncul. Nampaknya kali ini dia perlu berdepan dengan orang suruhan Ratu Neng seorang diri.

      "Tok ki.....o Tok Ki, mana kau ni Tok Ki," suara Azam masih jelas kedengaran memanggil kucing kesayangannya.

       "Kau pergilah Nike, serabut aku dengar Azam terpekik terlolng macam tu," Xain lantas menolak tubuh Nike yang masih teragak-agak untuk keluar dari tempat persembunyiannya.

        Sebaik terpandang kucing kesayangannya keluar dari bawah kereta Qaseh, Azam pantas memeluk dan mencium Tok Ki. Entah kenapa, perasaan sayangnya pada kucing ini kadang-kadang terasa berlainan pulak. Takkan jatuh cinta ngan kucing kut.

      Dari jauh, seseorang sedang memerhatikan keadaan Xain dan Nike. Buat masa sekarang, dia lebih suka menyembunyikan diri dan dia yakin Xain dan Nike masih mampu mengawal keadaan. Bila keadaan memerlukan dia tampil untuk membantu, barulah dia akan membantu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 12:06 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 27-8-2015 10:23 PM
Xain leka memerhati Qaseh dan Sayang yang sedang sibuk memasak. Malam ini menu mereka ialah nasi ber ...

adoi lahhhh tak boleh blah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2015 02:38 PM | Show all posts
ghaser2 geng ni terjebak sekali tak nnt dalam ini cerita??
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 03:06 PM | Show all posts
Edited by cmf_conan at 28-8-2015 03:08 PM

(Ikut lagu Inilah Barisan Kita)
"Tengok lah hero dah datang
yang ikhlas berjuaannggg
siap sedia berkorban
untuk cintaku sayang
sebelum aku berjaya
jangan  harap aku pulang
inilah sumpah pendekar MEGATRON
melawan Ratuuuu Nengggggg!"

'Ya ampun! Apa pulak mangkuk ni buat kat sini??' desis Xian. 'Tak habis-habis nak buat kacau. Kat Kampung Miaow Kembang ko buat kacau. Kat sini pon nak buat kacau jugak? Hero konon! Nampak lipas sebatu jauh, ko dah lari tak cukup tanah. Puiiihhhh!'

Nike yang sedang dalam pelukan Azam turut memanjangkan leher. Dia sudah tidak senang duduk. Habislah kalau orang-orang Ratu Neng perasan.

"Kenapa Tok Ki? Boipren panggil? Amboi sejak ada boipren tak reti nak dok rumah eh?" Azam yang turut terdengar bunyi kucing mengiau mula mencari-cari arah bunyi itu. Terus matanya terpaku ke arah seekor kucing gemuk berbulu lebat berwarna kelabu, sedang mengiau-ngiau sambil berjalan di tepi rumah entah siapa itu. Kemudian matanya merenung Nike kembali. Dikecilkan sebelah mata sambil berulang kali memandang ke arah kucing gemuk itu dan jugak Nike.

"Bukan boipren ko kucing tompok itam putih, macam ko jugak ke? Ni jantan mana pulak ko kutip ni? Nak jadi bohsia ke kumpul jantan banyak-banyak? Aku bagi ko makan chicken chop, nasi ayam, ikan bakar tapi kucing gemuk tu jugak yang ko cari??" Azam mula memberi takzirah pendek buat kucing kesayangannya itu. Nike mencerlung ke arah Azam. 'Eeiii... tak hingin lah aku jadi awek kucing gemuk perasan bagus tu!' kutuk Nike dalam hati.

Xain yang masih bersembunyi di bawah kereta Sayang terbahak-bahak ketawa. Nike dengan Tron??? OH EM GEE! Tiba-tiba dia nampak Azam bergerak ke arah Tron. Dia menunduk dan mengangkat Tron ke dalam dukungannya.

"Okey! Aku bawak dia sekali balik dengan kita. Puas hati?? Malam ni ko tidur dengan kucing gemuk ni. Jangan sibuk nak masuk bilik aku!" bebel Azam. 'Aikk Zam, dengan kucing pun nak merajuk ke? ' Xain menggeleng-gelengkan kepala. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. 'Habis lah kau Nike!'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2015 03:19 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 28-8-2015 03:06 PM
(Ikut lagu Inilah Barisan Kita)
"Tengok lah hero dah datang
yang ikhlas berjuaannggg

Ohooooiiiiiiiii!!!!!

Motip Tron muncul kat sini?????






Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 03:27 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 28-8-2015 03:19 PM
Ohooooiiiiiiiii!!!!!

Motip Tron muncul kat sini?????

nak tunggu die muncul kat amariya lambat sangat..
kasi die manja2 ngan nike kejap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2015 03:29 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 28-8-2015 03:27 PM
nak tunggu die muncul kat amariya lambat sangat..
kasi die manja2 ngan nike kejap

Pretty mengamuk, baru tau.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 03:41 PM | Show all posts
ah sudah...aku dah tak reti nak sambung...
erk...bagi orang lain dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 04:01 PM | Show all posts
akudansesuatu replied at 28-8-2015 03:41 PM
ah sudah...aku dah tak reti nak sambung...
erk...bagi orang lain dulu

sama la...aku pun dh tak reti nak sambung...

pass dulu kat orang lain la.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 04:13 PM | Show all posts
Ezzie replied at 28-8-2015 04:01 PM
sama la...aku pun dh tak reti nak sambung...

pass dulu kat orang lain la.....

errkk.. alamak.. sume tak reti sambung plak
sambung aje lah part power rangers serbu umah Qaseh Sayang tu..

wehh.. kalo betul2 la ada orang nama dia Sayang Cinta..
mampus la hari2 laki die jeles ke die..
laki pompuan sume panggil bini die sayang
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 04:31 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 28-8-2015 04:13 PM
errkk.. alamak.. sume tak reti sambung plak
sambung aje lah part power rangers serbu umah Q ...

part yang tu bagi kat @akudansesuatu....dia terror bab imaginasi ni....


Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 04:32 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 28-8-2015 04:13 PM
errkk.. alamak.. sume tak reti sambung plak
sambung aje lah part power rangers serbu umah Q ...

xpe...xpe... ramai lagi yang ada idea tu...sabo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2015 06:46 PM | Show all posts
singgah sekejap...jenguk kucing
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 09:08 AM | Show all posts
Edited by akudansesuatu at 30-8-2015 10:28 AM

NIKE mula rasa gelisah dengan kehadiran Tron. Tanggapannya Tron akan menggangu perancangannya dengan Xain. Masing-masing sudah tahu akan kedatangan penyerang hendap itu dalam masa kurang dari 4 minit lagi tapi Tron tidak mengetahuinya. Walaupun Tron juga hebat dan mampu berlawan seperti dia dan Xain, tapi di khuatir jika kehadiran Tron akan menyusahkan mereka. Bukan seluruh Kampung Miaow Kembang tak tahu, Tron ni penakut! Nike menyumpah.

"Miow...mi...ow....?" Nike mendengus halus menyampah dengan kucing gemuk itu.

Tron buat tak tahu. "Miiiiiooooowww.....miow...miooooeewww..." Tron tersenyum menggoda.

"Miiiooww, mmiiiooowww!" Sedaya upaya Nike menolak muka yang bermisai itu. Berani betul dia cuba nak cium aku???

Xain dari bawah kereta tergelak besar. Padan muka kau Nike!

"Miow miow...mmmmiiioowwwww." Sekali lagi Tron mencuba. Dirasanya Nike terlalu comel untuk di tatap sahaja.

"Miow! Miow!" Nike mula rimas. Diberinya amaran kepada Tron, dia betul-betul serius kali ini.

"Miiiioow...." Sayu sahaja kata-kata Tron. Nike pula jadi serba salah.

"Miow, miow mmmiiiooowww miow." Tron terkejut, tak menyangka yang mereka berada dalam keadaan yang genting sekarang. Dia memerhatikan sekeliling. Jika benar kata Nike, mereka dalam bahaya!

Azam terasa pelik apabila kedua-dua kucing dalam dakapannya tiba-tiba membisu. Bulu romanya terasa meremang. Dia melihat di sekelilingnya tapi keadaannya masih sama dan tiada apa yang pelik. Mungkin perasaan aku kot? Azam membuat kesimpulan sendiri.

Bersambung....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 05:22 PM | Show all posts
Azam mengerling kedua-dua ekor kucing di dalam dukungannya itu.

"Dah! Jom balik. " langkah Azam tiba-tiba terhenti. 5 ekor kucing hitam tiba-tiba muncul di hadapannya. Memanglah dia sukakan kucing tapi kucing hitam legam macam ni memang tak lah. Orang kata kucing hitam boleh jadi jelmaan makhluk lain. Eeeii seram! Sekor pon dah seram. Ini pulak lima ekor. Sekor mata hitam, sekor mata hijau, sekor mata biru, sekor lagi mata kuning dan yang macam bos geng kucing hitam ni..erk! Mata merah?!

Kucing gemuk kelabu di tangannya tiba-tiba mengelupur, mencakar-cakar hendak melepaskan diri.

"Adoiii! Sakit lah!" jerit Azam.

Akhirnya kucing gemuk itu berjaya melepaskan diri. Lintang pukang dia melarikan diri, hilang entah ke mana dalam kegelapan malam tanpa bulan itu. Nike juga tidak duduk diam. Dia meronta-ronta cuba melepaskan diri. Dia jugak turut terlepas dan berlari kembali ke arah Xain yang berada di bawah kereta Sayang. Azam melihat ke arah lima ekor kucing hitam itu. Macam nak cari gaduh je. Kucing bermata merah masih memandang tajam ke arah Azam.

'Ko nak cari gaduh ngan Tok Ki aku ehh.. nanti kau' kata Azam dalam hati. Mata melilau mencari sesuatu yang boleh diguna untuk berhadapan dengan lima ekor makhluk hitam tapi tak manis itu. Akhirnya matanhya terpaku ke satu arah.

'Hahaha! Nanti korang' kata Azam dalam hati. Senyum jahat sudah tersungging di bibirnya. Lantas diambil getah paip yg kemas berlingkar di tepi rumah Sayang itu. Kepala paip dipulas. Dan...

BUUSHHHHHHHHH!!!

Tak cukup tanah lima ekor kucing itu lari setelah terkena pancutan air dari getah paip. Kuyup semuanya. Digulung kemas kembali getah paip itu ditempatnya. Azam kembali tercari-cari 'Tok Ki'nya.

"HAHAHAHAHAA!" berguling-guling Nike dan Xain ketawa melihat lima ekor kucing hitam itu lari lintang pukang setelah basah kuyup terkena air yang dipancut Azam. Buat masa ini kedua-dua anak jagaan mereka selamat untuk beberapa ketika. Kuasa orang-orang Ratu Neng tidak berfungsi jika mereka basah kuyup. Dan jika sudah kering pun akan mengambil masa sebelum kuasa mereka kembali ke 100%. Tengah hari tadi hanya terkena sedikit sahaja air simbahan makcik cafe itu. Tidak lah terjejas sangat kuasa mereka. Tapi kalau sudah kuyup serupa itu, tak dapat den nak tolong. Menjawab lah korang dengan Ratu Neng nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2015 09:11 AM | Show all posts


Ini bukan Phantom of Neng ni... dah jadi PHANTOM OF PE-NENG

Salam Merdeka uols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.122614 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list